Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

11 November 2018

Back to School.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Minggu ni merupakan cuti mid sem. Dah nak habis dah sebenarnya, petang ni nak balik kolej dah. Sepanjang cuti ni, semua sekolah lama aku pergi. Sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah menengah. Mula je cuti, aku dah pergi sekolah kebangsaan sebab adik ada hari graduasi. Alang alang, aku ikut lah. Walaupun aku tak bayar untuk kerusi hari tu hehe.

Dapat lah jumpa cikgu cikgu. Masa nak ambil gambar adik pegang scroll, cikgu yang perasan aku dulu haha apa punya anak murid lah. Dan nasib baik aku nampak sekali je cikgu yang aku tak suka. Well, malas nak cerita lebih kenapa aku tak suka. Ringkas cerita, aku kena sexual harassment.

Khamis hari tu, aku teman kakak pergi sekolah menengah sebab nak bagi kad kahwin dekat cikgu yang pernah ajar dia. Dan ada lah juga cikgu yang ajar dia, ajar aku. Makanya, kalau cikgu tu tak ingat dia, cikgu ingat aku vice versa. It was so fun, really. Nak nak bila ada yang terus ingat nama kakak walaupun dia dah sembilan tahun tinggalkan sekolah. Nice kan?

Ada juga cikgu yang kata yang ramai adik beradik ni senang sikit ingat haha. Kitorang bertiga dekat sekolah tu; kakak, abang, aku. Cikgu pj pun ingat lagi aku, terus ambik nombor. Cikgu so cute lah. Sampaikan makcik koperasi pun kitorang jemput sebab dia memang dah lama dekat sekolah tu, alang alang lah kan.

Last, aku pergi sekolah agama semalam sebab ada karnival keusahawanan. Disebabkan adik suruh datang, datang lah. Nice, ada banyak game. Tapi kitorang tak datang untuk game, kitorang nak cari makanan je. So masa cari makanan, terjumpa lah dengan ustazah. Alhamdulillah ustazah ingat lagi. Sayang ustazah macam ni haha. Masa pergi dekat kawasan game, jumpa lagi ustazah. Dan ustazah siap ingat adik yang tingkatan dua, dengan darjah enam.

Ya, ada adik ni sangat berguna. Lepastu, adik bagitahu ustazah ada dekat bilik guru, itu ustazah yang dah pindah sebenarnya tapi dia datang semalam. Jumpa lah. Dia tak ingat adik tapi bila dah ingat ustazah tanya kenapa dah gelap hahaha. Mana taknya, main bola je manjang. Tapi it feels good lah sebab ustazah ingat mak juga.

I feel so proud and happy lah bila jumpa cikgu cikgu macam tu. Aku rasa nilai nilai macam tu yang membuatkan aku rasa nak jadi cikgu. Interaksi cikgu murid tu comel, faham tak. Ada cikgu yang kata kalau tak ada rasa nak kahwin, teruskan sampai phd, jadi pensyarah. Tiba tiba rasa nak kahwin pula HAHA. Bukan apa, aku sendiri yang rasa aku nak ajar budak sekolah. Mungkin lagi susah tapi entah, hati aku dekat situ. Tapi tengoklah apa nak jadi masa depan nanti.

Oh ya, terlepas satu cerita. Ustazah tanya, umur berapa. Tiba tiba ustazah tanya bila nak kahwin. HAHA ustazahhhh, kakak saya pun baru nak kahwin. Saya mestilah lambat lagi. Ayah kata cari boyfriend masa kerja nanti. So mungkin by 24/25 aku dah kena open "saya perlukan boyfriend.' HAHA okay gurau.

Kata kata akhir;

Cikgu cikgu ni seronok sebenarnya kita datang sekolah, jumpa cikgu, borak. Kalau cikgu tak ingat kita, kita cuba ingatkan. Kalau tak ingat juga, tak jadi masalah. Cikgu ni ajar bukan seorang dua. Satu kelas at least ada 30 orang. Datang lah sekolah. Nak nak kalau nak kahwin, lagi cikgu suka. Tapi kalau rumah jauh tu tak apa lah. Hidup cikgu!! Hehe.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-