Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

13 January 2017

Malu Dalam Diri.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Tengah otw balik bilik lepas makan, tiba tiba pula muncul idea nak menulis. Niatnya nak tulis semalam, tapi kita hanya mampu merancang ehe. Niat nak menulis ditukar kepada sesi mengubah suai kedudukan katil dalam bilik. Sebelum ni katil gabung dengan rumet, tapi semalam dah susun balik. Maka, katil dah tak gabung. Sebabnya, saja tukar angin. Rasa nak privacy lebih sikit. Biarlah panas sikit je.

Orait, apa yang aku nak cakap harini ialah, pasal malu dalam diri sendiri. Baru baru ni, okay, mungkin tak baru juga, tahun lepas rasanya benda ni. Aha, macamlah lama sangat kan. Baru dua minggu yang lepas masuk tahun baru. Apa pun, benda ni berkaitan dengan apa yang jadi dekat twitter. Mesti yang ada twitter tahu yang ada yang pernah cakap pasal benda ni;

Apa masalahnya tweet pasal perempuan datang bulan? Suka hati kami lah nak tweet pasal benda ni. Zaman dah moden, benda ni tak sepatutnya jadi benda yang dimalukan untuk diperkatakan.

Well, kebanyakan orang yang support pemikiran yang terbuka ni, memang mengamuk lah kan. Okay, bukan aku kata jangan berfikir secara terbuka tetapi jangan terlebih terbuka. Ya, itu hak anda nak tweet apa pun yang anda nak tweet. Tapi sebagai perempuan, mana perginya rasa malu kita tu? Kenapa benda yang kita susah nak cakap depan lelaki dalam dunia nyata, mudah mudah diperkatakan di alam sosial?

Kenapa rasa segan itu hanya wujud di dunia nyata tetapi tidak di alam maya? Kan? Pernah ke, korang yang perempuan, terang terang cakap dalam kelas;

Eh, aku tak boleh solat harini.
Aku period lah.

Secara terang terangan depan lelaki? Tak kan? Jadi kenapa kita perlu hebahkan, canangkan yang kita pada masa itu tidak boleh mengerjakan solat? Apa logiknya di situ? Tak perlu nak tweet;

Ah! Period pain!
Ah, lelaki apa tahu! Diorang mana rasa senggugut macam mana!

Tak, lelaki memang tak tahu macam mana rasa senggugut. Diorang tak tahu peritnya period pain. Lelaki dan perempuan memang tak sama. Kenapa diorang perlu rasa macam mana peritnya senggugut? Banyak lagi tanggungjawab lelaki, yang tak nyata, yang diorang perlu pikul. Jangan nak bandingkan dengan sakit kita yang sebulan sekali tu. Ya, tahu sakit. Aku tak kata tak sakit. Tapi, tanamkan lah rasa malu dalam diri. Tak payah nak heboh satu dunia.

Benda macam ni pun, boleh membawa kepada macam macam benda lain. Bila ramai kata, "biarlah perempuan nak tweet apa pun yang diorang nak", muncullah seorang lelaki membalas tweet tweet diorang ni;

Tak payah nak bagitahu yang korang tu period. Aku selalu check bila korang kata korang period, aku check kesuburan korang bila. 

More or less ayat dia macam tu. Ya, memang apa yang lelaki tu buat salah. Sampai ada yang balas balik; "Oh, bagitahu kita ni period pain tak boleh, yang dia canang dekat twitter dia check kesuburan perempuan tu boleh pula?"

Ya, betul. Hakikatnya, dua dua salah. In the first place, kita tak perlu canang yang kita ni datang bulan ke hatta datang matahari sekalipun. Tak perlu. Kita jangan jadi punca lelaki tu buat benda yang tak elok. Ya, diorang boleh buat benda yang tak elok tanpa perempuan jadi puncanya. Kalau kita dah jaga diri kita elok elok, tapi diorang masih buat benda bukan bukan, itu bukan salah kita. Tugas kita sebagai perempuan adalah jaga diri kita. Tinggikan rasa malu tu. Tak perlulah nak tweet benda yang tak penting macam tu. Kata datang bulan lah, kata potong rambut style baru lah. Jangan tweet benda yang boleh lelaki bayangkan. TAK PERLU.

Memang dalam Al-Qur'an, Allah menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan terlebih dahulu. Tetapi adakah itu jalan keluar untuk perempuan membuat sesuka hati mereka? Tidak! Perempuan juga harus menghormati diri mereka sendiri, tak perlu menarik perhatian lelaki. Ingat, yang penting ialah untuk kita jaga diri sendiri. Tinggikan rasa malu. Tolonglah. Berhenti tweet kata awak nak mandi lah, nak cuci rambut, potong rambut style Ariana Grande lah, datang bulan bagai. Hentikan lah. InsyaAllah, kalau dah ada rasa malu dalam diri, kita sendiri akan berhenti tweet benda benda sedemikian.

Aku bukan apa, kadang kadang aku yang segan bila nampak perempuan tweet macam tu. Banyak lagi kisah yang boleh kita ceritakan. Benda macam tu harapnya tak perlulah diceritakan ya. Bukan tak pernah tegur tapi.. hm

Harapnya yang pernah buat begitu, mampu lah ubah diri. Kalau rasa nak tweet benda benda macam tu, janganlah pegang phone time tu. Elak. Yang penting, usaha kita untuk berubah. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

02 January 2017

New Situation.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sambung sikit lah daripada post yang lepas. Alhamdulillah, most of us dapat keputusan yang dapat memuaskan diri sendiri. Tak adalah yang teruk sangat menangisnya. Untuk diri sendiri pula, alhamdulillah sangat. Warna warni sangat keputusan. Maklumlah, kertas keputusan warna kuning ehe.

Okay, bila dah masuk 2017 ni, mestilah ramai cakap;

new year, new me. 
Aku tak adalah azam baru ke apa ke. Cuma bila dah masuk 2017 ni, banyak benda lah yang pastinya berubah. Yang paling jelas dan nyata, bila adik aku, Ayip, masuk sekolah asrama. Just wow! Kenapa? Sebab dialah manusia pertama dalam keluarga yang masuk sekolah asrama. I'm just so proud sebab dia sendiri yang nak masuk, bukan atas dasar paksaan. Itu yang bangga tu.

Bila dah makin dekat nak hantar dia masuk sekolah tu, itu yang lagi banyak manjakan dia. Peluk habis habis, asyik kacau dia. Malam semalam aku fikir, "ey, takkan nangis punyalah." Maka, pagi tadi kami hantar lah dia ke sekolah. Masa masa macam ni jelah dapat masuk asrama lelaki HAHA lepasni tak ada maknanya. So setakat ni aku pernah masuk dua asrama lelaki kahkah.

And first time lah masuk dorm. Bukan tak pernah rasa tidur dorm tapi yang itu masa kem. Tapi yang ni real sangat, dengan lockernya. HAHA aman jakun. Mana taknya, manusia yang sangat anti-asrama kan, nak buat macam mana. Mak dari dulu nak campak aku masuk asrama tapi malangnya aku langsung tak buat satu pun permohonan untuk sekolah asrama. Maka SAB sahajalah.

Dah hantar barang barang dia, masuk dewan untuk dengar taklimat. Oh mak ai, satu jam lebih ucapannya. Dahlah malam tadi tidur lambat, pagi bangun awal. Memang mata nak tak nak je buka. Sampailah pengacara majlis cakap;

Okay, ibu bapa dah boleh berpisah dengan anak anak. Kami bagi masa 10 minit. Anak anak akan diserahkan kepada pihak sekolah.

Wah, masa tu dah rasa sebak dah. Tapi tak adalah nangis lagi. Bila dah sampai masa nak salam, hidung mak dah merah. Suara ayah dah lain. Mata adik dah merah. Abang pun dah sebak. Aku? Apa lagi, join sekali lah nangisnya. Semua duk peluk kuat kuat. Sampaikan bila ayip nak pergi depan, ayah still sentuh bahu dia lepastu cakap, "apa apa call tau." dengan suara yang sangat sendu. Suara nangis. Oh mai, I couldn't contain my tears lah meh.

Yang nak masuk asrama tu mestilah nangis juga. Berjurai juga air matanya. Aku cuma mampu selitkan gambar aku dengan adik adik dalam dompet dia and suruh dia telefon setiap jumaat malam. Itupun kalau dia ingatlah. Tapi yang pasti aku akan tunggulah dia telefon. Kalau dia tak telefon, dia balik bermalam nanti siap dia HAHA.

Sedih sebenarnya bila hantar orang masuk asrama ni. Aku pula yang rasa macam hantar anak masuk asrama. Tak apa, aku harap bila dia masuk asrama, dia mampu jadi manusia yang lebih baik daripada kakak kakak dan abang abang dia. Oh ya, sekarang ni dia dah masuk sekolah. Tapi dia masih tunggu keputusan rayuan dari sekolah yang dia nak sangat. Tolong doakan dia dapat masuk sekolah yang dia nak. Aamiinnnn.

Okay, itu satu yang berubah. Lagi satu, suasana dekat rumah. Bila ayip dah masuk asrama, yang sekolah tinggal lah amir. Dah besar dah dia. Tahun ni dia dapat jadi pengawas! Alhamdulillah. Semoga jadi manusia lah ya mir haha. Alahai, aku yang emo bila tulis benda benda ni.

Semoga kita semua tabah menghadapi suasana yang baru. Semoga yang masuk asrama tu kuat dan mampu teruskan. Semoga yang masuk darjah lima tu dah tak main main, takmo kena marah. Semoga yang dekat matriks ni, tak main juga. Fokus sikit, jangan nak mengada fikir benda tak berfaedah. Semoga yang di rumah dalam keadaan baik sentiasa. Semoga yang di Segamat buat final elok elok, takmo stress stress. Semoga yang di Unimas tabah, dah nak masuk 19 dah. Semoga yang di SI terus tersenyum, tak contact selalu pun tak apa, saya tetap sayang. Semoga yang di pahang jangan stress, ada apa apa telefon. Semoga yang di uum terus cemerlang. Semoga semua, sentiasa dirahmati Allah.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-