Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

21 July 2015

Kehilangan.

Bismilkahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pernah tak hilang barang? Hilang kunci ke, buku ke, hilang markah ke, eh. Adik pun baru je hilang kotak pensel tapi alhamdulillah dah jumpa balik. Misplaced, salah sendiri. Semua orang mesti pernah sekurang-kurangnya sekali hilang sesuatu barang milik sendiri. Ataupun orang lain punya. Itu parah. Aku pun baru je kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan aku.

Aku kehilangan atuk aku. Datuk aku sebelah ibu. Kami panggil arwah tokabah. Pagi 1 Syawal. dalam puku 530, mak ngah (adik mak) call. Aku tak angkat sebab dalam otak aku fikir "pagi-pagi macam ni call nak apa". Lepas tu, aku dengar kaklong (kakak) on the phone. Tapi aku tak dengar betul betul setiap bait ucapan dia. Habis sahaja otp, kaklong kejut mak. Kaklong cakap "mak, tokabah dah tak ada." Terus aku bangun. "Tadi akak tak angkat call........" Faham tak perasaan masa tu. Tak terungkap.

Mak dan ayah terus kejut adik beradik yang lain. Ayah terus mandi dan solat. Yang lain pun sama sambil kemas semua barang untuk pulang ke Temerloh, Pahang. Masa tu kami di Seremban, Negeri Sembilan. Dah bersiap siap untuk raya. Siap sahaja semua orang, kami bertolak hampir pukul tujuh pagi. Biasanya, dari Seremban ke Temerloh mengambil masa kira-kira tiga jam lebih. Tetapi disebabkan kesuntukan masa, kami mengambil laluan Seremban-Kuala Lumpur-Temerloh. Kami tiba di Temerloh dalam pukul sembilan pagi.

Sebaik tiba di sana, kami turun ke rumah mak su (adik bongsu mak) kerana jenazah ada di sana. Masuk je aku dalam rumah, aku dah nampak mak dah menangis sambil peluk tokmak. Tak pernah aku tengok mak nangis sebegitu. Gugur air mata selaju lajunya. Ramai juga orang yang datang. Kami sekeluarga duduk membaca yasin. Mak ngah dan mak su sedang membuat segala persiapan. Sekitar jam sepuluh, jenazah dimandikan. Dan proses seterusnya dilakukan berterusan sehingga lah dikafankan. Sebaik sahaja selesai, aku tengok adik beradik aku dan sepupu aku menangis sehingga tak cukup air mata.

Ini merupakan kehilangan yang pertama untuk keluarga di sebelah mak. Selesai segala perkara, aku tengok tokmak tak henti nangis. Mak dan mak ngah pun macam tu. Kehilangan yang tidak diduga. Alhamduillah selesai segala perkara (termasuk tahlil), kami duduk di rumah tokmak. Apa aku rasa masa itu ialah "rumah ada orang tapi rasa kosong." Arwah tokabah dah seminggu sakit tapi tak sangka pula..

Lepas ni, bila balik kampung, tak ada dah yang nak cakap "amaninaaaaa!" dengan suara yang ceria. Tokmak pun duduk rumah mak su. 2 Syawal, pagi pagi kami ke kubur. Mengikut kebiasaan orang kampung, ziarah kubur beramai-ramai pada hari raya kedua. Sebaik sahaja kami mula membaca yasin, tokmak terus nangis. Yang aku mampu buat ialah mengusap belakang tokmak. Mak pun mula mencurahkan air mata.

Pagi tadi, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami kemas barang barang atuk. Tiba-tiba abang aku cakap "Along, ambik baju ni." Baju wartawan atuk. Pandang je baju tu, merah rasa mata. Bila tengah duduk sama-sama, kadang kadang tokmak cerita pasal arwah tokabah. Sebak. Hiba.

Atuk, semoga atuk tenang di Sana. Semoga atuk ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiin.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

10 July 2015

Trust.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Perkara yang amat susah nak cari dalam kehidupan setiap orang ialah trust, kepercayaan. Sejak kita lahir sampai lah kita besar, kita akan dikelilingi oleh ramai orang sama ada kita kenal ataupun tidak. Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja. Ramai sangat orang yang kita dah jumpa dan akan jumpa. Tapi, dalam ramai orang yang kita kenal tu, berapa ramai je yang kita betul betul boleh percaya?

Isunya dekat sini, bukan kita tak nak percaya orang. Kadang kadang, kita tak termampu nak letak kepercayaan itu seratus peratus. Tak ada lah sampai tak ada langsung kepercayaan tu tapi yelah, besar mana je ye tak. Trust ni asalnya tak susah nak bagi tapi setiap orang ada pengalaman masing masing.

Ada sesetengah orang yang dikhianati oleh ahli keluarga sendiri. Daripada situ, kalau family sendiri dia dah tak boleh nak percaya, dekat siapa lagi yang dia nak percaya? Ada juga orang kena khianat dengan kawan baik sendiri. Suami isteri pun kadang kadang boleh betray. Dari situ datangnya perasaan susahh sangat nak percaya orang. Bukannya tak ada langsung orang yang baik dalam dunia ni tapi benda tu susah, payah nak cari.

Bila tengok dekat twitter, ada lah main hashtag tweet any lies yang diorang dah pernah bagitahu dekat opposite gender. Fuh seram baca weh. Dari situ, makin ramai yang susah nak percaya opposite gender. Mula duk kata "laki semua sama", tak pun "perempuan memang macam tu". Oh stop all this nonsense. Jangan sebab seorang, rosak satu jantina. Okay merepek.

 Aku pun ada juga trust issues. Aku pernah baca;

Not all "I love you" is real.

Gedebuk bila baca. Sebab? Pernah kena. Mula je haritu, aku susah sikit nak percaya orang. Aku makin jauh daripada orang tapi sekurang-kurangnya aku makin dekat dengan keluarga ehe. Kalau nak dikira berapa ramai kawan baik yang aku ada, pakai jari tangan pun dah cukup. Tak payah nak pakai jari kaki. Bukan apa, takut kena lagi. Kalau nak dikira berapa ramai kawan baik lelaki, ada ke? Bukan nak sangat tapi.. cukuplah dengan adik lelaki tu ye dak. Semua benda yang jadi kalau difikirkan balik, ada sebab dan hikmahnya.

Kalau aku tak kena suatu masa dahulu, dapat ke aku jadi diri aku yang sekarang? Bagi aku, aku cukup sayang diri aku yang sekarang. Tak semua perubahan membawa kepada kerosakan. Dan daripada semua benda yang pernah jadi dari dulu sehinggalah sekarang, dapat buka mata aku siapa sebenarnya kawan. Like really really true friends. Kalau orang tanya siapa kawan baik aku, insyaAllah, dia lah orang pertama yang akan terlintas dalam fikiran aku.

Back to trust. Percaya orang tu tidak ada salahnya tetapi percaya tu pun kena pandai pilih orang. Bukan apa, takut memudaratkan masa depan. Bahaya. Hati hati ya. Jangan lurus sangat. Bengkok sikit. Eh. Beruang dalam fikiran (bear in mind);

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Biar orang buat kita, jangan kia buat orang. Dendam tidak membawa kepada kebaikan tetapi membawa kepada kehancuran. 
Sekian, mari menuju ke syurga!
Amanina Mohd Tarmizi -my life-