Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

27 February 2018

Norma.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ini baru habis kelas citra, terus balik bilik, terus buka laptop. Sebab hari ini, sentap masa dalam kelas haha. Ada dua situasi:

1- Ahmad ada pasangan, Aminah. Masa cuti, dia minta izin mak Aminah nak bawa Aminah pergi kursus kahwin. Mak Aminah pun berterima kasih sebab sudi bawakan sebab mak dia pun tak mampu nak bawa. Maka, pergilah mereka.

2- Samad ada pasangan, Salbiah. Masa cuti, dia minta izin mak Salbiah nak bawa Salbiah pergi kursus kahwin. Mak Salbiah tak bagi. Maka, pergilah Samad sendiri.

Mana satu yang lagi elok? Fikir dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.

Well, I was thinking the first one is okay. Why not kan lelaki tu tolong bawa sebab mak si perempuan tak mampu. But no! The first one LOOKS like okay, sebab itu dah menjadi norma kehidupan kita. Tak ada masalah pun kalau lelaki dengan perempuan keluar berdua, siang atau malam. Ibu bapa pun bagi lepas macam tu je.

The reason why I'm interested to talk about this topic is sebab baru je semalam, aku cakap macam ni dekat kawan aku;

Tak boleh ke aku jalan berdua dengan lelaki? Asal jalan je mula nak kata macam macam. Kawan je pun. Orang lain boleh je. Tak ada orang cakap apa apa.

I think I wanted to be part of this norma. Tapi kata kata dr dalam kelas pagi tadi buat aku fikir balik, kenapa aku nak kena timbulkan fitnah. Dahlah zaman sekarang ni memang macam macam fitnah muncul. Ada hikmah rupanya kenapa aku terfikir pasal benda tu semalam, terus dapat jawapan hari ni.

To make myself clear, bukannya aku nak sangat jalan dengan lelaki. Tapi kalau dah ada benda nak dibualkan, dibincang, atau ada benda lain, takkan aku nak elak. Bukannya suka suka. Tapi aku rasa, benda ni akan buat aku berfikir banyak kali lah kalau nak jumpa dengan lelaki. Tbh, aku memang jenis yang susah nak cakap lelaki tapi kalau aku dah selesa, aku anggap dia macam kawan perempuan aku yang lain lah.

Memang pada pandangan mata kita, kita tak buat apa apa. Dan ada je yang guna konsep peduli apa orang nak kata kan. Tapi zaman sekarang ni, banyak benda kita kena ambil peduli. Kadang kata kata orang tu ada betulnya. Kalau benda tu boleh buat kita jadi lebih baik, apa salahnya kita dengar.

Sebagai seorang perempuan, cubalah jaga maruah diri kita. Aku tak kata berkawan tu salah. Aku pun berkawan juga dengan lelaki, makin ramai pula tu bila masuk universiti haha. Tapi, try to have your own girls circle. Kalau asyik berkepit dengan lelaki, janganlah marah bila orang kata macam macam. Mulut orang, tangan orang, susah kita nak halang.

Sebagai seorang lelaki, tolong jaga diri juga. Jaga perempuan juga. Tapi tak payah jaga 24/7 kay HAHA kalau nak, lepas kahwin boleh. Jangan galak sangat ajak anak dara keluar.

Aku pun tak reti sangat nak cakap tapi kita semua tahu lah kan, kita kena jaga diri kita sendiri. Ada effort dulu. Cegah lagi bagus dari rawat kan. So, better elak dari awal daripada nak betulkan kesilapan. Harapnya ada lah yang faham apa yang aku cuba sampaikan. Sebab kadang kadang benda ni tak boleh dipaksa.

Bak kata dr;

Kalau dia sedar sendiri kesilapan dia bila ditegur, daripada dimarah, itu lagi bagus.

Sekian.

*post ni petang sebab pagi tadi bila tengah taip, baru teringat kena pergi resume clinic, itu yang lambat post.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

13 February 2018

Bola dan Masyarakat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wah, tajuk macam buat article. Tak ada lah, macam biasa, ini hanya perkongsian. Seorang aman yang jakun baru pertama kali menjejakkan kaki ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak pada 10 Februari 2018. Yayyyy hahaha.

Petang tu angah whatsapp, tanya dalam group family ada tak yang nak ikut pergi tengok bola. Kami pergi berlima; aku, ayah, angah, aish, amir. Haritu, aku dinner awal. Pukul 630 dah makan. Tunggu maghrib. Lepas maghrib, terus jalan. Sampai dekat kawasan stadium, gigih lah cari parking. Parking tak lah jauh mana tapi jauh sikitlah haha.

Sampai je, kena beratur nak masuk stadium. Panjang juga lah barisan. Ayah beria kata; lepasni beli tiket online HAHA. Sebab laluan masuk untuk tiket online kosong je, tak payah beratur. Maka masuklah kami. Kitorang duduk dekat bahagian home, belakang gol juga lah. Duduk je aku dah excited sebab dengar ultras hahaha bukan main.

Sebelum mula perlawanan, macam biasalah, nyanyi lagu negeri dan lagu Negaraku. Kick off! Maka bermulalah jeritan dan laungan peminat peminat bola negeri masing masing. Wah ayat, buat novel ke aman haha. Sebelum nak habis separuh masa pertama, baru je umum masa tambahan, home goal! Lepastu rehat.

Masa rehat, hujan!! Semua yang kena tempias hujan naik atas, nasib baik stadium berbumbung. Kitorang dah siap bawa sweater, nasib baik. Bila mula separuh masa kedua, hujan tak berhenti lagi. Makin lebat adalah. Minit 56', permainan dihentikan, sebab hujan lebat sangat. Lepas setengah jam, diumumkan perlawanan sambung esok. Tak dan lah aku, sebab nak kena balik ukm dah haha.

Tapi sepanjang tak sampai 90 minit perlawanan tu aku tengok, nampaklah yang masyarakat kita ni sakit.

1) Mulut! Ish, geram aku. Tak kisahlah tak suka mana kau dekat orang tu, mulut janganlah asyik nak mencarut. Setiap kali ada pemain datang dekat, mulalah boo sana, boo sini. Pastu mengejek. Ya rabbi, tak tahan aku dengar.

2) Kacau perempuan! Perempuan yang lalu tak ada buat apa apa pun, mulalah lelaki duk buat bunyi tikus semua tu. Eeeeeee, tak ada rasa malu ke. Nasib baik lah abang abang aku tak gitu haha kalau tak sorang sorang aku sekeh kepala.

Itu je kot yang aku tak puas hati. Lain lain, aku layan je. Memanglah benda tu kebiasaan tapi cubalah buangkan sikap yang tak elok tu. Kau tak suka kan kalau ada orang duk kacau bini ke adik perempuan kau ke kan. So, kenapa kau buat dekat orang lain? Otak mana otak haaaaaa geram haha.

Selain pemain, peminat pun kena ada sportmanship juga. Perangai tu helok sikit pls. Sis maroh ni ha. Semoga jadi pengajaran lah ya. Sekiannnn.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

06 February 2018

Sukipt, 2018.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai seorang aman, tak pernah sangka lah akan terlibat dengan salah satu benda besar yang ada dekat Malaysia ni. Besar lah ni, sampai masuk berita haha. Sukipt; Sukan IPT. Universiti serata Malaysia terlibat untuk menjayakan aktiviti sukan ni. Universiti luar negara pun ada. Nampak lah juga muka muka foreigner.

Walaupun dari dulu kalau cakap je petanque;

Sukan apa tu?
Oh, macam main guli je kan?
Baling baling je.
Hamboiii macam tu ya. Aku pun sebelum aku kenal petanque ni aku tertanya juga macam mana main dia. Janganlah pandang rendah sesuatu sukan tu please. Kalau setakat baling baling, try lah lawan, mesti dapat emas. Tak ada sukan yang mudah. Sama je macam pelajaran. Tak ada subjek yang mudah. Stop discriminating lah. HAHA okay sis emo.

Walaupun semua duk fikir macam tu, aku tetap setia dengan petanque aku. Well, sebab lainnya aku tak reti sukan lain. Plus stamina aku tak hebat mana hehe.

Okay berbalik kepada sukipt. Bila dah habis sukem haritu, ada pemilihan. Dan dua belas orang terpilih. Bila awal awal jumpa, semua awkward kecuali yang dah kenal. HAHA semua diammm je. Cakap pun macam segan segan lagi. Tapi bila dah selalu training sesama, makan sekali, borak sekali, tetap bising juga lah.

Yang uniknya cara kitoang berkenalan, bukan masa makan sangat pun. Kan kalau nak training macam bebas nak training dengan siapa. Ha masa tu lah duk berkenalan. Tanya asal mana, fakulti apa, umur berapa. Duk gelak gelak macam tu je lah. Daripada enam perempuan; seorang je '97, yang lain semua '98. Daripada enam lelaki; 2 orang '96, 3 orang '97, seorang '98. HAHA abang abang lah kiranya semua yang join ni.

Seronok sebab masa macam ni je lah dapat jumpa orang lain kolej, lain fakulti. Kalau tidak, aku duk mengadap muka budak kolej sendiri, fakulti sendiri. Circle of friends tu tak berapa nak berkembang. Kawan aku semua FEP, FPI dan FSSK. Ini dapat lah juga budak FST, FTSM. Borak pun tak adalah asyik benda yang sama je. Masing masing ada cerita sendiri.

Masa sukipt ni jugalah aku dapat jumpa orang orang yang hebat. Buat aku terpegun lah dengan cara diorang main. Kenapalah aku terer hahaha. Tapi faktor sebab sendiri malas. HAHA pastu aku selalu juga bagi alasan tangan aku sakit apa semua. Macam mana lah nak bertambah kemahirannya kalau asyik mengeluh je, kan.

Masa opening sukipt haritu, meriah. Dan tanpa segan silu team kitorang duduk depan sekali HAHA suka hati je. Ada STACY hahaha. Enjoy lah opening haritu. Bunga api macam masuk tahun baru je haha. Bila lagi nak acah acah atlet, jalan dekat track, lambai lambai hahaha. Tunggu sukem akan datang mungkin? Hehe.

Walaupun aku tak lepas pusingan satu, masuk sukipt ni pun dah cukup bermakna. Dapat tambah kawan, pengalaman, duit, eh hahaha. Dapat elaun you know, masyuk. Dapat baju lagi. Walaupun baju ukm bagi besar, adalah kenangan dia hahaha. Tengok atlet sukan lain dan dari universiti lain. First time juga lah aku tengok volleyball. Dapat jumpa orang baru tu paling best lah bagi aku. Aku ni dahlah jenis yang susah nak berkawan so bila dapat kawan baru, orang yang boleh terima aku, takkan tak terharu kan.

Anyway,

Nurin, Suhailah, Najibah, Athirah, Jun, Fikri, Naim, Asyraf, Fauzan, Izzat, Bad, dan Encik Isma.

Semoga aku tak lupa nama nama diorang ni. Aku ni ada masalah sikit nak ingat nama orang, muka tu insyaAllah tersemat di hati. Semoga aku pun tak dilupakan haha.

Sekian, majulah sukan untuk negara.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-