Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

13 March 2020

Sin.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kita sekarang hidup dalam zaman yang mementingkan media sosial. Apa sahaja yang hendak diperkatakan, dikongsikan, ditayangkan; semuanya di media sosial. Masing masing mempunyai hak untuk bercerita mengenai apa sahaja di akaun miliknya, tanpa patut ada siapa yang menghalang. 

Namun, kita juga dalam hidup dalam zaman di mana setiap perkara yang kita lakukan, akan dihakimi oleh ramai orang yang mempunyai akses untuk melihat akaun kita. Sekiranya perkara itu baik, mungkin ia akan menjadi satu contoh buat semua. Jika sebaliknya, lain pula jadinya. Pasti pelbagai kecaman yang akan dilemparkan.

Tapi hari ni aku nak fokus cakap pasal sin (dosa). No doubt, semua orang adalah pendosa. We sin differently. Ada orang dosa dia A, ada orang dosa dia B. Tapi, apa yang mungkin menyebabkan sesuatu dosa itu lebih besar? (Okay, aku tak tahu peringkat dosa ni tapi cuba faham dulu apa aku nak cakap.)

Semua orang ada dosa masing masing. Tapi tolong, jangan (ha dua kata perintah tu) bangga dengan dosa kita. Dan, jaga pernah rasa nak buka aib sendiri. Sama ada bercerita secara depan depan atau dalam media sosial. Bila kita buka cerita yang buruk pasal diri kita sendiri, kita akan nampak macam benda tu tak ada apa. Tapi benda tu sebenarnya salah. Allah dah tutup aib kita, kita berdosa secara sembunyi (daripada orang) tapi kenapa kita bangga nak pergi beritahu orang yang kita buat dosa?

Yang paling bagus, bila kita sudah melakukan sesuatu perkara yang salah tu, kita sedar akan silap kita. (Tapi yang paling bagus sebenarnya sudah tentu menjauhi daripada melakukan perkara yang salah itu, jangan salah faham ya. Ni aku cakap kalau betul kita buat dosa tu.) Bila kita dah sedar dan kita tak ada pun bercerita dengan orang, perkara tu sebenarnya memudahkan kita untuk berubah.

Kita sedar kita salah, kita reflect diri, kita kembali kepada fitrah. 
Kalau kita sudah terlalu jauh dari fitrah, cari lah tempat (atau orang) yang boleh bantu kita kembali. Tunjukkan semula jalan yang betul, jauh dari segala maksiat dan mungkar. Selagi kita ada rasa bersalah selepas melakukan sesuatu dosa, itu tandanya kita masih ada iman. Jangan sia siakan iman yang kita ada. 

Iman tu sememangnya turun naik. Tapi jangan biarkan iman itu turun, turun dan turun. Kita kena ada usaha untuk naikkan balik. Bukankah kita ini hanyalah hamba yang hanya perlu berserah kepadaNya? Sama sama kita mengingatkan sesama kita supaya sentiasa cuba menjadi seorang muslim yang baik. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-

0 comment: