Assalamualaikum wbt.
Perkara yang amat susah nak cari dalam kehidupan setiap orang ialah trust, kepercayaan. Sejak kita lahir sampai lah kita besar, kita akan dikelilingi oleh ramai orang sama ada kita kenal ataupun tidak. Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja. Ramai sangat orang yang kita dah jumpa dan akan jumpa. Tapi, dalam ramai orang yang kita kenal tu, berapa ramai je yang kita betul betul boleh percaya?
Isunya dekat sini, bukan kita tak nak percaya orang. Kadang kadang, kita tak termampu nak letak kepercayaan itu seratus peratus. Tak ada lah sampai tak ada langsung kepercayaan tu tapi yelah, besar mana je ye tak. Trust ni asalnya tak susah nak bagi tapi setiap orang ada pengalaman masing masing.
Ada sesetengah orang yang dikhianati oleh ahli keluarga sendiri. Daripada situ, kalau family sendiri dia dah tak boleh nak percaya, dekat siapa lagi yang dia nak percaya? Ada juga orang kena khianat dengan kawan baik sendiri. Suami isteri pun kadang kadang boleh betray. Dari situ datangnya perasaan susahh sangat nak percaya orang. Bukannya tak ada langsung orang yang baik dalam dunia ni tapi benda tu susah, payah nak cari.
Bila tengok dekat twitter, ada lah main hashtag tweet any lies yang diorang dah pernah bagitahu dekat opposite gender. Fuh seram baca weh. Dari situ, makin ramai yang susah nak percaya opposite gender. Mula duk kata "laki semua sama", tak pun "perempuan memang macam tu". Oh stop all this nonsense. Jangan sebab seorang, rosak satu jantina. Okay merepek.
Aku pun ada juga trust issues. Aku pernah baca;
Not all "I love you" is real.
Gedebuk bila baca. Sebab? Pernah kena. Mula je haritu, aku susah sikit nak percaya orang. Aku makin jauh daripada orang tapi sekurang-kurangnya aku makin dekat dengan keluarga ehe. Kalau nak dikira berapa ramai kawan baik yang aku ada, pakai jari tangan pun dah cukup. Tak payah nak pakai jari kaki. Bukan apa, takut kena lagi. Kalau nak dikira berapa ramai kawan baik lelaki, ada ke? Bukan nak sangat tapi.. cukuplah dengan adik lelaki tu ye dak. Semua benda yang jadi kalau difikirkan balik, ada sebab dan hikmahnya.
Kalau aku tak kena suatu masa dahulu, dapat ke aku jadi diri aku yang sekarang? Bagi aku, aku cukup sayang diri aku yang sekarang. Tak semua perubahan membawa kepada kerosakan. Dan daripada semua benda yang pernah jadi dari dulu sehinggalah sekarang, dapat buka mata aku siapa sebenarnya kawan. Like really really true friends. Kalau orang tanya siapa kawan baik aku, insyaAllah, dia lah orang pertama yang akan terlintas dalam fikiran aku.
Back to trust. Percaya orang tu tidak ada salahnya tetapi percaya tu pun kena pandai pilih orang. Bukan apa, takut memudaratkan masa depan. Bahaya. Hati hati ya. Jangan lurus sangat. Bengkok sikit. Eh. Beruang dalam fikiran (bear in mind);
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Biar orang buat kita, jangan kia buat orang. Dendam tidak membawa kepada kebaikan tetapi membawa kepada kehancuran.Sekian, mari menuju ke syurga!
0 comment:
Post a Comment