Kepada yang sempat baca post yang baru dipadam tu, just wanna say that itu sebenarnya apa yang aku fikir selama ni. Itu tahap dah tak tahan pendam sangat dah tu. My insanity gone for a moment. Many things happened and seems like I could not handle it by myself.
What makes me deleted the post?
1. BTS. I keep on listening to their songs. And to understand it, I searched the lyrics. Many lyrics are all about self love. Improvement. Kadang tu ada lah yang menusuk, kadang biasa je. Tapi mostly kenalah dengan situasi diri sendiri. Yeah perjalanan hidup orang lain lain tapi ada certain benda kita boleh apply untuk diri sendiri.
2. Specifically, Taehyung. Pagi tadi kot? I watched Burn The Stage. And ada ayat yang kinda menyedarkan aku.
Unless you open up and share your feelings, no one can understand what you're going through. I had my guys there to listen.Aku sedar yang aku sendiri pilih untuk pendam segala perasaan aku. Aku kena cari orang untuk ceritakan masalah aku. Mungkin aku rasa benda tu akan membebankan orang tu tapi sebenarnya tidak. Tapi itulah masalahnya sekarang, aku masih rasa aku ni mengganggu hidup orang. Atau aku sendiri yang dah malas nak cerita dekat orang.
Aku rasa semua macam busy je dengan life masing masing, aku pun tak nak lah kacau. Tapi kadang aku tengok orang, aku jealous lah. Orang lain semua macam ada orang yang faham isi hati diorang, kenal betul betul. Aku tak tahu berapa ramai yang aku faham, apatah lagi yang faham aku.
3. Inche Gabbana. Aku baru habis baca 'Biar Tak Glamor di Dunia, Asal Popular di Langit Sana' pagi tadi. Ayat ayat yang buat aku sentap aku ada post dekat story insta. Benda tu buat aku sedar pasal ibadah aku. Kalau aku tak kukuhkan ibadah aku, macam mana hati nurani aku nak sihat? Asyik fikir benda bukan bukan. Dugaan para sahabat dulu lagi hebat, apalah sangat dugaan aku ni kalau nak dibandingkan.
4. Twitter. Aku ada jumpa ayat ni dekat twitter. Selama ni kan orang argue, depression ni tak semestinya pasal kita tak beribadah kepada Allah. Iman kuat pun boleh depress juga. And aku jumpa ayat yang boleh bidas ayat tu. From my pov, aku terima lah ayat tu. Aku tak ingat betul context ayat tu macam mana tapi yang dia kata;
Tuhan ada jawapan kepada semua masalah dan jawapan. Kita kena percaya. Kita kena usaha lah, betul betul rasa nak selesaikan masalah tu.
Ayat nya memang tak sama dengan apa yang aku tulis so aku interpret cara yang aku faham lah ya. Semua masalah dalam dunia ni ada penyelesaiannya. Kalau aku betul betul usaha, dekatkan diri dengan Allah, minta betul betul, insyaAllah masalah mental aku ni boleh dibetulkan. Tapi janganlah doa sahaja. Kena lah usaha juga.
Dan aku rasa aku lack of usaha selama ni. Aku tak approach orang untuk ceritakan masalah aku. Aku tak luahkan. Ada je orang yang sudi dengar masalah aku sebenarnya tapi aku dengan perangai keras kepala aku, aku asyik fikir yang aku ni membebankan. End up aku simpan sendiri. Aku sendiri tak cari penyelesaian.
Ya, aku sedar semua tu. Tapi self love aku masih kurang. Macam mana aku nak gain balik self love? Aku tak ada jawapan lagi. Aku sendiri rasa semua benda yang aku buat, semua tak cukup lagi. Aku tak confident dengan diri sendiri. Aku rasa diri aku tak memadai, tak mencukupi. Macam mana nak yakinkan diri aku yang aku ni okay? Entahlah. Aku memang rasa diri aku ni tak bagus.
So aku rasa perjalanan hidup aku yang akan datang ni adalah perjalanan aku mencari self love. Apa yang aku nak sebenarnya. And aku jumpa ayat ni dalam Bride Of Habaek;
If you need money to be happy, then what you need is happiness.
Semoga perjalanan mencari apa yang aku perlukan dalam hidup ni berjaya. Doakan.
I need some motivation in life. Aku penat bagi motivasi dekat orang lain. I need some for myself. Sekiann.
0 comment:
Post a Comment