Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

04 August 2021

It's a wrap!

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lamaaaa dah dilupakan blog ni. Kesian betul. Sepanjang ditinggalkan, banyak yang berubah. Macam macam. Luaran, dalaman. But the most important thing is aku dah habis degree!! Amagad. Rasa tak percaya. Sejak masuk course accounting, asyik kata nak quit, nak drop. But look, here I am. Habis degree empat tahun yang amat membebankan. 

Aku sebenarnya teringat nak tulis blog ni sebab tadi aku duk scroll cari kerja part time. Zaman covid ni, sangat susah nak cari kerja. Reason kenapa aku cari part time is aku sebenarnya nak sambung belajar lagi. So kalau dengan izin Allah aku dapat sambung belajar, aku tak bolehlah terikat dengan apa apa komitmen masa cuti ni. Itu yang cari part time je.

Tapi susah juga nak cari. Bila aku rasa macam kerja tu menarik, aku tengok balik tangan aku. Mampu ke? Tangan ni dahlah buat hal balik sejak dua menjak ni. Makin teruk merekahnya, tiba tiba gatal pula. Aku jadi tak selesa nak buat apa apa. Buat kerja rumah pun aku rasa menyampah. Bukan sebab penat tapi sebab aku kena sentuh barang barang yang aku buat kulit aku rasa annoying. Bayangkan lipat kain tu pun jadi annoying. Lagilah tak logik kalau aku nak mohon kerja dekat tempat makan ke apa en. 

Masa dua bulan baru pindah rumah, tangan ni elok je. Lepastu dia jadi balik. So aku tak tahu aku alergik apa sebenarnya selain habuk and maybe sabun. Aku dah penat sebenarnya nak fikir. Apa apa lah.

Tapi apa pun, aku datang sini cuma nak bagitahu aku dah habis degree akaun di UKM. Perjalanan yang tak begitu menyeronokkan sebab berakhir di rumah. Maklumlah, pandemik. Banyak benda yang jadi. Of course aku tak akan lupa benda yang best (including having a boyfriend) tapi benda yang tak best pun aku ingat. I was not really well during my second and third year. Tapi ada beberapa orang je lah yang tahu. I acted I was good but indeed, I was not. Tapi apa pun, semua benda ni dah habis. 

Aku doakan semua yang masih dalam perjalanan degree atau diploma atau apa apa perjalanan akademik, akan dapat melalui fasa ini dengan penuh kekuatan dan semoga dipermudahkan. Apa pun, jangan give up. Rest when needed.

Amanina, UKM, 2021.


Amanina Mohd Tarmizi -my life-

05 March 2021

Never As Good.

Assalamualaikum wbt.

What a long time I have been away. Didn't even realize it has been for six months. Last post tarikh 31 Ogos 2020. Masa tu dah mula latihan industri dekat Pandan Perdana. Mungkin jadi tak berapa nak betul sikit sepanjang latihan tu. Sibuk, serabut, penat, gelabah, takut, marah. Macam macam lah. Itu yang sampai tak sedar tinggalkan blog ni lama sangat.

Tapi sepanjang ketiadaan aku dekat blog ni untuk kemas kini mengenai diri sendiri, ramai je yang masuk blog ni. Especially baca post thumbprint tu. Harap masih membantu ramai orang di luar sana yang mempunyai situasi yang sama dengan aku lah.

So to update about myself, I have finished my internship for six months and now I am enjoying my semester break before I start my final semester in two weeks. Duduk rumah, tolong mana yang mampu, tidur, tengok drama, sembang dengan kawan. Begitulah hari hari. Keluar rumah? In this pandemic? I don't think so lah. Ada je keluar tapi tak sekerap dulu. Plus, aku dah pindah rumah. Jadinya aku dah jauh sikit daripada kawan kawan aku. Itu paling sedih lah. 

Back to the title;

Ever feel that you can never be as good as someone you know? Like of course we know that different people have different skills, potentials and advantages. But sometimes we cannot avoid comparing ourselves to others. The reason? 

I think maybe we want to be like and love by as many people as we want. Ambil contoh aku, diri sendiri. Aku tak pandai sangat memasak, pelajaran pun makin lama so-so je, cantik dalam pandangan diri sendiri, cubaan menjadi comel. Ada je orang dalam circle aku kata aku ni yakin dengan diri sendiri. Sebab aku selalu kata aku cantik. Well in fact, I want to be one. 

Aku sedar, kita semua pandai dalam bidang masing-masing. Tapi kadang kadang aku tak mampu nak ketepikan perasaan aku yang cemburu dengan orang.

Oh, pandainya dia ni. Semua benda tahu, semua benda reti.
Semua orang suka dia, tak macam aku.

Kadang aku rasa, pandangan dan pendapat aku terhadap sesuatu perkara tak membantu orang. Lagi kena judge adalah. Apa yang aku cakap kadang serba tak kena. 

Perasaan tu datang tak adalah setiap hari. Tapi from time to time memang akan rasa. Aku dah lah dari kecil memang cengeng. Lepastu makin sensitif pula. Orang pandang aku yakin tapi masa dalam bilik aku banyak rasa down. Sebab aku rasa aku tak akan dapat jadi as good as that someone. Aku tak banyak membantu dalam keluarga. Kadang ada juga rasa yang aku ni bukanlah kawan yang baik. Dan tengah cuba jadi girlfriend yang tak annoying. 

Masa aku tengah down, tak ada yang boleh elokkan perasaan aku. 

Caranya hanyalah menangis dan tidur. 


Amanina Mohd Tarmizi -my life-