Assalamualaikum wbt.
What a long time I have been away. Didn't even realize it has been for six months. Last post tarikh 31 Ogos 2020. Masa tu dah mula latihan industri dekat Pandan Perdana. Mungkin jadi tak berapa nak betul sikit sepanjang latihan tu. Sibuk, serabut, penat, gelabah, takut, marah. Macam macam lah. Itu yang sampai tak sedar tinggalkan blog ni lama sangat.
Tapi sepanjang ketiadaan aku dekat blog ni untuk kemas kini mengenai diri sendiri, ramai je yang masuk blog ni. Especially baca post thumbprint tu. Harap masih membantu ramai orang di luar sana yang mempunyai situasi yang sama dengan aku lah.
So to update about myself, I have finished my internship for six months and now I am enjoying my semester break before I start my final semester in two weeks. Duduk rumah, tolong mana yang mampu, tidur, tengok drama, sembang dengan kawan. Begitulah hari hari. Keluar rumah? In this pandemic? I don't think so lah. Ada je keluar tapi tak sekerap dulu. Plus, aku dah pindah rumah. Jadinya aku dah jauh sikit daripada kawan kawan aku. Itu paling sedih lah.
Back to the title;
Ever feel that you can never be as good as someone you know? Like of course we know that different people have different skills, potentials and advantages. But sometimes we cannot avoid comparing ourselves to others. The reason?
I think maybe we want to be like and love by as many people as we want. Ambil contoh aku, diri sendiri. Aku tak pandai sangat memasak, pelajaran pun makin lama so-so je, cantik dalam pandangan diri sendiri, cubaan menjadi comel. Ada je orang dalam circle aku kata aku ni yakin dengan diri sendiri. Sebab aku selalu kata aku cantik. Well in fact, I want to be one.
Aku sedar, kita semua pandai dalam bidang masing-masing. Tapi kadang kadang aku tak mampu nak ketepikan perasaan aku yang cemburu dengan orang.
Oh, pandainya dia ni. Semua benda tahu, semua benda reti.Semua orang suka dia, tak macam aku.
Kadang aku rasa, pandangan dan pendapat aku terhadap sesuatu perkara tak membantu orang. Lagi kena judge adalah. Apa yang aku cakap kadang serba tak kena.
Perasaan tu datang tak adalah setiap hari. Tapi from time to time memang akan rasa. Aku dah lah dari kecil memang cengeng. Lepastu makin sensitif pula. Orang pandang aku yakin tapi masa dalam bilik aku banyak rasa down. Sebab aku rasa aku tak akan dapat jadi as good as that someone. Aku tak banyak membantu dalam keluarga. Kadang ada juga rasa yang aku ni bukanlah kawan yang baik. Dan tengah cuba jadi girlfriend yang tak annoying.
Masa aku tengah down, tak ada yang boleh elokkan perasaan aku.
Caranya hanyalah menangis dan tidur.
0 comment:
Post a Comment