Assalamualaikum wbt,
Di saat dunia sedang berkembang pesat, dengan pelbagai media sosial yang lajuuu dengan informasi dan berita. Tiba tiba terpanggil untuk ke dunia yang sedikit tenang. Mungkin sedikit merindui dunia penulisan, dunia membaca, slow pace. Tetapi hidup ini terlalu fast pace. Banyak sangat benda yang perlu dikejar. Kemungkinan besar tiada yang membaca blog dah zaman sekarang. So here I am, menyembunyi daripada manusia sejagat.
Penulisan akhir di blog tempoh hari, masih mengandung. Sekarang, anak pun dah hampir 1 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Dengan pelbagai perkara yang terjadi. Kehilangan itu ini, merindui orang sana orang sini, pergaduhan sana sini. Tapi masih di sini. Cuma mengharungi pelbagai perkara yang perlu dilalui oleh seorang hamba.
Hidup sebagai seorang ibu? Tidak sangka sepenat ini. Otak tidak pernah berhenti untuk merisaukan. Cukup ke itu, cukup ke ini. Selesa ke begitu, boleh ke begini. Kenyang ke dia, lapar ke dia. Di kerja fikirkan untuk cukupkan susu, balik fikirkan nak cukupkan makan. Weekend fikir cukupkan baju. Waktu lain fikirkan cukup ke perhatian yang diberikan. Kasih sayang yang diterima adakah cukup nak dibandingkan dengan rasa yang memberi perhatian.
Mak; anak 6. Aku di tengah no 4. Perbezaan cara penjagaan mungkin berbeza dari anak 1 sehingga yang akhir. Tapi yang sama, sayang semua. Macam mana mak larat jaga anak enam? Aku yang 1 pun mengah, tercungap. Sehingga aku fikir, cukuplah seorang sahaja. Tapi bila tengok, kesian pula sendiri. Tapi nak menjaga no 2 pun aku kena fikir panjang. Sangat panjang. Mungkin mampu dari segi kewangan tapi mampu ke dari segi mental dan fizikal?
Tapi satu yang paling aku yakin. Aku sayang anak aku.
Sebaik sahaja aku melangkah ke alam perkahwinan, banyak dah cabang hubungan aku yang sudah berakhir. Tiada jawapan untuk mengapa ia berakhir. Salah siapa, apa salahnya. Tiada yang tahu. Tiada yang tampil memberi penjelasan. Tidak tahu di pihak sana bagaimana tapi di pihak sini sungguh pedih rasanya. Seseorang yang melihat dan menjaga aku pada suatu ketika dahulu, kini tiada lagi di sisi. Tidak mati tapi tiada di hati. Mungkin kewujudan aku tidak penting untuk mereka. Atau ada salah aku yang tidak pernah diceritakan.
Berhari, berminggu, berbulan, bertahun. Mencari apa salah aku. Tapi disebabkan tiada perbincangan, bagaimana mungkin untuk aku tahu. Dan ia berakhir begitu sahaja. Aku pun membawa diri. Tinggal lah hanya suami dan anak. Kawan yang hanya beberapa, masih di sisi. Tapi sama juga. Tiada perjumpaan. Aku terlalu jauh dengan yang lain. Tapi dekat dengan keluarga sendiri. Itu pun satu rezeki.
Aku tak tahu apa yang aku belajar daripada kisah diri sendiri. Yang aku tahu, aku penat. Aku sakit. Aku terluka. Aku tercalar. Sebelum ini aku akan fikir, apa perasaan yang lain. Mereka okay ke tidak. Tapi kini tidak lagi. Kini hanya aku, aku dan aku. Perasaan orang tidak lagi menjadi keutamaan dalam hidup aku. Masing masing sudah dewasa. Aku tiada kenalan yang bisu. Jadi pasti tidak sukar sebenarnya untuk berkomunikasi dan berbincang. Tapi cukup sampai di sini sahaja semua isu. Buku pun sudah ditutup. Hanya gambar yang belum dibakar.
Marah? Mungkin kecewa. Terluka.
Kenalan yang berdekatan di tempat jauh ini pula, tiada yang mahukan aku untuk menjadi kenalan rapat. Sekadar kenalan. Jadi seperti tadi, tinggallah aku suami dan anak.
Aku berpegang kepada;
Jika satu orang yang tak suka kita, mungkin orang tu yang bermasalah. Tapi jika ramai orang tak suka kita, mungkin kita yang bermasalah.
Jadi setakat ini cerminan diri, mungkin aku yang bermasalah. Dan tiada yang sudi untuk memberitahu apa yang tidak kena pada diri aku. Maka aku dipinggirkan dan dibiarkan. Mungkin sudah masanya untuk lupakan semua yang sudah tidak sudi dengan aku.
Dunia aku, suami dan anak.
0 comment:
Post a Comment