Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

19 January 2016

Layanan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekarang ni kan, ramai yang agak tak puas hati dengan cara orang lain layan kita. Orang tu sakitkan hati kita lah, orang tu tak layan kita lah, orang tu fikirkan diri sendiri lah dan lain lain. Biasa lah, hati manusia. Memang mudah terasa. Kadang kadang benda kecil pun boleh jadi besar. Kadang bukan apa pun, terambik pen kawan tak pulang je, boleh bawa gaduh. Itu contoh lah. Sekarang ni budak sekolah kebanyakannya kaya, satu hari duit belanja sampai sepuluh ringgit. Aku sekolah rendah dulu nak jumpa dua ringgit pun payah. Okay, abaikan.

Kalau kita ada rasa sakit hati dengan orang, cuba ambik cermin. Cermin balik diri kita, reflect ourselves. Ada ke tak kita layan orang macam tu? Kita ada buat perangai tak elok tak dekat sesiapa? Ada tak kita sakitkan hati sesiapa? Bukan apa, kadang kadang, orang sakitkan hati kita sebab kita pernah sakitkan hati dia. Orang tak layan kita sebab kita yang tak layan dia. Orang pentingkan diri sendiri dan tak fikir pasal kita sebab kita dulu yang buat macam tu dekat dia.

Macam orang cakap lah, hidup ni umpama roda. Confirm kita akan akan kena balik masa kita ada dekat bawah. Bila dah kena tu, jangan pula kita salahkan takdir. Kerja nak menyalahkan takdir je.

"Ala dah memang takdir aku macam ni, dah tertulis macam ni." 

No. Kalau kita sendiri tak ada usaha nak ubah takdir kita ke arah yang lebih baik, memang hidup tak akan berubah. Bila dah dilayan teruk, ambik cermin. Duduk. Tenung muka sendiri. Fikir balik, ada tak kita buat orang macam apa yang kita kena. Kalau ada, cuba cari apa punca kita layan orang macam tu. Mungkin masa tu kita tengah marah atau mood melayang layang ke kan. Fikir apa perasaan kita sekarang dengan perasaan orang yang kena dengan kita dulu tu. Sama ke tak. Jadi, cuba buang ego jauh jauh, minta maaf.

Mungkin kalau kita cerita apa salah kita dekat orang tu, orang tu akan lagi sakit hati dan tak nak maafkan kita. Apa kata cuba minta maaf atas segala perkara. Mengaku yang kita ni pernah buat salah dekat dia. Hidup kita ni, tak akan pernah tenang selagi kita tak minta maaf dekat orang yang kita buat salah. InsyaAllah, dipermudahkan. Kalau lah orang tu tak nak maafkan kita juga, serahkan semua dekat Allah. Doa banyak banyak agar dibuka pintu hati dia untuk maafkan kita. Walaupun masa tu kita yang tengah sakit hati.

Tapi dalam hidup ni, kita tak boleh juga jadi terlalu sensitif. Aku sendiri pun mengaku yang aku ni memang sensitif. Kalau dalam keluarga, aku lah yang selalu kena marah sebab cepat sangat nangis. Sikit sikit nak nangis. Orang buat sikit mulalah sentap. Dan aku masih macam tu. Sensitif ni pun ada baik buruknya. Kalau kita ni sensitif, orang yang nak cakap dengan kita pun akan berhati hati jaga percakapan dia. Sekurang kurangnya kita tolong dia supaya tak mencarut dan cakap benda benda yang tak elok. Sensitif ni buruknya, orang penat nak layan kita.

Kalau semua benda nak terasa, tak boleh juga. Kalau kita sekarang ni memang kuat sensitif, percayalah, satu hari nanti, kita akan jumpa orang yang lagi sensitif daripada diri kita. Masa tu lah, kita akan sedar yang betapa susahnya nak layan orang yang sensitif ni. Masa tu lah sebenarnya, kita dah cermin diri sendiri. Aku dulu sensitif juga, dan aku dah pun jumpa orang yang lagi sensitif daripada aku. Ya, sangat lah menyampah layan orang macam aku haha.

Sekarang ni, aku dah jadi makin sensitif. Sebab nya, aku sendiri pun tak tahu. Tapi sekarang ni, aku terlalu jaga hati orang lain. Orang datang lambat, orang cancel plan, orang tak nak dengar cakap, orang yang lupa kawan, macam macam lagi lah. Semua benda ni, aku tak marah depan orang tu. Kenapa? Tak kan hanya kerana satu kesalahan yang kawan kita buat, kita nak lupakan segala kebaikan yang dia pernah buat dekat kita. Ya, aku mengaku aku ada terasa dengan kawan kawan aku. Aku fikir yang diorang lupakan aku, lupakan aku, lupakan aku.. Tapi aku cuba fikir balik. Dalam hidup ni, aku bukan ada satu kawan je. Jadi, tak kan lah kawan aku tak boleh berkawan dengan orang lain.

Aku pun keluar dengan kawan aku yang lain. Tak kan kawan aku tak boleh keluar dengan kawan dia. Masing masing ada hidup masing masing. Kalau kita fikir positif pasal semua benda ni, hidup tak akan jadi masalah. Jangan sensitif sangat, nanti orang pun tak larat nak layan kita. Jangan terlalu melayan, nanti kita pula yang sakit hati. Jangan mudah cepat terasa, mungkin kita ada buat kawan kita terasa dengan kita sebelum ni.

Kalau dah ada rasa nak berubah, nak jadi lagi baik, teruskan. Tapi kalau dekat pertengahan jalan nak jadi baik tu ada macam macam halangan, ujian, dugaan: jangan mengalah. Sememangnya nak jadi baik ni macam macam dugaannya. Yang penting, kita istiqamah. Jangan rasa nak jatuh kemudian patah balik ke jalan yang salah. Sikap mudah berputus asa tu tersangat lah bahaya. Terutamanya bila ada kaitan dengan masa hadapan.

Kawan tu pun salah satu masa hadapann kita juga. Jangan sebab benda yang berlaku sekarang, kita hilang kawan yang sangat yang kita sayang di masa hadapan. Jangan. Sebab kita nak masuk syurga bukan setakat dengan keluarga je. Kita nak masuk dengan kawan kawan sekali. Dan kawan tu akan bawa kawan dia yang lain. Tak kan lah kita nak masuk syurga sorang sorang kan? Sebab tu lah kita kena saling membantu, saling menjaga. Kalau gaduh pasal benda kecil, selesaikan cepat, sebelum benda tu jadi besar. Api lighter tak ada lah bahaya sangat kan? Tapi kalau kita letak api tu dekat kertas yang bertimbun, dalam rumah, dekat dengan gas, bahaya kan?

Think twice or thrice, and wisely. Do not make a decision which you will regret in the future. Throw away all your ego, and say sorry. Yourself is important, so does friendship.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

07 January 2016

Limit.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekarang ni kan memang zaman yang semua orang ada twitter, facebook, instagram. I'm not saying that having these accounts are wrong, I have it too. All of my family members have facebook accounts. Semua benda ada baik buruknya sendiri. 

But nowadays, many people turn all these social media thing into a bad thing. Orang A mula cakap mengenai suatu perkara yang bagi dia sendiri, benda tu masih belum dipastikan. Orang B dan C pula percaya benda tu. Percaya satu hal, sebarkan perkara tu pula satu hal. D dan E pula pergi bercerita mengenai perkara tu. Sampai lah cerita tu sampai ke telinga Z. Tapi, benda tu langsung tak betul. Tak ada rasa bersalah ke? Itu satu. 

Dua; kutuk sana sini. Orang A kutuk orang B. Orang B cerita dekat C. C buka mulut dekat D. D pula yang kutuk A. Tak ada rasa ke yang benda macam ni tak ada kesudahan langsung? Benda ni akan berpusing. In the end, semua orang sakit hati, tapi semua orang bersalah. Kalau cerita dekat in real life, lain cerita dia. Tapi, ini cerita dalam social media. Apa yang jadi masalahnya adalah benda ini akan berkekalan. Things that went out in internet, are really hard to erase. Sama macam kita tweet, post gambar. Kalau kita sendiri tak ada usaha nak padam segala benda yang tak elok, benda tu akan kekal. Orang yang baru berjinak dengan social media ni pun akan tahu juga pasal benda ni. 

Tiga; the main thing yang aku nak cakap hari ni. Please, please sangat sangat. Bagi perempuan, janganlah jaja cerita cerita murahan. Maaf kalau ayat aku kasar tapi apa yang aku cakap ni sangat lah benar. Sekarang ni ramai perempuan yang asyik tweet benda benda macam ni.

Ah, harini aku ABC!
Baru potong rambut hari ni, rambut dah pendek.
Panjang lah rambut, sampai ke pinggang. Tapi sayang nak potong.
Period pain :(

Jangan cerita benda macam tu dekat social media. Okay maybe for some of you think that "nah, no one actually read my tweet or status" or "no one knows me". No. Stop thinking like that. Especially untuk perempuan yang bertudung. Why? Because you never know who really reads your tweet and status. There are thousands people out there. Maybe one of them actually is stalking you. Stalking isn't that bad, until that person start to imagine things. When you tweet that you cut your hair, there is someone out there will thinking how you will look like with your short hair. Or when you tell them that your hair is very long, they will imagine how long is your hair.  

I'm not saying you can't tweet at all. NO. You can tweet about your daily life, you can tweet you are late for your class or what so ever. But never tweet the detail. Like what colour of your shirt today, or your hair is a mess, you trim your hair. Stalker in social media can be stalker in real life too. Let only your family and your girl friends know about your hair and those little things. You don't have to tell your boy friends about your hair. There is no point on doing that.

You can never know what is that person thinking. He can show his blank face but maybe his mind is going wild. Not everyone though. I'm just saying that we, girls, need to be really careful nowadays. There is always a limit on how much you can expose detail about your life, yourself.

Macam artis wanita yang ada dekat Malaysia ni. Ramai yang dulu nya tak bertudung tapi sekarang dah bertudung. Tahu tak betapa susahnya diorang? Sebab gambar diorang ketika masih belum bertudung, merata rata di internet. Bagi pelakon, ada je cerita cerita ketika mereka masih belum bertudung yang masih ditayangkan. Bayangkan apa perasaan diorang bila aib diorang dibuka kembali. Akan ada orang yang membandingkan mereka dulu dan mereka sekarang. Walaupun mereka sekarang sudah berubah 360 darjah.

Kalau kita, kita marah tak kalau orang buka aib kita? Mestilah kita marah. Jadi, bagi yang baru nak berkenal kenal dengan social media ni, think twice or thrice before you tweet or update something. Kalau rasa tengah marah sangat tu, nak juga tweet tu, apa kata pergi ambik wuduk, solat. Kalau gembira sangat, apa kata buat sujud syukur dulu sebelum bercerita dekat orang. Peringatan untuk diri sendiri juga. Because sometimes we are to eager to share the story of our lives with people rather than share it with Allah. Dia lah yang berikan segala pahit manis kehidupan, jadi kembali padaNya terlebih dahulu.

Jangan rosakkan diri sendiri, kerana dirimu begitu berharga. Keep your life simple but make it beautiful.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-