Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

31 August 2020

Lelaki.

 Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hey! 31st August! Selamat Hari Kebangsaan yang ke 63 kepada semua. Dan tarikh ni juga merupakan tarikh sepatutnya habis dah PKP kita tapi malangnya disambung lagi sampai 31 Disember. Tak apa lah, semoga kita berjaya melawan covid ni dan negara bebas daripada penyakit ini. Aamiinn.

Jadi, tajuk hari ini adalah mengenai lelaki. Tapi bukanlah aku nak cakap pasal jodoh ke apa. Aku nak cakap pasal pengalaman dan perasaan sendiri. Aku membesar dengan rasa takut terhadap lelaki. Dari kecil dah kena kacau dengan lelaki yang tak layak digelar cikgu, dengan lelaki yang tidak dikenali, dengan lelaki yang dikenali, lelaki yang lagi besar daripada aku, lelaki yang mulutnya lantang dengan caci maki.

Bukanlah aku tak pernah bercinta dengan lelaki tapi pengalaman itu pun membuatkan aku tak suka lelaki. Lepas break, tipulah tak ada lelaki yang aku suka tetapi hanyalah crush semata mata. Aku sendiri memang tak bercakap sangat dengan lelaki melainkan keperluan kerja. And I'm fine with that. Dari dulu, aku tak sabar nak tengok adik lelaki aku cepat besar supaya dia boleh jadi bodyguard aku. Alhamdulillah, besar sungguh dah sekarang.

Kalau nak cakap pasal kena kacau dengan lelaki ni, tengok sajalah di twitter. Rata rata perempuan pernah dikacau diganggu dengan macam macam cara. Aku malas nak cerita detail pasal benda ni tapi aku pun salah satu perempuan itu. Benda ni membuatkan aku rasa tak suka lelaki, benci lelaki. Aku tak suka kalau ada lelaki nak try ke apa ke. Sampai satu tahap, aku tak rasa nak kahwin. Yang rapat dengan aku tahu lah macam mana aku masa tu.

Aku tak ada nak suka orang. Setakat pandang pandang tengok tengok macam tu je lah, tak lebih. Walaupun kadang kadang jealous juga tengok orang lain bercinta tapi masa tu sungguh betullah tak suka lelaki. 

Kawan aku selalu nasihatkan;

Tak boleh nak pukul rata kata semua lelaki tu sama. 

Kalau dulu, ya, memang aku pukul rata. Sebab dah pernah kena. Dan aku taknak kena lagi. Tapi, bila aku tengok balik, ada je lelaki yang baik. Dan untuk sekarang, aku ada satu lelaki yang baik dengan aku. Walaupun aku selalu cari pasal, entahlah apahal dia ni taknak gaduh dengan aku. Dan, kawan aku ingatkan lagi;

Mana lagi nak jumpa lelaki yang boleh tahan dengan awak macam ni.

Betullah tu. Aku taknak cakap bukan bukan. Aku harap semuanya baik sahaja untuk sekarang, dan di masa depan.

Tapi kejadian semalam buatkan rasa takut aku dengan lelaki datang balik. Kita ni sebagai manusia, memang kena buat baik dengan orang. Tapi kalau aku dah tak selesa dengan orang tu, aku tak rasa aku kena layan baik. Dan aku memang tak layan. Bila kena kacau balik semalam, aku nangis. Aku takut. Aku teringat balik semua benda yang jadi dekat aku. Aku jadi tak suka balik dekat lelaki. Dan malangnya, rasa tu aku lepaskan dekat encik dia. Tak pasal pasal dia jadi punching bag, sampai lah pagi tadi. Padan muka dan terima kasih.

Dan kita ni sebagai manusia, kenalah terima dan sedar. Tak semua orang suka kita. Dan aku kalau tak suka, aku tak suka sungguh. Janganlah datangkan balik rasa benci aku dekat lelaki. Dari elok aku rasa nak kahwin, terus aku taknak dekat lelaki, kan dah satu hal nanti. 

Aku tak nak ada rasa dendam dekat orang yang pernah buat jahat dekat aku tapi satu je aku minta, jangan datang balik. Aku tak nak. You live your life. Aku tak nak ambik tahu. Biarlah aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, dengan orang yang perlukan aku sekarang. Aku tak nak fikir lebih lebih.

Semoga perempuan di luar sana bertemu dengan lelaki yang baik baik dan masa yang sama kita perbaiki diri kita untuk jadi baik; untuk diri sendiri dan Lillahita'ala.


Amanina Mohd Tarmizi -my life-

26 July 2020

A Thing I Miss.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sihat ke tu semua? Tak sangka last update masa PKP, sekarang dah masuk PKPP dan mungkin PKPD bakal muncul kembali kalau masing masing tak jaga diri. Mana taknya, sekarang kes makin meningkat semula, semua keluar tanpa mask macam cik corona tu dah lenyap secara keseluruhan. Geram tahu. Apa pun, jaga diri masing masing, pakai face mask, sanitize tangan selalu dan tak perlu keluar rumah kalau tak ada perkara yang penting.

Anyway, hari ni rasa nak throwback sikit zaman sekolah sebab kisahnya malam tadi mimpi sekolah. Mimpi kena masuk dewan untuk perhimpunan tapi tak bawa student planner. Lepastu pergi kelas nak ambil, eh, kelas kunci. Dah lah penat berlari lari pergi kelas, tak boleh ambil pula haha. Tapi mimpi tu buat rasa rindu sekolah. Tapi A Thing I Miss yang aku nak cerita bukan pasal sekolah tapi pasal berjalan.

Aku dulu balik sekolah sama ada naik bas atau jalan kaki. Kalau naik bas, yang lamanya menunggu bas tu sampai lah. Kira macam nasib lah kalau bas tu sampai as soon as keluar sekolah tapi benda tu boleh dikira lah berapa kali je jadi. Makanya, kalau aku rasa malas nak menunggu, aku terus balik jalan kaki. Sendiri. Tak ada teman. Lagipun jarak ke rumah kalau jalan kaki adalah dalam 30 minit. Itu kalau betul betul menikmati perjalanan tu lah.

Satu benda yang aku suka pasal jalan kaki ni adalah aku dapat bersenam. Kita kan digalakkan untuk berjalan 10,000 langkah sehari. Tapi sejak PKP ni, makin susah lah kan nak buat. Tapi kalau ada masa tu, jalan je lah keliling rumah haha. Bila aku berjalan, aku dapat bersenam, aku dapat tengok pemandangan, aku dapat tengok orang. Tapi aku tak suka sangat jalan dengan orang. Sebab nanti kena bercakap. Aku perlukan masa untuk aku bersendirian tapi masa yang sama aku boleh tengok gelagat orang.

Habis sekolah, masuk matrikulasi. Masa tu pun nasib baik ada kawan yang selalu nak turun, tengok orang, jogging. Aku suka. Tapi masa di matrikulasi, aku tak suka keluar sorang. Sebab? Mana mana mesti ada muka yang aku kenal atau yang kenal aku. Itu yang aku tak berapa nak suka. Masa sekolah, kalau aku jalan, orang tak kenal aku, aku tak kenal orang. Seronok.

Ingat lagi masa matrikulasi, kami ada buat explorace sempena apa entah. Aku antara yang lead kumpulan untuk lari sampai ke checkpoint dulu. Sampai groupmate aku tanya, "Memang suka lari eh?" HAHA aku tak ada lah suka sangat lari tapi dah ada kesempatan, aku manfaatkan. Aku suka rasa penat lepas berlari tu. I don't know.

Masuk universiti, aku tetap dapat berjalan masa tahun satu dan tahun dua. Sebab fakulti aku taklah jauh mana dari kolej. Jarak dia okay lagi lah untuk aku jalan. Oh lagi satu yang aku suka berjalan ni sebab dapat keluar peluh. Bayangkan, jalan tu dah keluar peluh gila gila, balik duduk kejap then mandi. Fuh, nikmat. Dulu masa tahun satu adalah juga jalan dengan orang. Orang tu, orang ni. Masa tahun dua, dah kurang sikit. Selalu jalan sorang.

Masuk tahun tiga, aku pindah kolej. Kolej tu pula memang hujung kampus. Jadinya, mustahil untuk aku jalan kaki balik kelas dari fakulti. Kalau buat tu, maksudnya mungkin aku tengah tak betul masa tu tapi setakat ni tak ada lagi lah. So, aku memang naik bas pergi balik. Aku lagi banyak termenung je lah. Sebab perjalanan balik kolej tu makan masa 30 minit juga lah. 

Perjalanan 30 minit jalan kaki dengan 30 minit naik bas sangatlah berbeza bagi aku. Sebab kalau naik bas, kita duduk je. Tengok orang. Aku kadang nak main phone pun tak boleh sangat, nanti pening kepala. So tengok je lah luar tingkap tu. Kalau jalan kaki, aku dapat penatkan diri, so aku tak perlu nak pergi bersenam lagi dah. 

Kita selalu rindu benda yang kita dah tak ada. Tapi masa kita ada, kita hargai tak? 

Sebab itulah, kita kena jaga dan sayang elok elok segala perkara yang kita masih mampu nak buat, masih boleh jaga. Bukankah, menyesal kemudian tiada guna. Di sebalik kerinduan aku terhadap berjalan, aku hilang nikmat aku untuk bersenam dengan cara yang aku suka. Itu pun suatu kehilangan.

Sekian luahan perasaan.
Ingat, pakai face mask, bawa hand sanitizer dan duduk rumah. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-

15 April 2020

Soulmate.

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Hi everyone, how are you guys doing during this Restricted Movement Order (RMO)? Hope everyone is in a pink of health in terms of physical and mental. Well, officially it is almost a month that I don't meet the outside world. Will it be weird when I go out later? I don't know. Let's wait and find out later. 

Anyway, just like the title written; Soulmate. Started during this RMO, a lot of people talk about how nice it would be to be quarantine with significant other or soulmate. To make it simple, there were a lot of talk that how nice if we are married, now. To do things together, to live in a romantic life with the loved one. 

I started to listen to Jae's podcast during this RMO and I inspired to write about this because of him. To simply introduce, Jae is a member of a band called Day6, go and check it out. Thank you.

What I have been saying before this like attracts like. We attract people that have the same vibes with us or maybe that have common factors in term of like or even dislike. So, in order for us to get a nice person as our partner, we need to be a nice person first. Well, it is fair, right? Of course. It wouldn't be fair for a nice person to get a not-so-nice person as a partner. Man, pity her/him. 

Thus, we need to make ourselves better. Amagad I have so much thing to rant, I need to switch language.

Kita perlulah baiki diri kita dulu. Kalau kita nak pasangan kita tu orang yang baik baik, kita kenalah jadi yang baik baik. Nak yang boleh lead kita, yang boleh ajar kita, yang boleh tunjukkan perkara yang betul, hindari yang salah, kita sendiri kena tahu benda benda tu dulu. Cuba untuk belajar. Kalau kita masih kurang solat fardu nya, cuba cukupkan dulu. Kalau kita masih jarang jarang buka Al-Qur'an, cuba baca satu hari satu muka surat dulu.

Ini tidak, bukan main angan angan nak buat macam macam lepas kahwin. Tapi? Masa bujang tak ada pun cuba nak penuhkan diri dengan amalan baik. Takkan nak tunggu lepas kahwin baru nak beribadah dan beramal. Nak tunggu suami/isteri nasihat baik baik suruh solat, suruh mengaji. Habis selama ni mak ayah berbuih mulut nasihat, tak nak pula dengar? 

Kalau masih nak pakai alasan, "Lepas kahwin nanti berubah lah," janganlah percaya. Nak berubah tu, bukan kena tunggu perubahan masa atau perubahan situasi. Mindset tu yang kena ubah dulu. Kalau asyik tengok benda bukan bukan, fikir benda bukan bukan, buat benda bukan bukan (bukan bukan di sini adalah benda yang haram ya), bila masa nak berubahnya. RMO ni tak ada benda nak buat sangat kan. Banyakkan lah beribadah, banyak masa.

Lagi satu alasan yang paling tak guna. "You deserve better/Awak patut dapat yang lebih baik." Kalau dah namanya sayang, kitalah kena ubah diri kalau kita rasa tak layak untuk dia. Tapi, kalau yang jenis rasa terlebih layak ni pun bukan boleh pakai sangat. Dalam diri kita, sentiasa ada ruang untuk perbaiki diri. Tak kisahlah dari perspektif apa pun, mesti ada juga kekurangan dalam diri kita. Jangan rasa kita hebat sangat dan jangan rasa kita langsung tak berguna. Sentiasa muhasabah diri dan perbaiki diri. 

To quote on what Jae said, (not 100% accurate, I change it into my own understanding)

Imagine we as a jigsaw puzzle. To fit in, we need to cut our own edges. 

We might think that we will meet our perfect soulmate but no. We need to make it happen. If we want it, there a lot of things to do. Despite two people love each other, if there is no effort and trust, the relationship will be going nowhere. Don't let the love fade away. Once its gone, it cannot be fixed. Why? It was supposed to be done when the relationship is still on going, not when it already ended. 

I mean, no harm in wanting or fantasize a perfect marriage, but don't simply marry because of love. A lot of processes need to be done and this is not a game. And how I wish this is not a life gamble too. 

Mind you that I also fantasize a sweet marriage but at some point, I don't even want to get married. (I don't even like men that much aha). Nah, I don't even know how my future would turn out be but I just hope I can be happy, even though only by myself (family and friends). 

So, to recap; 

- ubah diri kita jadi lebih baik (untuk diri sendiri dan lillahita'ala)
- usaha dan saling mempercayai 
- lihat pada tindakan dan bukan hanya ayat semata (kalau asyik cakap nak ubah tapi tidak dibuat, tak usah lah buang masa)

Anyway, #StayAtHome. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-

13 March 2020

Sin.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kita sekarang hidup dalam zaman yang mementingkan media sosial. Apa sahaja yang hendak diperkatakan, dikongsikan, ditayangkan; semuanya di media sosial. Masing masing mempunyai hak untuk bercerita mengenai apa sahaja di akaun miliknya, tanpa patut ada siapa yang menghalang. 

Namun, kita juga dalam hidup dalam zaman di mana setiap perkara yang kita lakukan, akan dihakimi oleh ramai orang yang mempunyai akses untuk melihat akaun kita. Sekiranya perkara itu baik, mungkin ia akan menjadi satu contoh buat semua. Jika sebaliknya, lain pula jadinya. Pasti pelbagai kecaman yang akan dilemparkan.

Tapi hari ni aku nak fokus cakap pasal sin (dosa). No doubt, semua orang adalah pendosa. We sin differently. Ada orang dosa dia A, ada orang dosa dia B. Tapi, apa yang mungkin menyebabkan sesuatu dosa itu lebih besar? (Okay, aku tak tahu peringkat dosa ni tapi cuba faham dulu apa aku nak cakap.)

Semua orang ada dosa masing masing. Tapi tolong, jangan (ha dua kata perintah tu) bangga dengan dosa kita. Dan, jaga pernah rasa nak buka aib sendiri. Sama ada bercerita secara depan depan atau dalam media sosial. Bila kita buka cerita yang buruk pasal diri kita sendiri, kita akan nampak macam benda tu tak ada apa. Tapi benda tu sebenarnya salah. Allah dah tutup aib kita, kita berdosa secara sembunyi (daripada orang) tapi kenapa kita bangga nak pergi beritahu orang yang kita buat dosa?

Yang paling bagus, bila kita sudah melakukan sesuatu perkara yang salah tu, kita sedar akan silap kita. (Tapi yang paling bagus sebenarnya sudah tentu menjauhi daripada melakukan perkara yang salah itu, jangan salah faham ya. Ni aku cakap kalau betul kita buat dosa tu.) Bila kita dah sedar dan kita tak ada pun bercerita dengan orang, perkara tu sebenarnya memudahkan kita untuk berubah.

Kita sedar kita salah, kita reflect diri, kita kembali kepada fitrah. 
Kalau kita sudah terlalu jauh dari fitrah, cari lah tempat (atau orang) yang boleh bantu kita kembali. Tunjukkan semula jalan yang betul, jauh dari segala maksiat dan mungkar. Selagi kita ada rasa bersalah selepas melakukan sesuatu dosa, itu tandanya kita masih ada iman. Jangan sia siakan iman yang kita ada. 

Iman tu sememangnya turun naik. Tapi jangan biarkan iman itu turun, turun dan turun. Kita kena ada usaha untuk naikkan balik. Bukankah kita ini hanyalah hamba yang hanya perlu berserah kepadaNya? Sama sama kita mengingatkan sesama kita supaya sentiasa cuba menjadi seorang muslim yang baik. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-

22 February 2020

Individualistic.

individualistic
/ˌɪndɪvɪdʒʊəˈlɪstɪk/
adjective
  1. 1.
    more interested in individual people than in society as a whole.
    "individualistic cultures where individuals strive for self-realization"
  2. 2.
    marked by or expressing individuality; unconventional.
    "her work is quirky and genuinely individualistic"


We are the society. We connect with each other. Many people said that we can't live as an individual as we need other people to complete us. Well, that's true. You are not anyone without your parents. I meant, literally how you came into this world. 

But some people can't interact too much with others. They tend to do things by themselves and prefer it that way. It is just a headache to think about others. Cannot deny that some people are so genuine when they came into our world but some are just... interruption. 

Ever since little, we were exposed into society, living in it. We saw how our parents interacted with the neighbors, had some fun together and eventually the children got close together. But how about that one child who hate people? He doesn't really know what people like to do or how to get close to. 

He grew up knowing that he has to communicate with people who don't even care about him or just pretending to. He put that smile when he meet people but in his mind, he just want to go home and spend time on his bed. As he grew up, he had to a lot of group work. That, bothers him. He likes to do thing by himself and now he has to do it with other people.

Not that he really hate people but the responsibility. It is different when you have to do it by yourself and do it as a group. He thinks that if he do it alone, the consequences will only goes to him. Any good thing or any bad thing, he would handle it by himself. But as a group, everyone has their own responsibilities. The burden is lessen but he has a lot more about to think.

Being an individualistic is good, sometimes. But as we live as a society, in a society, we have no choice but to interact. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-