Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Macam biasa, datang balik blog ni selepas ditinggalkan dalam keadaan yang sangat berhabuk. Itupun sebab dapat emel ada comment, kalau tak, kewujudan blog ni pun tak ingat dah. And of course, time to update about my life lah after so long.
My last post was about I ended my degree. Wow, dah hampir setahun habis belajar. My result was not that great pun lah tapi it was not that bad. Might say, setimpal dengan apa yang aku buat sepanjang belajar tu haha. Tak bersungguh sangat, tak main main sangat. Biasalah lepas habis belajar, mestilah dah kena fikir nak kerja apa, nak buat apa, nak kahwin bila. Eh.
So lepas je habis belajar, aku menganggur dalam sebulan lebih rasanya. Susah nak cari accounting firm yang boleh terima kelayakan aku dan yang boleh offer a good range of gaji. Macam macam juga aku apply. Mostly aku nak try masuk program yang company offer lah sebab aku tengok abang aku join Maybank through program. Kiranya ada masuk latihan dulu apa semua, baru slow slow serap. Begitu. Tapi semuanya aku kena reject. Masa tu aku just aktif cari kerja dekat portal biasa je.
Then satu hari aku ajak angah pergi beli sushi king, so we went to Bangi Gateway. Pastu angah nak masuk DIY, aku pun follow lah lambat sikit. Tapi aku duduk luar je sebab aku bawa makanan. Sebelah DIY tu, ada MR TOY. Nak dijadikan cerita, adalah iklan kerja kosong as cashier. Fikir dua tiga hari juga, nak ke tak nak ke tak. Sebab aku dah rasa bosan duduk rumah, dengan tak ada duitnya haha. So, I end up working there.
Pungpangpungpang, almost 8 months juga aku kerja sana. Sampailah tahap, tak boleh ni, aku kena cari kerja lain. The main reason is sebab aku rasa rugi aku tak gunakan degree aku and the other reason is gaji lah. Selain daripada working hours dan juga penerimaan orang dekat rumah. Alhamdulillah, my friend offered me to work in his company (boleh kata aku guna cable juga lah). Tapi aku pergi juga interview. On that day, aku ada 2 interview. And I got both of it. Selepas ditimbang tara, aku join company kawan aku.
So here I am. Kerja menggunakan kemahiran yang ada daripada sekolah sampailah degree, with a reasonable salary, with a good environment. Alhamdulillah.
I don't mind kerja retail tapi tu lah, memang tak ada masa untuk diri sendiri. Rasa seronok juga cuti weekday tapi one day isn't enough for me. Not to say yang kerja aku sekarang adalah my dream job sebab my dream already shattered tapi it is enough for me. Have a bunch of time for myself.
Dan aku nak bagitahu juga yang aku dah berhenti mimpi untuk jadi cikgu. I guess sampai di sini sahaja perjalanan aku untuk capai cita cita tu. Macam macam dah buat and I guess I need to know when to stop. This is the end. For now, aku cuma nak buat yang terbaik dalam kerja aku sekarang and try to improve apa apa yang boleh.
To those yang tengah cari kerja. trust me eveyrthing would be worth it. Sabar and trust God. Yang penting kita usaha dan selalulah minta doa mak ayah. InsyaAllah, ada rezeki. To those yang dalam perjalanan kumpul duit nak kahwin, we are in the same boat. Kenapalah susah sangat nak kahwin ni eh hahahahhahaha. Hope everything will be smooth for all of you.
Have a great weekend.
0 comment:
Post a Comment