Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

30 November 2016

Depression.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa sangat down. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mula sejak study week before exam rasanya. Bila rasa dah tak ada mood nak belajar, rasa stress, belajar satu benda pun tak masuk kepala. Aku mula fikir..

Kenapalah aku tak mati je? Kan lagi senang. Tak payah nak susahkan hidup sendiri.

Astaghfirullahalazim sungguh kan haha aku tahu.  Aku pun tak tahu sejak bila aku mula reti nak fikir macam tu. Ya, ingat mati itu memang elok tapi bukan minta Allah cabut nyawa kita. Ajal maut di tangan Tuhan. Yang kita boleh doa ialah kita mati dalam keadaan yang baik. Bukan minta mati masa kita rasa kita dah tak layak nak hidup dekat dunia ni. Siapa kita ni nak tentukan layak ke tak layak kita berada di muka bumi Allah ni?

Okay, kata kata tu untuk diri sendiri sebenarnya. Tak payah nak gedik nak depress benda macam tu. Patutnya bila jadi sebegitu, buatkan kita lebih dekat dengan Allah. Bukan minta hilang nyawa.

Okay, tang mana kait dengan depression nya? Begini. Jangan abaikan benda benda kecil yang menjadi punca diri sendiri stress. Kalau macam aku tadi, aku stress pasal belajar. Ya, benda tu semua orang rasa. Tapi, lain orang lain cara. Lain orang lain gaya. Kita tak tahu macam mana ketahanan orang tu. Macam mana kalau dari satu benda yang kecil boleh buat dia jadi depress yang teramat sangat? ((nampak lah macam betul depressnya bila guna amat sangat tu))

Mungkin stress belajar tu just one of the factor yang membuatkan dia depress. Mana tahu kalau dia masalah dengan keluarga, dengan kawan, dengan binatang peliharaan. Eh. Manalah tahukan. Manusia ni macam macam. Warna rambut pun dah lain lain, apatah lagi hati.

Pada saat saat beginilah, kita sebagai pemerhati, kena bertindak. Kalau kita dapat tahu ayah ke, mak, kakak, abang, adik, saudara, sepupu, kawan, adik kawan, ada melalui benda benda macam tu, silalah tolong. Mana yang termampulah. Mungkin kalau kita borak dengan dia pun, dia dah boleh hilang rasa tertekan tu. Mungkin orang tu cuma kurang perhatian. Mungkin dari keluarga yang berantakan. Kita tak tahu. Yang boleh bawa pergi jalan jalan ke, pergilah. Yang boleh beri nasihat, berilah.

Tetapi!

Yang depress tu, jangan cuma harapkan orang lain nak tolong.

Bila ada orang nak layan aku?
Tak ada orang nak kawan dengan aku ke?
Biarlah aku duduk sorang sorang.
Asyik aku je kena marah.
 It is a big no-no! Kena mula dengan diri sendiri dulu. Bagi yang Muslim, first and foremost, jangan lupa Allah. Dekat dekatkan diri dengan Allah. Cukupkan waktu solat. Lepas solat tu lah masanya kita nak bercerita denganNya. Percayalah, kepala kita akan rasa sangat ringan. Kurang sikit tekanan dalam hati tu.

Next, pergi bersosial! Jangan duduk terperap sorang sorang. Pergi berkawan, pergi bercakap. Kalau kita duduk sorang sorang, nanti mula cakap sorang sorang, ha silap silap, dekat pula dengan Tanjung Rambutan. Hehe kaykay gurau. Cari sesuatu yang boleh dijadikan hiburan. Pergilah tengook tv ke, baca novel ke. Kalau tak puas hati dengan drama atau buku yang kau baca tu, apa lagi, pergi buat cerita sendiri. Manalah tahu rupanya ada bakat yang terrendam kan. Eh, pendam.

Kalau rasa tak ada passion untuk buat apa apa, find that one person yang boleh buat kau gembira. Doesn't matter siapa orang tu. Adik beradik ke, kawan ke. It is just impossible of you don't have at least one person to talk to about your problem. Kita hidup bermasyarakat. Borak lah dengan jiran ke. Silap silap, jiran tu jodoh. Ha jadilah suami sebelah rumah hoho.

Apa apa pun, depression mula dengan diri sendiri. Jadi, diri sendiri je yang tahu macam mana nak tamatkan segala benda tu. Aku harap sesiapa yang rasa depress tu, mulalah cari tindakan yang sesuai untuk diambil dengan diri sendiri. Aku tak nak benda tu lead sampai korang fikir nak ambil nyawa sendiri. HARAM dan DOSA.

Sama sama lah kita kurangkan masalah sakit mental dalam negara kita ni. Jangan jadi punca dan jangan jadi orangnya. Sekian, karangan respon terbuka aman untuk harini.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

21 November 2016

The Real Half.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tamatlah semester pertama di kolej matrikulasi selangor pada 17hb November, beberapa hari yang lepas. Sedar tak sedar, dah habis satu semester. Kalau dulu asyik fikir bila nak exam, bila nak habis, bila nak habis matriks, bila nak balik rumah. HAHA sebulan lebih tak balik, padahal Kuala Lumpur dengan Banting tidak lah jauh mana. Satu jam lah paling kurang.

As the typical aman, aku akan seperti biasa throwback segala yang terjadi sepanjang satu tempoh sesuatu benda berlaku. Bila dekat sana, bila tak ada internet, bila nak belajar, mesti banyak gila idea nak update apa. Idea melimpah ruah ibarat kuah maggi yang dituang dari kuali ke dalam mangkuk. Kes baru makan maggi beginilah.

To be honest, aku tak percaya aku jadi malas gila bila sampai study week. Aku tak tahu lah kenapa. Tangan ni gatal je nak buka laptop. Gatal je nak tengok drama. Maka aku terpaksa melangkah ke perpustakaan untuk mengelakkan tangan aku daripada membuat perkara yang tak sepatutnya. Tapi tak sangka pula bila naik tingkat atas, bising. Weh, perpustakaan kottt.

Maka aku pun terpaksalah belajar sambil memakai earphone/headphone dan dengar instrumental. Kalau tak, boleh mental agaknya aku. Dan sepanjang study week, macam macam pula jadi. Sakit hati sana, sakit hati sini. Sakit dengan rumet, sakit dengan classmate. Okay aku mengaku aku emo terlebih masa tu tapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang sampai bilik boleh bau sawit kan.

Dan sekali lagi sebagai typical aman, aku terpaksa buat buat macam aku tak marah pun. I can't even tell anyone pasal apa aku sakit hati, dengan siapa aku marah. Sebab macam tak logik langsung kalau nak terasa dengan diorang. Sebab? Kata rapat. Kata tak ada masalah. Kata baik. Kata sayang. Bukan nak kata baik tapi dari dulu lagi, sememangnya aku banyak bersabar dengan manusia keliling aku. Nak di marah, tak sampai hati. Atas dasar? Persahabatan.

Biasalah, dalam jalan menuju kejayaan atau kebahagiaan ni, banyak sangat duri dan paku atas jalan yang menghalang kita mendapatkan perkara-perkara tersebut semudah petik jari. Kalau perkara begitu mudah sangat untuk didapatkan, tiada yang akan berusaha untuk mendapatkannya. Tiada yang akan bersusah payah dan bertungkus lumus untuk pastikan perkata tersebut berada dalam genggamannya. Tiada yang akan menangis kegembiraan apabila sampai ke penamatnya.

Nabi Muhammad saw masa nak menyampaikan dakwah pun bukan semudah itu sahaja. Bukan sampaikan satu ayat, semua umat manusia boleh terima. Selepas bertahun tahun pun, masih ramai yang tak dapat nak menerima Islam itu sendiri. Even bapa saudara nabi sendiri tidak menerima Islam. Bahkan dia sendiri yang menentang agama tersebut daripada disebarkan. Betapa tabah, sabar dan kuatnya nabi.

Dan aku sentiasa berpegang kepada ayat ni, aku tak ingat sangat ayat yang tepat tapi lebih kurang lah.

Allah tak akan berikan sesuatu ujian yang hambaNya tidak mampu menghadapinya.

Sebab itulah, kalau aku sakit hati ke, nangis masa belajar, aku sentiasa ingat. Ujian ni Allah beri sebab Allah tahu aku mampu tempuh. Nak kejar kemanisan bukan terus dapat. Kena rasa pahit dulu. Barulah kita tahu erti syukur di penghujungnya nanti.

Jadi, untuk rasa kemanisan 4.0 masa dapat tahu keputusan nanti, aku dah rasa pahitnya masa study week. ((Walaupun aku tahu yang usaha aku masih tak cukup.. Banyak main weh, aman was being aman)) Usaha = hasil. Maka, aku tunggu sajalah buah apa yang aku dapat nanti. Harapnya manislah buahnya nanti. Oh ya, mak ada pesan.

Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Jadi diri sendiri. Buat mana yang diri mampu.

And for the last time, aman is being aman. Sentiasa melalut. Harapnya dapatlah aku update blog ni betul betul masa aku ada idea yang melimpah macam air terjun Niagara. Sekian.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

04 November 2016

Let go and let God.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Okay, it's been a long time. Not that long. But my PSPM is getting really close. Today is D-9. Despite that, here I am, updating my blog. Well, you can't leave your passion as easy as ABC right. I just want to say one little short thing.

I did something wrong. And I'm regretting it. But when you do something bad, will you actually tell people about it? No, right? So, the only right thing to do is to tell Allah, everything about it. Just take your wudu', pray. Pray to Him, tell everything to Him. He's the only one who can help you. Ask everything that you want. Yes, it is the right thing. You will feel really relieve after that. After you have cry a river. You will feel really close to Him.

Aman, whatever happens, you have Him. Let go of that stupid past and move forward. Forget about the past and cherish your present. You have your parents, your family, your best friends. That's all you need. Be strong dear self. Focus on your goals. Do your best and let Allah do the rest,

Anything happen, tell Him.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-