Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

21 July 2015

Kehilangan.

Bismilkahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pernah tak hilang barang? Hilang kunci ke, buku ke, hilang markah ke, eh. Adik pun baru je hilang kotak pensel tapi alhamdulillah dah jumpa balik. Misplaced, salah sendiri. Semua orang mesti pernah sekurang-kurangnya sekali hilang sesuatu barang milik sendiri. Ataupun orang lain punya. Itu parah. Aku pun baru je kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan aku.

Aku kehilangan atuk aku. Datuk aku sebelah ibu. Kami panggil arwah tokabah. Pagi 1 Syawal. dalam puku 530, mak ngah (adik mak) call. Aku tak angkat sebab dalam otak aku fikir "pagi-pagi macam ni call nak apa". Lepas tu, aku dengar kaklong (kakak) on the phone. Tapi aku tak dengar betul betul setiap bait ucapan dia. Habis sahaja otp, kaklong kejut mak. Kaklong cakap "mak, tokabah dah tak ada." Terus aku bangun. "Tadi akak tak angkat call........" Faham tak perasaan masa tu. Tak terungkap.

Mak dan ayah terus kejut adik beradik yang lain. Ayah terus mandi dan solat. Yang lain pun sama sambil kemas semua barang untuk pulang ke Temerloh, Pahang. Masa tu kami di Seremban, Negeri Sembilan. Dah bersiap siap untuk raya. Siap sahaja semua orang, kami bertolak hampir pukul tujuh pagi. Biasanya, dari Seremban ke Temerloh mengambil masa kira-kira tiga jam lebih. Tetapi disebabkan kesuntukan masa, kami mengambil laluan Seremban-Kuala Lumpur-Temerloh. Kami tiba di Temerloh dalam pukul sembilan pagi.

Sebaik tiba di sana, kami turun ke rumah mak su (adik bongsu mak) kerana jenazah ada di sana. Masuk je aku dalam rumah, aku dah nampak mak dah menangis sambil peluk tokmak. Tak pernah aku tengok mak nangis sebegitu. Gugur air mata selaju lajunya. Ramai juga orang yang datang. Kami sekeluarga duduk membaca yasin. Mak ngah dan mak su sedang membuat segala persiapan. Sekitar jam sepuluh, jenazah dimandikan. Dan proses seterusnya dilakukan berterusan sehingga lah dikafankan. Sebaik sahaja selesai, aku tengok adik beradik aku dan sepupu aku menangis sehingga tak cukup air mata.

Ini merupakan kehilangan yang pertama untuk keluarga di sebelah mak. Selesai segala perkara, aku tengok tokmak tak henti nangis. Mak dan mak ngah pun macam tu. Kehilangan yang tidak diduga. Alhamduillah selesai segala perkara (termasuk tahlil), kami duduk di rumah tokmak. Apa aku rasa masa itu ialah "rumah ada orang tapi rasa kosong." Arwah tokabah dah seminggu sakit tapi tak sangka pula..

Lepas ni, bila balik kampung, tak ada dah yang nak cakap "amaninaaaaa!" dengan suara yang ceria. Tokmak pun duduk rumah mak su. 2 Syawal, pagi pagi kami ke kubur. Mengikut kebiasaan orang kampung, ziarah kubur beramai-ramai pada hari raya kedua. Sebaik sahaja kami mula membaca yasin, tokmak terus nangis. Yang aku mampu buat ialah mengusap belakang tokmak. Mak pun mula mencurahkan air mata.

Pagi tadi, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami kemas barang barang atuk. Tiba-tiba abang aku cakap "Along, ambik baju ni." Baju wartawan atuk. Pandang je baju tu, merah rasa mata. Bila tengah duduk sama-sama, kadang kadang tokmak cerita pasal arwah tokabah. Sebak. Hiba.

Atuk, semoga atuk tenang di Sana. Semoga atuk ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiin.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

0 comment: