Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

29 December 2015

Fantasi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni, kali ni, post ni, betul betul luahan perasaan diri sendiri. Bukan apa, dah lama sebenarnya tak luahkan perasaan. Sebab dah lama tak layan perasaan. Bukan tak nak cerita dekat orang tapi sekarang rasa nak menaip. Sebab dah lama tak menaip dan menulis. Kalau dulu, dah tulis dah dekat diari. Zaman kanak kanak dulu. Entah berapa banyak diari entah ada. In the end, semua diari tu dah buang. Well, aku ni bukan tak sayang diari tu. Mestilah ada sentimental value. Tapi, buat apa nak ingat benda yang tak sepatutnya diingat. Buang je jauh jauh. Nak kasi hilang betul betul, bakar je. Tapi kalau jual, dapat lah duit sikit. Okay.

Aku duk cakap dekat abang and adik benda ni.

Jangan lah hidup dalam fantasi, kembali ke realiti. 

Sebab diorang tengah main Fantasy Football. Okay,benda tu bukannya game sangat pun. Tapi game sebenarnya. Entahlah. Bab bola bola ni bukannya aku tahu sangat. Pagi pagi duk tanya "manchester berapa? arsenal? siapa yang gol kan?" Aku sememangnya tak ambil peduli.

Tapi aku rasa, statement yang aku bagi dekat diorang tu, aku kena cakap dekat diri sendiri depan cermin. Bagi sedar sikit diri ni. Ni pun rasa nak tampar tampar pipi bagi betul betul sedar supaya lupakan fantasi, back to reality. Apa benda lah aku ni. Umur dah nak masuk 18 tahun dah tapi perangai macam budak lapan tahun. Benda kecil pun tak boleh nak handle. Tapi, hati dan perasaan memang susah nak kawal sebenarnya.

Ha benda tu lah sebenarnya yang aku duk risaukan. Duk perasan sana, perasan sini. Suka sana, suka sini. Eh bukan lah tahap suka ramai orang. No no. Suka ni boleh dekat banyak benda. Tapi kalau nak cerita pasal suka ni, lain kali je lah. Aku ni jenis cepat perasan sikit. Pagi ni punya perasan sampai duk tanya diri sendiri.

Aku yang perasan ke? Atau dia yang perasan? Atau dua dua perasan? Dia ingat aku indirect dekat dia ke? Atau aku yang perasan ingat dia reply aku punya indirect? Persoalannya, aku indirect dekat dia ke? Obvious? Atau itu cuma mainan perasaan?
Benda ni yang aku fikir pagi tadi sampai membuatkan aku tak tidur balik lepas subuh. Okay tak bagus sebenarnya tidur balik. Jadi persoalan ni berjaya membuatkan aku terus sedar. Sampai mak pun tak percaya kenapa cepat sangat aku bangun. Okay, abaikan.

Jadi sekarang ni, aku kena hidup dalam realiti. Yang betul betul. Kena bagi sedar diri ni. Kena lupakan angan angan. Ex-puh-ta-tion tu kena bagi kurang sekurang kurangnya supaya hati tak sakit. Jangan merana kemudian hari. Dah kena stop layan perasaan banyak sangat. Punya lah tak boleh tidur sampai kakak tanya "Feeling apa pagi pagi ni?" Nak cerita tapi dia kerja so next time.

Dari dulu aku ni jenis senang suka orang tapi susah nak lupakan orang. Ehh suka kawan perempuan tu pun termasuk dalam kategori suka tau. Aku sampai sekarang ingat lagi kawan tadika dekat Johor tu tapi dah tak contact. Segan, tak tahu nak cakap apa. Sejak azali segan, sampai kan orang lain kena jadi orang tengah masa kitorang nak borak bila jumpa setelah sekian lama tak jumpa. Bayangkan lah awkward nya macam mana. Macam pergi blind date.

Nampak tak berapa banyak fantasi aku ada sampaikan aku dah melalut. Conclusion nya di sini, aku kena hidup dalam realiti. Lupakan segala angan angan Mat Jenin aku tu. Tak payah berharap sangat supaya orang suka dekat aku. Walaupun aku tahu ramai sebenarnya yang tak suka dekat aku. Tapi itu tak penting. Okay penting juga supaya boleh perbaiki diri tapi tak berapa penting. Just teruskan kehidupan dengan keluarga, dengan kawan kawan yang sedia ada. Kawan baru tu nanti nanti fikir bila dah masuk kolej atau universiti. Hentikan segala perasaan yang buat hati sakit.

Yang paling penting, back to Allah. Haa itu patutnya ada dalam top list sehari hari. Macam orang kata lah kan, macam mana nak lupakan dia?

Macam mana kau lupakan Allah dulu, buat je lah macam tu untuk lupakan dia. 
 Ha memang sentap tapi betul. And 'expect the unexpected' tu pun patutnya dah lama kena apply. Tapi duk sibuk dengan "medan magnet" and "cerminan diri". Benda tu umur dah 20++ baru kena fikir. Sekarang ni fikir lah pasal belajar ke, belajar ke, belajar ke. Okay sekarang ni memang waktu untuk belajar je. Masih dalam fasa pembelajaran lagi.

Lupakan segala fantasi yang boleh membuatkan kita terpesong. Hentikan berangan sepanjang masa. Lagi lagi benda yang tak patut. Hadapi realiti. Lagi baik luangkan masa dengan keluarga; gelak tepuk tampar sampai nangis tapi masih dalam realiti. Baik lepak dengan kawan; bercerita bergurau bersenda tapi masih dalam realiti. Baik baca buku; fikirkan pasal fantasi yang direka yang tak ada kena mengena dengan kehidupan sebenar tapi gunakan moral yang kita dapat untuk berdepan dengan realiti. Nak lagi senang, pergi kerja. Sibukkan diri. Tak ada lah masa nak berangan benda benda kecil yang akhirnya akan jadi besar dan lama lama sakitkan hati sendiri.

Jadi, diri sendiri pun dah puas dengan taip benda ni. Tak harap orang baca sebab kadang kadang aku ni memang invincible. Tak kisah, biasa dah, dari kecil, okay. Macam yang aku tulis dekat atas. Blog ni memang coretan diri sendiri daripada diri sendiri untuk diri sendiri. Tempat untuk aku tenangkan diri selain sejadah. Sebab aku jenis tak luahkan dekat mulut. Semua akan dipendam atau ditaip/ditulis. Kalau aku tak tulis, bertimbun lah benda dalam hati. Lama lama sakit. Okay, stop.

Aku harap future Aman tak akan rasa sakit macam sekarang. Bukan apa, bahaya bila dah besar masih sakit macam ni. Macam tak dapat lari lagi daripada fantasi. Tak hadapi realiti. Biarlah the present Aman yang rasa benda ni. Future Aman kena teruskan kehidupan dan hadapi realiti. Fighting! Ike!
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

15 December 2015

Thumbprint.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Haritu ada cakap pasal masalah thumbprint kan. Jadi, hari ni nak cerita lah macam mana masalah itu diselesaikan. Bukan apa, I know I am not the only one yang ada masalah pasal cap jari ni. Bila search dekat internet, ramai je yang ada masalah ni. Sama ada orang itu memang sakit kulit (like me) atau kulit dia sensitif; macam selalu berpeluh atau kering. Tak salah rasanya nak share macam mana nak selesaikan masalah ni.

Tapi! Bukan nak cerita macam mana nak hilangkan sakit atau hilangkan sensitif kulit tu, cuma nak berkongsi macam mana kita nak buat urusan yang memerlukan pengesahan cap jari. Sebab sendiri pun sakit tak hilang lagi.

Biasa benda benda yang perlukan cap jari ni macam urusan bank lah kan; nak buka akaun bank, lesen memandu ke. Caranya, pergi ke ibu pejabat jabatan pendaftaran negara. Kalau dekat ibu negara ni, sama ada pergi ke JPN Jalan Dutamas (Kompleks Kementerian Dakam Negeri) atau Putrajaya. Tak boleh buat dekat cawangan, kena buat dekat ibu pejabat. For me, I went to Jalan Dutamas. Dekat lah juga walaupun masa first time pergi tu sesat selama tiga jam. Ha kau rasa HAHA. Tapi akhirnya sampai juga lah. Masuk je bangunan tu, carilah bahagian yang berurusan mengenai kad pengenalan.

Kalau rasa berani dan boleh selesai sendiri, pandai pandai lah tanya akak kaunter tu ya. Kalau tak reti, meh lah kita tolong. Kalau segan nak tanya, just tekan dekat monitor tu 'Proses MyKad'. Nanti dapat lah nombor giliran untuk urusan tu. Jadi, tunggu lah nombor dipanggil. Haritu dapat nombor 0347 dan nombor yang baru dipanggil ialah 0307. Jenuh menunggu jadi kami ke tempat makan, tapi kami minum je. Kami? Ha yelah siapa nak bawa kereta, takkan aku.

Lepas nombor dah dipanggil, nanti cakap lah dekat abang atau akak kaunter tu nak buat pengesahan cap jari. Kad pengenalan jangan lupa keluarkan. Lepastu nanti dia akan tanya beberapa soalan yang membuktikan awak ialah awak lah. Simple questions je. Kemudian, dia akan print maklumat dalam cip. Bayaran dia RM5. Dengan pakai kertas tu nanti insyaAllah urusan yang melibatkan cap jari akan berjalan lancar.

Okay kalau ada orang lama yang baca mesti dia akan kata pasal surat KP-12 tu. KP-12 ni surat pengesahan yang lama. Yang baru, JPN hanya akan cetak maklumat dalam cip. Itu sahaja. Kalau dulu kena bayar RM50 tapi sekarang kena bayar RM5 je. Mula mula tak percaya juga boleh pakai kertas A4 tu je tapi itulah yang JPN bagi. JPN memang tak akan keluarkan surat pengesahan yang lain. ITU SAHAJA.

Tersangat pasti sebab dah pergi JPN dua kali. Masa kali pertama tu dah cetak maklumat tu, rasa was was juga lah. Tapi esoknya pergi buat akaun bank. Tunjuk surat tu. Pihak bank macam marah sikit lah sebab kertas tu tak menunjukkan apa apa yang bagitahu kita ni sakit ke apa kan. Tapi alhamdulilah, dapat juga buat. Habis buat akaun bank, terus pergi JPN balik sebab nak inform pasal benda tu lah. Jawapan JPN, memang kertas maklumat tu sahaja yang akan dikeluarkan.

Jadi, itu sahaja lah langkah penyelesaiannya. Harap membantu lah. Because I know, I am not the only one. Kalau awak yang baca ni tak ada masalah ini tapi ada kawan atau ahli keluarga yang ada masalah ini, sekurang kurangnya awak dah tahu nak buat apa kan. Harap membantu lah. Semoga dipermudahkan segala. InsyaAllah. Sekian.

Edit:

Semalam, 24/7/17, aku pergi lagi sekali JPN. Haha semua sebab surat aku tu hilang. Entah manalah aku letak. So seret lah ayah pergi ((padahal ayah yang paksa hehe)). Dah sampai JPN, sekali! Huh dompet tak bawa. Alahai adudu betul seorang aman. Maka patah balik. Dan pergi balik.

So lalui proses yang sama. Cuma kali ni ayah kata tukar lah ic sekali, mana taknya, ic muka darjah enam kot haha. So cakap dengan orang tu, nak buat pengesahan cap jari dan nak tukar ic. Tapi orang tu kata, kalau orang yang ada masalah cap jari ni, ic baru boleh dapat dalam masa satu ke tiga bulan. And I was like whutttt. Tapi itulah soalan yang paling aku lupa nak tanya; Kenapa?

So aku bayar lah lagi sekali RM5 untuk surat pengesahan tu, campur RM2 sebab aku tukar alamat dalam cip. Hm, nampak gayanya masih lama lah aku guna muka darjah enam tu. Kalaulah aku pergi betul betul lepas habis matrik, mungkin sekarang dah ada ic baru. Tapi itulah; 'Kalau'.

Ada masa nanti aku upload gambar surat tu ya.

Sekian.

Edit:

Sebulan yang lepas, pergi lagi JPN sebab nak buat IC baru. Orang lain kalau buat IC baru, sehari dah siap. Tapi saya kena sebulan. Okay itu sahaja. Sekian.

p/s: Harini 5 Mac 2021. Kulit tangan dan kaki aku sangat lah cantik. Tak ada menggelupas. Aku tak tahu apa puncanya tapi rasa seronok. Macam, inikah rasanya nikmat dunia.

Another edit:

Harini 25/2/2022.
Hari aku rest day haritu, aku pergi buat ic baru sebab nak tukar alamat. Sampai jpn, aku cakap aku nak buat ic baru. Orang tu minta bawa bil air/bil api sebab nak tengok alamat dekat situ. Dan macam biasa kena ambil gambar baru sebab nak gambar kita yang paling latest dekat ic tu. Dah lah waktu tu aku tak bersiap pun sebab ingatkan boleh je tak payah ambil gambar. Cis. Haha. 

Dah habis ambil gambar semua, dia pun nak sahkan cap jari apa semua. Jadinya disebabkan cap jari aku rosak, abang jpn tu kata mungkin akan ambil masa sampai tiga bulan. Aku macam.. takkan lah sampai tiga bulan lagi en. Explanation abang tu, masa yang diambil panjang sebab nak kena sahkan betul ke aku orang yang sama nak buat ic tu apa semua macam tu lah. 

Long story short, abang tu kata tapi sekarang dah dipendekkan waktunya. So aku tanya lah boleh ke siap dalam masa sebulan. Abang tu kata, boleh. So aku macam lega sebab sebulan en, at least kuranglah daripada tiga bulan. Lepas dah siap bayar apa semua (RM10 sebab buat ic), abang tu kata dalam masa seminggu cuba check ic dah siap ke belum. Aku check lepas seminggu lebih, ic sudah sedia untuk diambil. 

Aku pun pergilah jpn balik sebab nak ambik ic. Dah ambik ic tu, aku minta sekali nak renew surat cap jari tu. Bayarlah lagi RM5. Jadinya kesimpulan cerita baru ni, dah tak perlu tunggu tiga bulan untuk siap ic bagi orang yang ada masalah cap jari. Alhamdulillah dalam masa lebih kurang seminggu ic sudah sedia untuk diambil. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-

12 December 2015

Cry-sis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lately ni, banyak bebenor lah benda yang membuatkan rasa patah hati, mata bengkak, tangan rosak. Apakah. Ada je benda yang membuatkan rasa nak menjerit tepi tasik. Tapi tulah, tasik jauh dari rumah jadinya hanya mampu jerit dekat bantal, tutup muka.

Satu, thumbprint. Aku tau, dalam dunia ni, ramai lagi yang tak ada thumbprint macam aku. Tapi, sejak asyik nak kena guna thumbprint ni, hati ni rasa nak marah je dekat diri sendiri. Haritu datang kursus memandu, kena guna thumbprint untuk kehadiran datang dan kehadiran balik. Aku terpaksa guna thumprint akak kaunter tu sebab aku tak ada thumbprint. Bukan tak boleh nak detect, memang tak ada. Lepastu, nak ambik ujian komputer pun kena pakai thumbprint then ambik gambar. Kena tanggal cermin mata pula tu, sabor je lah. Akak kaunter tu bagi aku lotion sebab nak bagi thumbprint tu boleh detect lah. Masalahnya, aku bukan boleh pakai mana mana lotion sesuka hati. Lepas je pakai lotion tu, terus jari yang luka tu bertambah lagi perit. Weh, takkan nak marah akak kaunter tu kan. Jadi, tahan je lah. In the end, akak tu pakai satu kad ni dan alhamdulillah, dapat lah aku ambil ujian komputer tu dan lulus.

Point ceritanya di sini, bukannya aku sakit hati dan tak bersyukur hanya sebab aku tak ada thumbprint. Aku cuma tak suka bila orang permainkan aku. Faham kan rasa kena ejek? Nak kata yang aku ni tak ada identiti lah apa semua. Wah, nasib baik lah aku selalu ingat yang "sabar itu separuh daripada iman." Eceh. Jalan penyelesaiannya, aku kena lah pergi jabatan pendaftaran negara dan sahkan bahawa aku ni memang tak ada thumbprint. Then barulah aku boleh pergi buat buku akaun bagai dan segala perkara yang melibatkan thumbprint dalam dunia ni lepas dah dapat kad pengesahan tiada thumbprint.

Dua, kata. It really wasn't a big deal when someone forgot about their own promise. Aku ada lah ajak someone ni pergi somewhere. Hari ahad aku dah tanya dia free ke tak hari sabtu. Tapi dia kata dia kena check jadual dulu. Okay, that was fine for me. Kadang aku pun tak boleh nak ikut kalau kawan ajak keluar sebab aku pun boleh ada hal lain yang lebih penting juga kan. Hari khamis, aku tanya lagi. "Free tak hari sabtu?" and her reply was like I didn't ask her that Sunday whether she is free this Saturday or not. Wah, sekali lagi aku ingat yang "sabar itu separuh daripada iman". I went into my room, I cried. As much as I could. Kesannya, esok pagi mata lebam macam panda susah nak buka. Nah, esoknya merajuk lah tapi tak boleh nak merajuk lama sangat sebab sayang. NASIB BAIK SAYANG. Fuhh. Tenang tenang.

Tiga, kawan. Macam biasa lah bila dah habis sekolah ni, mesti ada yang nak keluar sama sama, lepak together, ketawa macam orang gila. Maka bermulalah perbincangan untuk hangout di klcc, times square, mid valley dan banyak lagi. Dalam kes aku, memang dari dulu kalau bincang, tak ada jawapan pun. Bincang kencang, last last aku juga lah yang duduk mereput dekat rumah. Semua tak jadi. Lama lama, aku pun dah jadi tak kisah. Baik aku duduk rumah, baca buku, update blog, layan drama, sambung lukis. Bab nak belajar masak dan belajar jahit tolak tepi dulu, bagi aku enjoy benda yang aku dah lama tangguh. Aku rasa lepas ni kalau aku rasa nak keluar pun, baik aku pergi Village, belanja diri sendiri Baskin Robbins. Dapat lah juga tenangkan diri.

Haritu ada yang ajak pergi mid valley, sayangnya tak dapat ikut sebab kena balik kampung. Then ada yang lain ajak tapi mak dia pula tak bagi. Sekarang ni bincang nak lepak satu kelas dengan kawan sekolah rendah. Itu tak tahu nak kata apa. Kalau jadi, jadilah. Kalau tak jadi, macam yang aku cakap. Duduk rumah, baca buku, update blog, layan drama, sambung lukis. Atau pun, ke Village lah saya. Tapi, tak nak keluar juga sebab no money meh. Selagi belum kerja dan masih tanam anggur, selagi itulah duit tak tumbuh macam tu sahaja ya.

Last but not least, writing. Ya Allah, dari dulu lagi nak buat novel. Sebenarnya dulu adalah buat satu novel ni tapi sampai berapa bab je lah. Masa tu terpengaruh dengan buku cerita pasal keluarga diraja. Tak ingat apa tajuk bukunya tapi ada tiga buku pasal keluarga diraja ni. Tapi semua itu sememangnya fantasi dan khayalan semata mata. Tak kisah lah. So I decided to make that kind of story. Cari nama yang hebat hebat, mestilah nak macam novel lain kan. Cerita tak sampai suku, dah delete. Sebab tak mampu nak sambung cerita tu. Tahap kreativiti dah habis masa tu. Kotak imaginasi dah tak berfungsi. Lepas tu ada je rasa nak buat cerita baru, katanya based on pengalaman sendiri lah. Cerita dari zaman sekolah rendah, naik sekolah menengah. Tapi tak mampu, sibuk dengan urusan sekolah.

Baru baru ni pun ada rasa nak buat cerita baru juga sebab cik lizfiz tu pun dah mula novel dia tu. Dan ini masalahnya. Aku dah beli lapan buku cerita bahasa inggeris dan semuanya bertemakan misteri. Dalam kepala otak ni dah rasa macam Detective Conan, duk fikir pasal kes pembunuhan dengan benda hilang. Pasal cintan cintun ni dah tak mampu fikir. Aku baru baca buku ketiga dan itu pun tak sampai muka surat keseratus lagi. Nampak mcam jauh lagi je nak habis. Boleh je aku buat novel tu sekarang tapi laptop kesayangan ni macam tak bagi je. Nak update blog ni pun perlukan kesabaran yang amat tinggi. Hanya tuan dia je yang mampu sabar macam ni. Kalau bagi dekat orang lain, agaknya dah dicampak campak dah cik lappy ni.

Tapi minat dalam menulis ni InsyaAllah tak akan hilang. Suatu hari nanti, akan tetap tulis sekurang-kurangnya satu novel. Untuk kepuasan diri sendiri lah. Kalau mampu terbit, aku tak akan terbit pakai nama sendiri. Aku akan pakai nama pena lah. Baru lah misteri sikit kan. Baru lah acah acah macam Ten (kalau layan drama She Was Pretty, then you will know what I am talking about. Kalau tak, just faham yang aku refer tu the drama aha.) Kalau bagitahu apa nama pena tu, dah tak misteri lah kan. Tengoklah nanti, dalam masa five to eight years, aku mampu tengok buku yang aku tulis dekat mph ke, kinokuniya, popular. Confirm aku akan sengih sorang sorang masa pergi kedai buku. Okay, back to reality.

Hari tu mak ada tanya, "Nanti akak nak ambik course apa?" Aku dengan yakinnya cakaplah pendidikan. Dari dulu memang nak jadi cikgu. Mak tanya lagi, "Nak jadi cikgu apa?" lebih kurang begitu lah maksud soalannya, ayat yang betul tak ingat ehe. Sekali lagi dengan yakin, aku bagitahu aku nak study bidang matematik. Tapi setiap cikgu akan ada subject major dan subject minor. Mak tanya lagi, yang subject minor tu nak ambik subject apa. "Pendidikan Islam?" Wah, tinggi sungguh harapan mak. Tapi aku jawab lah, "Mungkin bahasa melayu." Yeah sebab dalam banyak banyak subjek, dua subjek itu lah subjek yang aku paling yakin sejak sekolah rendah. Kenapa? Sebab mak aku sangat pentingkan bahasa. Malulah kalau markah anak melayu lagi teruk daripada anak bangsa lain dalam bahasa melayu. Kata 'Takkan Melayu hilang di dunia.' Tapi kertas peperiksaan membuktikan sebaliknya.

Ayah pula pandai dalam matematik. Kesimpulannya nak bagitahu yang benda ni boleh juga dikatakan genetik. Aku nak jadi cikgu ni pun, mungkin genetik mak. Tapi sebelum aku decide nak jadi cikgu, aku sendiri tak tahu yang mak aku dulu pun pernah bercita cita nak jadi cikgu tadika. Tapi tak dapat atas beberapa faktor dalaman dan luaran. Kiranya, kalau aku berjaya jadi cikgu, dapatlah aku merealisasikan cita cita mak yang tak tercapai dulu. Lagipun, adik beradik mak yang lagi dua tu, dua dua jadi cikgu. Aku nak lah sambung legasi jadi cikgu tu ehe.

Okay sebenarnya dah lari topik ni. Dari nak cry, dah smile dah. Betullah kan. Kalau orang yang introvert ni, kan tak reti nak luahkan perasaan yang terpendam dalam diri ni kan. Bagi introvert yang jenis macam aku ni, bila aku menulis, perasaan marah atau sakit hati tu dapat dikurangan. Sebab tu dulu ada diari. Dulu. Zaman masih mentah. Sekarang ni zaman dah suku masak. Jadi blog ni dianggap diari. Tapi orang baca. Sebab ni bukan diari. Okay.

Kesimpulannya, segala keluh kesah dan segala perasaan yang tak menyedapkan hati dah pun diluahkan. EH. Belum lagi. Ada satu lagi. Tapi cerita tu tak boleh nak sambung dekat sini. Kalau tak post ni akan jadi macam bab satu dalam novel. Tak ada kesudahan sebab tak tahu bila nak sambung jadikan bab dua. How does one decide to stop the first chapter and start a new chapter? Benda tu lah benda paling susah masa aku buat novel yang dah dipadam dulu tu, selain fikir jalan cerita. Benda lagi satu, insyaAllah cerita lain kali. Harap tak sepanjang post ni. Aku pun dah tak sanggup nak cerita.

Sekarang ni layan final bola, Kedah VS Selangor. Aku sokong Kedah tapi Selangor dah 2. Apakan daya. Tapi! Selagi bunyi wisel menandakan tamat perlawanan belum berbunyi, macam macam benda boleh jadi. Macam tu juga kehidupan kita di muka bumi ni. Selagi masih ada nyawa dalam badan, pelbagai pilihan yang akan kita buat. Think carefully, choose wisely. Dunia ini adalah pentas, dan kita lah pelakonnya. Dan dalam dunia lakonan, segalanya tidak mustahil. Tapi yang paling penting, doa pada Dia. Moga dipermudahkan segala.

Harap aku ingatlah nak sambung cerita sedih lagi satu tu. Kalau tak, cerita lain lah aku cerita. Sekian, maaf kalau ada salah silap. Selamat malam. Assalamualaikum.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

01 December 2015

Tomodachi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kawan. Friends. Chingu. Tomodachi. Okay I only know 4 languages.

In this world, other than we need our family, we really need friends by our sides too. Okay, maybe not many people realize the importance of friends. How about we go to our imaginary world and start imagine. I will bring you guys there. Now, start imagine.

You are going to school. Okay, no, maybe college or university. The anxiety to make friends are all over your minds. Once you step into you first class, you sit on an empty seat. You see your classmates one by one step into the class and fill up all the seats. The lecturer come into the class and start the class. And, the class come to the end. You step outside the class but no one even bother to look at you or even to start a conversation. At that moment, you think "nah, I can go through this alone." However, this thing go on for a long time.

One day, you finally make a friend. Starting from that, you have a group. Or maybe I should call it a 'gang'. You are so happy with that. You spend all your time with them. Well, a small misunderstanding always occur among friends. But you never take that to your heart. It is just like a simple black dot on a piece of white paper. You have correction tape to cover it, right? For years, you start to to love them like your own family. Wherever you want to go, whatever you want to do, you will always tell them like a nice boyfriend who always tell his girlfriend everything about his daily life.

Suddenly, another one day, you had a fight with one of your friends. You stop talking to him/her because your anger fill up your heart and you cannot control it anymore. You just ignore him/her all the time. In your mind, you don't even think to get back with your friend. At this moment, ask yourself. What do you feel when another black dot appear on the white paper? Don't you just feel so distracted? Don't you feel stress thinking about that? You have no more correction paper with you. You don't know what to do. So, you just keep going with that attitude.

I am not judging anyone's friendship. Like I said before, I asked you guys to imagine the situation. When you lost your friend, don't you feel like you lost your family member? Don't you feel, a little bit, like losing a a really precious thing?

In this world, anything can happen. I know. Even stranger can be a friend within a short time. It goes to friend too. A friend also can be a stranger with memories. I do agree about that. But, our effort to not make it happen is the important thing here. Whether the fault is yours or not, a simple sorry can change it.

How about this. Start thinking about how you guys started being friends. I am really sure it is a good memory. If not, just think about any happy moment together which can make you smile all night and sleep with it. Trust me, it works. I tried. I fought many times before. And it just make me feel crazy to lose friends, one by one. Then, I changed. I started to care about my friends feelings eventhough it can hurt my own feelings. But, nah, I don't do it always. Duh, asyik jaga hati orang, hati sendiri takkan tak jaga pula kan.

Okay, so, no matter how short tempered you are (like me), just remember.

A friend in need is a friend indeed.

If you really want to have good friends around you, you must first be a good friend to others. What goes around, comes around. The 'yakusoku' to be together for a long time, keep it. Maybe, it is your last promise with your friends. Love your friends the way you wanted to be loved.

Awak, memang ada masa kita akan ada sikit salah faham dengan kawan-kawan. Cara kita handle benda ni yang penting. Tak semua orang boleh jadi kawan kita dan kita tak boleh jadi kawan semua orang. Jadi, pegang kawan yang betul betul kawan. Jangan lepaskan. Who knows, mungkin dia lah bakal jiran kita di syurga nanti, kan? *winks*

I know nothing about your friendship. I am not in the place where I can simply give advice to you. But, yeah, I pray the best for you and your friend. It is nice to see all of you together. Laughing, talking, be crazy. Don't you just love doing that with your friends? Oh man please, I know you do. So please, doa banyak banyak. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Maaf kalau ada kesalahan. Semoga dijadikan pedoman. Syukran.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

28 November 2015

Do not.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Do not act like you care if you don't. It is your choice whether to care about someone or not. You don't have to care about everything in this world. If you do, then I think your brain and your heart must be really strong.

Do not give false hope to anyone. Do not play with anyone's heart. Because, I think everyone know the reason. What you give, you get back. Once you hurt someone, one day, soon, for sure, you will feel the same pain.

Do not make other people feel uncomfortable when they are with you. Be rational. Please, have some senses. Yeah, I know. Everyone have been saying that, do not care about what other people say. Be yourself. I do agree about that. But, don't forget that we are living in a society. What other people think about us is important too. However, do not make that as a reason to change yourself to something that isn't yourself.

Do not stop doing something that you like. Drawing, reading, talking, cooking, driving, sewing, playing. Keep doing that. Give sometimes to spoil yourself with that kind of hobbies. Because, that is the only time for you to accompany yourself. To give a special care to yourself. To love yourself  more than usual.

Do not think that by remembering the past, you are actually feel lonely. It just shows that, our memories are so cool like that. Aha. And yeah, at least, when you suddenly miss the past, you have some good manners in yourself. Not everyone can remember about the past. It is either they need to remember it, or they are USB. Okay. Yeah, I am missing my memories. My past. Not the 'zaman jahiliah' moment. But, the memory how I change from 'kejatuhan' to 'kebangkitan', Just want to say thank you. And, love you. And, miss you. But, who are 'you'? And the question goes on.

Do not forget all the things above. Kerana dirimu begitu berharga.

Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa. Masih belajar. Ayuh, menuju ke syurga.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

14 August 2015

Learn, not live.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama tak pegang laptop sejak lepas balik raya hari tu. Dah masuk bulan lapan, maknanya bulan peperiksaan percubaan spm. Dah mula dah isnin minggu ni. Sampai hari ni baru habis 4 subjek. 4 je ya rakan rakan, sejarah kertas 3 belum lagi. Tapi kira subjek teras semua dah habis. Minggu depan tinggal subjek elektif. Itu lagi gigil nak jawab. Semoga semua dapat jawab dengan cemerlang!

Mesti semua orang pernah sakitkan hati orang lain sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja, dan juga pernah disakiti. Perkara tu biasa. Siapa je tak pernah sakit kan. Tapi, benda tu mesti benda yang dah lepas kan? Bila benda dah lepas, yang penting kita menyesal kalau dah sakitkan hati orang. Minta maaf, niat jangan buat lagi, beribadah sungguh-sungguh, kembali kepadaNya.

Learn from the past, not live in the past. 
Benda dah lepas, tak payah lah duk nak ungkit ungkit. Jangan masih berada di takuk yang lama. Eh. Tak ada kaitan. Kalau sekali dah cerita, luah dekat seseorang, cukup lah sekali tu. Tak usah setiap kali ada benda yang berkaitan, masa tu juga nak dibuka balik cerita 10,20 tahun lepas. Aku pun baru nak masuk 17 tahun ahaks. Kadang-kadang, orang yang duk dengar cerita tu dah boleh hafal dah. Mungkin sampai tahap dia dah boleh bukukan segala cerita. Bila nak ditegur, kadang kadang susah. Jadi, larikan je dari tempat kejadian ya.

Lagi lah tak boleh cerita benda lepas kalau benda tu berkait dengan aib orang dengan aib sendiri. Bab aib ni tak payah buka atau cerita dekat orang. Tak ada bawa faedah pun. Allah dah elok elok tutupkan aib kita, jangan kita sendiri yang buka dengan rela hati. Bawa bawa lah istighfar ya. Ingat Allah.

Benda yang dah lepas kita jadikan pengajaran. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Bila dah jadi sempadan, jangan dilangkah sempadan tu. Kita tak tahu apa akan jadi kalau kita lepas sempadan tu. Buatnya ada bom ke apa ke kan. Janganlah aniaya diri sendiri. Tak baik.

Lagi satu, nak ingatkan. Terutamanya buat yang sama jantina ni lah. Kalau rasa ada pernah post gambar atau kawan post gambar yang kurang menutup aurat. Misalnya, ternampak lebih sikit daripada pergelangan tangan tu, gambar kaki sebab tak pakai stokin, atau ternampak bentuk rambut yang ikat tu sebab tak pakai anak tudung, silalah padam dan minta kawan padam. Mana yang termampu. Bukan apa, benda yang dah post online ni, akan kekal online, kalau kita tak ada ambik tindakan.

Jadi, sebelum post, fikir dulu. Gambar tu elok ke tidak. Kalau tidak, berjalan je dosa. Tanpa kita sedar. Buka balik facebook, twitter, myspace, instagram, padam mana yang tak patut. InsyaAllah, Allah nampak usaha kita. Bukan sekadar kita berubah di dunia nyata ni, di alam maya pun banyak nak kena ubah. Memang ramai biasanya yang terus tutup akaun bila dah berubah, bukan salah tapi sebelum tu cakap dulu dekat kawan kawan, minta padamkan gambar. Kalau nak delete semua gambar pun bagus, kalau nak tinggal gambar yang proper je pun tidak mengapa.

Berubah biar perlahan tapi istiqamah.

 Ini kes sentap baca tweet abang je. Hehe. Apa pun, semoga istiqamah dalam beribadah dan teruskan perjuangan lillahi taala! ^^
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

21 July 2015

Kehilangan.

Bismilkahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pernah tak hilang barang? Hilang kunci ke, buku ke, hilang markah ke, eh. Adik pun baru je hilang kotak pensel tapi alhamdulillah dah jumpa balik. Misplaced, salah sendiri. Semua orang mesti pernah sekurang-kurangnya sekali hilang sesuatu barang milik sendiri. Ataupun orang lain punya. Itu parah. Aku pun baru je kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan aku.

Aku kehilangan atuk aku. Datuk aku sebelah ibu. Kami panggil arwah tokabah. Pagi 1 Syawal. dalam puku 530, mak ngah (adik mak) call. Aku tak angkat sebab dalam otak aku fikir "pagi-pagi macam ni call nak apa". Lepas tu, aku dengar kaklong (kakak) on the phone. Tapi aku tak dengar betul betul setiap bait ucapan dia. Habis sahaja otp, kaklong kejut mak. Kaklong cakap "mak, tokabah dah tak ada." Terus aku bangun. "Tadi akak tak angkat call........" Faham tak perasaan masa tu. Tak terungkap.

Mak dan ayah terus kejut adik beradik yang lain. Ayah terus mandi dan solat. Yang lain pun sama sambil kemas semua barang untuk pulang ke Temerloh, Pahang. Masa tu kami di Seremban, Negeri Sembilan. Dah bersiap siap untuk raya. Siap sahaja semua orang, kami bertolak hampir pukul tujuh pagi. Biasanya, dari Seremban ke Temerloh mengambil masa kira-kira tiga jam lebih. Tetapi disebabkan kesuntukan masa, kami mengambil laluan Seremban-Kuala Lumpur-Temerloh. Kami tiba di Temerloh dalam pukul sembilan pagi.

Sebaik tiba di sana, kami turun ke rumah mak su (adik bongsu mak) kerana jenazah ada di sana. Masuk je aku dalam rumah, aku dah nampak mak dah menangis sambil peluk tokmak. Tak pernah aku tengok mak nangis sebegitu. Gugur air mata selaju lajunya. Ramai juga orang yang datang. Kami sekeluarga duduk membaca yasin. Mak ngah dan mak su sedang membuat segala persiapan. Sekitar jam sepuluh, jenazah dimandikan. Dan proses seterusnya dilakukan berterusan sehingga lah dikafankan. Sebaik sahaja selesai, aku tengok adik beradik aku dan sepupu aku menangis sehingga tak cukup air mata.

Ini merupakan kehilangan yang pertama untuk keluarga di sebelah mak. Selesai segala perkara, aku tengok tokmak tak henti nangis. Mak dan mak ngah pun macam tu. Kehilangan yang tidak diduga. Alhamduillah selesai segala perkara (termasuk tahlil), kami duduk di rumah tokmak. Apa aku rasa masa itu ialah "rumah ada orang tapi rasa kosong." Arwah tokabah dah seminggu sakit tapi tak sangka pula..

Lepas ni, bila balik kampung, tak ada dah yang nak cakap "amaninaaaaa!" dengan suara yang ceria. Tokmak pun duduk rumah mak su. 2 Syawal, pagi pagi kami ke kubur. Mengikut kebiasaan orang kampung, ziarah kubur beramai-ramai pada hari raya kedua. Sebaik sahaja kami mula membaca yasin, tokmak terus nangis. Yang aku mampu buat ialah mengusap belakang tokmak. Mak pun mula mencurahkan air mata.

Pagi tadi, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami kemas barang barang atuk. Tiba-tiba abang aku cakap "Along, ambik baju ni." Baju wartawan atuk. Pandang je baju tu, merah rasa mata. Bila tengah duduk sama-sama, kadang kadang tokmak cerita pasal arwah tokabah. Sebak. Hiba.

Atuk, semoga atuk tenang di Sana. Semoga atuk ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiin.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

10 July 2015

Trust.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Perkara yang amat susah nak cari dalam kehidupan setiap orang ialah trust, kepercayaan. Sejak kita lahir sampai lah kita besar, kita akan dikelilingi oleh ramai orang sama ada kita kenal ataupun tidak. Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja. Ramai sangat orang yang kita dah jumpa dan akan jumpa. Tapi, dalam ramai orang yang kita kenal tu, berapa ramai je yang kita betul betul boleh percaya?

Isunya dekat sini, bukan kita tak nak percaya orang. Kadang kadang, kita tak termampu nak letak kepercayaan itu seratus peratus. Tak ada lah sampai tak ada langsung kepercayaan tu tapi yelah, besar mana je ye tak. Trust ni asalnya tak susah nak bagi tapi setiap orang ada pengalaman masing masing.

Ada sesetengah orang yang dikhianati oleh ahli keluarga sendiri. Daripada situ, kalau family sendiri dia dah tak boleh nak percaya, dekat siapa lagi yang dia nak percaya? Ada juga orang kena khianat dengan kawan baik sendiri. Suami isteri pun kadang kadang boleh betray. Dari situ datangnya perasaan susahh sangat nak percaya orang. Bukannya tak ada langsung orang yang baik dalam dunia ni tapi benda tu susah, payah nak cari.

Bila tengok dekat twitter, ada lah main hashtag tweet any lies yang diorang dah pernah bagitahu dekat opposite gender. Fuh seram baca weh. Dari situ, makin ramai yang susah nak percaya opposite gender. Mula duk kata "laki semua sama", tak pun "perempuan memang macam tu". Oh stop all this nonsense. Jangan sebab seorang, rosak satu jantina. Okay merepek.

 Aku pun ada juga trust issues. Aku pernah baca;

Not all "I love you" is real.

Gedebuk bila baca. Sebab? Pernah kena. Mula je haritu, aku susah sikit nak percaya orang. Aku makin jauh daripada orang tapi sekurang-kurangnya aku makin dekat dengan keluarga ehe. Kalau nak dikira berapa ramai kawan baik yang aku ada, pakai jari tangan pun dah cukup. Tak payah nak pakai jari kaki. Bukan apa, takut kena lagi. Kalau nak dikira berapa ramai kawan baik lelaki, ada ke? Bukan nak sangat tapi.. cukuplah dengan adik lelaki tu ye dak. Semua benda yang jadi kalau difikirkan balik, ada sebab dan hikmahnya.

Kalau aku tak kena suatu masa dahulu, dapat ke aku jadi diri aku yang sekarang? Bagi aku, aku cukup sayang diri aku yang sekarang. Tak semua perubahan membawa kepada kerosakan. Dan daripada semua benda yang pernah jadi dari dulu sehinggalah sekarang, dapat buka mata aku siapa sebenarnya kawan. Like really really true friends. Kalau orang tanya siapa kawan baik aku, insyaAllah, dia lah orang pertama yang akan terlintas dalam fikiran aku.

Back to trust. Percaya orang tu tidak ada salahnya tetapi percaya tu pun kena pandai pilih orang. Bukan apa, takut memudaratkan masa depan. Bahaya. Hati hati ya. Jangan lurus sangat. Bengkok sikit. Eh. Beruang dalam fikiran (bear in mind);

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Biar orang buat kita, jangan kia buat orang. Dendam tidak membawa kepada kebaikan tetapi membawa kepada kehancuran. 
Sekian, mari menuju ke syurga!
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

30 June 2015

Different Shoes.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

"Kau bolehlah cakap macam tu, kau bukan dekat tempat aku."

"You don't have any right to talk or to interfere about this, you are not in my shoes!"

Haa mesti ramai juga yang selalu cakap macam ni. Tak kisah lah dekat kawan ke, even family sendiri. Tapi yang 'kau' tu tukar lah guna any nama yang anda anda guna semasa dengan keluarga ya hehe.

Okay, satu, semua orang dalam dunia ada masalah. Siapa je yang tak ada masalah. Lagipun, dalam hidup ni, kenalah ada ups and downs. Macam mesin dekat hospital tu. Apa jadi kalau mesin tu tunjuk garis mendatarrr je? Tandanya sudah tidak bernyawa. Jadi, bersyukur lah dengan naik turun kehidupan ni.

Bila ada masalah, kita akan secara automatik cari orang yang boleh dengar masalah kita. Luahkan segala masalah yang ada. Jadi, bila kita dah pergi dekat orang tu, mestilah at least satu peratus dalam hati orang tu berniat nak tolong kita kan? Tak kisah lah dari segi duit, nasihat dan lain lain. Makanya, kita sebagai orang yang bermasalah tadi, kalau orang tu dah bagi nasihat, jangan lah pula kita melenting. Kata yang dia sebenarnya tak faham lah apa lah. Then why did you come to the person in the first place, right? Orang nak tolong tapi kita marah. Terus kena tinggal. Haa rasa.

Dua, sebagai yang bagi nasihat tu pun, jangan lah merepek sangat kalau nak tolongnya. Contoh, kalau kawan kita tu ada masalah putus cinta patah hati sebab result exam teruk. Mesti kita akan suruh dia jangan fikir dah pasal benda tu. Just enjoy your life bla bla. Tapi 5 saat lepas tu kita terus cerita pasal benda lain. Yang kawan tu tengah stress, tak ada maknanya dia nak layan masalah orang lain. Bagi dia tenang dulu. Tanya ada tak apa apa yang dia boleh tolong. Then bagi dia ruang nak bernafas. Ini tidak, terus duk cerita pasal sendiri punya bahagia. Sengsara je kawan yang stress tu.

Sambungan yang dua, sebagai kawan yang jadi pendengar tu, jangan lah asyik kata yang kita faham masalah kawan tu. Walaupun! Sebenarnya yang kita tersangat faham. Sebab, kita dengan dia bukan orang yang sama. Sometimes ada benda yang kita mampu tanggung tapi dia tidak. Jadi, bila rasa nak bagi nasihat, it will be nice kalau mulakan atau akhirkan dengan ayat "aku nasihat kau ni sebab aku sayang kau, kau kan kawan aku." Haa kan sedap bunyinya tu. Tak adalah berpusing pusing kepala kawan tu.

Tiga, sebagai orang yang bermasalah tu tadi, kalau rasa rasa tak jumpa sesiapa yang boleh dijadikan tempat luahan perasaan, carilah sejadah. Ambil wuduk, tenangkan diri. Solat sunat dua rakaat. Baca Al-Qur'an. InsyaAllah tenang. Cerita segalanya pada Dia. Nangis lah puas puas atas sejadah. Setiap kali lepas solat fardu, doa banyak banyak supaya dipermudahkan segala. InsyaAllah, tenang lah juga qalbu tu. Ingat, Allah bagi ujian pada kita sebab Dia tahu yang kita mampu hadapinya. Allah tak akan bagi ujian yang kita tak mampu tanggung. (peringatan untuk diri sendiri juga)

 Kita hidup dalam dunia yang sama tapi berbeza cara hidup. Jadi, tak salah kan saling membantu ringankan beban yang lain. Bukan tambah beban orang lain tau. Hidup kita tak sama dengan hidup orang lain. Live our life to the fullest. Enjoy every little thing around us. 

Kalau kita rasa hidup kita ini terlalu susah, sedarlah bahawa ada orang lagi susah daripada kita. Kalau kita rasa kita ini hebat sangat, ingatlah bahawa ada orang lebih hebat daripada kita.


Amanina Mohd Tarmizi -my life-

26 June 2015

Medan Magnet.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Assalamualaikum, Rul."

"Waalaikumussalam, Zil."

Selepas sebulan tak jumpa, Rul jumpa Zil. Siapa yang tak terkejut, member yang dah lama tak jumpa, bila contact pun macam tak suka. Ada je alasan yang Zil bagi. Sakit lah, banyak kerja lah, kucing beranak, pokok menangis tak cukup perhatian. Eh. Asasnya, Zil penuh dengan alasan.

"Aku bukan apa, Rul. Kalau ikutkan, harini pun aku taknak jumpa kau. Tapi aku dah tak tahan. Aku kena bagitahu juga. Aku tak suka kau kawan dengan Min."

Min? Baik je orangnya. Dia tu peramah. Suka tolong orang. Member tak ada duit, dia bagi pinjam. Member tak ada makanan, dia bagi makanan yang dia ada. Haritu masa buka puasa, dia bagi macam macam dekat aku, padahal makanan dia tu pun bukannya banyak mana. Jadi, apa yang tak kena?

"Itulah yang aku tak suka. Sejak kau dah kawan dengan dia, terus kau lupa aku, kan? Bulan lepas, aku ajak kau teman aku jalan-jalan, kau sibuk nak lepak dengan Min. Apa salah aku? Ke kau ada benda tak puas hati dekat aku sampai kau pergi cari kawan lain? Lagi satu. Aku tengok korang ni bukan nya ada persamaan pun sampai korang boleh melekat together sentiasa. Cuba cerita dekat aku apa hebat sangat Min tu."

Disebabkan kau dah tanya, meh aku cerita. Aku kenal Min masa aku tengah lepak dekat cafe. Bila aku tengok, dia tu tak ada lah glow in the dark ke apa ke. Tapi, ada satu benda yang buat aku tertarik dekat dia. Apa dia? Aku sendiri tak tahu apa. Aku cuba cakap dengan dia even masa tu dia pun tak kenal aku. Tapi, dia layan juga aku. Masa dia bercakap, punyalah lembut. Macam cakap dengan anak. Start daripada hari tu, kitorang exchange number. Kitorang start contact. Macam macam benda kitorang berbual. Tapi, ada satu yang pelik. Aku dengan dia langsung tak ada persamaan. Aku ni jenis yang kasar, dia pula lembut selembut lembutnya. Kitorang punya taste pun lain-lain. Senang kata, semua benda lain. Tapi kitorang still kawan. Aku ada nak ajak kau jumpa dia tapi kau yang tak nak. Aku nak kita tiga jadi kawan, tiga serangkai gitu. MZR. Macam nama restoran pun ada.

"Sorry, aku jealous tak bertempat. Aku jealous pun sebab kau kawan aku. Aku tak sepatutnya cemburu, aku tau. Jadi, sekarang ni, bawa aku mengadap dia. Ceh. Bawa aku jumpa dia lah, nak juga ada kawan baru."

Rul dan Zil senyummmmm.

Jadi, apa benda cerita ni?

Aku nak cerita pasal medan magnet sebenarnya. Siapa kata kita perlukan persamaan kalau nak berkawan dengan orang lain? Tak perlu persamaan. Yang penting ialah persefahaman. Kenapa kena cemburu kalau kawan kita ada member baru. Join lah sekali member baru tu, barulah meriah. Back to persamaan. Perbezaan yang ada antara kawan-kawan tu lah yag seronok sebenarnya. Kalau asyik cakap pasal benda yang sama je setiap masa, akan timbul juga rasa bosan tu. Automatik. Jadi, dengan ada benda yang berbeza, barulah hidup ceria. Warna warni di Aidilfitri.

Berkawan ni macam magnet.

You are south pole. I am north pole. But we still attracted to each other. And we never let go of our partner. Why? Because we just can't. We will be together forever. Nothing can separates us. 

Haa comel kan? Jadi jangan cari persamaan je. Perbezaan pun ada nilai nya tau. Sayangi persahabatan. Jangan sebab duduk jauh, terus hilang contact. Jangan. Jangan.

Sekian, mari menuju ke syurga together!
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

10 June 2015

Wanita Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Kenapa ada rancangan Wanita Hari Ini tapi tak ada Lelaki Hari Ini?
Sebab wanita hari ini lain, esok pun lain, lusa lain. Cepat berubah.
Credit: twitter

Bila baca tweet tu, adanya betul juga. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Tapi, dah sememangnya semua perempuan tu dilahirkan macam tu. Perasaan berubah-ubah. Awal-awal gembira macam pelangi, tiba-tiba muram macam guruh, berubah marah macam petir, sedih macam hujan, dan tak pelik untuk dia kembali menjadi pelangi. Pelik, unik tapi comel, kan? Macam saya.

Tapi itulah yang menariknya ciptaan Allah ni. Perempuan ni kan, sentiasa dalam jagaan. Bila jadi anak, ayah yang jaga kita. Bila jadi isteri, suami yang jaga. Tak pernah bersendirian.

"Yang paling utama, kalau pun anda terpaksa menelusuri jalan ini seorang diri, ketahuilah, Allah kan ada....? Haa..."
Ha kalau sendiri pun Allah masih jaga. Jadi jangan risau.

Kalau nak cakap pasal perangai perempuan, sampai 3 hari malam pun tak habis. Sebab kami ni pelik. Tapi jangan underestimate perempuan ni. Sememangnya perempuan ni kaum yang lemah sekiranya kita tengok dari luarannya, tapi hati perempuan ni kuat. Lebih kuat berbanding lelaki, walaupun zahirnya nampak perempuan lebih banyak menangis berbanding lelaki. Yang encik lelaki yang tak menangis tu bukan kuat mana pun sebenarnya, ego je lebih. Tak ada masalah pun bagi encik lelaki nak nangis. Segan je, kan?

Perempuan ni kuat. Bukti? Wanita yang dimadukan. Kenapa? Siapa je yang sanggup berkongsi sebenarnya kan. Nak nak pula suami sendiri. Kalau dia sendiri yang suruh suami dia kahwin lain, itu cerita lain. Ini cerita yang suami dia sibuk nak pasang lain. Mestilah sakit hati bila dimadukan, tapi apa boleh dia buat? Lelaki boleh kahwin empat.

Cuba kalau situasi diterbalikkan. Perempuan tu kahwin  ada lelaki lain. Skandal. Memang salah perempuan tu pun ada skandal dengan lelaki lain, dosa. Tapi yang skandal itu sahaja boleh buat lelaki tu naik angin. Habis tu yang dimadukan isterinya tu kenapa? Okay, cukup.

Cerita pasal kahwin macam aku dah tahu semua benda. Tidak. Cuma nak kongsi pendapat pasal apa yang aku tahu. Benda-benda yang dekat atas tu? Oho minta dijauhkan lah daripada kita semua ya. Berbalik kepada perangai perempuan. Jangan marah kalau perangai perempuan ni berubah-ubah sebab kitorang sendiri tak tau kenapa! Perempuan kan ada mood dia sendiri. Kalaulah perempuan ni ada mood meter, silap silap meter tu rosak. Sebab kejap naik kejap turun.

 Jadi, kesimpulannya, perempuan ni istimewa. Tu je hehe.

Sekian, mari bersama menuju ke syurga! :)
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

06 June 2015

Expect the unexpected

Bimillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak rancang sesuatu benda tapi tak jadi? Macam rancang baik punya nak lepak, jumpa kawan yang berkurun berzaman berabad tak jumpa, last minute cancel. Last minute nya tu pula, betul betul sebelum waktu yang ditetapkan nak keluar. Nak jumpa pukul 2, pukul 150 bagitahu plan cancel. Wah itu bukan setakat menyirap, mengoren menganggur dan macam macam lagi. Sakitnya tu bukan sebab plan cancel, tapi sakit rindu yang tak dapat dilepaskan. Patutnya lepas dah perasaan rindu tapi tersimpan lagi. Itu yang pedih sangat tu.

Okay, yang expectednya, sepatutnya hari tu kan jumpa kawan kawan. Yang unexpectednya plan tak jadi. Sepatutnya awal awal dah kena fikir yang ada kemungkinan plan tu tak jadi. Jadi, bila ada pemikiran macam tu, tak ada lah hati ni ranap macam bumbung rumah kena langgar puting beliung. Rasa sedih tu memang lah akan ada, memang tidak dapat dinafikan tapi sekurang-kurangnya tak adalah teruk sangat rasanya tu. Sebab? Dah expect the unexpected.

Nak dijadikan cerita, aku dah banyak kali kena. Sekali dua tak kisah lah sis, tapi dah banyak kali. Sentap? Masa benda tu jadi takkan lah tak ada sentap langsung. Perasaan dia sama je macam bila jumpa wifi sekali ada password. Sama je. Frust yang tertonggeng tonggeng. Disebabkan dah banyak kali kena, lama lama dah keras dah hati. Setiap kali ada plan nak hang, aku mesti get ready plan lain. Manalah tahu plan nak keluar tak jadi. Punyalah dah siap lawa lawa ni macam nak jumpa bakal mak mertua, sekali cancel. Rasa dia? Macam tak jadi kahwin.

Tapi itulah, kalau nak cakap pasal perancangan ni, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Tak gitu? Bukan semua perancangan kita tu, bagus untuk diri kita. Allah menentukan sesuatu yang baik untuk diri kita. Jangan sedih kalau perancangan tak jadi. Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita. Mungkin benda yang kita nak tu, bukan benda yang baik buat diri kita. Jadi, jangan sedih sedih sangat.


"Alan, aku dah sampai ni. Dah setengah jam dah. Kau kat mana? Bukan setakat batang hidung, bayang kau pun aku tak nampak. Tak nak datang ke?"
"Alamak, sorry Mir. Aku rasa aku tak dapat datang lah. Ada egermency. Eh, emergency. Serious sorry. Next time kay? Aku janji"
"Oh tak apa lah, Alan. Leklok okay!"

Wah, simple betul ayat Mir tu kan. Tapi, apa yang dia cakap tu tak cukup membayangkan apa yang dia rasa. Sakitnya tu di sini, wah macam perah limau dekat luka yang sedia ada. Walaubagaimanapun, macam mana sakit hatinya kita tu, maafkan lah kawan kita tu. Mungkin betul betul dia ada kecemasan, siapa tahu kan? Janganlah berdendam. Apa pun, dia masih kawan kita. Apa jadi kalau kita dekat tempat kawan kita tu? Kita betul betul ada kecemasan tapi dia tak percaya. Lepastu duk ungkit pasal  plan yang tak jadi tu. Sakitkan? Jadi, be positive (ceh).

Cerita ni bukan spesifik ditujukan dekat sesiapa. Lagipun benda ni, siapa yang tak pernah rasa kan? At least mesti pernah sekali. Persahabatan ni, bukan terletak pada berapa kali jumpa, berapa kerap jumpa. Persahabatan ni, lagi tinggi nilai dia kalau ingat masing-masing dalam doa masing-masing. Tak gitu? Barulah manis sweet sweet gitu. InsyaAllah, kekal lama persahabatan tu.

Konklusinya (dah macam karangan respon terbuka), rancang sesuatu di sebalik perancangan. Benda ni bagus untuk legakan hati sendiri. Dan juga, dapat buat kita berfikiran jauh. Tak adalah stick to one plan only kan. Tak lupa juga, jangan berdendam and be positive.

Jangan sebab satu benda buruk yang kawan kita buat, semua kebaikan yang dia buat selama ni, kita lupakan macam angin yang datang satu kali. Jangan.
Last but not least, serahkan semuanya pada Allah setiap kali kita merancang, Sekian, mari menuju ke syurga *wink*!
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

03 June 2015

Kembali.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Tarik nafas, hembus, Fuuhh. Dah lama rasanya tak menaip macam ni. Secara fizikalnya, yes, i am back to the blog's world. Kenapa? Sebab keinginan nak menaip tu dah sampai tahap maximum. Nak tak nak, kena menaip juga. Dah selalu sangat menaip dekat handphone, rindu nak menaip dekat laptop. Bukan apa, style kan kalau taip dekat laptop. Ada gaya, mutu, keunggulan.

Perancangan awalnya, sejak tutup blog ni, nak buka balik lepas spm. Maklumlah, lepas spm kan. Mesti banyak sangat masa terluang sampai dah tak tahu nak buat apa. Tapi macam yang cakap tadi lah, keinginan mengatasi segala-segalanya. Akhirnya, terbuka juga lah blog ni.

Seperti yang terang nyata bersuluh lagi dekat blog ni, semua entry yang lama yang dah bertahun tu, dah pun dipadam. Banyak tau, 172 entries. Kenapa? Sebab tak nak hidup pada masa lepas. Hidup pada masa sekarang. Fikir masa depan. Bukan nak lupakan semua benda yang lepas, tidak. Tapi ada beberapa perkara yang MESTI dilupakan. Untuk diri sendiri juga, bukan untuk orang lain. Biarlah perkara itu lenyap menerusi kabus-kabus yang ada.

Dengan semua benda yang baru ni, harap yang lain maafkan aku atas segala kesalahan yang telah aku lakukan sama ada secara sengaja, tak sengaja, nampak atau tak nampak. Tak nak gaduh-gaduh. Dan yang paling penting, tak nak lah saling membenci. Tak best tau. Well, everyone deserves a second chance, right? I hope so.

Jadi, aku doakan korang semua sentiasa sihat sejahtera. Mari menuju ke syurga!
Amanina Mohd Tarmizi -my life-