Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

05 April 2018

Mega Baksis Vocapreneur: Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mula dari awal tahun, rasanya dah cerita kot haha aman busy dengan program. Patutnya program tu masa awal bulan tiga tapi disebabkan ada masalah, program terpaksa ditangguh ke hujung bulan tiga. Awal awal tak nampak busy dia. Buat kerja pun gitu gitu je ((aku lah)).

Bila dah tinggal sebulan... Tiga minggu... Dua minggu... Seminggu.... Baru nak gelabah semua benda. Minggu akhir sebelum pergi tu memang seksa lah. Nak nak aman yang susah nak tidur lambat, kena tidur lambat. Balik dari fakulti pun pukul satu, pukul dua. Dan dalam sejarah, aman ponteng kelas sebab mengantuk gila. Tapiii dah cakap dengan ayah dulu, dah minta maaf siap siap. InsyaAllah tak buat lagi hehe.

Maka, pada malam 29/3/18, berkumpul lah kami di fakulti dengan beg baju dan segala barang untuk program. Wow, banyak juga barang hahaha. Non stop punggah barang masuk bas. Dalam pukul 10 kot bertolak. Yang tak bestnya, dalam bas tayang cerita hantu! Apa lagi, aku terus ambil earphone dan dengar lagu. Masalahnya, bunyi cerita tu kuat sangat. So I have to menyanyi sampai tertidurrr. HAHA lawak lah.

Sampai lah kami di kvsp2, dekat pukul lima. Angkut barang semua, semua bersiap. Pagi tu mengantuklah tapi masa buat kerja hilang mengantuk kejap. So hari jumaat tu, slot pagi mula dengan majlis penyerahan dan sesi bonding. Masuk kumpulan, berkenalan, buat cheers. Lepas solat jumaat/zohor, semua berkumpul untuk slot kedua; Share The Ideas.

Barang yang mereka cipta tu akan dipertandingkan masa last day program. Masa diorang curahkan idea tu, dah nampak lah diorang ni kreatif. Cmon lah, budak kv memang kreatif. Kemahiran diorang melebih melebih, insecure akak haha. Sampai kan masa kitorang kata masa dah tamat, tangan tu tak nak juga berhenti nak siapkan produk tu haha degil.

Jumaat malam tu sampai lah sabtu pukul 3, slot dengan penceramah. So masa tu lah seorang aman curi curi tidur. Ngantuk weh. Tidur pukul dua bangun pukul lima. Mungkin benda tu biasa bagi orang lain tapi tidak bagi seorang aman. Masa slot dengan penceramah tu. serious diorang banyak gila soalan which is benda yang bagus lah. Kalau dapat dekat budak budak yang intelek tinggi pun, belum tentu mampu keluarkan soalan yang banyak macam diorang. Tabik!

Dan slot petang tu; Pitch Your Idea, aman handle! Wah, aman dan mic. Macam pelik je kan. Tapi kalau post program tak pegang mic dan bercakap dekat depan, lagi pelik. Apa guna masuk post program kan kalau macam tu. Tapi rasa teruk lah masa ada dekat depan tu. Rasa macam ayat yang disampaikan tu tak cantik langsung haish. Harapnya ada peluang lain untuk aman perbetulkan diri lah.

Malam tu slot Sharing Session. Kiranya budak budak kv ni kongsikan apa apa pengalaman yang diorang dapat sepanjang mereka belajar di situ. Masa tu serabut sikit sebab nak bagi diorang bercakap, nak bagi diorang makan. Apa pun alhamdullillah, selesai. Walaupun makan lambat sikit, nasib baik je perut tak buat hal. Kalau tidak, dah sakit dah dekat situ. Dan disebabkan malam tu macam ada masalah sikit, masa post mortem macam tegang sikit lah. Tapi it leads to better tomorrow.

Esoknya; Competition Time. Dan yes wow lagi sekali sebab kitorang dapat tengok final produk diorang en. Idea diorang serious bernas. Best sangat dengar diorang cakap. Habis je competition time, ingatkan nak lepaskan untuk makan lah kan, sekali kami ajk ni kena tahan. Ada sesi bonding akhir lah bersama mereka. Menari, menyanyi apa semua. Alahai, comel sungguh diorang ni. MPP kvsp2 serious perform habis!

Dan petang tu, majlis penutupan. Dan sesi bergambar! Walaupun sorang je yang minta bergambar dengan akak huhu akak tetap sayang korang haha.

Appreciation:

Post Program: Tanpa ketua dan gadis gadis program, I don't think I can handle the pressure. Semua yang jadi dengan bantuan korang. Walaupun aman je first year, terima kasih sebab sudi jadi kawan aman, layan aman macam kawan korang. Layan perangai tak senonoh aman. Layan aman yang susah nak buat kerja ni. Sangat berterima kasih sebab tukarkan aman yang pasif kepada aman yang aktif. Aman memang jenis yang susah nak buat kawan baru tapi terima kasih sebab sudi slow slow change me to a better person. Will never forget you guys, especially dengan lawak lawak yang orang lain tak faham. Seriously, bonding kita paling bising. Macam mana tu HAHA rasa macam kita ni annoying tapi kita je yang rasa keseronokannya. Sayang korang.

Post TTK: Amagad tanpa ttk, program tak memang tangan nak buat kerja. Terima kasih sebab settlekan barang untuk kitorang. Layan kerenah post program yang minta macam macam. Especially Harini, perform! TTK thorrbaik!

Post Publisiti: Tanpa publisiti, tak dapat lah kami gambar gambar masa program. Walaupun publisiti kurang gambar kan haha. Tapi diorang serious penat. Sampai kena keluar kawasan untuk cari internet, balik pukul empat pagi. Siapkan video on the spot before tayangan, gempakz! Dan terima kasih sebab sudi jadi geng makcik bawang dengan post program hehe.

Post teknikal: Terima kasih teknikal sebab provide all the good songs and handle backdrop untuk slot. Terima kasih juga sudi masuk dalam geng program dan publisiti. Dan macam tiga sekawan haha. Duk main walkie talkie masa kerja HAHA masa penutup tak main lah :p Dan minta maaf sebab tertinggal banner punya stand dekat dewan makan, sorry! Apapun, teknikal hebat!

Post Jamuan: Terima kasih jaga kebajikan makanan kami. Nak nak masa kitorang tak sempat nak makan, korang tolong bungkuskan makanan dan bagi dekat ajk yang busy. Dan makanan kvsp2 sumpah sedap. Bak kata semua, nak culik acik dewan makan bawa balik haha.

dan juga kepada semua post yang lain! Thanks for helping masa jadi fasi untuk adik adik tu semua. Termasuk lah MT program. Walaupun banyak yang kitorang kena marah kahkah.

Geng rumah tidur bawah: Amagad korang the best. Membawang to the next level. Bonding untuk tidur sesama pun laju sungguh. Korang sumpah terbaik! Walaupun terpaksa beratur kalau nak mandi en hahaha tapi tetap, korang best!

MPP KVSP2: Adik adik paling awesome pernah aman jumpa. Memang korang selalu tolong apa yang akak akak abang abang ukm ni buat. Selalu ada untuk kitorang. Semoga ikatan korang kukuh, jangan terpisah. Korang kalau buat program sama sama, serious gempak. Percayalah.

and last to

ADIK ADIK KVSP2: Walaupun ada juga yang melawan cakap haha tapi korang sebenarnya sangat bagus. Bagi akak, korang lagi bagus daripada akak. Kemahiran korang akan bawa korang pergi jauh. Cara korang jaga kebersihan sekolah korang, sila kekalkan sampai bila bila. Cara korang tak nak berhenti bila pegang mic; well it is a good thing tapi, kena pandai kawal ya haha. Mendengar arahan pun salah satu kemahiran. Tapi kalau dengan cara itu orang boleh pandang tinggi dengan budak kv, don't stop talking. Korang serious terbaik. Akak tak cakap kosong. Semua pun cakap benda yang sama. Jangan rasa rendah diri bila masuk kv sebab korang sebenarnya lagi hebat daripada orang lain yang hanya tahu menelaah buku. Lastly, teruskan perjuangan korang. Jangan lupa lah akak akak abang abang ukm ni ya <3

I'll never forget those moments. Thanks to all. Love you all.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-