Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

19 December 2018

The feels; week 14. pt 2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari Rabu ni baru dapat menarik sedikit nafas lega sebab hari ni merupakan hari terakhir kelas untuk semester satu tahun dua atau nak senang panggil sem 3 lah kan. Kenapa sedikit? Sebab memang kelas dah habis tapi ada lagi video yang perlu diupload, projek yang perlu disiapkan dan dua laporan yang perlu dihantar. Lega sebab dah tak ada kelas kira okay lah kan. Boleh lah lajak sikit tidurnya.

Setakat tiga sem ni, all i can say is that this semester is the hardest. I was so exhausted sejak dari awal sem lagi. Nak kena adapt dengan perubahan majoring, dengan pendaftaran subjek, dengan subjek yang susah. And i did a decision to join a program, dinner FEP. Tak tahu nak kata itu keputusan yang bijak atau tidak tapi program pun antara punca aku rabak.

Tambah dengan my sister just got married early this month, woohooo. Benda tu baik tapi aku penat. HAHA bayangkan nak berkejar nak balik rumah, nak balik kampung. So aku kena settlekan semua kerja untuk minggu tu sebab tak ada nya lah aku nak buat kerja masa majlis kan. Dan ya aku sangat berkejar untuk siapkan kerja ikut deadline. 

Semester ni juga, aku lead banyak group subject. Ada dua subjek je yang memang isytihar sebagai leader tapi subjek lain aku terpaksa lead. Trust me, penat. Pening juga lah nak keep update group members, nak check kerja diorang lagi. Dengan ada yang macam biasa lah, ikut kepala sendiri. Eh eh ingat universiti sendiri ke ikut sedap tekak je nak ignore orang ugh.

Semester ni juga entah berapa kali aku pergi pusat kesihatan, banyak gila sakit sem ni. Ini kalau sakit lagi ni, esok macam pergi lagi je. Nak kata tak jaga kesihatan, mungkin lah kot. Walaupun tak banyak stay up tapi kerap kena bangun awal. Erm itu macam nak cakap hilang nikmat tidur haha. Mungkin faktor cuaca juga kott.

Dan ya, semester ni juga, banyak kali juga lah aku tak pergi kelas :) ada satu subjek ni, sekali aku tak datang sebab pergi kelas citra. Satu kali lagi aku balik awal sebab masa tu tak sihat. Maknanya aku tak follow kelas sampai habis lah kan. Itu subjek isnin petang. Subjek isnin pagi, aku ponteng :) sebab aku ada dekat penang :) dah lah masa tu ada kuiz :) kelas selasa petang, aku tak pergi presentation :) sebab tak sihat :) kelas khamis petang, aku ponteng sebab kena balik rumah :)

Dulu bukan main lagi rasa bersalah bila tak datang kelas. Sekali sem ni sampai banyak kali tak datang kelas, suka hati je kan. Aman yang dulu bukan aman yang sekarang HAHA. Tapi dua kali je ponteng secara sedar, lain semua kira macam ada sebab juga lah hahaha. Tengok tu, kalau bagi alasan bermacam alasan boleh keluar.

Sem ni juga aku punya mental sangat tak kuat. I could barely survive lah. Aku koyak gila. Hati aku sakit gila. Aku rasa dikhianati, tak dihargai, tak diperlukan, didustakan dan pelbagai benda negatif. Dan aku tak sangka, suicide thoughts aku sampai dua kali. Sekali masa dalam bilik aku tengah sorang sorang, i felt the sudden urge to hang myself. Sekali masa aku dekat penang, aku dekat rumah tingkat 30, aku pandang beranda, rasa nak terjun.

Trust me, alhamdulillah aku sedar masa tu. Kalau tak, mungkin tak dapat lah aku menaip sekarang ni. I dont want to talk more about my mental health in this post, aku cuma nak cerita pengakhiran semester ni je. Tapi itulah antara apa yang jadi sem ni. Dan sekarang, aku takut nak final exam. Aku macam lost apa yang aku belajar sepanjang sem ni.

Apa pun, semoga semua survive sampai habis ni. Semoga semua A A A A A A A A. Semoga semua dilindungi Allah. Semoga semua diberikan kekuatan mental. 

p/s: Maybe i will talk about my mental health later. I felt sick, i feel sick. Not that okay but just gonna pretend everything is okay rn. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-