Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

27 September 2025

New Things, Same Me

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Can you ever imagine for you to change yourself? Saya sungguh selesa berada dalam zon selesa saya. Berfikir dengan cara saya. Hidup dengan cara saya. Until someone came in and try to change my habit.

Ramai yang kata perubahan memang perlu dalam kehidupan kita. Cuma sejauh mana sesetengah perubahan tersebut memang adalah untuk kebaikan hidup kita? Adakah betul untuk diri kita? Atau perubahan tersebut adalah untuk memuaskan hati orang sekeliling?

Sebelum ini saya pun pernah juga cuba untuk ubah sikap orang terdekat. Sebab saya rasa dia perlu berubah untuk saya teruskan hidup saya dengan cara saya. Tetapi tidak berjaya. Dan di situ saya mula fikir yang kalau orang tersebut sememangnya mahu berubah, tak perlu disuruh. Jika saya yang terluka dengan perbuatan tersebut, saya yang perlu 'walk away' atau terima keadaan tersebut.

Tetapi sakit juga ya bila orang yang sama cuba untuk ubah diri kita. Di saat dia tidak mahu untuk terima pendapat saya, dia pula sebaliknya. Mahu kita berubah dengan alasan kononnya untuk kebaikan diri saya. Walaupun perkara tersebut tidak mengganggu kehidupan saya, tidak menyusahkan orang sekeliling, dan yang paling penting tiada pendapat yang diminta.

Sungguh terluka. Hanya sekadar sesi penceritaan menjadi sesi air mata. Cerita yang dikongsikan hanyalah sekadar untuk memenuhi ruang, bukan untuk dijadikan sesi yang suram. Terus tiada kata yang keluar dari mulut masing masing. Saya terus hanyut dengan pelbagai tanggapan dan perasaan. 

Dari pandangan saya, saya terluka dengan kata kata yang mungkin ada betulnya tapi intonasi yang digunakan sangat menyakitkan. Dari pandangan dia, tiada sebarang kesalahan yang dibuat. Dua dua tidak mengalah. Akhirnya hanya mampu menganggap perkara tersebut seperti tidak berlaku untuk tidak mengeruhkan keadaan akan datang. 

Sakit.. kan?


Amanina Mohd Tarmizi -my life-

14 January 2025

Cukai 2024

 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera pipol, 

it has been a whileee. Gone for a year and a half, has been busy with life dan macam macam benda yang perlukan perhatian. Terutama diri sendiri ofc. But moving forward in 2025, kita tinggalkan perkara yang tidak penting. Fokus dengan yang ada sahaja.

So, what's new di tahun baru? Jom lah kita celik cukai. I meant, it is something yang orang makin celik lah zaman sekarang. If I'm not mistaken, dalam silibus sekolah pun dah ada dimasukkan berkaitan dengan cukai ni. Aku dulu masuk degree baru nak belajar pasal cukai. Jadi silibus tu sesuai lah dengan peredaran zaman. Ecewah. 

Yelah, umur pun dah berapa. Kiranya umur yang dah bekerja, yang dah wajib/perlu untuk declare cukai. So kenapa dengan cukai? Kenapa kena bayar cukai apa semua tu, I'm sure you guys boleh cari everywhere. Untuk ini untuk itu, semua lah. I just want to share the timeline and how you guys nak start untuk berjinak dengan benda ni. 

Untuk submission, setiap tahun akan bermula pada 1hb Mac. Untuk semua lah. Yang bekerja, yang berniaga, yang part time, yang freelance. Semua pendapatan kena declare. Macam mana nak tahu dah kena declare? Kalau ada bisnes, terus je declare. Kalau makan gaji, letak lah benchmark gaji dah 36k setahun, terus declare. Yang makan gaji, better submit before 30/4. Yang bisnes, better submit before 30/6. Sebab pembayaran cukai pun perlu diselesaikan dalam tempoh yang sama. 

Declare tidak semestinya akan bayar cukai.

Kalau pendapatan setahun bawah daripada 35k, dan anda ada banyak pelepasan yang boleh digunakan, tinggi kemungkinan tiada cukai. Kemudian memang komited bayar zakat setiap tahun, pun boleh tolak cukai juga. 

So nak mula macam mana? Daftar mytax. 

https://mytax.hasil.gov.my/

Guna ic dan buat password sendiri. Kalau tak boleh guna website, boleh download je apps mytax dalam phone. Pun boleh. Zaman now everything di hujung jari. 

Dah?

Okay. Sekarang, kena pilih borang.

Makan gaji, Borang BE.

Bisnes sendiri, Borang B.

Kalau penggajian, boleh refer borang EA (swasta) atau EC (kerajaan). Mesti dapat kalau anda bekerja. Kerja sebulan je? Pun patut dapat. Minta je dekat majikan. Dalam borang tu adalah ringkasan pendapatan sepanjang anda bekerja dengan majikan bagi tahun tersebut. Jumlah yang ada pada borang itulah yang anda perlu declare. 

Kalau bisnes, kena buat akaun dulu. Kira berapa jualan, direct costs, expenses related to business, perbelanjaan yang tidak dibenarkan, elaun modal. Semua lah. Tak reti? Cari akauntan. Either you hire sendiri atau outsource, up to you. Just make sure you have penyata kewangan, baruuuu lah boleh declare.

Kemudian, refer dengan pelepasan yang dibenarkan untuk tahun tersebut. Setiap tahun akan ada minor changes tau, so make sure refer senarai pelepasan yang betul. Tak pasti? Boleh refer website LHDN. Masa isi borang tu pun akan ada senarai tersebut dan sedikit penjelasan. Tapi make sure pelepasan yang nak claim tu, beserta resit ya. Tak perlu upload tapi perlu simpan. Nak senang, upload dalam google drive sendiri ikut tahun. Kan senang. Tak ada lah resit tu pudar. HEHE.

Mudah kan? Senang je. Zaman sekarang pun banyak je penjelasan yang kita boleh dapat melalui media sosial. Tiktok, Twitter, Facebook. Bersepah. Nak taknak je. 

Sila lah declare cukai anda. Untuk kesenangan diri sendiri juga. Kena ingat, kalau ada family yang memang kerja kerajaan, gaji mereka tu dibayar daripada cukai itu juga. Jangan berkira nak bayar cukai. Kita ni sebagai rakyat, mana mana negara pun, tetappp kena patuh dengan undang undang negara. 

Itu sahajaaaa yang nak dikongsikan setakat ini. Harapnya blog ni lebih aktif lah lepas ni (ingat man, update!!). Any question? Just drop at the comment! See yaaa.


Amanina Mohd Tarmizi -my life-