Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

27 September 2025

New Things, Same Me

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Can you ever imagine for you to change yourself? Saya sungguh selesa berada dalam zon selesa saya. Berfikir dengan cara saya. Hidup dengan cara saya. Until someone came in and try to change my habit.

Ramai yang kata perubahan memang perlu dalam kehidupan kita. Cuma sejauh mana sesetengah perubahan tersebut memang adalah untuk kebaikan hidup kita? Adakah betul untuk diri kita? Atau perubahan tersebut adalah untuk memuaskan hati orang sekeliling?

Sebelum ini saya pun pernah juga cuba untuk ubah sikap orang terdekat. Sebab saya rasa dia perlu berubah untuk saya teruskan hidup saya dengan cara saya. Tetapi tidak berjaya. Dan di situ saya mula fikir yang kalau orang tersebut sememangnya mahu berubah, tak perlu disuruh. Jika saya yang terluka dengan perbuatan tersebut, saya yang perlu 'walk away' atau terima keadaan tersebut.

Tetapi sakit juga ya bila orang yang sama cuba untuk ubah diri kita. Di saat dia tidak mahu untuk terima pendapat saya, dia pula sebaliknya. Mahu kita berubah dengan alasan kononnya untuk kebaikan diri saya. Walaupun perkara tersebut tidak mengganggu kehidupan saya, tidak menyusahkan orang sekeliling, dan yang paling penting tiada pendapat yang diminta.

Sungguh terluka. Hanya sekadar sesi penceritaan menjadi sesi air mata. Cerita yang dikongsikan hanyalah sekadar untuk memenuhi ruang, bukan untuk dijadikan sesi yang suram. Terus tiada kata yang keluar dari mulut masing masing. Saya terus hanyut dengan pelbagai tanggapan dan perasaan. 

Dari pandangan saya, saya terluka dengan kata kata yang mungkin ada betulnya tapi intonasi yang digunakan sangat menyakitkan. Dari pandangan dia, tiada sebarang kesalahan yang dibuat. Dua dua tidak mengalah. Akhirnya hanya mampu menganggap perkara tersebut seperti tidak berlaku untuk tidak mengeruhkan keadaan akan datang. 

Sakit.. kan?


Amanina Mohd Tarmizi -my life-