Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

25 September 2016

Sacrifices.

Bismilahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I am so excited because I can finally update my blog even though I am at KMS. Well, all I need is one good internet aha. Kalau selama ni sebulan guna 1GB je, sekarang 3GB. So, itu yang duk main twitter, insta, tengok video tak sudah. Tapi, aku tak nak ambik plan. Kalau tidak, lagi tak belajar woi. Dahlah tinggal 49 hari lagi. AHHH. Meroyan jap.

Dalam hidup kita ni, memang banyak pengorbanan yang kita perlu lakukan. Dari kecil, sampai sekarang. Masa budak budak dulu, banyak je benda yang kita kena lepaskan. Macam mainan yang mak tak bagi beli, rancangan televisyen yang ayah tak bagi tengok, barang yang kita tak dapat sebab kena mengalah dengan adik, benda yang tak layak kita terima sebab kita belum sama umur dengan kakak atau abang. Banyak.

Bila dah masuk sekolah, kita dah kena korbankan sedikit masa nak tengok tv. Sebab pergi sekolah pukul tujuh, balik pukul satu. Kalau yang sekolah agama, tak dapat lah tengok kartun dekat Tv9 masa pukul dua sampai lima setengah. Malam pula nak kena buat kerja sekolah. Lepastu bukan boleh tidur lambat. Jadi dah kena potong masa nak tengok tv. Sabtu pun tak boleh nak tengok tv. Kena siapkan segala kerja sekolah yang ada. Maka? Hari Ahad je yang tinggal. Tapi bukan satu hari boleh conquer. Kalau yang ada adik beradik ramai, mesti gilir gilir nak tengok rancangan dia.

Bila dah masuk kolej, kita kena korbankan masa dan tempat tinggal kita. Duduk jauh dari keluarga, handle makan minum sendiri. Duit kena selesaikan sendiri. Nak kena tunggu elaun masuk lagi. Ada juga yang sanggup tahan lapar sebab tak ada duit. Masa belajar yang makin padat. Kerja yang makin banyak. Assignment yang bertimbun timbun. Kita korbankan masa tidur kita untuk siapkan segala kerja. Kalau tak siap, nanti kena marah. Tak akan lah nak tadah telinga hari hari nak kena marah kan. Tapi..

Berbaloi ke pengorbanan kita ni?

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah ada sebabnya dan mesti ada hikmahnya. Dan setiap perkara baik yang kita lakukan mestilah berbaloi. Memang sekarang kita rasa penat. Tidur pukul dua, bangun pukul enam, kelas sampai pukul lima, lepastu kena buat kerja, nak study lagi. Ya, sakit sangat. Tapi, kita belajar tak lama pun. Dalam setahun ni memang penat. Tapi, fikir balik. Kita nak tak dapat first choice masa kita nak melangkah masuk ke alam degree nanti? Kita nak tak tersenyum gembira masa dapat result final exam nanti?

 So from now on, we really need to have the nawaitu to study Lillahi Taala. InsyaAllah, May Allah ease everything that we need to do. We want to see our parents with a big smile later right? Thus, it is okay for us to struggle right now. We need to struggle. Biar rasa pahit sekarang, asalkan manis hasilnya nanti. Ya, penantian suatu penyeksaan. Tapi kalau penantian itu lebih manis dan warna warni daripada penyeksaan tu? Tak akan nak lepaskan kan?

Before you quit. think why you held on for so long. Think about the people who are waiting for your success. Last, think about yourself. Achieve everything that you want for yourself. Not for others, for yourself.

p/s: sekarang aku tengah menahan perit pengorbanan tanpa elektrik. ahu, sabar sabar.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

11 September 2016

Half-way Through.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wah, it's been a long time without you my blog. More than a month? Or almost two months actually? Anyway, it is just so long without my wifi. That's the important thing. Have been living with mobile data and it is so tiring. Hate that.

Okay, sepanjang ketiadaan di rumah, mestilah aku ada dekat kolej. Walaupun cuma banting, tetap jauh dari rumah. Tetap jauh dari tv. Tetap jauh dari wifi. Tetap jauh dari makan sedap sedap. Bila tak balik sebulan, duk fikir fikir nak makan apa bila balik nanti. Nak tengok cerita apa. Nak keluar pergi mana. Nak jumpa siapa. Dah habis fikir semua tu, barulah fikir bila nak buat kerja sekolah. Biasalah, manusia buat kerja last minute memang macam ni. Nanti cuti nak habis baru nak gelabah.

Daripada last entry haritu, ada je sekali balik rumah tapi tak sempat nak update blog. Balik sekadar balik je. Bila dah balik kolej lepastu, dah tak ada erti bosan. Setiap masa ada kerja. Setiap masa ada group discussion. Setiap masa fikir pasal duit yang nak dileburkan. Orang lain sampai tidur pukul 3, 4 pagi. Aku tetap dengan pendirian aku. Selagi mampu, aku akan cuba tidur awal. Setakat ni, paling lambat aku tidur pukul satu pagi. Itupun sebab minum kopi. Err, terminum. Sebab terbeli.

Bila dah sibuk macam tu, nak mengadap phone pun tak mampu. Eh, memang tengoklah selalu sebab duduk dekat sana memang akan dapat update melalui whatsapp. Maksudnya, nak layan kawan kawan yang lain, macam tak larat. Tak ada masa. Biasanya sehari hari akan bercerita dengan cik lizfiz apa yang jadi, tegur ajil tengah buat apa, kongsi gosip dengan fiqah dan fana, gurau dengan family. Tapi, tak ada makna dah semua tu.

Semua benda tu dah ditutup dengan segala kerja dan assignment yang diberikan. Tambah pula dengan masalah sakit hati dengan orang, nak jaga hati orang, nak selesaikan masalah kawan, nak layan kawan yang angau, nak ajak kawan belajar. Ha dan macam macam lagi. Tapi, ada satu benda yang aku sedar bila aku masuk kolej matrikulasi selangor.

Aku tak menyesal masuk KMS. In fact, aku sayang KMS.

Kenapa? Bila aku masuk matrik, baru aku sedar aku sebenarnya menjurus ke arah mana. Bila aku masuk matrik, aku dapat classmate yang tak pernah aku dapat sebelum ni. Bila aku masuk matrik, aku sedar erti persahabatan yang sangat mendalam (dengan kawan yang dari dulu dan juga kawan baru.) Bila aku masuk matrik, aku makin menghargai keberadaan keluarga aku. Bila aku masuk matrik, aku kenal apa itu erti sayang dan rindu. Bila aku masuk matrik, aku dapat jadi diri aku.

Jadi diri aku? Ya. Bila aku masuk matrik, barulah the real Amanina keluar.

Aku jahat. Aku banyak main main.

Jahat? Aku selalu sakit hati dengan seorang hamba Allah ni. Aku memilih kawan. Dan aku, keluar daripada group petanque dengan cara yang sangat kurang ajar. Di mana kalau orang yang kenal aku selama ni nampak, akan sangat tak percaya dengan apa yang aku buat. Well, temper tu masih tak boleh hilang. Dalam kelas aku je, dah dua orang kena marah dengan aku. Eh, tiga. Ha, aku sangat tak reti nak kawal kemarahan.

Main main? Aku lagi banyak menyakat. Ada je benda nak balas. Sampaikan classmate aku yang baru kenal aku nak masuk empat bulan, dah tanya aku;

Mana aman yang dulu?! 

Dalam tempoh empat bulan pun aku dah berubah. Orang yang kenal aku dari dulu, tak akan pernah percaya dengan perubahan aku. Tapi, aku tak kisah. Itu memang diri aku yang selama ni aku pendam. Akhirnya, aku dapat classmate yang satu kepala yang boleh terima diri aku. Nasib baiklah kelas tak ramai, 14 orang je. Tak adalah berpuak mana. Tapi tak juga semua boleh masuk. Tapi, A3T6 tetap di hati. Banyak pula tapinya.

Pejam celik, dah masuk bulan september. Yang bermakna, PSPM dah dekat! Yang baru menyedarkan aku, aku tak study lagi! Tapi itulah, masa rasa macam cepat sangat berlalu. Tup tup rupanya, dah separuh semester. Lagi dua bulan, tamatlah semester satu. Cuti tiga minggu, bermulalah semester kedua. Lepas lima bulan, tamat semester kedua. Tak rasa cepat sangat ke? Itu yang risau. Takut tak sempat nak study. Tapi insyaAllah, Allah permudahkan segala.

Tapi dalam banyak banyak benda, ada satu yang paling aku takut. Bila aku dah ada dekat tengah jalan, aku takut aku berpatah balik ke laluan yang lama. Benda tu, sangat aku takut. Harap sangat, aku tak terpesong. Aamiin.

Oh ya, I was officially 18 last month. A big thank you to everyone who wished me. So much love for my classmates, who surprised me at the midnight. That was the first time I got a birthday surprise. Lame, I know. Thank you to my roommate, who tried really hard to keep me awake at that night. The lovely voices of my family when I got their phone calls that night. All my friends who wished me with a long text and the sweet content.

And last, thank you for the picture. I really do appreciate it. Deep down my heart, I will never forget it. Kalau ada jodoh lah, kalau. Kalau tak ada, lupakan saja...

Aman bebel!

Okay, cukup bebelan untuk kali ni. Ini kira kumpul segala yang tersimpan dalam hati selama sebulan lebih, dekat dua bulan. Lepas ni, mungkin tunggu hujung bulan 11 kalau nak update yang baru. Tapi, kalau dapat internet, confirm akan diupdate juga hoho. Tapi banyak main lah kalau ada internet banyak. Aduh, tak ada internet susah, ada internet pun susah. Apa nak jadi lah ni man.

Baikkkk, cukup sampai di sini saja. Sekian.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-