Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

14 July 2018

Loyal, hurt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I wrote this entry before this tapi bila dah post eh tinggal title je, segala penulisan hilang. Malangnya memang tidak lah rajin nak tulis semula, dah malam dah masa tu. Ringkasnya;

Yang setia derita, yang curang bahagia.

Dalam mana mana hubungan pun memang macam tu. Tengoklah, orang yang ditinggalkan lah biasanya lagi sedih, lagi sakit. Sebab tak dijangka nak ditinggalkan. Orang yang meninggalkan? Mana ada rasa apa apa. Sebab dia dah jumpa orang lain yang bagi dia boleh buat dia lagi bahagia.

Tapi, kalau dah lama lama dia rindu balik orang tu, ha ini namanya tak guna. Sebab apa? Sebab orang yang dia tinggalkan tu dah cuba sedaya upaya nak lupakan dia, hidup tanpa dia. Dia pula senang senang je datang balik, minta maaf macam tak ada apa jadi. Sesuka hati contact macam tak pernah gaduh.

Alahai lah manusia begini. Tapi lagi sakit kalau orang tu datang balik tapi tak ada niat nak berbaik. Faham tak? Dia cuma datang sebab dia rasa nak bercakap dengan orang tu. Ini memang nak kena tumbuk. Dia ingat orang tu tak sakit ke. HAHA sorry teremo.

Pasal derita ni, semua orang rasa derita. Tapi derita orang semua lain lain. Tak boleh nak kata kita faham dia sebab ketahanan kita beza beza. Ada yang senang nak lupakan, ada yang makan masa. Kalau kita boleh tolong, kita tolong. Tapi kalau orang tu sendiri tak nak terima bantuan orang, nasihat macam mana sekali pun tak jalan juga.

I went through so many heartbreaks tapi sekali je pasal lelaki. Yang lain semua pasal kawan. Kena tinggal, kawan tak kenal aku, kawan berhenti contact. Dari dulu kalau nak keluar, aku yang kena mulakan ajak nak keluar sesama. Kalau tak, memang tak keluar. Sekarang aku dah penat. Kenapa asyik aku? Aku ni desperate sangat ke?

So aku stop. Sebab berapa banyak dah plan yang tak jadi setiap kali aku ajak keluar. Bangun lambat, datang lambat, plan cancel. Sakit weh. Aku dah excited nak keluar, sekali tak jadi. So sekarang apa apa aku tunggu orang yang decide. Bukan aku tak nak jumpa kawan tapi aku dah banyak kali disakiti. Kalau nak kata aku selfish, ya aku selfish. Lepas apa semua yang jadi, tak boleh ke aku selfish?

Kalau ada yang tengok cerita Wok of Love tu, aku menghampiri watak Poong. Tapi, kalau aku betul betul jadi macam watak dia, aku memang tak akan ada kawan. Aku dah cuba jadi manusia yang bertimbang rasa, tapi aku rasa sikap tu buat orang pijak aku. Lebih baik aku pentingkan diri kan. Asyik kepala aku je nak fikir pasal orang. Aku rasa sekarang ni aku kena fikir pasal diri aku.

Let me be me. Let me love, let me be loved. I am done being hurt. I don't want anyone to get hurt. Can everyone be happy?
Amanina Mohd Tarmizi -my life-