Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

20 March 2016

Respect.

Bismillhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mesti ada yang pernah jumpa tweet atau post macam ni;

Kalau perempuan beza setahun pun nak dipanggil kakak.
Lelaki beza 10 tahun rileks je panggil aku kau.

Okay tweet dia sebenarnya dalam bentuk dialog tapi aku malas. Masa jumpa tweet tu mesti ada yang macam sokong sangat tweet tu. Mulalah nak bandingkan yang perempuan ni macam tak boleh nak chill langsung. Lelaki macam sempoi sangat cakap kau aku.

Meh sini aku nak cakap. Panggil kakak abang tu sebenarnya tanda kita hormat dekat orang yang lagi tua. Okay, mungkin memang kebanyakan lelaki lagi tua tu pun malas nak dipanggil abang. Itu cerita lain. Kita sebagai yang lagi muda kenalah ada rasa hormat. Kalau tak keluar perkataan penuh 'abang' tu pun, sebut 'bang' slow pun jadilah. Asalkan kita dah hormat dia.

Yang perempuan panggil kakak pun kenapa nak marah? Salah ke? Kan beradab namanya. Bukannya main panggil nama je. Memanglah dia kawan juga tapi tetap kena ada rasa hormat. Apa yang susah sangat nak letak 'kak' dekat nama dia? Tak kena bayar pun panggil orang kakak atau abang. Barulah ada sivik dan kewarganegaraan. Rindu sekolah pula.

Benda ni sebenarnya kena didik sejak kecil dalam keluarga. Kalau yang anak tunggal tu lain lah. Ini yang adik beradik ramai. Kalau dari kecil tak diajar suruh panggil abang kakak semua tu, diorang tak akan tahu cara nak hormat orang lagi tua. Kalau dengan adik beradik dah panggil kau aku, kenapa dia kena panggil kakak abang dekat orang lain kan? Macam tak kena je. Keluarga sendiri pun dah tak hormat, memang lah dia tak hormat orang lain.

Bagi keluarga aku, memang kitorang dah mula panggil kakak abang adik semua dari kecil. Kadang kadang kalau rasa malas nak panggil gelaran sendiri, kitorang borak saya awak. Tapi itu semua bila dah besar sekarang je. Dulu, gelaran tak boleh hilang. Adik bongsu aku ambil masa sikit nak panggil abang dia yang beza dua tahun tu abang sebab rapat. Tapi nak tak nak, kitorang paksa juga. Ini bukan nak menunjuk atau apa, tapi aku cuma nak tekankan yang benda ni kena dididik oleh ibu bapa. Kalau ibu bapa tak ambil peduli, anak anak tak akan tahu. Itu yang sampai cakap dengan cikgu pun kau aku. Mana hilang rasa hormat?

Bagi aku sendiri, aku memang tak suka orang yang lagi muda daripada aku, panggil aku dengan nama je. Melainkan aku yang suruh dia panggil nama. Masa pergi kem, aku sorang je wakil sekolah. Dapat kawan muda setahun. Malas nak fikir masa tu, panggil nama je. Itu lain sebab aku yang suruh. Bila masuk sekolah menengah, ada sorang ni panggil aku nama. Sakit hati juga tapi aku layan je sebab dia baik. Tapi, aku dah tak ingat siapa orang tu. Maap.

Jadi sekarang ni memang junior akan panggil kak aman.  Tak ada nya berbelit lidah sebut 'kak' tu. Senang je. Sekali nafas. Aku pun memang akan panggil orang yang lagi tua kakak. Rasa macam kurang ajar kalau nak panggil nama je. Tapi bagi kes nak panggil orang lain abang tu masih awkward sikit. Selain abang kandung dan abang sepupu, susah sikit nak panggil abang. Kalau borak dengan kawan abang pun, aku seboleh boleh nya elak nak panggil. Jadi borak je lah. Tak ada kau aku, saya awak, abang saya. Safe.

Tapi berdasarkan apa yang aku perhati, memang kebanyakan lelaki ni jarang dipanggil abang. Memang lah orang kata macam lelaki tak kisah dipanggil abang tapi bukan semua lelaki. Ada je dua tiga orang yang aku kenal, sedih sebab diorang tak dipanggil abang. Yang sorang anak bongsu jadi dalam keluarga memang tak dapat lah gelaran abang tu. Bila pergi sekolah pun tak ada yang panggil abang. Yang sorang lagi ada adik tapi tetap tak dipanggil abang. Bila dah tingkatan lima, dapatlah juga dia orang panggil abang.

Jangan ingat pendapat lelaki diterima oleh semua lelaki dan jangan ingat pendapat perempuan diterima oleh semua perempuan. Masing-masing ada pendapat sendiri dan masing-masing ada cerita sendiri. Kalau jumpa orang yang nak dipanggil abang atau kakak, panggillah. Kita tak tahu mungkin dia crave for that title.

Kita hormat orang ni, tak kurang pun kehormatan diri kita. Tak habis pun air liur tu. Bagi yang dah memang panggil orang kakak abang, teruskan. Bagi yang belum, mulalah sekarang. Hormat orang lain sekiranya kita juga rasa hendak dihormati.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

07 March 2016

Same yet different.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Orang kata dalam dunia kita ada enam orang yang sama muka dengan kita. Kira dalam dunia akan ada tujuh orang yang muka sama. Kalau yang ada kembar seiras tu, akan ada lagi lima orang lah. Kadang-kadang sampai dalam adik beradik, kakak adik pun boleh sama muka. Abang adik. Tapi, kalau muka sama, perangai sama juga ke? Siapa ingat persembahan Shiro dalam maharaja lawak mega, minggu artis jemputan? Ayat Nasir Bilal Khan.

Kau mengata dia, sama macam kau mengata aku. Orang kata, kalau muka sama, perangai pun mesti sama.

Betul ke sama perangai? Kalau kembar seiras, kena sama juga ke? Okay, secara biologinya, walaupun mereka ini pasangan kembar, DNA tetap berlainan. Tak akan jadi pula tiba-tiba DNA kembar ini sama. Dalam dunia ini, tak ada seorang pun yang berkongsi DNA dengan orang lain. Hebatnya kuasa Allah.

Semua orang berbeza. Ada kelebihan dia, ada kekurangan dia. Kalau encik A hebat dalam akademik, tak boleh nak fikir yang adik encik A ini kena pandai juga dalam akademik. Kalau encik B hebat dalam sukan, tak boleh nak fikir yang kakak encik B ini kena pandai dalam sukan juga. Semua benda ada lebih, ada kurang. Sebab itulah, tak elok nak membeza-bezakan diri seseorang dengan orang lain. Kalau kita sendiri rasa tak suka dibanding-bandingkan, kita pun tak boleh nak sesuka hati membandingkan orang lain. Jangan buat benda yang kita sendiri tidak suka kepada orang lain.

Dalam adik beradik sekali pun, tak boleh ada yang sama. Kalau kakak hebat belajar, mungkin adik hebat main sukan. Mungkin abang hebat melukis. Mungkin ada juga yang hebat dalam bidang agama. Kita tak boleh nak suruh semua orang dalam adik beradik itu mahir dalam bidang yang sama. Manusia bukan robot. Kenapa ada macam-macam kemahiran dalam satu keluarga? Sebab kita saling memerlukan. Yang hebat agama tadi boleh bimbing yang lain. Yang hebat dalam pelajaran boleh tolong ajar yang lain-lain.

As parents, tak boleh nak anggap anak-anak boleh buat semua benda yang sama. Kalau kakak pandai berbahasa inggeris, tak akan lah nak paksa adik cakap bahasa inggeris? Ajar satu satu. Sampai tahap yang dia mampu. Kalau adik pandai melukis, tak akan lah nak paksa abang yang jari keras melukis juga? Seni bukannya boleh dipaksa.

Nak nak minggu lepas baru je keputusan SPM keluar. Ramai calon yang risau ibu bapa akan bandingkan diorang dengan anak jiran lah, anak saudara lah, orang kampung lah, dan lain-lain. Kenapa? Sebab diorang dah pernah kena. Bagi calon yang ada abang atau kakak, mesti result akan dibandingkan dengan result diorang yang dulu. Buatnya yang adik dapat kurang satu A daripada abang kakak? Mulalah dikatakan tak belajar elok-elok, asyik main, asyik dengan drama jepun korea, anime, drama melayu dan juga benda-benda yang tak ada kaitan langsung.

Biasanya dalam adik-beradik mestilah akan ada beberapa perangai yang sama. Tapi, tak akan jadi seratus peratus sama. Benda ini yang ibu bapa kena terima. Kemahiran tak boleh dipaksa tanpa minat. Kalau encik A minat memasak, tetapi disuruh menjahit. Agak-agak jadi tak baju? Silap-silap kain tu dia masak, hidang atas meja. Mahu tercengang orang lain. Kalau dia minat memasak, bagi dia senduk kuali periuk nasi bahan mentah segala benda. Barulah dapat hasil yang memuaskan. Encik A tu pun rasa happy je.

I can't be like my sister. She is good at almost everything. Her English is much more fluent than me. She knows how to cook. She knows how to take care of her siblings. Everyone will miss her when she goes outstation. My little brothers would rather choose her than me. She is pretty, nice, has a nice skin. Compare to me, my skin is darker than her. She is extrovert while I am introvert. We are siblings, people say that our faces are the same. But no, we are different. Physically, mentally. I am actually a little bit tired to hear;

Kenapa kaklong boleh buat? Kenapa kakak tak boleh buat? Sama je, tak ada beza pun.

Stop saying that. Both of us are not the same. I know she is better than me, but I am me. I can't be like her. But she also can't be like me. No matter how hard we try to be like each other, we just can't. Because we are born these way. I need to except that she knows to do many things than me. I also need to realize that she can't really do some other things that I can.

Kita pun tak boleh asyik nak marah orang lain, asyik nak bandingkan kita dengan orang lain. Kita sendiri kena sedar apa kelebihan diri kita, apa kekurangan kita. Cuba perbaiki kelemahan diri kita, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri. Kadang-kadang ada sebab kita terdengar orang kutuk atau mengata. Mungkin kita boleh ambil pengajaran. Mungkin benda tu kita patut ubah. Kalau yang jenis tak suka mandi tetiba dengar orang kata awak tu berbau, takkan nak tengking orang tu? Pergilah mandi. Tak begitu?

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Jangan mudah terasa dengan kata-kata orang. Jadikan pengajaran. Change to be a better person. For yourself to be happy. Setiap satu benda ada lebih, ada kurang. Tak ada benda yang sama. Kenapa? Because you are one of a kind ;)
Amanina Mohd Tarmizi -my life-