Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

19 June 2023

Udara baru.

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seperti biasa, tiup tiup sikit habuk yang ada dalam blog ni. Setelah sekian lama tidak dijenguk disebabkan sibuk dengan duniawi, akhirnya kembali mencari yang boleh mengisi ruang di hati~  eh tu lagu. Macam biasa, berakhirnya satu fasa dalam hidup aku, barulah aku cari balik tempat meluahkan segala coretan yang tak terkata dek mulut.

Setelah setahun bekerja di Seri Kembangan, akhirnya aku akan menghirup udara baru di tempat lain. Sebagai seorang yang dilahirkan di Johor tapi membesar di Lembah Klang, hidup aku tak pernah keluar dari lembah ini. Dari sekolah rendah sehinggalah tamat degree, masih di dalam lembah ini. Tetap dengan dunia yang penuh kebiasaan. Sampaikan bekerja pun masih tak keluar untuk berdikari. 

Sehinggalah pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2023 ini. Walaupun masih belum separuh tahun, cukuplah macam macam tangisan dan kesakitan yang dirasai. Aku tak pernah menyesal menimba pengalaman di tempat orang. Mendalami atau mengenali seseorang yang kita sangka kita tahu akan sikap mereka. Berjumpa dengan orang baru yang penuh dengan tanggapan yang pelbagai. Rakan sekerja yang asalnya memang susah nak dimulakan perbualan, menjadi rakan yang sama sama mengharungi kesusahan dan kesukaran.

Memanglah, mana mana tempat kerja pun akan ada cabarannya. Tapi aku rasa;

Biar penat dengan kerja, jangan penat dengan orang.

Aku ulang balik, mana mana tempat kerja pun penat. Kalau tak penat, kira macam sebenarnya kita tak buat kerja pun lah. Tapi jangan sampai kita rasa seksa untuk datang kerja disebabkan orangnya. Benda tu lah benda yang paling aku nak elak. Dari awal tahun, aku mula rasa resah setiap kali nak pergi kerja. Padahal bukan ada buat salah pun. Makin hari, makin tak tenang tidur aku. Hanya dapat tidur lena pada hari cuti. Bayangkan lah betapa tak tenangnya jiwa aku.

Tapi pada tarikh.. Bila entah, aku tak ingat. Akhirnya aku hantar surat letak jawatan. Cukuplah kepala dan hati aku rasa berat untuk meneruskan semua benda ni. Aku tak mampu nak hadap lagi. Penantian yang sepatutnya selama sebulan untuk menuju hari terakhir, menjadi dua minggu. Alhamdulillah. Semuanya bakal berakhir. Dan pada tarikh hari ini, merupakan sepatutnya hari terakhir untuk aku menjawab segala persoalan berkaitan dengan tempat kerja lama. Bermula esok, aku sudah menghabiskan baki cuti tahunan aku dan seharusnya aku tidak boleh diganggu. Kerana aku dalam fasa cuti. Dan sehingga cuti aku habis, maka tamat lah perjuangan aku di Seri Kembangan.

Ke mana pula tempat yang bakal aku pergi? Biarlah menjadi rahsia ecewah padahal dekat orang lain semua aku dah cerita haha. Tapi kepada sesiapa yang membaca post ini, doakan saya dapat meneruskan perjuangan di alam pekerjaan yang penuh pancaroba ini. Dan juga perjalanan menghalalkan anak orang ahaks. 

Kepada yang lain; 

Semoga yang indah indah buat anda semua. Ingat, hidup jangan terlalu mendabik dada. Dan janganlah kita cuba sesekali untuk mengambil hak orang lain. Beringatlah. 

Semoga berjumpa lagi. 


Amanina Mohd Tarmizi -my life-