Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

12 December 2017

The feels; week 14.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Finally, saya di minggu akhir semester satu di ukm! HAHA baru semester satu tapi dah rasa perit nak habiskan. Ini baru pentadbiran perniagaan, kata nak tukar akaun. Kena lah lagi sado kan. Tak apa, yang bakal datang kita biarkan dulu, kita cerita benda yang dah berlalu.

Jadi, nak menempuh sampai jumpa minggu 14 ni, macam macam benda jadi. Dengan kerja yang berlambak, assignment alhamdulillah tak teruk sangat, semester ni ada dua je presentation. Nampak macam ringan lah tapi sebab kerja kami asyik menangguh je haha makanya, sakit lah kepala kan bila esoknya kena hantar tapi malam ni baru nak buat. Benda biasa tu tapi kena pandai tahan lah.

Kalau setakat sakit kepala dengan proses pembelajaran je, aku boleh terima lagi. Tapi sebab hidup ni kan dikelilingi dengan manusia dan kita tak akan dapat lari dari masalah dengan manusia. Kalau tak nak ada masalah dengan manusia, gi duk hutan sana. Okay gurau haha. Nak nak lagi perempuan kan, memang banyakkkk sangat masalahnya.

Tapi tak apa lah, anggap lah itupun salah satu proses pembelajaran, pembelajaran seumur hidup haha. Manusia memang banyak ragamnya. Bak kata akak driver;

Manusia ni memang pelbagai ragam. Kalau semua sama saja, tak seronok pula.

Ya, sangatlah betul. Dari sekolah rendah sampai lah masuk universiti ni, macam macam jenis orang dah aku jumpa. Ada yang boleh masuk, ada yang tidak. Tapi kalau nak survive, kenalah pandai pilih. Memang berkawan dengan semua orang tapi takkan lah semua baik dengan kita kan. Eh aku merepek apa, nak cakap pasla week 14 hahaha.

Sebenarnya yang seksa week 13 dan 14. Minggu 13 tu lah dapat macam macam jenis kerja. Nak kena submit, nak kena present, mana nak buat slideshow, mana nak buat video. Biasalah, awal awal memang serabut kerja mana nak buat dulu apa semua. Tapi bila dah siap, ya Allah kenikmatannya tidak dapat digambarkan haha.

Nak dijadikan cerita, aku tengah nak berjinak masuk ke peringkat yang lebih tinggi. Sebelum ni nak wakil matrikulasi tak kesampaian sebab aku tarik diri. Jadi sekarang ni aku nak cuba wakil universiti pula. HAHA wow besar bunyi dia. Tapi belum tetap lagi lah. Esok baru pemilihan. Tapi hati aku tak tahu nak terpilih ke tidak. Kalau terpilih, seronok lah sebab pengalaman baru kan, dapat wakil universiti. Tapi, cuti pendek! Tengah bulan satu dah kena datang universiti balik hahaha.

Tapi kalau tak terpilih tak best juga kan. Rasa macam teruk pula, sebab tak terpilih. Tapi apa pun, terpulang lah nak jadi apa. DOA YANG BAIK BAIK. Itu je mampu cakap.

Tapi petanque ni pun antara punca serabut juga minggu akhir ni. Sebab dia panggil latihan masa hujung hujung ni. Aku dengan penatnya nak kena turun training bagai. Nak ke tempat berlatih pun jauh. Haritu naik basikal, belum start training dah semput hahahaha.

Semalam buat kerja dari pukul 11 sampai pukul 5, dah barai dah. Balik tu kena siap siap pula nak berbuka di masjid. Malam ada discussion. Wow aman so hectic. Tadi pagi, last kelas untuk akaun. Rasa bersalah tak buat kerja tu memang ada tapi memang dah tak larat dah nak siapkan. Tak mampu sangat nak berfikir. Dan baru je tadi kelas terakhir untuk mikroekonomi. Selamat juga lah presentationnya.

Esok kelas akhir untuk komunikasi lisan; berakhir dengan temuduga. Ya Allah nervousnya. Esok merupakan temuduga yang ketiga dalam tahun ni. Yang pertama sebab nak masuk ukm. Yang kedua sebab nak join program fep; BAKSIS. Yang ketiga, esok. Benda ni penilaian je tapi tetap seram lah. Nasib baik temuduganya sekejap je. Balik dari temuduga, nak siap untuk pemilihan pula.

Khamis pagi tak ada kelas sebab kelas pengantar dah habis. Yang itu pun selamat juga buat presentation. Harapnya markah tinggi lah. Biasanya khamis petang kelas pukul 2 tapi esok lecturer anjak masa pukul 430, oh my petang. Kalau tidak kelas habis pukul 5. HAHA tapi masih bersyukur lah sebab asalnya lecturer nak buat kelas esok, sama waktu dengan pemilihan. Habis serabut dah pagi tadi. Khamis malam pun ada kelas, kelas matematik.

Jumaat sepatutnya free! Sebab semester satu aku memang tak ada kelas hari jumaat tapi jumaat malam ni aku ada kelas matematik juga. Dan itulah kelas terakhir untuk semester ni sebelum berjumpa dengan study week. Tapi sebelum tu, sabtu pun nak keluar lagi. Nak enjoy satu hari. Pagi nak pergi big bad wolf, malam ada program malam gema cinta Rasul. Ahad? Balik!

Cukup kot membebel haha panjang pula taipnya. Kalau ikutkan nak sambung lagi tapi pernah ada kawan tanya;

Macam mana kau tulis panjang panjang?
Haha kadang aku pun tak sedar aku cerita panjang panjang. Macam sekarang ni lah, patut dah boleh habis tapi membebel lagi hahaha. Okay, sekian semester satu di UKM Bangi. All the best kepada semua yang bakal menduduki exam final. Semoga kita diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menjawab soalan yang bakal diberikan, aamiinnnnn.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

15 November 2017

Busy lah sangat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama rasa tak menaip. Sekarang ni dah habis separuh satu semester walaupun mid-sem tak habis lagi. InsyaAllah minggu depan habis. Doakan lah saya dapat menjawab dengan penuh jiwa, raga, dan banyak betulnya haha.

Degree nanti banyak masa kosong, tak sama macam matriks, busy.

Boleh saya dapatkan orang pertama yang cakap macam tu? HAHA setakat yang aku rasa sampai sekarang, degree life lagi busy. Tapi mungkin sebab aku fokus nak stay kolej, itu yang kena masuk banyak sangat program. Maklumlah, nak dapat merit, kena lah bersungguh en. Rasanya program kolej yang paling penat.

Setakat ni, aku memang tak ada join mana mana program luar yang lain. Bukan tak nak. Tapi buat masa ni, aku fokus untuk program kolej. Takut lah kena tendang. Fikir nak kena duduk luar bagai ni, menyeramkan dan menyusahkan. Aku ada je masuk sukarelawan program asnaf tapi masih tak berkesempatan nak pergi. Sebab busy dengan sukan.

Yang pasal kolej tu, ayah kata;

Kalau duduk luar, duduk je lah.

Abang pula kata;

Ala duduk je rumah, bawa kereta. 

Betapa mudahnyaaaa berkata begitu HAHA satu, aku taknak menyusahkan orang. Kalau aku duduk rumah, aku pakai kereta, orang rumah nak pakai kereta apa? Dua, kalau aku duduk luar, aku menyusahkan diri sendiri. Nak kena tampung bayar sewa, kenderaan lagi. Ayo. Itu yang bersungguh masuk program kolej. Join segala kelab yang ada, dengan ultras kolej pun aku masuk haha.

Bercakap pasal sukan, aku kembali kepada petanque. Kira setahun lebih lah tinggal. Last masuk pertandingan masa tingkatan lima. Masuk matriks, aku tarik diri dari kumpulan tapi sukan aku masih petanque. So ada lah juga main tu tapi main suka suka je lah. Jadi yang ni, tak ada main main lah. Aku masuk under kolej. Pertandingan aku ahad ni. Doakan sayaaaaa! Please, nak bawa balik gold for kajai hahaha. Rindu nak rasai kemenangan 2012 dan 2015.

Yang program asnaf tu pula, benda tu kita kena pergi rumah keluarga ni, ajar anak anak tu membaca, menulis, mengaji. Dekat area bangi ni je. Tapi itulahnya, bagi nama je untuk join. Tapi meeting tak pergi, rumah tu pun tak pernah pergi. Bukan taknak pergi, tapi hari isnin aku kelas sampai 6, rabu tak ada orang yang nak teman, jumaat free je tapi? Ha sekarang kan tengah busy training untuk sukem lagi makanya tidak berkesempatan. Harapnya lepas habis sukem ni dapatlah pergi at least sekali.

Hm busy apa lagi eh. Oh sebab sabtu dan ahad ni ada exam. Sabtu ni exam mikroekonomi, ahad ni matematik. Tapi aku tak ambik exam ahad ni lah sebab sukem kan, jadi aku ambik exam hari lain. Tak kisah lah lagi susah ke, lagi senang ke, asalkan aku ambik juga exam. Jadinya aku seronok lah, aku dapat dua dua; sukem dan exam. Itu yang serabut minggu ni; exam, training, tournament.

OH! Baru teringat. Sebenarnya ada je orang contact ajak aku masuk tournament sabtu ni, open Bangi, tapi disebabkan aku ada exam, tak dapat lah aku join. Yang bestnya kalau join open ni, aku tak fikir sangat nak menang. Aku nak main je, kan seronok. Tapi ahad ni serious nak menang, tolonglah ya Allah. Nak juga rasa kepuasan naikkan nama kolej. And nak jaminan kolej haha.

Makanya, benda benda di atas tadi lah yang membuatkan aku burst into tears isnin malam ((lepas balik kelas malam pula tu)). Rasa berat sangat nak terima semua benda dalam satu masa. Isnin malam tu contact abang nak mengadu, sekali abang kata abang pun busy. Itu yang menangis. Esoknya ((malam tu ada ujian bsmm, yang aku tak study apa apa, main bantai je jawab)) abang tanyalah, dah selesai ke masalah semalam tu. Aku cakaplah, bukan masalah pun, rabak je. Then dia kata;

Selagi bukan masalah boyfriend takde lah besar mana

Ayo, takkan nak tunggu aku ada boyfriend baru boleh cerita masalah ahaha. Aku tak ada masalah boyfriend, syukurrr. Tapi masalah aku ialah, senang sangat suka. HA, aku malas cerita lebih. Tak dapat apa pun. Aku kadang nak ada boyfriend tapi masa yang sama aku tak nak. Aku nak sebab aku nak kasih sayang ((macam lah tak cukup mak ayah bagi kasih sayang)) tapi aku tak nak sebab dah satu hal nak jaga hati orang lain. Hati sendiri pun tak terjaga. Hati member pun penat aku layan, hati aku tak ada pula orang layan. Eh sorry, geram haha.

Sekian luahan perasaan yang terpendam lama. Aku pun sekarang dah kurang bercerita dekat orang. Satu, sebab orang tak kisah pun. Dua, aku sendiri tak ada masa. Tiga, aku dah tak rasa semua benda aku kena cerita. End up, sakit sendiri, sebab aku tak dapat respon yang aku nak. Oh hari ni tak ada training, sebab hujan. Sekarang pun tengah gerimis lagi. Ya Allah finally hari ni kira lapang sikit. ((And harini bahagia sikit)).

Sekian buat lagi sekali.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

13 October 2017

Self-centered.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru perasan dah sebulan tak update. Okay sebenarnya haritu ada update tapi dah delete post sebab post tu meroyan je ((harapnya tak ada yang baca.)) To be honest, I just come to this blog bila aku rasa aku dah tak ada tempat nak meluahkan. Jangan kata aku tak cari sejadah eh haha.

Dah sampai pertengahan bulan Oktober ni, macam macam benda dah jadi sepanjang aku belajar. Dari awal minggu dah terlibat dengan Hari Malaysia, dengan segala aktiviti yang diberikan merit, zumba kajai, aman jadi bsmm, kelab emac, dan penglibatan dalam piala pengetua. Maka secara rasminya, aman kembali gelap seperti dahulu. Macam masa ada open tournament masa 2014. Ya Rabbi masa tu datang sekolah dengan tudung putihnya, terserlah muka burn. Sebab dua hari berjemur, dari pagi sampai maghrib.

Hari Malaysia aku terlibat buat props. Setiap khamis ada zumba kajai. Bsmm? Macam pbsm. Masuk sebab i am that desperate nak stay kolej HAHA. Emac? Satu kelab kebudayaan. Wah, tak pernah pernah nak join benda macam tu kan. Tapi itupun kelab pengurusan, makanya akan belajar pasal props dan settings juga. Piala Pengetua? Buat pertama kalinya aku main futsal untuk pertandingan. Dengan bangganya kitorang dapat no 3! Daripada 4 kumpulan yang bertanding haha okay what sebab kitorang target last hehe.

Oh ya, dan aku sangat sedih sebab tak dapat join Malaysian United Run. Benda ni dah diberitahu dari awal masuk uni lagi. Dah excited sangat dah. Sekali tak dapat pergi sebab hari yang sama tu ada exam mikroekonomi. Lepastu bila tengok balik tarikh, tarikh yang sama tu juga ada pertandingan petanque. Okay belum confirm lagi aku join petanque, kena tunggu pemilihan dulu tapi I really want to participate. Please pray for me yang aku boleh terpilih untuk petanque, jawab exam dengan tenang dan masih boleh join pertandingan haha. ((Nampak tak busynya sebab macam macam benda dalam satu tarikh.))

Study? Hari isnin ada kelas matematik dan kelas pemikiran islam kontemporari. Matematik okaylah sebab belajar dalam bahasa inggeris and i love my citra class sebab macam dengar ceramah je selalu. Selasa ada prinsip akaun dan mikroekonomi. I tell you, selasa is exhausting sebab subjek tu haha. Rabu? Ada kelas komunikasi lisan bahasa melayu. Nampak simple tapi kena selalu bercakap dan bagi seorang aman, benda tu menakutkan ((i screwed my first penilaian)). Khamis ada kelas pengantar pengurusan dan aplikasi komputer. Biasa biasa je sebab tak nampak lagi kan soalan dia macam mana.

Aktiviti kolej je, pasal study je, clicheeee

Well, aku sebenarnya nak cakap pasal perasaan aku. Dengan adanya banyak program, banyak kelas, banyak assignment, banyak jumpa orang baru, macam macam aku rasa. Kejap rasa kena tinggal. Kejap rasa tak cukup kasih sayang. Kejap rasa penat. Kejap rasa bosan. Kejap rasa tak tenang. Ha banyak kan.

Aku pula jenis yang self-centered, so, aku ni perlukan kasih sayang yang cukup. Bila tak ada orang layan aku, aku rasa lonely. Tapi kalau ada orang yang banyak cakap, aku pula yang rasa menyampah. Yelah, dah bising masa aku tengah stress, memang layak lah kena ignore kan. Tapi itu juga mungkin antara punca aku pun banyak kena ignore dengan orang. Pastu sendiri terasa. Aku selalu marah diri sendiri;

Kau kena ingat, bukan semua orang ada masa nak layan perangai mengada-ngada, gedik kau tu. Kau tu pun bukan layan orang sangat. 

Tapi biasalah, masa tu je lah eloknya. Lepastu datang balik emo nya. Kadang aku rasa, i need the world to evolves around me. I need attention. And mostly bila emo, keluarlah soalan soalan begini;

Kenapa masa orang perlukan tempat bercerita, aku ada tapi bila aku perlukan tempat untuk bercerita, orang tak ada?

Jadi aku akan berbalik kepada benda yang aku selalu marah diri sendiri tu. Entahlah, aku ni cepat terasa. Makanya, mengada tu kuat sangat. Dan aku ada lagi satu masalah sebenarnya. Aku cepat perasan. I don't mind to be friend tapi bila dah ada orang menyakat ni, aku takut benda jadi lain. I hate the awkward feeling. Dah elok elok member kang lain pula jadinya. Dan aku bukan apa, aku sebenarnya seronok ada orang melayan aku. Macam aku cakap, aku perlukan kasih sayang yang lebih.

Bukan yang sekadar;

Kau tau aku sayang kau kan? Tak contact pun tak apa, sayang tu ada.

Well, to certain point je aku boleh bertahan dengan benda tu. Aku nak nampak effort. So sebenarnya sakit juga lah kalau ada boyfriend/laki nanti. Aku sememangnya seorang yang clingy. Maaf lah kepada kawan kawan yang selalu jadi mangsa tempat aku terasa. Nama je aman tapi perangai nina juga.

Wow, panjang juga aku meroyan malam ni. Bukan apa, kadang cerita dengan orang, aku tak dapat feedback yang aku nak. ((Tengok tu, feedback pun memilih, mengada.)) So kalau aku tulis dekat sini, aku tak ada lah menanti feedback tapi rasa beban tu dah hilang. Serious lagi sekali, jangan kata aku tak cari sejadah haha. Okay, sekiannnn.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

03 September 2017

Menaraku, UKM.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Untuk beberapa bulan yang lepas, busy duduk rumah je. Belajar menjahit ((walaupun tak seberapa)), tengok drama, kena marah, makan tidur je. Sampailah ke satu hari iaitu hari pengumuman keputusan permohonan upu.

Masa nak check, masa tu juga lah server down. Dengan tak ada kredit nak mesej pula haha. Maka, ayah yang hantar mesej. Dan terlerailah persoalan, dapat Universiti Kebangsaan Malaysia. Ayah tanya;

Kenapa macam tak happy je? Macam tak nak masuk je.

Aku bukan tak happy. Tapi sebelum tu dah stress dengan server yang tak boleh check. Dan faktor redha lepas interview haritu. Tahap dah tak kisah nak masuk mana. Alhamdulillah, ukm lah di mana tercampaknya saya. Maka bermulalah pengembaraan untuk print, scan, pengesahan segala benda yang nak kena buat.

Yang bestnya kali ni, dokumen terakhir settle sehari sebelum daftar HAHA tapi bukan salah sendiri ((kenalah lepaskan diri)). Baju pula, sampai tahap tak tahu nak pack apa. End up, pack baju untuk orientasi je; minggu mesra mahasiswa (mmm). Disebabkan arahan kena pakai baju kurung kemerahan, baju kurung warna merah je yang aku bawa. Dengan tudung putihnya, amagad aman dahlah gelap haha.

Dah sampai ukm tu, banyak pula stepnya. Parking kereta, daftar fakulti, balik ambil barang, daftar kolej. Dan bermulalah mmm lepas asar. Bagi seorang aman, aku tak suka mana mana orientasi. Masa berlakunya orientasi lah. Lepas dah habis duk rindu je HAHA. Orientasi sekolah menengah, seminggu. Best! Walaupun tak ingat sangat. Masa matriks, masa bulan puasa. Makanya kitorang banyak duduk surau je, lagi best hahaha.

Masa mmm dia fokuskan kepada pengenalan uni lah. Aktiviti kolej, fakulti, dan kelab yang ada dekat situ. For domains, I chose sukan, kebudayaan dan kesukarelawan. Aman jaw drop bila tahu ada petanque haha sebab katanya tak ada. Maka, aman mungkin join balik? Who knows. Kebudayaan besttttt, dapat menari haha. Aku ni suka je menari tapi kalau ada orang yang tak sporting tu tak best, buat aku rasa segan. Tapi haritu aku menari je, sebab yang aku kenal sorang je, rumet sendiri hehe. Last, kesukarelawan. Syukur juga dapat pilih tunas permata tapi bila nak buat kerja baru ingat, diri sendiri ni alergi habuk HAHA tapi redah je, sebab dapat upah nasi lemak hehe

Perkara yang paling tak akan  boleh dilupakan dan tak boleh move on sudah tentulah, PERANG DECTAR. Ini perang cheers antara kolej yang ada. Masa awal awal dengan kolej, semua sendu. Oh lupa bagitahu, saya Kolej Rahim Kajai! Kajai Bongga! Semua pc duk marah lah kan, sebab semua macam tak ada semangat. Kita tak tahu macam mana suasana perang yang nak jadi tu kan. Tapi masa malam dinner, tiba tiba semua hyper. Maka senang sikit hati pc pc yang ada hehe.

Hari terakhir mmm, pagi tu ada baca ikrar, program MUR. Dah start panas enjin duk jerit cheer kolej sendiri. Malam tu ada malam kebudayaan. Hyper sungguh, menyanyi tak ingat dunia. Siap Ippo Hafiz datang tau, mana tak hyper haha. Tepat pukul 12, bermulalah perang dectar. Fuh, seram. Slow slow pendingin hawa ditutup. Lepastu dewan pasang siren, bisingggg! Dengan ada kolej yang bawa gendang, hon. So start lah perang cheer.

Nak cerita lebih susah. Kalau rajin cari dekat youtube. Tak pun, rasa sendiri nanti ;)

Apa pun, bangga juga lah sebab bukan kolej yang paling awal keluar walaupun masa kitorang balik tu dah pukul 2 hahaha dengar cerita yang menang balik pukul empat. Ha bayangkan lah macam mana perang tu.

Apa pun, I can really say that mmm was the best orientation I ever had, seriously. Semangat assabiah tu kena ada kadang kadang, tapi jangan terbawa sangat. And I really hope that I can stay in college sampaiiiii habis belajar. Tolonglah ya Allah. Nak cari rumah dekat situ, menyeramkan. Fikir kenderaan lagi, duit lagi pergh aman tak nak fikir haha.

Last, harapnya dapat tukar ke course accounting next year. Salah satu cara juga tak nak kasi sendiri main masa first year. Kalau tak merana huhu.

Apa pun, di mana pun kita berada, menimba ilmu memang utama, jalinkan ikatan jangan dilupa. All the best to all mahasiswa dan mahasiswi yang mendaftar tahun pertama tahun ni!

Sekian.

Edit: (7/1/2020)

Hello, tomorrow is my last paper for Year 3 Sem 1. Wow, it felt so long. Memang bila cerita pasal orientasi, semua benda seronok je. Bila baca balik post ni, wah indahnya dunia haha. Tapi nak sampai ke hari ini, macam macam dugaan lah rasanya. Ada je cerita dekat post lain tapi sebab dah kurang content nak bercerita, aman dah lama tak update.

Anyway, for those yang baru nak masuk, yang fikir nak masuk mana, jangan fikir sangat. Universiti mana yang kita dapat tu, itulah rezeki kita, perjalanan kita (part of our choices juga lah kan sebab kita yang mohon). Jadi, percaya pada diri. Semangat first day masuk tu, kekalkan sampai habis. Kalau tidak, semput jadinya. 

Semoga berjaya :)

Edit: (24/3/2021)

Hai, today is wednesday, the third day of the first week in my final semester. Looks like it is really coming to an end. Rasa dulu macam bila nak habis, bila nak habis haha. Now, in few months je akan habis betul betul. Hope to end it with a good note. Hehe.

Amanina Mohd Tarmizi -my life-

26 July 2017

Passion.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmtullahi wabarakatuh.

Passion? It is really nice for someone to have a passion in something. Something that (s)he really likes, it becomes a dream. Something that (s)he really adore. It becomes her/his life.

Bagi aku sendiri, aku suka banyak benda. Aku suka membaca. menulis, melukis, belajar bahasa, dan.. Aku suka sukan. Macam yang aku banggakan dulu, aku main petanque. Aku join kelab tu pun sebab abang aku pujuk aku masuk; kata petanque tu senang. Aku masuk, sebab ada abang je. At least taklah susah sangat nak sesuaikan diri dalam kelab.

Masa form 1, aku sekadar masuk kelab je. Aku bukan reti main pun. Aku tak beminat nak masuk pertandingan. Tapi bila form 2, aku mula masuk. Mungkin sebab tak ada orang and masa tu aku dah start turun training. So aku join. Mula lah rasa semangat tu ada. Tiap-tiap petang training, ada kawan nak lepak apa semua.

Gaduh? Itu biasa. Team mana yang tak pernah gaduh. Nak tak nak mesti ada salah faham segala bagai. Tapi bila bertanding, semua benda tu dah tak penting. Masa tu ingat satu je, nak menang. So yeah, nak dijadikan cerita, first time aku masuk, dah dapat nombor satu. Lagilah semangat nak teruskan. Maka bermulalah dari situ, aku dilabel. Budak petanque hahaha.

Tapi sedia maklum yang aku ni ada masalah kulit dari sekolah rendah lagi. Aku masuk dengan fikir;

Ah, redah je.

Dah berapa banyak plaster aku pakai sejak main petanque. Aku tak tau sebab pasir ke sebab bola, tapi yang pasti tangan aku tak berapa nak ngam dengan petanque ni. Tapi, aku main je. Sebab bagi aku, petanque je benda yang aku ada. Benda yang aku boleh tunjuk dekat orang, yang aku terer. Bagi aku sendiri, aku sayang gila petanque. Kalau nak cerita semua pertandingan dan semua kenangan yang aku ada, panjang.

Tapi, bila masuk matriks, aku dah rasa hilang sparks. Katalah aku berlagak tapi masa tu aku tak boleh nak terima teammate aku. Sebab masa je. Selalu datang lambat apa semua. Aku dah makin hilang rasa nak main semua. So end up, aku tarik diri. Dan aku berhenti main petanque. Last aku main, tahun lepas. Sebab kelas sukan aku petanque.

Aku dah tak berani nak sakitkan tangan aku sendiri. Well tangan aku sakit bukan masa main petanque je, kena habuk pun sakit. Aku sendiri dah penat. Tapi, aku tetap rasa jealous bila tengok orang main. Masa matriks, bila ada orang main, aku selalu tengok.

Petanque boleh buat aku cakap dengan strangers.
Petanque boleh buat aku senyum.
Petanque buat aku yakin dengan diri aku sendiri.

Sebab apa? Memang aku suka menulis tapi aku tak pernah hasilkan benda yang kebaboom. Kata nak buat novel, cerpen pun tak lepas. Untuk menulis, blog ni je yang aku ada. Membaca? Ya, tapi bacaan aku bukan bacaan yang berat berat. Sekadar lepas kepuasan hati sendiri. Melukis? Tiru aku reti lah, itu pun tak berapa nak jadi. Bahasa? Aku mula belajar bahasa jepun through drama tapi tak habis. Aku berhenti separuh jalan. Sekarang korea, setakat tau basics. English aku pun berterabur lagi.

Bagi aku, petanque tu macam benda paling hebat lah yang pernah aku buat. Sanggup sakitkan diri sendiri, just for my own satisfaction. I guess I lost my skills, I became so timid since I stop playing it. Felt like I lost something really meaningful for me.

Well, I at least want to have one sport that I am good at. Aku tak rasa aku boleh mula balik petanque. Tapi larian aku pun dah tak hebat mana. Dah mengah dah. Dulu bolehlah hahaha rasa macam dah tua. Hm, aku rasa aku kena juga lah buat satu novel, untuk kepuasan diri sendiri. Masalahnya, selalu je ada alasan lain masa nak buat cerita haha. Aku rasa cerita Aiman tu kena buat baru. Kenalah kan, yang matang sikit punya cerita aha.

Cukuplah aman mengomel, sekian.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

06 July 2017

Takut Kerana Salah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Well, to tell you this story, I wanted to wait until Saturday actually but since I have no class today, so yeah. This is actually quite thrilling for me, well yeah Aman still a girl.

Last Tuesday, I went to my class as usual ((not that usual, I only started on Monday)). That noon, aku kena hantar kain jahit tepi. Nak dijadikan cerita, haritu aku bawa kereta so mudahlah. Alang alang, aku nak balik rumah sekali, makan tengah hari. Dah sampai dekat traffic light petron, aku fikir, "nak letak kereta dekat rumah ke terus je pergi kedai?". Nasib baik traffic light merah so sempat lah fikir. Maka aku pun u-turn, konon nak balik rumah lah ni.

Sampai dekat simpang rumah, aku fikir "ah, jalan je lah." Maka bermulalah..

Dah sampai dekat deretan kedai kedai, mata aku duk melilau cari signboard berapa harga parking. Nak dijadikan cerita, aku tak pandang depan dalam 3 ke 5 saat kot. Aku tak sedar aku terpusing stereng, BAM! Aku terlanggar belakang kereta orang. Weh, BMW! Mana tak gabra. Aku turunkan tingkap kereta, pastu duk garu kepala. Mana nak fikir apa. Aku tak kisah pun dengan kereta yang ada dekat belakang asyik hon.

Then ada pakcik ni kata ada parking kosong dekat depan, so aku pergi. Aku turun kereta, pergi dekat orang tu. Dah nama BMW kan, mestilah orang kaya. Orang office. How to react lah kan. Dia duk minta lesen, nombor telefon. Masa tu tetiba aku lupa pula nombor ayah, pastu orang tu kata "check betul betul." Faham tak seram? So aku call ayah aku, dah mengalir air mata dah masa tu. Sementara tunggu tu, orang tu duk tanya lah umur berapa, ayah kerja apa bagai, orang tengah gabra dia buat interview adudu.

So, my dad arrived. And ayah yang settle semua benda. Aku pergi lah kedai jahit tu. Kaki menggeletar je. Pastu ayah call, nanti bawa kereta balik. Bila nak balik, aku dah start engine, tapi aku takut nak bawa kereta. Time tu nangis teruk dah. So aku suruh kakak aku ambik. Sampai je rumah, aku terus cari bantal.

Nangis tu sebab aku tahu aku salah. Mata pandang mana, pastu melayangkan duit ayah. Takkan tak ada rasa bersalah kan. Dalam banyak banyak benda yang aku takut, semua pasal duit. Masa aku gagal first test ujian memandu tu, aku duk fikir berapa lah nak kena bayar lagi. Bukan kedekut tapi ayah penat lelah dapatkan duit, aku burn macam tu je.

Then mak kata;

Benda nak jadi, mana kita nak tahu. Kalau kita tahu, bukan namanya manusia.

Betullah. So, pengajarannya di sini, kalau tengah keliru antara dua pilihan, pilih yang pertama HAHA benda ni tak termasuk nak pilih jodoh ya. Kalau aku balik rumah, mesti tak jadi. Ha? Itu namanya dah lawan takdir, nak salahkan takdir. Semua dah tertulis.

Dalam hidup ni, kena lah ada cabaran dia. Kalau tak macam mana nak membesar. Tengok along tu, macam macam dah lalui. - Mom 

That's why lah aku tabik spring dekat kakak aku. Dia lagi banyak cabaran tapi steady je. Tapi tulah, benda ni buatkan aku takut nak bawa kereta. Maka, aku dah ada azam baru. Aku nak belajar sungguh sungguh, jadi kaya, upah driver HAHA ya tahu, belajar kerana illmu, itu kira sidekick punya azam hehe. Ada lagi satu, aku nak jadi kaya sampai kalau ada accident, aku tak fikir ada masalah pun untuk keluarkan duit betulkan kereta plus aku nak bayar sekali dekat orang yang terlibat. Orang kata kalau niat baik biasanya dapat. Maka sama samalah aminkannnn hehe.

Aku punya takut kerana salah ni selalu, berani kerana benar tu biasanya aku buat dalam hati je. Maklumlah, kalau jawab kata derhaka, kurang ajar. Ada sekali je aku rasa hero sikit lah haha. Masa matriks, kitorang ada buat lawatan ke MIA and UiTM. Singgah dulu dekat shah alam. Lecturer bagi masa makan solat apa semua. Aku dengan tiga orang lagi, pergi mall. Tak kata tadi kan tak boleh keluar dari kawasan tu.

Nak dijadikan cerita, lecturer tukar plan. So yang perempuan solat dekat UiTM. HAHA kitorang dah solat dekat mall, and baru nak makan. Time tu lah ada masalah dengan uber bagai. Sampai dekat bas, lecturer semua macam marah marah. Hello? Siapa yang tak ikut plan haaa hahaha. Sampai UiTM, lecturer akaun kelas aku datang dekat. Tanya apa semua. So aku jawab lah yang kitorang ikut plan asal, pukul berapa semua, and how was that our fault? Walaupun ada sikit salah kitorang ((okay mengaku lah haha)) tapi not entirely. Maka benda settle hahaha. Yang lain jealous je kitorang gi mall kahkah. Sekian.

Makanya, dalam hidup ni kalau tak ada benda yang menakutkan, macam mana nak membesar. Asyik play safe je, tak best juga kan. Take challenge, grown up.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

06 June 2017

Interview.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum waahmatullahi wabarakatuh.

Aman dan interview? Satu kombinasi yang sangat pelik pada mulanya. Tapi kalau nak teruskan hidup ni, macam macam kita kena lalui. Sendiri juga yang isi nak universiti yang ada interview kan. So, aku ambik dua universiti yang ada interview; UKM dan USM. Masa result interview keluar haritu, ditakdirkan aku dapat satu je interview; UKM (Pentadbiran Perniagaan). Maka dengan itu terlepas lah peluang aku nak masuk USM.

Bermulalah debaran. Aku siapkan dokumen yang kena bawa. Tipsnya di sini, bawa apa yang dia minta je. Tak payah bawa lebih lebih. Sebab? Nanti dia tak ambik semua pun. Dia pilih juga apa yang dia nak. Tapi make sure bawa semua lah. Result semester satu jangan hilang. Kalau hilang, cepat cepat pergi print yang baru.

Maka pada 5 Jun, aku tak tidur lepas subuh hahaha. Biasanya bulan puasa ni lepas subuh semua enak dibuai mimpi. Siap awal apa semua, tunggu ayah balik dari masjid. Aku gerak dari rumah dalam 710, sampai di UKM hampir pukul 8. Tapi masa tu pun barisan dah panjang. Nasib baik aku sedar cepat yang aku salah barisan. Ada je yang dah sampai depan baru tahu yang dia salah barisan. Nak kena beratur balik. So make sure barisan betul ya.

Tipsnya di sini, surat tawaran interview make sure bawa. Dan segala jenis dokumen yang dia suruh print dan isi, buat dan bawa. Baca habis semua tu. Lepas dah daftar, dapat nombor. Maka pergilah ke tempat yang diarahkan. Aku kena naik aras 4. Nak dijadikan cerita, aku menonong je jalan HAHA terlepas billik interview. Nasib baik ada orang lain.

Daftar lagi, bagilah segala jenis dokumen yang dia nak. Dan duduklah menunggu. Prepare lah apa yang tak sempat nak prepare masa dekat rumah. Interview tu mula dalam pukul 9, group pertama masuk. Group pertama punya interview lama, 40 minit. Takut aku. Aku group ketiga. Masa group kedua dipanggil masuk, group 3 dikumpulkan dan kami diberi soalan kes. Semua group dapat tetapi soalan berbeza. Jadi baca soalan tu sebelum masuk.

Dan akhirnya, tiba giliran kami. Setiap group ada empat orang; group aku 3 perempuan satu lelaki. Dan aku nombor satu ha ha ha. Seperti biasa soalan pertama interview;

Sila perkenalkan diri anda.

Ada macam macam cara nak perkenalkan diri. Aku tak prepare apa pun, macam practice depan cermin ke apa ke. Aku redah je. Aku beritahu nama, sekolah mana dulu, dan aku ceritakan penncapaian sukan aku iaitu tak lain dan tak bukan petanque. Jenuh juga lah nak explain petanque tu apa, macam mana. Macam macam soalan lah diorang tanya. Lepas aku dah habis cakap, diorang tanya pasal family.

Jadi tipsnya di sini, masa nak perkenalkan diri; beritahu pasal diri sendiri sikit, keluarga, dan something yang boleh dibanggakan. Mana tahu dapat bonus point dekat situ.

Soalan kedua;

Apa sumbangan yang anda boleh beri kepada UKM jika anda terpilih?  

Ya, aku tak prepare apa apa. So aku merepek lah yang aku ni jenis suka mengajar, jadi aku akan tolong kawan kawan aku untuk sama sama naikkan nama UKM. Tak tinggal member, jadikan UKM antara yang boleh dibanggakan semua tu lah. Ada yang jawab akan join program, join sports. Terserah kepada diri masing masing lah.

Soalan ketiga;

Jika anda dimasukkan dalam satu kumpulan, anda rasa apa jawatan anda? 

Aku jawab lah yang aku jenis boleh mengagihkan kerja, beri arahan tapi pada masa yang sama aku boleh membantu apa yang patut. Dan aku teruskan merepek. Kemudian dia tanya;

Jadi jawatan anda ketua lah? 

Aku jawab InsyaAllah je hahaha. Ada juga yang jawab dia akan jadi ahli je sebab dia tak yakin dia mampu mengetuai sesebuah kumpulan. I don't know how diorang nilai tapi aku tak rasa itu jawapan yang elok kot.

Soalan keempat;

What do you think you will contribute to the university? Please answer in English.
Ini je jawapan yang aku tak jawab dulu. Orang lain jawab dulu haha. Kalau tak ada idea, rasanya boleh je ambil jawapan bahasa melayu tadi, translate je. Tapi aku merepek yang; "My ambition is actually to be a lecturer ((tukar dah dari cikgu hahaha)) so maybe I can teach here after I graduate. And, I guess there is no petanque here, right? Maybe I can make a new sport here haha."

Soalan kelima;

Bincangkan soalan kes.

Untuk soalan kes ni, soalan dia umum. So prepare lah sebanyak mungkin. The best answer yang boleh diberi ialah kaitkan dengan isu semasa, contoh contoh yang boleh dikaitkan. Itu cara yang paling bagus lah. Soalan yang aku dapat ada kaitan pasal modenisasi, teknologi, budaya. Jadi macam macam boleh dikaitkan tapi the only thing yang terlintas masa tu ialah TN50. Masa tu aku dah fikir 'habislah aku' HAHA.

Sebelum tamat interview tu, dia tanya lah; ada apa apa soalan? Tips yang kakak aku bagi, better kita prepare soalan. Macam aku, aku tanya berapa lama aku kena belajar bisnes sebelum aku boleh tukar kepada course akaun sebab niat aku memang nak ambik akaun. So semua explain lah yang aku kena belajar bisnes satu tahun, baru boleh tukar. Akan ada interview lain pula. Lagi sorang tanya, apa ciri ciri yang interviewer tu nak daripada calon calon tu. Well for me, diorang ada kriteria diorang sendiri yang tak perlu didedahkan. Diorang dah ambik markah dah pun but nah, it was okay. Ingat, sediakan soalan.

Maka setelah setengah jam dalam bilik mesyuarat tu, tamatlah sesi interview. Trust me, aku lah orang yang paling gelabah sebelum sampai hari interview. Semua orang aku kacau, aku tanya. Tapi bila dalam bilik interview, rasa macam bersembang je. Ini serious. Tak ada main main punya. Maka pulanglah ke rumah selepas itu.

Bagi aku, tak salah nak gelabah. Sebab aku pun gelabah gila, seminggu juga lah. Tapi ayat kawan aku bagi, 'Tak ada hal lah, Allah kan ada.' Betul kan?

Lepas dah habis interview tu, like seriously aku fikir yang aku dah tak kisah mana mana universiti aku dapat. At least dah hilang beban interview tu, beban yang sangat besar dah hilang. Alhamdulillah. Kalau lah bukan masa bulan puasa, dah boleh ajak ayah keluar lunch sedap sedap. Kalau dapat sushi king ke kan pergh HAHA.

Semoga membantu lah kalau ada cari tips interview. Kita bagi based on pengalaman beberapa jam tu sahaja. Aku pun dulu cari juga tips dekat blog blog. Harapnya membantu. All the best! ;)
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

22 May 2017

Love & Obsession.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

In this world, we cannot live without love. Even if someone grows up without love, as he grows up, he crave for it. You don't need to say 'I love you' to actually tells that you love that someone. All you need is to care about them and really knows their needs.

But, what is the line between love and obsession? You can love but don't be obsess. When you are obsess, that means you can't live without them that you would actually do something beyond imagination. When you are obsess, you will think that that someone also loves you really hard. But hey, like I said, you can love but don't be obsessed.

If you are a stalker, then you are obsess. Not 100% percent but you can actually lead to being a psycho. Amagad, don't! Okay, first. If you have a relationship with someone but not a marriage, then you will be like;

Don't be friend with this person. I don't like it.
Don't go without me, dangerous.
Update me about your activities.
For me it is okay but if it comes to extend where you halang ((okay otak tak berfungsi dalam bahasa inggeris dah)) orang yang tersayang tu daripada buat aktiviti aktiviti yang dia nak buat, itu boleh dikatakan obses. Lagi teruk kalau kau asyik ikut dia pergi mana, tengok dia buat apa, perhatikan baju dia, kacau dia dengan telefon tengah malam ke. Semua benda ni boleh lead kepada kekerasan. Kalau kau rasa benda ni adalah untuk 'kebaikan', then you are wrong.

Benda benda macam tu sebenarnya boleh membawa kepada penderaan mental dan fizikal. Kalau orang yang kita suka tu tak suka kita, lepastu kita buat benda benda merepek tu, dia boleh tertekan dan trauma. Dia akan rasa sentiasa diperhati, tak selamat. Macam tu kau kata untuk kebaikan? Kau membawa keburukan kepada orang tu sebenarnya.

Orang yang stalk ni or stalker, is a very dangerous person. Diorang boleh buat apa je yang diorang rasakan betul tapi tak betul untuk benda lain. Buatnya orang yang kau suka tu pula bercinta dengan orang lain. Then you will be like go crazy and get mad like;

Kenapa kau pergi dekat dia? Apa kurangnya aku? Aku suka kau lama dah. Aku betul betul suka kau.

Okay, saya tahu awak suka dia. Tapi berbalik kepada agama. Kalau dah bukan jodoh awak dengan dia, jangan dipaksa. Mana datangnya sayang kalau apa yang awak buat tu hanya mendatangkan keburukan? Sampai kacau pasangan dia, tarik tarik depan orang ramai. Allah beri kita otak dan akal, gunakan. Jangan sampai orang sentuh tentang penampilan. Bertudung labuh, berhandsocks tapi gilakan milik orang? Sampai nak rentap rentap orang. OMG dah dewasa kot. Dah nak masuk 30.

Aku tak suka nak sentuh pasal penampilan sebab penampilan tak menunjukkan keimanan. Tapi tolong, jangan buat orang prejudis. "Baju dah elok tapi perangai tak semengah." Umur dah nak masuk 30 tapi perangai macam budak budak. Orang tu dah ada girlfriend. Yang kau pergi kacau, duk tanya tanya, sampai telefon mak laki yang kau suka tu amagad get a life.

Okay, that was a real story and it just happened. And I am currently watching a drama where the female lead actually stalk the male lead for quiet a while. As long as you don't bring any harm to it, it is okay. Well, it is a drama so of course the male lead will like the female lead back. But yeah, we live in a reality. Our lives can be like drama but not the entire drama. Live your life to the fullest.

Orang tak nak, jangan paksa. Kalau dah confess tapi kena reject, faham faham lah. Orang dah tak suka, jauhlah. ((Nasihat untuk diri sendiri.))

 When we love someone, remember, don't across the love line. DO NOT BE OBSESS. Sayang kerana Allah, cinta kerana Allah. Sayang itu sendiri indah, jangan kotorkan ia.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

13 May 2017

Matriculation life.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

9 Julai 2017, maka berakhirlah kehidupan di kolej matrikulasi. Tak sampai setahun, 10 bulan lebih tepat, aku berada di bumi Banting ((hahaha bunyi macam jauh sangat.)) Masanya untuk mengimbau kembali kenangan lama nampaknya.

Aku tak ingat tarikh daftar kolej tapi yang pasti, sehari sebelum 1 Ramadhan, itulah tarikh aku mendaftar ke kolej matrikulasi. Hari pendaftaran yang sangat panas, basah baju kurung kesayangan. Masa bawa fail pergi andromeda, diarah ketip kuku HAHA siapa suruh kuku panjang. Masa tu ada juga lah terserempak dengan orang yang dikenali.

Dah habis daftar, ambik kunci, ayuh ke bilik! Bila dah sampai blok, macam wow, akhirnya akan bermula kisah baru. Masa gerak pergi blok, masa tu senior yang bawa. Masa nak gerak panggil keluarga dekat dewan antares, alamak, rasa sesat pula. HAHA maklumlah first time. Lepastu barulah punggah barang masuk bilik.

Alhamdulillah dapat tingkat satu, sebelah tangga. Senang juga lah nak angkut barang tu. Dan alhamdulillah juga, rumetku kawan sekolah menengahku. Hilang 1% rasa gerun. Lepas zohor, maka mulalah sesi perpisahan dengan keluarga. Ya Allah masa tu perasaan tak terucap. Bukan sedih, lebih kepada takut. Takut nak menempuhi alam yang baru. Dan lebih tepat lagi, aku tak suka sesi orientasi HAHA

Nasib baik mppb masa bulan puasa dan fasi fasi sangatlah baik sebab tak dera kami hoho. Habis mppb, balik rumah. Nikmat! Dapatlah dua ke tiga hari puasa kejap dekat rumah. Kemudian, mulalah minggu asimilasi. Sesi bertemu classmate. Dan alhamdulillah sekali lagi, classmate kolejku classmate sekolah menengahku. Walaupun kitorang kurang berkomunikasi sebelum ni, tapi sepanjang kolej ni, rapat gila kau HAHA.

Masa asimilasi, kelas ada tujuh orang, semua perempuan. Kemudian masuk dua orang lelaki dan satu perempuan. Kemudian masuk lagi dua orang perempuan dan satu lelaki. Satu lagi, masuk seorang lagi perempuan. Maka lengkaplah 14 orang penghuni A3T6 sesi 2016/2017. Mula mula macam awkward, duk cakap saya awak. Lepastu mana ada dah, aku kau je. Sekian maklum yang aku ni memang susah sikit nak cakap dengan lelaki. Tapi at least aku rapat dengan budak lelaki kelas aku. Dan ya, dalam whatsapp, aku hanya contact budak lelaki kelas aku je. Mana ada lelaki lain hahaha

Sepanjang kolej, makan sama sama, buat kerja sama sama, tidur sama sama, lepak sama sama, gila sama sama, kena marah sama sama, riadah sama sama dll. Sudah pasti benda tu buatkan satu kelas makin rapat. Result sama sama, nangis sama sama, berjaya sama sama. Dapat juga baju kelas akhirnya ((masa sekolah menengah mana ada)). Dekat kms juga lah aku dapat buat kawan dengan banyak. Group kelas, group pal, group rumet classmate HAHA I enjoyed my new environment.

Kitorang buat bbq sama sama, kitorang keluar pergi mandi kolam, buat aktiviti sama sama. Lepak kosmik sama sama! Kosmik tu yang penting. Lepak, borak, tengok bintang, makan pizza. Pergi library, sejuk sama sama, main internet library. Petang, riadah 'mata' sama sama, bersukan sama sama. Pergi surau sama sama, nangis sama sama.

Itu classmate. Yang rumet pun banyak juga. Gosip sama sama, sesi luahan perasaan. Makan dekat kosmik sama sama, jalan ke pak guard, ambik makanan. Sampai ada tak cukup makanan, patah balik dekat pak guard. Balik bilik, bentang tilam dekat tengah bilik, tidur sama sama. Pernah juga tidur dua katil, empat orang lepas tengok movie sama sama. Baca Yasin sama sama. Dinner sama sama!

Memang matrikulasi ni jadual dia padat, tak tipu, terutamanya budak sains. Kelas mula pukul lapan, balik bilik pukul enam. Tapi bagi aku yang budak akaun ni, paling lambat pun pukul lima lah. Tapi masa semester 2, paling lambat pukul 3 hehe. Jadual kelas aku seronok juga lah, alhamdulillah. Banyak jugalah restnya hehe. Tapi itu yang best kalau jadual padat. Kita tak ada masa nak rasa lonely, nak teringat dekat rumah, nak homesick. Adaaa je kerja nak buat. Dengan kuiz lagi. Tapi benda tu, akan buat kita sangat rapat dengan orang dekat kolej.

Sebab? Setiap masa kita perlukan masing masing. Percayalah, kita tak boleh hidup sorang sorang. Kita perlukan orang. Jangan selfish dan jangan fikir kau boleh hidup sendiri. Tak berjaya, tak seronok. Buatlah ramai kawan, it is for your own future. It is for the best.

Orang lain habis 9/5, aku dengan geng aku habis 11/5. Sebab kitorang terus pergi holiday. Habis je exam haritu, terus pergi homestay dan mulakan pengembaraan sendiri. Pergi morib, dinner. Jalan pergi bazar, pergi mcd, sambut birthday. Pergi shah alam, lunch. Pergi laman seni, food hunt. Malam buat bbq, sesi gosip, santa time. Pergi ioi, dan akhirnya, kami berpisah.

Ya, cerita kms kami tamat di situ, tapi cerita kami tak akan pernah tamat ;)

Kalau ada sesiapa yang tengah ragu ragu;

Bagus ke matriks ni?
Selamat ke?
Tak susah ke?
Boleh survive ke?
Matriks bagus, selamat, susah tapi seronok ((belajar apa je yang senang)), dan ya, berpuluh ribu orang survive matriks, hidup je. Tak paksa masuk matriks, tapi aku dulu pun kena paksa, dan aku bersyukur aku masuk matriks. Perancangan Allah sangat hebat, percayalah. Apa pun, doa pada Allah, berserah pada Allah, sungguh sungguh dalam hidup.

Thank you A3T6, thank you AP2.T1.02, thank you pishang, thank you Allah.

-Matriks tamat-
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

24 March 2017

Changes; End.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

It's been a long timeee, without you my blog. As I was busy studying, ceh busy nya, I couldn't find any time or any idea to update about. Fortunately this week is minggu balik bermalam and I am not going home, I actually can do some writing.

Matriculation life is coming to an end. I am so excited but slightly afraid and I think I will be missing this memories. Even though it is just a one-year programme but I really can see that this programme changed me a lot. All through my life, I am that kind of person who don't know how to speak up or to talk in front of a lot of people.

Tapi dulu penolong ketua pengawas?
Yup but my only job was to read the ikrar and none of other things needed me to talk in front of others. I tried my best to avoid anything like that. I don't really know how to talk properly. Here, I don't know how but I actually can do it. I was stressed about it because every time I had to speak up, my ears will be all red, including my face.

How to become a cikgu lah like that?!
I just wanted everything to come to an end. But no more. I can actually speak in front of others! The longest I can is almost 40 minutes HAHA that was the longest presentation I had. Even though there was like only 14 spectators, so what? That is quite an achievement for me.

Other than that, this is first time I have bunch of friends! I am not saying that I didn't have much friends before but the most friends I can hang out together is like four people in a group. But this time, I have 8 people (including myself)! Okay, that is actually really hard. Lagi banyak kepala, lagi banyak masalah. Lagi banyak hati nak kena jaga. As for that, it actually teach me to be  more patience.

It is actually normal for girls' group to actually have a group in the group itself. Or should I call it puak? Nanti orang tu lepak dengan orang tu, yang lain kena tinggal. Sort of things like that lah. I am actually okay to be alone but not that okay. But whatever it is, I am actually appreciate them for coming into my life and change a little bit about me.

The only thing that get worsen is; my temper. How sad I am when my own friends actually afraid of me even though I was mad at others? I don't know how to cope with my temper. Here's come when I actually need someone to calm myself. HAHA where is my Mr. Right?!

Overall, I think my life is getting better and better. I learnt a lot of things and still have time to learn another things. I just hope that I will not be forgotten when split up later. Just a thing to think;

What if I'm gone?
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

24 February 2017

Be Bold.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

In this globalization era, wah bahasa. Masa sekarang ni, kita kena jadi berbeza daripada orang lain. Kenapa? Sebab majoriti orang sekarang ni, semua sama je. Tak ada beza. Semua belajar benda yang sama, dah macam robot. Ya, bidang lain lain. Tapi dalam bidang yang sama, kita semua sama kan? Jadi apa lebihnya kita untuk orang pandang kita. Ya, be bold. Bold tu apa?

INI BOLD.

Kay, gurau. Tapi betul. Okay, apa beza dua perkataan dekat atas ni dengan perkataan perkataan lain yang ada? Dia berbeza. Tulisan tebal. Mostly mesti ramai yang akan nampak perkataan tu dulu sebelum baca perkataan lain. Kan? Okay I said majority. Tapi itulah kriteria yang kita kena ada sekarang ni. 

Cerita 1; Baru baru ni, budak budak yang bakal tamat matrikulasi dan asasi sesi 16/17 dah kena isi upu. Semua dah kena mula fikir masa depan. For me myself, dari dulu lagi memang nak ambik perakaunan pendidikan. I was so freaking excited masa nak isi upu tu. Dah isi maklumat diri semua, maka sampailah ke pilihan universiti. 

Ya ya je lah taklimat kata ada 8 pilihan je, ada 12 lah. Okay maka pilih lah tiga bidang tu dulu. Bila nak pilih untuk first choice, I was so nervous. Aku cari lah course yang aku nak tu, dari atas sampai bawah. Padahal UPSI pilihan universiti paling atas. Aku ingat mata aku yang salah. So, aku isi je dulu. ((Walaupun sebenarnya aku sangat frust dan aku nangis sampai tertidur)). Esoknya, aku buka balik. Ya, pilihan bidang yang aku nak tak ada. 

JENG JENG JENG.

Dah takut sangat dah masa tu. Aku cepat cepat contact Mak Ngah ((my aunty is a teacher, and she graduated from UPSI)). Mak Ngah kata;

Kalau dah tak ada dalam senarai tu, rasanya tak ada lah.

Amagad, luluhnya hati. So aku just pilih perakaunan (without pendidikan). Mak Ngah kata, dah habis belajar nanti, ambil sijil perguruan. Yup, masa belajar tu akan jadi panjang. Tapi aku tak kisah. Dah siap isi, aku hantar gambar pilihan aku dekat Mak Ngah. Mak Ngah tanya, "Why choose Malay instead of English?" Mak Ngah kata aku terdedah kepada environment yang sangat bagus dan keputusan aku tak teruk. "You need to be bold."

Dua hari juga lah aku fikir nak tukar pilihan tu. Tapi, dengan adanya BOLD itu, aku tukar kepada English for my 11th choice. Okay, mungkin tak membawa kesan sangat tapi yeah, at least I listened to her advice.

Cerita 2; Lately, aku ni banyak juga lah cakap dekat twitter and instagram. Ada je benda aku nak cerita. Kalau aku adalah diri aku yang sebelum ni, aku tak akan terfikir nak buat macam tu. Mestilah ada benda yang mampu buat aku berubah kan.

Well, this one person taught me to be bold to actually tell the world that I am happy with my life. I am happier much more and way better than before. I am actually glad that that person came into my life ((yup, that person no longer means anything to me)). I am actually excited to show that I am happy, after what happened. Because we need to create our own happiness. We cannot expect people to make us happy. It come from us.

Another person actually taught me to be bold, in a bad way. Aku makin lama makin banyak cakap lepas sikit kot. Tapi masih berlapik lah, sebab aku tak nak orang tahu aku cakap pasal siapa. Hm, aku tahu aku ni taklah baik mana tapi kau tak perlu buatkan aku rasa macam aku ni jahat sangat? Oh yeah, aku tahu kau baik. Semua orang suka kau. And then, there's me. Like who am I, right? I am the bad one, and you will always be the nicest one in the world.

So, in a nutshell or whatever shell, BOLD itu bagus tapi tak semestinya. Kalau kita berani untuk jadi lain daripada lain dalam konteks yang bagus (macam berani untuk bercakap di khalayak ramai atau berani memimpin orang). itu tak apa. Tapi kalau kita berani dalam konteks yang tak bagus (macam cakap main lepas tanpa fikir perasaan orang atau berani kritik orang tanpa fikir kesan pada masa akan datang), itu tak bagus.

Be bold guys, we live our own life.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

04 February 2017

Memory; The Forgotten.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatulahhi wabarakatuh.

I'm sure most of us had been asked with this kind of question;

Do you remember me? We were once together in a camp.
Do you remember me? I'm your brother's/sister' friend.
Do you remember me? I'm your senior/junior.
Do you remember me? We were in the same school.
It is sure nice if we can answer 'yes' all the time we were being asked. However, I'm practically sure that we can't answer 'yes' most of the time except we have a super duper powerful memory where we can remember everyone who came into our life.

I'm bringing up this topic because a few days before, someone followed me on Instagram. I don't know who so I decided to stalk that particular person's account first. I ended up seeing a picture which they were wearing my primary school's baju pengawas. And the thought that came into my mind was;

Ah, senior aku rupanya. Tapi.. Siapa dia ni?
I screenshot the account and sent it to my friends. And one of them remember that senior! And I remember nothing. She said that that senior's sister is one of our batch. Okay, I remember her, but I still can't remember that person. Am I that cruel? Or is it just a natural reaction that most of the people would do?

The main point is; how does it feel when we are being forgotten? Will our heart crush into pieces? Aduh, drama. But, I think it is just a natural thing that would be happened. This time, I forgot about others. When the time comes, I will be forgotten. Who knows right? Someone, right now, might actually has no memory about me. Like; "Who is Amanina actually? Do I know her?" And what if, that person actually has a special place in my heart? Ah, I can't imagine it.

In addition, I don't know who's the one will suffer more; the forgotten or the one who is forgetting. The forgetting will feel "Why I can't remember anything about him/her?" and the forgotten will feel "Why he/she forget about me? Am I not that important in his/her life?"

What about the people who have amnesia? Or the people around them? How would they feel? Or.. how does it feel if we are being forgotten after we are dead? When they are alive, I'm sure we will be saying that "I will never ever forget about you." But, how far is the truth? Just how many of us actually remember our friends/family who is now no longer in the same world with us? How many of us actually sedekahkan Al-Fatihah when we are being reminded of them? Just how many of us actually cry because we missed them? Just how many..

We can't be so sure that we will not forget about people or people won't forget about us. Isn't it scary when people forget about us? We will feel unwanted and everything.. Gosh, I'm not gonna talk about that emotional thing hahaha.

Last but not least, will we being forgotten?
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

13 January 2017

Malu Dalam Diri.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Tengah otw balik bilik lepas makan, tiba tiba pula muncul idea nak menulis. Niatnya nak tulis semalam, tapi kita hanya mampu merancang ehe. Niat nak menulis ditukar kepada sesi mengubah suai kedudukan katil dalam bilik. Sebelum ni katil gabung dengan rumet, tapi semalam dah susun balik. Maka, katil dah tak gabung. Sebabnya, saja tukar angin. Rasa nak privacy lebih sikit. Biarlah panas sikit je.

Orait, apa yang aku nak cakap harini ialah, pasal malu dalam diri sendiri. Baru baru ni, okay, mungkin tak baru juga, tahun lepas rasanya benda ni. Aha, macamlah lama sangat kan. Baru dua minggu yang lepas masuk tahun baru. Apa pun, benda ni berkaitan dengan apa yang jadi dekat twitter. Mesti yang ada twitter tahu yang ada yang pernah cakap pasal benda ni;

Apa masalahnya tweet pasal perempuan datang bulan? Suka hati kami lah nak tweet pasal benda ni. Zaman dah moden, benda ni tak sepatutnya jadi benda yang dimalukan untuk diperkatakan.

Well, kebanyakan orang yang support pemikiran yang terbuka ni, memang mengamuk lah kan. Okay, bukan aku kata jangan berfikir secara terbuka tetapi jangan terlebih terbuka. Ya, itu hak anda nak tweet apa pun yang anda nak tweet. Tapi sebagai perempuan, mana perginya rasa malu kita tu? Kenapa benda yang kita susah nak cakap depan lelaki dalam dunia nyata, mudah mudah diperkatakan di alam sosial?

Kenapa rasa segan itu hanya wujud di dunia nyata tetapi tidak di alam maya? Kan? Pernah ke, korang yang perempuan, terang terang cakap dalam kelas;

Eh, aku tak boleh solat harini.
Aku period lah.

Secara terang terangan depan lelaki? Tak kan? Jadi kenapa kita perlu hebahkan, canangkan yang kita pada masa itu tidak boleh mengerjakan solat? Apa logiknya di situ? Tak perlu nak tweet;

Ah! Period pain!
Ah, lelaki apa tahu! Diorang mana rasa senggugut macam mana!

Tak, lelaki memang tak tahu macam mana rasa senggugut. Diorang tak tahu peritnya period pain. Lelaki dan perempuan memang tak sama. Kenapa diorang perlu rasa macam mana peritnya senggugut? Banyak lagi tanggungjawab lelaki, yang tak nyata, yang diorang perlu pikul. Jangan nak bandingkan dengan sakit kita yang sebulan sekali tu. Ya, tahu sakit. Aku tak kata tak sakit. Tapi, tanamkan lah rasa malu dalam diri. Tak payah nak heboh satu dunia.

Benda macam ni pun, boleh membawa kepada macam macam benda lain. Bila ramai kata, "biarlah perempuan nak tweet apa pun yang diorang nak", muncullah seorang lelaki membalas tweet tweet diorang ni;

Tak payah nak bagitahu yang korang tu period. Aku selalu check bila korang kata korang period, aku check kesuburan korang bila. 

More or less ayat dia macam tu. Ya, memang apa yang lelaki tu buat salah. Sampai ada yang balas balik; "Oh, bagitahu kita ni period pain tak boleh, yang dia canang dekat twitter dia check kesuburan perempuan tu boleh pula?"

Ya, betul. Hakikatnya, dua dua salah. In the first place, kita tak perlu canang yang kita ni datang bulan ke hatta datang matahari sekalipun. Tak perlu. Kita jangan jadi punca lelaki tu buat benda yang tak elok. Ya, diorang boleh buat benda yang tak elok tanpa perempuan jadi puncanya. Kalau kita dah jaga diri kita elok elok, tapi diorang masih buat benda bukan bukan, itu bukan salah kita. Tugas kita sebagai perempuan adalah jaga diri kita. Tinggikan rasa malu tu. Tak perlulah nak tweet benda yang tak penting macam tu. Kata datang bulan lah, kata potong rambut style baru lah. Jangan tweet benda yang boleh lelaki bayangkan. TAK PERLU.

Memang dalam Al-Qur'an, Allah menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan terlebih dahulu. Tetapi adakah itu jalan keluar untuk perempuan membuat sesuka hati mereka? Tidak! Perempuan juga harus menghormati diri mereka sendiri, tak perlu menarik perhatian lelaki. Ingat, yang penting ialah untuk kita jaga diri sendiri. Tinggikan rasa malu. Tolonglah. Berhenti tweet kata awak nak mandi lah, nak cuci rambut, potong rambut style Ariana Grande lah, datang bulan bagai. Hentikan lah. InsyaAllah, kalau dah ada rasa malu dalam diri, kita sendiri akan berhenti tweet benda benda sedemikian.

Aku bukan apa, kadang kadang aku yang segan bila nampak perempuan tweet macam tu. Banyak lagi kisah yang boleh kita ceritakan. Benda macam tu harapnya tak perlulah diceritakan ya. Bukan tak pernah tegur tapi.. hm

Harapnya yang pernah buat begitu, mampu lah ubah diri. Kalau rasa nak tweet benda benda macam tu, janganlah pegang phone time tu. Elak. Yang penting, usaha kita untuk berubah. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

02 January 2017

New Situation.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sambung sikit lah daripada post yang lepas. Alhamdulillah, most of us dapat keputusan yang dapat memuaskan diri sendiri. Tak adalah yang teruk sangat menangisnya. Untuk diri sendiri pula, alhamdulillah sangat. Warna warni sangat keputusan. Maklumlah, kertas keputusan warna kuning ehe.

Okay, bila dah masuk 2017 ni, mestilah ramai cakap;

new year, new me. 
Aku tak adalah azam baru ke apa ke. Cuma bila dah masuk 2017 ni, banyak benda lah yang pastinya berubah. Yang paling jelas dan nyata, bila adik aku, Ayip, masuk sekolah asrama. Just wow! Kenapa? Sebab dialah manusia pertama dalam keluarga yang masuk sekolah asrama. I'm just so proud sebab dia sendiri yang nak masuk, bukan atas dasar paksaan. Itu yang bangga tu.

Bila dah makin dekat nak hantar dia masuk sekolah tu, itu yang lagi banyak manjakan dia. Peluk habis habis, asyik kacau dia. Malam semalam aku fikir, "ey, takkan nangis punyalah." Maka, pagi tadi kami hantar lah dia ke sekolah. Masa masa macam ni jelah dapat masuk asrama lelaki HAHA lepasni tak ada maknanya. So setakat ni aku pernah masuk dua asrama lelaki kahkah.

And first time lah masuk dorm. Bukan tak pernah rasa tidur dorm tapi yang itu masa kem. Tapi yang ni real sangat, dengan lockernya. HAHA aman jakun. Mana taknya, manusia yang sangat anti-asrama kan, nak buat macam mana. Mak dari dulu nak campak aku masuk asrama tapi malangnya aku langsung tak buat satu pun permohonan untuk sekolah asrama. Maka SAB sahajalah.

Dah hantar barang barang dia, masuk dewan untuk dengar taklimat. Oh mak ai, satu jam lebih ucapannya. Dahlah malam tadi tidur lambat, pagi bangun awal. Memang mata nak tak nak je buka. Sampailah pengacara majlis cakap;

Okay, ibu bapa dah boleh berpisah dengan anak anak. Kami bagi masa 10 minit. Anak anak akan diserahkan kepada pihak sekolah.

Wah, masa tu dah rasa sebak dah. Tapi tak adalah nangis lagi. Bila dah sampai masa nak salam, hidung mak dah merah. Suara ayah dah lain. Mata adik dah merah. Abang pun dah sebak. Aku? Apa lagi, join sekali lah nangisnya. Semua duk peluk kuat kuat. Sampaikan bila ayip nak pergi depan, ayah still sentuh bahu dia lepastu cakap, "apa apa call tau." dengan suara yang sangat sendu. Suara nangis. Oh mai, I couldn't contain my tears lah meh.

Yang nak masuk asrama tu mestilah nangis juga. Berjurai juga air matanya. Aku cuma mampu selitkan gambar aku dengan adik adik dalam dompet dia and suruh dia telefon setiap jumaat malam. Itupun kalau dia ingatlah. Tapi yang pasti aku akan tunggulah dia telefon. Kalau dia tak telefon, dia balik bermalam nanti siap dia HAHA.

Sedih sebenarnya bila hantar orang masuk asrama ni. Aku pula yang rasa macam hantar anak masuk asrama. Tak apa, aku harap bila dia masuk asrama, dia mampu jadi manusia yang lebih baik daripada kakak kakak dan abang abang dia. Oh ya, sekarang ni dia dah masuk sekolah. Tapi dia masih tunggu keputusan rayuan dari sekolah yang dia nak sangat. Tolong doakan dia dapat masuk sekolah yang dia nak. Aamiinnnn.

Okay, itu satu yang berubah. Lagi satu, suasana dekat rumah. Bila ayip dah masuk asrama, yang sekolah tinggal lah amir. Dah besar dah dia. Tahun ni dia dapat jadi pengawas! Alhamdulillah. Semoga jadi manusia lah ya mir haha. Alahai, aku yang emo bila tulis benda benda ni.

Semoga kita semua tabah menghadapi suasana yang baru. Semoga yang masuk asrama tu kuat dan mampu teruskan. Semoga yang masuk darjah lima tu dah tak main main, takmo kena marah. Semoga yang dekat matriks ni, tak main juga. Fokus sikit, jangan nak mengada fikir benda tak berfaedah. Semoga yang di rumah dalam keadaan baik sentiasa. Semoga yang di Segamat buat final elok elok, takmo stress stress. Semoga yang di Unimas tabah, dah nak masuk 19 dah. Semoga yang di SI terus tersenyum, tak contact selalu pun tak apa, saya tetap sayang. Semoga yang di pahang jangan stress, ada apa apa telefon. Semoga yang di uum terus cemerlang. Semoga semua, sentiasa dirahmati Allah.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-