Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

27 December 2016

Comfort Zone.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Just a short entry, maybe. Bila balik kelas tadi, tetiba fikir pula. Aku dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai lah dah masuk kolej, aku masih kekal dengan bilangan kawan yang sama. Okay, memang aku ada gang sendiri dekat kolej. Tapi, feel dia tak sama dengan kawan yang lain. Bukan bermakna aku tak suka diorang, tidak! Cuma setiap kawan tu ada cara masing masing untuk berkawan.

Kawan yang betul betul dari sekolah rendah sampai sekarang, boleh dikira guna jari tangan. Kawan yang dari sekolah menengah pun sama. Nak dijadikan cerita, deskmate aku masa form 1 merangkap gang bas rapid dan best friend aku sendiri, masuk kolej yang sama dengan aku. Siap dapat blok yang sama pula tu. Bezanya aku tingkat satu, dia ground floor.

Jumaat lepas, semua boleh balik bermalam sebenarnya tapi aku dengan kawan aku tu, Asyiqin, tak balik. Sebab? New Year balik lagi nanti. Leceh lah ulang alik banyak kali. Rumet aku yang lain semua balik. Maka Asyiqin duduk lah dekat bilik aku. Aku tak taulah kenapa tapi mungkin faktor dah lima tahun berkawan, aku lebih selesa tinggal satu bilik dengan dia. Mungkin juga sebab kitorang aliran yang sama, so boleh buat kerja sama sama. Kalau dengan rumet, tak ada seorang pun yang sama aliran. Cukuplah 4 modul dalam bilik.

Kalau aku ada masalah pun, aku ada beberapa orang yang aku akan cari untuk cerita masalah tu. Dua orang dari sekolah rendah, tiga orang dari sekolah menengah. Nampak tak? Tak nampak lagi kan point entry ni. Aku saja nak cakap, yang sebenarnya aku tak jumpa lagi orang yang aku boleh cerita segala benda dekat kolej ni. Memang ada gang, tapi besar sangat. Aku ni jenis yang berkawan dua tiga orang, tak pun berdua je. So circle aku kecil je.

Gang ada lapan orang tapi tak ada yang aku betul betul rapat, boleh luahkan segala. Ke aku je yang fikir macam tu? Ha, berbalik kepada diri sendiri juga. Aku rasa aku sendiri yang tak boleh nak buka diri sendiri ni dekat diorang. Ataupun aku terasa diabaikan? Entahlah, aku ni kadang kadang emo tak bertempat. So, kalau ada masalah, aku masih akan cerita dekat orang yang sama. Aku susah nak keluar dari comfort zone sendiri. Aku susah nak buat kawan.

////Tapi itulah, kawan kawan yang ada pun masing masing dah terbang serata Malaysia. Aku tak bolehlah nak fikir yang diorang sentiasa kena ada untuk aku. Aku tak bolehlah nak gedik gedik mengharapkan diorang layan aku sentiasa. Diorang pun ada life diorang juga. Aku tak bolehlah asyik nak emo kalau diorang tak layan aku, palau aku. Entahlah, kalau aku dah tak ada nanti baru nak perasan kot yang aku ni sentiasa tunggu diorang :)////

Sebab definisi kawan yang sangat kawan terlebih kawan tu adalah aku boleh duduk berdua dengan orang tu, bincang segala pasal benda, gelak sesama sedih sesama. Bukan jadikan aku cuma tempat tanya soalan akaun je. Aku nak juga cakap pasal benda lain. Aku nak juga cakap 'kau aku'. Aku sendiri tak tahu kenapa ramai orang suka cakap dengan aku guna nama atau saya awak. Bukan tak suka, tapi tak prefer sangat. Sampai sekarang, kalau orang kata aku baik, aku tak tau nak anggap benda tu pujian atau perlian. Sebab lama lama, rasa macam kena pijak pun ada.

Tapi dari dulu lagi diorang dah kata;

Jangan jadi baik sangat lah!

Ha, banyak dah dapat ayat tu. Ini bukan berlagak tapi susah lah nak jadi jahat. Jahat aku tu sampai dalam hati je. Tapi kalau aku dah tunjuk depan depan yang aku tak suka, ha maknanya aku tak boleh nak berdepan dah. Itu betul betul tak suka. Sampaikan cara orang tu tekan kalkulator pun aku tak suka, ha gitu. Bukan selalu aman kejam.

Okay, berbalik kepada comfort zone. Aku risau yang aku tak boleh keluar dari zon aku sendiri even masuk uni nanti. Sebab? Sebab aku dengan Asyiqin target nak masuk universiti yang sama. Ha! Walaupun aliran lain, tapi still satu uni. Aku takut aku teruskan dengan pemikiran aku yang aku dah ada kawan, tak payah buat kawan dah. Itu yang aku tak suka and aku nak elakkan.

Harapnya dapatlah aku keluar dari comfort zone aku sendiri. Diri sendiri pun kena ada effort nak buat kawan kan. Tapi aku nak cakap kau aku, ish! Hahaha. Okay, kata je pendek tapi panjang pula. Hm kalau dah rant macam ni lah. Okay, sekian luahan perasaan hasil melayan perasaan.

p/s: Esok result pspm 1 keluar!! Doakan aku dan rakan rakan dapat keputusan yang cemerlang. Kami nak result yang terbang dengan warna warni, Aamiinnnnn.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

30 November 2016

Depression.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa sangat down. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mula sejak study week before exam rasanya. Bila rasa dah tak ada mood nak belajar, rasa stress, belajar satu benda pun tak masuk kepala. Aku mula fikir..

Kenapalah aku tak mati je? Kan lagi senang. Tak payah nak susahkan hidup sendiri.

Astaghfirullahalazim sungguh kan haha aku tahu.  Aku pun tak tahu sejak bila aku mula reti nak fikir macam tu. Ya, ingat mati itu memang elok tapi bukan minta Allah cabut nyawa kita. Ajal maut di tangan Tuhan. Yang kita boleh doa ialah kita mati dalam keadaan yang baik. Bukan minta mati masa kita rasa kita dah tak layak nak hidup dekat dunia ni. Siapa kita ni nak tentukan layak ke tak layak kita berada di muka bumi Allah ni?

Okay, kata kata tu untuk diri sendiri sebenarnya. Tak payah nak gedik nak depress benda macam tu. Patutnya bila jadi sebegitu, buatkan kita lebih dekat dengan Allah. Bukan minta hilang nyawa.

Okay, tang mana kait dengan depression nya? Begini. Jangan abaikan benda benda kecil yang menjadi punca diri sendiri stress. Kalau macam aku tadi, aku stress pasal belajar. Ya, benda tu semua orang rasa. Tapi, lain orang lain cara. Lain orang lain gaya. Kita tak tahu macam mana ketahanan orang tu. Macam mana kalau dari satu benda yang kecil boleh buat dia jadi depress yang teramat sangat? ((nampak lah macam betul depressnya bila guna amat sangat tu))

Mungkin stress belajar tu just one of the factor yang membuatkan dia depress. Mana tahu kalau dia masalah dengan keluarga, dengan kawan, dengan binatang peliharaan. Eh. Manalah tahukan. Manusia ni macam macam. Warna rambut pun dah lain lain, apatah lagi hati.

Pada saat saat beginilah, kita sebagai pemerhati, kena bertindak. Kalau kita dapat tahu ayah ke, mak, kakak, abang, adik, saudara, sepupu, kawan, adik kawan, ada melalui benda benda macam tu, silalah tolong. Mana yang termampulah. Mungkin kalau kita borak dengan dia pun, dia dah boleh hilang rasa tertekan tu. Mungkin orang tu cuma kurang perhatian. Mungkin dari keluarga yang berantakan. Kita tak tahu. Yang boleh bawa pergi jalan jalan ke, pergilah. Yang boleh beri nasihat, berilah.

Tetapi!

Yang depress tu, jangan cuma harapkan orang lain nak tolong.

Bila ada orang nak layan aku?
Tak ada orang nak kawan dengan aku ke?
Biarlah aku duduk sorang sorang.
Asyik aku je kena marah.
 It is a big no-no! Kena mula dengan diri sendiri dulu. Bagi yang Muslim, first and foremost, jangan lupa Allah. Dekat dekatkan diri dengan Allah. Cukupkan waktu solat. Lepas solat tu lah masanya kita nak bercerita denganNya. Percayalah, kepala kita akan rasa sangat ringan. Kurang sikit tekanan dalam hati tu.

Next, pergi bersosial! Jangan duduk terperap sorang sorang. Pergi berkawan, pergi bercakap. Kalau kita duduk sorang sorang, nanti mula cakap sorang sorang, ha silap silap, dekat pula dengan Tanjung Rambutan. Hehe kaykay gurau. Cari sesuatu yang boleh dijadikan hiburan. Pergilah tengook tv ke, baca novel ke. Kalau tak puas hati dengan drama atau buku yang kau baca tu, apa lagi, pergi buat cerita sendiri. Manalah tahu rupanya ada bakat yang terrendam kan. Eh, pendam.

Kalau rasa tak ada passion untuk buat apa apa, find that one person yang boleh buat kau gembira. Doesn't matter siapa orang tu. Adik beradik ke, kawan ke. It is just impossible of you don't have at least one person to talk to about your problem. Kita hidup bermasyarakat. Borak lah dengan jiran ke. Silap silap, jiran tu jodoh. Ha jadilah suami sebelah rumah hoho.

Apa apa pun, depression mula dengan diri sendiri. Jadi, diri sendiri je yang tahu macam mana nak tamatkan segala benda tu. Aku harap sesiapa yang rasa depress tu, mulalah cari tindakan yang sesuai untuk diambil dengan diri sendiri. Aku tak nak benda tu lead sampai korang fikir nak ambil nyawa sendiri. HARAM dan DOSA.

Sama sama lah kita kurangkan masalah sakit mental dalam negara kita ni. Jangan jadi punca dan jangan jadi orangnya. Sekian, karangan respon terbuka aman untuk harini.

update 20/12/17: I think my understanding about depression at this moment was wrong. I think depression can be healed. But i guess i was wrong. It is actually way complicated from that. I was thinking either to delete this post or not but I think I better not. It gives an idea about what ignorant people like me think about depression. Well, I guess i need a year to know and understand what depression actually is. Guys, depression is not a laughing matter. Stop giving hate comments and please mind your words. Kata kata lebih tajam dari mata pedang, ingat tu. In 2017, ramai yang bunuh diri sebab depression. Everyone should takes action. If your nearest one ada yang depress, please, be by their sides. Do anything you can. Please. Depression kills.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

21 November 2016

The Real Half.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tamatlah semester pertama di kolej matrikulasi selangor pada 17hb November, beberapa hari yang lepas. Sedar tak sedar, dah habis satu semester. Kalau dulu asyik fikir bila nak exam, bila nak habis, bila nak habis matriks, bila nak balik rumah. HAHA sebulan lebih tak balik, padahal Kuala Lumpur dengan Banting tidak lah jauh mana. Satu jam lah paling kurang.

As the typical aman, aku akan seperti biasa throwback segala yang terjadi sepanjang satu tempoh sesuatu benda berlaku. Bila dekat sana, bila tak ada internet, bila nak belajar, mesti banyak gila idea nak update apa. Idea melimpah ruah ibarat kuah maggi yang dituang dari kuali ke dalam mangkuk. Kes baru makan maggi beginilah.

To be honest, aku tak percaya aku jadi malas gila bila sampai study week. Aku tak tahu lah kenapa. Tangan ni gatal je nak buka laptop. Gatal je nak tengok drama. Maka aku terpaksa melangkah ke perpustakaan untuk mengelakkan tangan aku daripada membuat perkara yang tak sepatutnya. Tapi tak sangka pula bila naik tingkat atas, bising. Weh, perpustakaan kottt.

Maka aku pun terpaksalah belajar sambil memakai earphone/headphone dan dengar instrumental. Kalau tak, boleh mental agaknya aku. Dan sepanjang study week, macam macam pula jadi. Sakit hati sana, sakit hati sini. Sakit dengan rumet, sakit dengan classmate. Okay aku mengaku aku emo terlebih masa tu tapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang sampai bilik boleh bau sawit kan.

Dan sekali lagi sebagai typical aman, aku terpaksa buat buat macam aku tak marah pun. I can't even tell anyone pasal apa aku sakit hati, dengan siapa aku marah. Sebab macam tak logik langsung kalau nak terasa dengan diorang. Sebab? Kata rapat. Kata tak ada masalah. Kata baik. Kata sayang. Bukan nak kata baik tapi dari dulu lagi, sememangnya aku banyak bersabar dengan manusia keliling aku. Nak di marah, tak sampai hati. Atas dasar? Persahabatan.

Biasalah, dalam jalan menuju kejayaan atau kebahagiaan ni, banyak sangat duri dan paku atas jalan yang menghalang kita mendapatkan perkara-perkara tersebut semudah petik jari. Kalau perkara begitu mudah sangat untuk didapatkan, tiada yang akan berusaha untuk mendapatkannya. Tiada yang akan bersusah payah dan bertungkus lumus untuk pastikan perkata tersebut berada dalam genggamannya. Tiada yang akan menangis kegembiraan apabila sampai ke penamatnya.

Nabi Muhammad saw masa nak menyampaikan dakwah pun bukan semudah itu sahaja. Bukan sampaikan satu ayat, semua umat manusia boleh terima. Selepas bertahun tahun pun, masih ramai yang tak dapat nak menerima Islam itu sendiri. Even bapa saudara nabi sendiri tidak menerima Islam. Bahkan dia sendiri yang menentang agama tersebut daripada disebarkan. Betapa tabah, sabar dan kuatnya nabi.

Dan aku sentiasa berpegang kepada ayat ni, aku tak ingat sangat ayat yang tepat tapi lebih kurang lah.

Allah tak akan berikan sesuatu ujian yang hambaNya tidak mampu menghadapinya.

Sebab itulah, kalau aku sakit hati ke, nangis masa belajar, aku sentiasa ingat. Ujian ni Allah beri sebab Allah tahu aku mampu tempuh. Nak kejar kemanisan bukan terus dapat. Kena rasa pahit dulu. Barulah kita tahu erti syukur di penghujungnya nanti.

Jadi, untuk rasa kemanisan 4.0 masa dapat tahu keputusan nanti, aku dah rasa pahitnya masa study week. ((Walaupun aku tahu yang usaha aku masih tak cukup.. Banyak main weh, aman was being aman)) Usaha = hasil. Maka, aku tunggu sajalah buah apa yang aku dapat nanti. Harapnya manislah buahnya nanti. Oh ya, mak ada pesan.

Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Jadi diri sendiri. Buat mana yang diri mampu.

And for the last time, aman is being aman. Sentiasa melalut. Harapnya dapatlah aku update blog ni betul betul masa aku ada idea yang melimpah macam air terjun Niagara. Sekian.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

04 November 2016

Let go and let God.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Okay, it's been a long time. Not that long. But my PSPM is getting really close. Today is D-9. Despite that, here I am, updating my blog. Well, you can't leave your passion as easy as ABC right. I just want to say one little short thing.

I did something wrong. And I'm regretting it. But when you do something bad, will you actually tell people about it? No, right? So, the only right thing to do is to tell Allah, everything about it. Just take your wudu', pray. Pray to Him, tell everything to Him. He's the only one who can help you. Ask everything that you want. Yes, it is the right thing. You will feel really relieve after that. After you have cry a river. You will feel really close to Him.

Aman, whatever happens, you have Him. Let go of that stupid past and move forward. Forget about the past and cherish your present. You have your parents, your family, your best friends. That's all you need. Be strong dear self. Focus on your goals. Do your best and let Allah do the rest,

Anything happen, tell Him.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

25 September 2016

Sacrifices.

Bismilahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I am so excited because I can finally update my blog even though I am at KMS. Well, all I need is one good internet aha. Kalau selama ni sebulan guna 1GB je, sekarang 3GB. So, itu yang duk main twitter, insta, tengok video tak sudah. Tapi, aku tak nak ambik plan. Kalau tidak, lagi tak belajar woi. Dahlah tinggal 49 hari lagi. AHHH. Meroyan jap.

Dalam hidup kita ni, memang banyak pengorbanan yang kita perlu lakukan. Dari kecil, sampai sekarang. Masa budak budak dulu, banyak je benda yang kita kena lepaskan. Macam mainan yang mak tak bagi beli, rancangan televisyen yang ayah tak bagi tengok, barang yang kita tak dapat sebab kena mengalah dengan adik, benda yang tak layak kita terima sebab kita belum sama umur dengan kakak atau abang. Banyak.

Bila dah masuk sekolah, kita dah kena korbankan sedikit masa nak tengok tv. Sebab pergi sekolah pukul tujuh, balik pukul satu. Kalau yang sekolah agama, tak dapat lah tengok kartun dekat Tv9 masa pukul dua sampai lima setengah. Malam pula nak kena buat kerja sekolah. Lepastu bukan boleh tidur lambat. Jadi dah kena potong masa nak tengok tv. Sabtu pun tak boleh nak tengok tv. Kena siapkan segala kerja sekolah yang ada. Maka? Hari Ahad je yang tinggal. Tapi bukan satu hari boleh conquer. Kalau yang ada adik beradik ramai, mesti gilir gilir nak tengok rancangan dia.

Bila dah masuk kolej, kita kena korbankan masa dan tempat tinggal kita. Duduk jauh dari keluarga, handle makan minum sendiri. Duit kena selesaikan sendiri. Nak kena tunggu elaun masuk lagi. Ada juga yang sanggup tahan lapar sebab tak ada duit. Masa belajar yang makin padat. Kerja yang makin banyak. Assignment yang bertimbun timbun. Kita korbankan masa tidur kita untuk siapkan segala kerja. Kalau tak siap, nanti kena marah. Tak akan lah nak tadah telinga hari hari nak kena marah kan. Tapi..

Berbaloi ke pengorbanan kita ni?

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah ada sebabnya dan mesti ada hikmahnya. Dan setiap perkara baik yang kita lakukan mestilah berbaloi. Memang sekarang kita rasa penat. Tidur pukul dua, bangun pukul enam, kelas sampai pukul lima, lepastu kena buat kerja, nak study lagi. Ya, sakit sangat. Tapi, kita belajar tak lama pun. Dalam setahun ni memang penat. Tapi, fikir balik. Kita nak tak dapat first choice masa kita nak melangkah masuk ke alam degree nanti? Kita nak tak tersenyum gembira masa dapat result final exam nanti?

 So from now on, we really need to have the nawaitu to study Lillahi Taala. InsyaAllah, May Allah ease everything that we need to do. We want to see our parents with a big smile later right? Thus, it is okay for us to struggle right now. We need to struggle. Biar rasa pahit sekarang, asalkan manis hasilnya nanti. Ya, penantian suatu penyeksaan. Tapi kalau penantian itu lebih manis dan warna warni daripada penyeksaan tu? Tak akan nak lepaskan kan?

Before you quit. think why you held on for so long. Think about the people who are waiting for your success. Last, think about yourself. Achieve everything that you want for yourself. Not for others, for yourself.

p/s: sekarang aku tengah menahan perit pengorbanan tanpa elektrik. ahu, sabar sabar.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

11 September 2016

Half-way Through.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wah, it's been a long time without you my blog. More than a month? Or almost two months actually? Anyway, it is just so long without my wifi. That's the important thing. Have been living with mobile data and it is so tiring. Hate that.

Okay, sepanjang ketiadaan di rumah, mestilah aku ada dekat kolej. Walaupun cuma banting, tetap jauh dari rumah. Tetap jauh dari tv. Tetap jauh dari wifi. Tetap jauh dari makan sedap sedap. Bila tak balik sebulan, duk fikir fikir nak makan apa bila balik nanti. Nak tengok cerita apa. Nak keluar pergi mana. Nak jumpa siapa. Dah habis fikir semua tu, barulah fikir bila nak buat kerja sekolah. Biasalah, manusia buat kerja last minute memang macam ni. Nanti cuti nak habis baru nak gelabah.

Daripada last entry haritu, ada je sekali balik rumah tapi tak sempat nak update blog. Balik sekadar balik je. Bila dah balik kolej lepastu, dah tak ada erti bosan. Setiap masa ada kerja. Setiap masa ada group discussion. Setiap masa fikir pasal duit yang nak dileburkan. Orang lain sampai tidur pukul 3, 4 pagi. Aku tetap dengan pendirian aku. Selagi mampu, aku akan cuba tidur awal. Setakat ni, paling lambat aku tidur pukul satu pagi. Itupun sebab minum kopi. Err, terminum. Sebab terbeli.

Bila dah sibuk macam tu, nak mengadap phone pun tak mampu. Eh, memang tengoklah selalu sebab duduk dekat sana memang akan dapat update melalui whatsapp. Maksudnya, nak layan kawan kawan yang lain, macam tak larat. Tak ada masa. Biasanya sehari hari akan bercerita dengan cik lizfiz apa yang jadi, tegur ajil tengah buat apa, kongsi gosip dengan fiqah dan fana, gurau dengan family. Tapi, tak ada makna dah semua tu.

Semua benda tu dah ditutup dengan segala kerja dan assignment yang diberikan. Tambah pula dengan masalah sakit hati dengan orang, nak jaga hati orang, nak selesaikan masalah kawan, nak layan kawan yang angau, nak ajak kawan belajar. Ha dan macam macam lagi. Tapi, ada satu benda yang aku sedar bila aku masuk kolej matrikulasi selangor.

Aku tak menyesal masuk KMS. In fact, aku sayang KMS.

Kenapa? Bila aku masuk matrik, baru aku sedar aku sebenarnya menjurus ke arah mana. Bila aku masuk matrik, aku dapat classmate yang tak pernah aku dapat sebelum ni. Bila aku masuk matrik, aku sedar erti persahabatan yang sangat mendalam (dengan kawan yang dari dulu dan juga kawan baru.) Bila aku masuk matrik, aku makin menghargai keberadaan keluarga aku. Bila aku masuk matrik, aku kenal apa itu erti sayang dan rindu. Bila aku masuk matrik, aku dapat jadi diri aku.

Jadi diri aku? Ya. Bila aku masuk matrik, barulah the real Amanina keluar.

Aku jahat. Aku banyak main main.

Jahat? Aku selalu sakit hati dengan seorang hamba Allah ni. Aku memilih kawan. Dan aku, keluar daripada group petanque dengan cara yang sangat kurang ajar. Di mana kalau orang yang kenal aku selama ni nampak, akan sangat tak percaya dengan apa yang aku buat. Well, temper tu masih tak boleh hilang. Dalam kelas aku je, dah dua orang kena marah dengan aku. Eh, tiga. Ha, aku sangat tak reti nak kawal kemarahan.

Main main? Aku lagi banyak menyakat. Ada je benda nak balas. Sampaikan classmate aku yang baru kenal aku nak masuk empat bulan, dah tanya aku;

Mana aman yang dulu?! 

Dalam tempoh empat bulan pun aku dah berubah. Orang yang kenal aku dari dulu, tak akan pernah percaya dengan perubahan aku. Tapi, aku tak kisah. Itu memang diri aku yang selama ni aku pendam. Akhirnya, aku dapat classmate yang satu kepala yang boleh terima diri aku. Nasib baiklah kelas tak ramai, 14 orang je. Tak adalah berpuak mana. Tapi tak juga semua boleh masuk. Tapi, A3T6 tetap di hati. Banyak pula tapinya.

Pejam celik, dah masuk bulan september. Yang bermakna, PSPM dah dekat! Yang baru menyedarkan aku, aku tak study lagi! Tapi itulah, masa rasa macam cepat sangat berlalu. Tup tup rupanya, dah separuh semester. Lagi dua bulan, tamatlah semester satu. Cuti tiga minggu, bermulalah semester kedua. Lepas lima bulan, tamat semester kedua. Tak rasa cepat sangat ke? Itu yang risau. Takut tak sempat nak study. Tapi insyaAllah, Allah permudahkan segala.

Tapi dalam banyak banyak benda, ada satu yang paling aku takut. Bila aku dah ada dekat tengah jalan, aku takut aku berpatah balik ke laluan yang lama. Benda tu, sangat aku takut. Harap sangat, aku tak terpesong. Aamiin.

Oh ya, I was officially 18 last month. A big thank you to everyone who wished me. So much love for my classmates, who surprised me at the midnight. That was the first time I got a birthday surprise. Lame, I know. Thank you to my roommate, who tried really hard to keep me awake at that night. The lovely voices of my family when I got their phone calls that night. All my friends who wished me with a long text and the sweet content.

And last, thank you for the picture. I really do appreciate it. Deep down my heart, I will never forget it. Kalau ada jodoh lah, kalau. Kalau tak ada, lupakan saja...

Aman bebel!

Okay, cukup bebelan untuk kali ni. Ini kira kumpul segala yang tersimpan dalam hati selama sebulan lebih, dekat dua bulan. Lepas ni, mungkin tunggu hujung bulan 11 kalau nak update yang baru. Tapi, kalau dapat internet, confirm akan diupdate juga hoho. Tapi banyak main lah kalau ada internet banyak. Aduh, tak ada internet susah, ada internet pun susah. Apa nak jadi lah ni man.

Baikkkk, cukup sampai di sini saja. Sekian.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

03 July 2016

New Way of Life.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I just finished my two weeks of assimilation and a week of real classes. My reaction? It was so exhausting. Only three weeks but I felt like three months. And of course, I still need to adapt with the new situations. Wash my own clothes, need to find food by myself, wake up by myself. Okay, that actually, I used to it. I'm familiar with house chores. But the really new things for me are;

Ekonomi!
Perniagaan!
The new way of learning!

I'm used to high school way of learning. Sit in the class, the teacher comes, the teacher teach, and the student? Just listen. And do the home works. And, we only had one teacher for every single subject. We sit in our respective classes. But in college or uni, we need to go according to the schedule. Either dewan kuliah or bilik tutor. And we have more than one lecturer. Sometimes, we have until three lecturers. 

For every subject, we need to have a group. Tutorial supposed to be after kuliah but most of the tutorials are before the kuliah. What can I ask when I don't even learn it yet? 

You need to study by your own. Ask questions in kuliah. In tutorial, you actually need finish what you have learnt.

Wah, totally 360 degree of changes. Me myself am not really a student who can study by my own. I need someone to explain everything to me first, then I can learn by myself. I know I need to change that style of learning. But it is too sudden. I love kuliah because they teach you first but if tutorial is before the kuliah, then, I surrender. With anjalan and everything adudu.

There, I am known as budak tidur paling awal. I sleep at 10 or 1030. I don't really know how to control my sleepiness. Is that even a word haha I don't know. It is not that I don't have any works to do or any subject to study but I really can't study at night. If I am desperate, then I will try to wake up at three in the morning, or four. Depends.

But I guess I am a bit lucky. Because when I was in high school, I'm used to go back at four. When I arrived at home, I'd have some rest, eat, check my schedule, and would do my home works after Maghrib. I guess I'm still gonna do the same thing at college. At least tak kena kecam tidur awal sangat haha.

I don't really have other problems aside my studies. That's my only problem at this very moment. I hope that it's not a problem in the future. My classmates, my roommates, my friends, my lecturers, everything is fine. But if I still have problem with my studies, I don't care, I'm gonna meet with the counselors. Put aside my shyness to overcome my problems. When there is a will, there is a way. If I want to be what I want to be, I need to overcome this very little stress.

Oh ya, and I love curricular subject! I got to join the petanque class. After raya, there will be selection for KAKOM. It's like sports carnival at national level, every matriculation will join. This year, tuan rumah is Johor. That's something I'm looking forward to. Another thing I joined, erm I meant, accidentally joined. I am a part of Olympiad participants. I had never join this kind of academic competition when I was in high school. But I had to join it, just because of my grade. So, I have to learn something extra. Well, at least I secure my koko points hehe.

Well, I think that's all for now. I still have a long journey to go. Either the matriculation life is hard or enjoyable, I still have nine months to discover it, and treasure it. I just need to be strong, and stronger to go through my very new way of life. InsyaAllah, Allah will always with every single of us. We just need to trust Him. Everything in this world has a reason.

And the reason I am in Kolej Matrikulasi Selangor, is for me to achieve my dream, to be a teacher. InsyaAllah.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

11 June 2016

A Week of..

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

So, as I mentioned in my last entry, I would entry kolej matrikulasi on 5th of June. And I am officially a college student. Not that proud but not that disappointed. As I was getting ready the night before, I felt the anxiety. The same feeling like I was going to kem ppda when I was in standard six. I still don't even know why I was afraid of it aha. Forget it.

Okay, so I slept with anxiety. Woke up before Subuh, which was an amazing achievement because I woke up before surau started to recite ayat Al-Qur'an. Took a bath, breakfast, and to kolej here we go! And that was the most quiet journey, for me, I ever had. I only looked at the scenery, giggle a bit to the radio jokes, smile to my mom's stories.

When we arrived, it was packed with humans. Aha of course, hari pendaftaran kot. My brother first impression towards the facilitators was, "Muka diorang ni baik baik je, tak ada dera ni." and I was thinking, "Orientasi memang kena didera ke?" aha aha aha. After that, I went alone to daftar lah. Sampai di suruh potong kuku sebab kuku panjang. Okay, not that long but boleh nampak lah kukunya.

Went to give the document, register, took picture for student card, choose my koko shirt size, got my tudung koko, got my room key and waited to go to my room. Walked in line, and went straight to my room. A big Alhamdulillah, sebab dapat katil yang bukan sebelah tingkap. Yes, I don't like windows. After that, I went to get my family and started to unpack most of the stuffs. Waited until maybe three o'clock, and my family went home.

That was the time I felt like;

Ah, aku dah besar. Aku dah kena buat pilihan sendiri. Aku dah kena berdikari.

I wanted to rest for a little longer but no, mppb started right away. Okay, mula mula fikir takut juga lah. Dah mula macam orang besar apa semua. Tengok akak aka fasi macam "uuuu seramnya. garangnya." But, I realized something amazing while I was in surau. Akak akak fasi, all of them, are so beautiful. I was like "kenapa diorang semua ni lawa sangat?"

Akak akak fasi tu semua lawa sebab, dalam diri diorang, dalam jiwa diorang, Allah nombor satu. Diorang sangat  menjaga nama Islam dekat sana. Diorang sangat menjaga cara kitorang solat berjemaah. Diorang tegur macam mana cara kitorang pakai tudung. Cara diorang bercakap. Cara diorang jaga batas pergaulan. I found all of that were so beautiful. Part tu, sangat jealous.

Dan memang abang kakak fasi ni baik. Tradisi buat huruf KMS besar besar dekat padang, tak buat tahun ni. Sebab mppb jatuh masa bulan puasa. Dengan panas teriknya lagi. Maka kami tak buat. Diorang je yang buat sendiri, tapi kecil kecilan. Dah cukup baik dah tu, tak boleh nak minta lebih lagi. Dengan keceriaan masa duduk dekat dewan. Main ikut gerak tangan abang bah, regangkan badan dengan abang ijat (kot), sesi buat cheer kolej dengan akak fiza dan yang lain, menari dan menyanyi lagu Gemuruh.

Kalau nak cerita dari hari pertama buat apa, tak boleh juga kan. Memang tak habis. Tapi cuma nak cakap, satu minggu tu penuh dengan.. keseronokan dan manisnya ukhwah. Hari hari solat jemaah lima waktu, makan sama sama waktu berbuka, urutkan kawan kawan yang kita sendiri belum tahu nama. Walaupun baru satu minggu, memori dah cukup banyak. Boleh tahanlah banyak dia.

Tapi jauhhhh di lubuk hati ni, homesick lah juga sebenarnya. Ada je yang buat rindu keluarga, rindu sekolah. Ada je yang tak puas hati dengan orang sekeliling. Sejujurnya, aku masih takut nak teruskan kehidupan dekat sana. Jauh dari keluarga. Setelah apa yang jadi, aku syukur aku tak jadi masuk upsi tahun ni. Kalau baru duduk Banting dah gelabah rindu keluarga apa semua, kalau duduk Perak? Hari hari aku nangis agaknya. Kira duduk Banting ni, mengajar aku perlahan-lahan untuk terima semua ni satu persatu.

Perubahan dari sekolah menengah ke alam kolej, walaupun tak nampak besar, sangat berbeza sebenarnya. Semua benda kena buat sendiri. Dan aku sangat tersedar, yang aku sangat manja. So, aku cuba lah tanamkan kata kata nasihat abang akak fasi, supaya aku boleh terus ke hadapan. Rindu keluarga tak salah, tapi jangan sampai pelajaran terjejas.

Awalkan masa.
Di samping kita kejar ilmu duniawi, ilmu akhirat jangan kita lupa.
Daripada korang kejar relationship goal, apa kata dekat sini, korang cari friendship goals. 

Banyak lagi nasihat lain tapi tak sempat pula aku nak catat dan ingatan aku ala ala je. Kesimpulannya, mppb ni, minggu yang menyedarkan dan mengajar. Aku harap, semua yang dah sambung belajar akan terus diberi kekuatan oleh Allah. Dari segi fizikal dan mental. Supaya kita semua boleh menempuh kehidupan baru yang mesti kita tempuh. Semoga kita cekal menghadapi dugaan dan sentiasa dekat denganNya. InsyaAllah.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

19 May 2016

A Part of Growing Up.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Today's date, 19/5. A year ago, maybe I was taking a mid-year exam. Or maybe at the moment I was studying for the next paper. Maybe we were stressing about it. Maybe we were happy because what we learnt came out for the exam exactly the same.

A year ago, our clothes would be baju kurung sekolah, koko shirt, pj shirt or unit beruniform. Repeat for every week. With our either tudung putih or tudung hitam. We would came to school in the morning, started our day with copy others works because we didn't finish our own works. At 715, we would line up outside our classroom.

Waited for like 15 minutes for bacaan doa and nyanyian lagu Negaraku and maybe a little bit announcement. During exam weeks, we would bring out few books for us to read while standing. After that, we prepared for the class. Whether we had to go to lab or field or just sit at our own place in the class.

Before recess, we would stare at the clock. "Cikgu! Rehat!" because our school didn't have a bell. We still don't have a bell. One of us would run and looked for a table while others went to buy their own foods. We would eat and talk for like 20 minutes before the next class started. If we had Pendidikan Islam class, we would split up to our respective classes.

After spent like eight to nine hours at school, we went straight to our homes. Took a bath, solat, ate and we started to finish our homework. Which sometimes we didn't even had the time to finish it up. Majority of us would sleep at 12 because of the works or studied. But not me. I would try to sleep at 10. Unless, there were some dramas that I enjoyed watching ehe.

We did it for almost 11 years since we were seven years old. The same things, repeated every single day for 11 years. It is not that easy to just forget about it. Every single memory. The laughter, the gossip, the silly jokes, the fight. For girls, we would talk about our crushes. Stared at the stairs to just see him or just simply show yourself in front of his class. Or just simply watched they played football.

All those little things might seem little but all of it was meaningful. I don't really the type who would keep a diary or just take a simple note for what happened for the day. But if there was any event, I would make sure to keep all the pictures. Or when I went to meet my friends, we would throwback to any event that we remembered. It was just so sweet.

But, all of above can't be repeat anymore. We need to move on from our high school life. We need to grow up. We need to be adults. No longer pencil, everything in pen. We need to make our own crucial decisions. No longer hoping for someone else to take care of our business. We need to be brave. We need to be apart from our friends. All of us will be all over Malaysia.

We can do nothing about it. It is just a part of growing up. We have to do it. For the sake of knowledge. We cannot stop here. We have to keep moving. We don't have to forget about our friend or our memories, we just simply need to keep it at the back of our head for a while, and start the new way of our life. No more teacher, we gonna call them lectures. No more homework, we gonna call them assignment. No more mother's nagging early in the morning to wake us up, we gonna use alarm.

Most of my friend are going to universities and take diploma. While I am going to matrikulasi. I am not sad because we are splitting but I am sad because they will go first before me. How cruel everyone is. 23, 25, 27, 3. While my registration is on 5th of June. I want to meet all of them before everyone lead their own paths. Because our schedules are not the same. If only that is possible.

But again, all of this is a part of growing up. We cannot be at one's side for the whole time, right? Whatever happens, all of you are still my friends. I am not gonna forget about all of you. My phone is always with me, anything just call me. But do not disturb when I am on my study weeks aha. We are grown up now. And growing up is not that fun.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

20 April 2016

Failure & Success.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dalam hidup ni, macam macam perkara yang kita telah dan bakal tempuh. Tak kisahlah benda tu baik ke, buruk ke, semua benda boleh jadi. Dari kecil kita dah diperkenalkan dengan persaingan. Dari tadika lagi, kita asyik berebut nak balik dululah, nak habis makan dululah, nak duduk depan lah, dan lain lain. Bagi yang adik-beradik pula, persaingan secara semula jadi tu dah memang wujud sejak dia lahir lagi.

Dalam persaingan yang kita dah lalui, confirm ada yang lulus dan confirm ada yang gagal. Abang dapat nombor satu, adik dapat nombor tiga. Perbezaan dua nombor tu je dah boleh bawa gaduh. Tarik muka sampai berminggu minggu. Ceritanya, bukan adik tu gagal, tapi dia gagal nak kalahkan abang dia.

Dalam hidup ni, memang macam tu lah. Lumrah. Ada masa kita gagal, ada masa kita berjaya. Tapi kebanyakan orang sekarang, (mostly, tak semua) bila dah gagal sekali, mula rasa nak putus asa. Muncul lah segala ayat macam ni;

Aku tak boleh buat. Benda ni bukan aku punya cup of tea.
Dia lain. Dia pandai, aku ni kureng sikit.
Ala, malaslah nak teruskan. Aku tahu aku takkan berjaya.

.......dan banyak lagi. Berapa ramai yang pernah sebut ayat macam tu? Kenapa kita kena isytiharkan kegagalan kita? Gagal kita sekarang ni, antara syarat kita nak berjaya suatu hari nanti. Jangan tanya bila, ada masanya, datanglah kejayaan tu. Tapi, berjayanya kita tu nanti, bukannya datang bergolek. Benda tu datang dari diri kita. Dengan usaha kita.

Lepas kita dah gagal haritu, mestilah kita dah tahu apa punca kita gagal. Sama ada benda tu bukannya minat kita, ataupun kita yang tak usaha lebih. Takpun, usaha dah ada, tapi doa tak seiring. Tak boleh juga. Kita kenalah usaha dan berdoa. Habis je apa yang kita buat, tawakal. Apa pun keputusannya, kita kena redha.

Redha dengan kegagalan tak bermaksud kita mengaku kalah atau berputus asa. Tidak. Redha dengan kegagalan bermaksud kita kena bangkit semula untuk mencari kejayaan. Contoh, peperiksaan. Mungkin masa UPSR kita dapat 4A1B. Naik je sekolah menengah, mesti kita nak dapat straight A untuk PMR pula. Cari apa kelemahan kita masa tu, bangkit. Bukannya bila UPSR tak berapa nak cemerlang, terus kita fikir yang kita tak boleh nak berjaya bila masuk sekolah menengah.

Aku pun ada juga gagal. Masa peperiksaan pertengahan tahun form 3, result aku teruk. Cukuplah untuk aku turun dari kelas pertama perdagangan, ke kelas kedua perdagangan. Masa tu, Allah je tahu macam mana aku nak nangis. Tapi aku tak nangis. Bukan sebab kawal macho, tapi aku segan depan kawan kawan. Tup tup, penurunan kelas tak jadi. Aku belajar betul betul balik. No more dramas. Masa tu je lah. Alhamdulillah, markah trial aku better than mid-year exam. Tak jadi turun kelas.

Bukan tu je. Baru baru ni aku belajar kereta. Dah belajar dah ni empat lima kelas. Sampai lah ke hari test JPJ. Perasaan takut tu macam nak buat bungee jumping. Aku contact kawan kawan aku, minta diorang doakan. Lepas je satu bahagian, aku duk main whatsapp. Tak fokus dengan sekeliling sendiri. Nak dijadikan cerita, aku gagal dua dua bahagian. Gagal dekat bukit dan enjin mati sebab salah masuk gear. Adalah juga rasa sakit hati dengan kaki pakcik JPJ tu tapi benda nak jadikan. Aku decide, untuk next test, aku tak bagitahu orang lain selain family. WhatsApp aku tak main masa tu. Alhamdulillah, aku lulus.

Macam tu lah hidup. Kalau kita tak rasa pahitnya kegagalan, kita takkan tahu macam mana manisnya kejayaan. Jangan cepat menyerah bila kita dah gagal sekali. Kita tak tahu macam mana orang yang berjaya sekarang, macam jutawan, gagalnya mereka suatu masa dulu. Mungkin dicemuh, mungkin duit tak ada dulu, mungkin tak ada langsung sokongan moral. Ingatlah, kalau kita nak berjaya, kita kena rasa jatuh dulu. Baru rasa seronok nak bangun.

Doa pada Allah supaya kita kuat hadapi segala apa yang bakal kita hadapi. Allah tak akan bebankan seseorang hamba dengan perkara yang dia tak mampu hadapi. Kalau kita dapat ujian, Allah tahu, yang kita mampu tempuh perkara tersebut. Kembali padaNya. Allah tahu kemampuan diri kita. Jangan putus doa. InsyaAllah. Kejayaan milik semua.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

20 March 2016

Respect.

Bismillhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mesti ada yang pernah jumpa tweet atau post macam ni;

Kalau perempuan beza setahun pun nak dipanggil kakak.
Lelaki beza 10 tahun rileks je panggil aku kau.

Okay tweet dia sebenarnya dalam bentuk dialog tapi aku malas. Masa jumpa tweet tu mesti ada yang macam sokong sangat tweet tu. Mulalah nak bandingkan yang perempuan ni macam tak boleh nak chill langsung. Lelaki macam sempoi sangat cakap kau aku.

Meh sini aku nak cakap. Panggil kakak abang tu sebenarnya tanda kita hormat dekat orang yang lagi tua. Okay, mungkin memang kebanyakan lelaki lagi tua tu pun malas nak dipanggil abang. Itu cerita lain. Kita sebagai yang lagi muda kenalah ada rasa hormat. Kalau tak keluar perkataan penuh 'abang' tu pun, sebut 'bang' slow pun jadilah. Asalkan kita dah hormat dia.

Yang perempuan panggil kakak pun kenapa nak marah? Salah ke? Kan beradab namanya. Bukannya main panggil nama je. Memanglah dia kawan juga tapi tetap kena ada rasa hormat. Apa yang susah sangat nak letak 'kak' dekat nama dia? Tak kena bayar pun panggil orang kakak atau abang. Barulah ada sivik dan kewarganegaraan. Rindu sekolah pula.

Benda ni sebenarnya kena didik sejak kecil dalam keluarga. Kalau yang anak tunggal tu lain lah. Ini yang adik beradik ramai. Kalau dari kecil tak diajar suruh panggil abang kakak semua tu, diorang tak akan tahu cara nak hormat orang lagi tua. Kalau dengan adik beradik dah panggil kau aku, kenapa dia kena panggil kakak abang dekat orang lain kan? Macam tak kena je. Keluarga sendiri pun dah tak hormat, memang lah dia tak hormat orang lain.

Bagi keluarga aku, memang kitorang dah mula panggil kakak abang adik semua dari kecil. Kadang kadang kalau rasa malas nak panggil gelaran sendiri, kitorang borak saya awak. Tapi itu semua bila dah besar sekarang je. Dulu, gelaran tak boleh hilang. Adik bongsu aku ambil masa sikit nak panggil abang dia yang beza dua tahun tu abang sebab rapat. Tapi nak tak nak, kitorang paksa juga. Ini bukan nak menunjuk atau apa, tapi aku cuma nak tekankan yang benda ni kena dididik oleh ibu bapa. Kalau ibu bapa tak ambil peduli, anak anak tak akan tahu. Itu yang sampai cakap dengan cikgu pun kau aku. Mana hilang rasa hormat?

Bagi aku sendiri, aku memang tak suka orang yang lagi muda daripada aku, panggil aku dengan nama je. Melainkan aku yang suruh dia panggil nama. Masa pergi kem, aku sorang je wakil sekolah. Dapat kawan muda setahun. Malas nak fikir masa tu, panggil nama je. Itu lain sebab aku yang suruh. Bila masuk sekolah menengah, ada sorang ni panggil aku nama. Sakit hati juga tapi aku layan je sebab dia baik. Tapi, aku dah tak ingat siapa orang tu. Maap.

Jadi sekarang ni memang junior akan panggil kak aman.  Tak ada nya berbelit lidah sebut 'kak' tu. Senang je. Sekali nafas. Aku pun memang akan panggil orang yang lagi tua kakak. Rasa macam kurang ajar kalau nak panggil nama je. Tapi bagi kes nak panggil orang lain abang tu masih awkward sikit. Selain abang kandung dan abang sepupu, susah sikit nak panggil abang. Kalau borak dengan kawan abang pun, aku seboleh boleh nya elak nak panggil. Jadi borak je lah. Tak ada kau aku, saya awak, abang saya. Safe.

Tapi berdasarkan apa yang aku perhati, memang kebanyakan lelaki ni jarang dipanggil abang. Memang lah orang kata macam lelaki tak kisah dipanggil abang tapi bukan semua lelaki. Ada je dua tiga orang yang aku kenal, sedih sebab diorang tak dipanggil abang. Yang sorang anak bongsu jadi dalam keluarga memang tak dapat lah gelaran abang tu. Bila pergi sekolah pun tak ada yang panggil abang. Yang sorang lagi ada adik tapi tetap tak dipanggil abang. Bila dah tingkatan lima, dapatlah juga dia orang panggil abang.

Jangan ingat pendapat lelaki diterima oleh semua lelaki dan jangan ingat pendapat perempuan diterima oleh semua perempuan. Masing-masing ada pendapat sendiri dan masing-masing ada cerita sendiri. Kalau jumpa orang yang nak dipanggil abang atau kakak, panggillah. Kita tak tahu mungkin dia crave for that title.

Kita hormat orang ni, tak kurang pun kehormatan diri kita. Tak habis pun air liur tu. Bagi yang dah memang panggil orang kakak abang, teruskan. Bagi yang belum, mulalah sekarang. Hormat orang lain sekiranya kita juga rasa hendak dihormati.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

07 March 2016

Same yet different.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Orang kata dalam dunia kita ada enam orang yang sama muka dengan kita. Kira dalam dunia akan ada tujuh orang yang muka sama. Kalau yang ada kembar seiras tu, akan ada lagi lima orang lah. Kadang-kadang sampai dalam adik beradik, kakak adik pun boleh sama muka. Abang adik. Tapi, kalau muka sama, perangai sama juga ke? Siapa ingat persembahan Shiro dalam maharaja lawak mega, minggu artis jemputan? Ayat Nasir Bilal Khan.

Kau mengata dia, sama macam kau mengata aku. Orang kata, kalau muka sama, perangai pun mesti sama.

Betul ke sama perangai? Kalau kembar seiras, kena sama juga ke? Okay, secara biologinya, walaupun mereka ini pasangan kembar, DNA tetap berlainan. Tak akan jadi pula tiba-tiba DNA kembar ini sama. Dalam dunia ini, tak ada seorang pun yang berkongsi DNA dengan orang lain. Hebatnya kuasa Allah.

Semua orang berbeza. Ada kelebihan dia, ada kekurangan dia. Kalau encik A hebat dalam akademik, tak boleh nak fikir yang adik encik A ini kena pandai juga dalam akademik. Kalau encik B hebat dalam sukan, tak boleh nak fikir yang kakak encik B ini kena pandai dalam sukan juga. Semua benda ada lebih, ada kurang. Sebab itulah, tak elok nak membeza-bezakan diri seseorang dengan orang lain. Kalau kita sendiri rasa tak suka dibanding-bandingkan, kita pun tak boleh nak sesuka hati membandingkan orang lain. Jangan buat benda yang kita sendiri tidak suka kepada orang lain.

Dalam adik beradik sekali pun, tak boleh ada yang sama. Kalau kakak hebat belajar, mungkin adik hebat main sukan. Mungkin abang hebat melukis. Mungkin ada juga yang hebat dalam bidang agama. Kita tak boleh nak suruh semua orang dalam adik beradik itu mahir dalam bidang yang sama. Manusia bukan robot. Kenapa ada macam-macam kemahiran dalam satu keluarga? Sebab kita saling memerlukan. Yang hebat agama tadi boleh bimbing yang lain. Yang hebat dalam pelajaran boleh tolong ajar yang lain-lain.

As parents, tak boleh nak anggap anak-anak boleh buat semua benda yang sama. Kalau kakak pandai berbahasa inggeris, tak akan lah nak paksa adik cakap bahasa inggeris? Ajar satu satu. Sampai tahap yang dia mampu. Kalau adik pandai melukis, tak akan lah nak paksa abang yang jari keras melukis juga? Seni bukannya boleh dipaksa.

Nak nak minggu lepas baru je keputusan SPM keluar. Ramai calon yang risau ibu bapa akan bandingkan diorang dengan anak jiran lah, anak saudara lah, orang kampung lah, dan lain-lain. Kenapa? Sebab diorang dah pernah kena. Bagi calon yang ada abang atau kakak, mesti result akan dibandingkan dengan result diorang yang dulu. Buatnya yang adik dapat kurang satu A daripada abang kakak? Mulalah dikatakan tak belajar elok-elok, asyik main, asyik dengan drama jepun korea, anime, drama melayu dan juga benda-benda yang tak ada kaitan langsung.

Biasanya dalam adik-beradik mestilah akan ada beberapa perangai yang sama. Tapi, tak akan jadi seratus peratus sama. Benda ini yang ibu bapa kena terima. Kemahiran tak boleh dipaksa tanpa minat. Kalau encik A minat memasak, tetapi disuruh menjahit. Agak-agak jadi tak baju? Silap-silap kain tu dia masak, hidang atas meja. Mahu tercengang orang lain. Kalau dia minat memasak, bagi dia senduk kuali periuk nasi bahan mentah segala benda. Barulah dapat hasil yang memuaskan. Encik A tu pun rasa happy je.

I can't be like my sister. She is good at almost everything. Her English is much more fluent than me. She knows how to cook. She knows how to take care of her siblings. Everyone will miss her when she goes outstation. My little brothers would rather choose her than me. She is pretty, nice, has a nice skin. Compare to me, my skin is darker than her. She is extrovert while I am introvert. We are siblings, people say that our faces are the same. But no, we are different. Physically, mentally. I am actually a little bit tired to hear;

Kenapa kaklong boleh buat? Kenapa kakak tak boleh buat? Sama je, tak ada beza pun.

Stop saying that. Both of us are not the same. I know she is better than me, but I am me. I can't be like her. But she also can't be like me. No matter how hard we try to be like each other, we just can't. Because we are born these way. I need to except that she knows to do many things than me. I also need to realize that she can't really do some other things that I can.

Kita pun tak boleh asyik nak marah orang lain, asyik nak bandingkan kita dengan orang lain. Kita sendiri kena sedar apa kelebihan diri kita, apa kekurangan kita. Cuba perbaiki kelemahan diri kita, bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri. Kadang-kadang ada sebab kita terdengar orang kutuk atau mengata. Mungkin kita boleh ambil pengajaran. Mungkin benda tu kita patut ubah. Kalau yang jenis tak suka mandi tetiba dengar orang kata awak tu berbau, takkan nak tengking orang tu? Pergilah mandi. Tak begitu?

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Jangan mudah terasa dengan kata-kata orang. Jadikan pengajaran. Change to be a better person. For yourself to be happy. Setiap satu benda ada lebih, ada kurang. Tak ada benda yang sama. Kenapa? Because you are one of a kind ;)
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

25 February 2016

Online.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Macam entry sebelum ni, aku cakap pasal limit benda yang orang boleh cakap online. Kali ni aku nak cakap pasal benda yang kita tak jangka akan jadi online. Okay, kenapa asyik cakap pasal online? Kenapa bukan benda yang jadi dalam dunia sebenar? Kalau nak cakap pasal safety dunia sebenar, ramai dah yang cakap. Jaga beg, jangan jalan sorang-sorang, jangan cakap dengan orang yang tak kita kenal, jangan ikut orang yang kita tak kenal.

Online? Benda secara maya ni lagi bahaya. Yang kita friend with, follow dekat twitter atau instagram, mostly strangers. Kadang-kadang sampai boleh kira berapa ramai je yang kita kenal. Sebab apa? Ramai orang ada mindset yang diorang nak buat kawan secara atas talian. Tak cakap benda tu tak bagus atau tak elok. Bagi orang yang minat anime contohnya, susah nak buat kawan in real life. Mostly akan jumpa online dulu, then baru kenal betul-betul.

Bila online, kita akan jumpa macam-macam ragam orang. Ada yang suka kita, ada juga yang tak suka kita. Kali ni aku nak cakap pasal yang tak suka kita. Kebanyakan orang akan fikir;

Macam mana boleh kena cyber bully?
Kenapa 'cerdik' sangat pergi layan orang yang kau tak kenal?
Dan kebanyakan orang akan fikir juga;

Aku tak akan kena lah cyber bully.
Aku tak layan orang yang aku tak kenal.
Bukan dia boleh buat apa pun, online je kot.
Ya, aku pun pernah fikir benda-benda dekat atas tu. Tapi? Aku pun pernah kena cyber bully. Benda ni lagi sakit bila aku tak tahu pun siapa yang buli aku. How? Ask.fm. Semua soalan anonymous melainkan orang tu ada akaun dan bagitahu dia tu siapa. Selain dari tu, tak ada cara lain nak tahu siapa yang tengah bercakap dengan kita.

Aku tak nak bandingkan cyber bully dengan buli secara fizikal sebab aku tak tahu macam mana perit kena buli dengan cara kena dera dan lain-lain. Yang aku tahu, buli secara siber ni sakit juga sebenarnya. Mostly yang aku kena, buatkan aku rasa takut nak keluar rumah, takut nak pergi sekolah. Aku takut, orang yang buli aku tu akan datang cari aku. Aku jadi tak yakin dengan diri sendiri. Aku menangis hari-hari.

Sekarang, alhamdulillah, aku dah tak kena apa-apa. Tapi the fact that masih ada orang tak suka itu tak boleh aku nafikan. Dalam dunia, mana ada orang yang langsung tak dibenci. Kalau orang buat baik sekalipun, ada je orang yang nak bangkang. Tapi tak adalah aku kena kacau lagi. Nak benci, benci diam-diam je lah. Kuasa doa ni hebat tau. Nak nak doa orang yang teraniaya, lagi jangan buat main. Sebab tu, jangan buat jahat dekat orang. :)

Selain dari ask.fm, banyak juga website yang bolehkan kita cakap dengan stranger dari serata dunia macam Omegle. Kalau jumpa orang yang baik, tak kisahlah. Kalau jumpa orang yang tak berapa nak baik? Yang minta gambar macam-macam? Yang tak ada otak masa chat?

One more thing yang kita kena takut masa online, pedophile. Aku ada baca satu buku ni, pasal benda online juga lah. Konsep dia sama je, chat online dengan orang yang dia tak kenal, but end up chat hari-hari sebab timbul perasaan cinta walaupun beza umur hampir 10 tahun lebih kurang. Dia rahsiakan semua benda ni daripada keluarga dia dan kawan baik dia. One day, dia stress. Keluarga dia asyik marah dia, kawan baik dia ada kawan lain. Dia nekad, nak lari dari rumah dengan lelaki tu. Aku tak nak cerita apa yang dia buat dengan laki tu masa chat sebab dah nama chat dengan pedophile, kau rasa?

Dia end up lari. Bila polis jumpa dia, dia bukan main kata laki tu tak buat apa apa dekat dia. Dia kata dia sayang laki tu. Lepas siasatan, polis dapat tahu dia pedophile and that person has tons of video tentang apa yang dia buat dekat kanak-kanak bawah umur. Budak perempuan tu bukannya tak pandai, dah berapa banyak ceramah dia dengar tentang online safety. Tapi dia jadi salah satu mangsa. Sebab itu kita tak boleh nak yakin sangat yang kita tak akan kena benda ni. Sebab itu juga kita kena extra careful bila online.

Compare dengan cyber bully, cerita tadi tu lagi bahaya. Sebab kalau cyber bully, orang tu buli dengan apa apa info yang dia tahu. Tapi kalau chat dengan pedophile, dia yang akan minta kita info tu. Dan kita akan bagi tanpa kita sedar. Sebab tu, jangan cepat percaya orang. Aku tak kata jangan cepat percaya lelaki, aku kata jangan cepat percaya orang. Sebab perempuan pun boleh jadi jahat juga. Tak ada beza.

Aku berani cakap pasal benda ni sebab aku dah pernah lalui salah satu benda dekat atas yang aku cerita. So tak boleh nak cakap yang aku tak pernah kena jadi aku tak tahu apa rasa kena benda macam ni. Aku pernah kena dan aku harap orang lain tak akan kena. Jangan pandang rendah benda ni. Macam mana kau yakin yang benda ni tak akan kena dekat kawan kau? Dekat adik kau? Dekat kakak kau? Tak ada benda yang boleh buat kau yakin seratus peratus. Just be careful. And be smart.

Orang yang super duper pandai pun boleh kena kalau dia tak berjaga-jaga for even one second. Don't expose too much information about yourself.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

19 January 2016

Layanan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekarang ni kan, ramai yang agak tak puas hati dengan cara orang lain layan kita. Orang tu sakitkan hati kita lah, orang tu tak layan kita lah, orang tu fikirkan diri sendiri lah dan lain lain. Biasa lah, hati manusia. Memang mudah terasa. Kadang kadang benda kecil pun boleh jadi besar. Kadang bukan apa pun, terambik pen kawan tak pulang je, boleh bawa gaduh. Itu contoh lah. Sekarang ni budak sekolah kebanyakannya kaya, satu hari duit belanja sampai sepuluh ringgit. Aku sekolah rendah dulu nak jumpa dua ringgit pun payah. Okay, abaikan.

Kalau kita ada rasa sakit hati dengan orang, cuba ambik cermin. Cermin balik diri kita, reflect ourselves. Ada ke tak kita layan orang macam tu? Kita ada buat perangai tak elok tak dekat sesiapa? Ada tak kita sakitkan hati sesiapa? Bukan apa, kadang kadang, orang sakitkan hati kita sebab kita pernah sakitkan hati dia. Orang tak layan kita sebab kita yang tak layan dia. Orang pentingkan diri sendiri dan tak fikir pasal kita sebab kita dulu yang buat macam tu dekat dia.

Macam orang cakap lah, hidup ni umpama roda. Confirm kita akan akan kena balik masa kita ada dekat bawah. Bila dah kena tu, jangan pula kita salahkan takdir. Kerja nak menyalahkan takdir je.

"Ala dah memang takdir aku macam ni, dah tertulis macam ni." 

No. Kalau kita sendiri tak ada usaha nak ubah takdir kita ke arah yang lebih baik, memang hidup tak akan berubah. Bila dah dilayan teruk, ambik cermin. Duduk. Tenung muka sendiri. Fikir balik, ada tak kita buat orang macam apa yang kita kena. Kalau ada, cuba cari apa punca kita layan orang macam tu. Mungkin masa tu kita tengah marah atau mood melayang layang ke kan. Fikir apa perasaan kita sekarang dengan perasaan orang yang kena dengan kita dulu tu. Sama ke tak. Jadi, cuba buang ego jauh jauh, minta maaf.

Mungkin kalau kita cerita apa salah kita dekat orang tu, orang tu akan lagi sakit hati dan tak nak maafkan kita. Apa kata cuba minta maaf atas segala perkara. Mengaku yang kita ni pernah buat salah dekat dia. Hidup kita ni, tak akan pernah tenang selagi kita tak minta maaf dekat orang yang kita buat salah. InsyaAllah, dipermudahkan. Kalau lah orang tu tak nak maafkan kita juga, serahkan semua dekat Allah. Doa banyak banyak agar dibuka pintu hati dia untuk maafkan kita. Walaupun masa tu kita yang tengah sakit hati.

Tapi dalam hidup ni, kita tak boleh juga jadi terlalu sensitif. Aku sendiri pun mengaku yang aku ni memang sensitif. Kalau dalam keluarga, aku lah yang selalu kena marah sebab cepat sangat nangis. Sikit sikit nak nangis. Orang buat sikit mulalah sentap. Dan aku masih macam tu. Sensitif ni pun ada baik buruknya. Kalau kita ni sensitif, orang yang nak cakap dengan kita pun akan berhati hati jaga percakapan dia. Sekurang kurangnya kita tolong dia supaya tak mencarut dan cakap benda benda yang tak elok. Sensitif ni buruknya, orang penat nak layan kita.

Kalau semua benda nak terasa, tak boleh juga. Kalau kita sekarang ni memang kuat sensitif, percayalah, satu hari nanti, kita akan jumpa orang yang lagi sensitif daripada diri kita. Masa tu lah, kita akan sedar yang betapa susahnya nak layan orang yang sensitif ni. Masa tu lah sebenarnya, kita dah cermin diri sendiri. Aku dulu sensitif juga, dan aku dah pun jumpa orang yang lagi sensitif daripada aku. Ya, sangat lah menyampah layan orang macam aku haha.

Sekarang ni, aku dah jadi makin sensitif. Sebab nya, aku sendiri pun tak tahu. Tapi sekarang ni, aku terlalu jaga hati orang lain. Orang datang lambat, orang cancel plan, orang tak nak dengar cakap, orang yang lupa kawan, macam macam lagi lah. Semua benda ni, aku tak marah depan orang tu. Kenapa? Tak kan hanya kerana satu kesalahan yang kawan kita buat, kita nak lupakan segala kebaikan yang dia pernah buat dekat kita. Ya, aku mengaku aku ada terasa dengan kawan kawan aku. Aku fikir yang diorang lupakan aku, lupakan aku, lupakan aku.. Tapi aku cuba fikir balik. Dalam hidup ni, aku bukan ada satu kawan je. Jadi, tak kan lah kawan aku tak boleh berkawan dengan orang lain.

Aku pun keluar dengan kawan aku yang lain. Tak kan kawan aku tak boleh keluar dengan kawan dia. Masing masing ada hidup masing masing. Kalau kita fikir positif pasal semua benda ni, hidup tak akan jadi masalah. Jangan sensitif sangat, nanti orang pun tak larat nak layan kita. Jangan terlalu melayan, nanti kita pula yang sakit hati. Jangan mudah cepat terasa, mungkin kita ada buat kawan kita terasa dengan kita sebelum ni.

Kalau dah ada rasa nak berubah, nak jadi lagi baik, teruskan. Tapi kalau dekat pertengahan jalan nak jadi baik tu ada macam macam halangan, ujian, dugaan: jangan mengalah. Sememangnya nak jadi baik ni macam macam dugaannya. Yang penting, kita istiqamah. Jangan rasa nak jatuh kemudian patah balik ke jalan yang salah. Sikap mudah berputus asa tu tersangat lah bahaya. Terutamanya bila ada kaitan dengan masa hadapan.

Kawan tu pun salah satu masa hadapann kita juga. Jangan sebab benda yang berlaku sekarang, kita hilang kawan yang sangat yang kita sayang di masa hadapan. Jangan. Sebab kita nak masuk syurga bukan setakat dengan keluarga je. Kita nak masuk dengan kawan kawan sekali. Dan kawan tu akan bawa kawan dia yang lain. Tak kan lah kita nak masuk syurga sorang sorang kan? Sebab tu lah kita kena saling membantu, saling menjaga. Kalau gaduh pasal benda kecil, selesaikan cepat, sebelum benda tu jadi besar. Api lighter tak ada lah bahaya sangat kan? Tapi kalau kita letak api tu dekat kertas yang bertimbun, dalam rumah, dekat dengan gas, bahaya kan?

Think twice or thrice, and wisely. Do not make a decision which you will regret in the future. Throw away all your ego, and say sorry. Yourself is important, so does friendship.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

07 January 2016

Limit.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekarang ni kan memang zaman yang semua orang ada twitter, facebook, instagram. I'm not saying that having these accounts are wrong, I have it too. All of my family members have facebook accounts. Semua benda ada baik buruknya sendiri. 

But nowadays, many people turn all these social media thing into a bad thing. Orang A mula cakap mengenai suatu perkara yang bagi dia sendiri, benda tu masih belum dipastikan. Orang B dan C pula percaya benda tu. Percaya satu hal, sebarkan perkara tu pula satu hal. D dan E pula pergi bercerita mengenai perkara tu. Sampai lah cerita tu sampai ke telinga Z. Tapi, benda tu langsung tak betul. Tak ada rasa bersalah ke? Itu satu. 

Dua; kutuk sana sini. Orang A kutuk orang B. Orang B cerita dekat C. C buka mulut dekat D. D pula yang kutuk A. Tak ada rasa ke yang benda macam ni tak ada kesudahan langsung? Benda ni akan berpusing. In the end, semua orang sakit hati, tapi semua orang bersalah. Kalau cerita dekat in real life, lain cerita dia. Tapi, ini cerita dalam social media. Apa yang jadi masalahnya adalah benda ini akan berkekalan. Things that went out in internet, are really hard to erase. Sama macam kita tweet, post gambar. Kalau kita sendiri tak ada usaha nak padam segala benda yang tak elok, benda tu akan kekal. Orang yang baru berjinak dengan social media ni pun akan tahu juga pasal benda ni. 

Tiga; the main thing yang aku nak cakap hari ni. Please, please sangat sangat. Bagi perempuan, janganlah jaja cerita cerita murahan. Maaf kalau ayat aku kasar tapi apa yang aku cakap ni sangat lah benar. Sekarang ni ramai perempuan yang asyik tweet benda benda macam ni.

Ah, harini aku ABC!
Baru potong rambut hari ni, rambut dah pendek.
Panjang lah rambut, sampai ke pinggang. Tapi sayang nak potong.
Period pain :(

Jangan cerita benda macam tu dekat social media. Okay maybe for some of you think that "nah, no one actually read my tweet or status" or "no one knows me". No. Stop thinking like that. Especially untuk perempuan yang bertudung. Why? Because you never know who really reads your tweet and status. There are thousands people out there. Maybe one of them actually is stalking you. Stalking isn't that bad, until that person start to imagine things. When you tweet that you cut your hair, there is someone out there will thinking how you will look like with your short hair. Or when you tell them that your hair is very long, they will imagine how long is your hair.  

I'm not saying you can't tweet at all. NO. You can tweet about your daily life, you can tweet you are late for your class or what so ever. But never tweet the detail. Like what colour of your shirt today, or your hair is a mess, you trim your hair. Stalker in social media can be stalker in real life too. Let only your family and your girl friends know about your hair and those little things. You don't have to tell your boy friends about your hair. There is no point on doing that.

You can never know what is that person thinking. He can show his blank face but maybe his mind is going wild. Not everyone though. I'm just saying that we, girls, need to be really careful nowadays. There is always a limit on how much you can expose detail about your life, yourself.

Macam artis wanita yang ada dekat Malaysia ni. Ramai yang dulu nya tak bertudung tapi sekarang dah bertudung. Tahu tak betapa susahnya diorang? Sebab gambar diorang ketika masih belum bertudung, merata rata di internet. Bagi pelakon, ada je cerita cerita ketika mereka masih belum bertudung yang masih ditayangkan. Bayangkan apa perasaan diorang bila aib diorang dibuka kembali. Akan ada orang yang membandingkan mereka dulu dan mereka sekarang. Walaupun mereka sekarang sudah berubah 360 darjah.

Kalau kita, kita marah tak kalau orang buka aib kita? Mestilah kita marah. Jadi, bagi yang baru nak berkenal kenal dengan social media ni, think twice or thrice before you tweet or update something. Kalau rasa tengah marah sangat tu, nak juga tweet tu, apa kata pergi ambik wuduk, solat. Kalau gembira sangat, apa kata buat sujud syukur dulu sebelum bercerita dekat orang. Peringatan untuk diri sendiri juga. Because sometimes we are to eager to share the story of our lives with people rather than share it with Allah. Dia lah yang berikan segala pahit manis kehidupan, jadi kembali padaNya terlebih dahulu.

Jangan rosakkan diri sendiri, kerana dirimu begitu berharga. Keep your life simple but make it beautiful.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-