Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekarang ni kan, ramai yang agak tak puas hati dengan cara orang lain layan kita. Orang tu sakitkan hati kita lah, orang tu tak layan kita lah, orang tu fikirkan diri sendiri lah dan lain lain. Biasa lah, hati manusia. Memang mudah terasa. Kadang kadang benda kecil pun boleh jadi besar. Kadang bukan apa pun, terambik pen kawan tak pulang je, boleh bawa gaduh. Itu contoh lah. Sekarang ni budak sekolah kebanyakannya kaya, satu hari duit belanja sampai sepuluh ringgit. Aku sekolah rendah dulu nak jumpa dua ringgit pun payah. Okay, abaikan.
Kalau kita ada rasa sakit hati dengan orang, cuba ambik cermin. Cermin balik diri kita, reflect ourselves. Ada ke tak kita layan orang macam tu? Kita ada buat perangai tak elok tak dekat sesiapa? Ada tak kita sakitkan hati sesiapa? Bukan apa, kadang kadang, orang sakitkan hati kita sebab kita pernah sakitkan hati dia. Orang tak layan kita sebab kita yang tak layan dia. Orang pentingkan diri sendiri dan tak fikir pasal kita sebab kita dulu yang buat macam tu dekat dia.
Macam orang cakap lah, hidup ni umpama roda. Confirm kita akan akan kena balik masa kita ada dekat bawah. Bila dah kena tu, jangan pula kita salahkan takdir. Kerja nak menyalahkan takdir je.
"Ala dah memang takdir aku macam ni, dah tertulis macam ni."
No. Kalau kita sendiri tak ada usaha nak ubah takdir kita ke arah yang lebih baik, memang hidup tak akan berubah. Bila dah dilayan teruk, ambik cermin. Duduk. Tenung muka sendiri. Fikir balik, ada tak kita buat orang macam apa yang kita kena. Kalau ada, cuba cari apa punca kita layan orang macam tu. Mungkin masa tu kita tengah marah atau mood melayang layang ke kan. Fikir apa perasaan kita sekarang dengan perasaan orang yang kena dengan kita dulu tu. Sama ke tak. Jadi, cuba buang ego jauh jauh, minta maaf.
Mungkin kalau kita cerita apa salah kita dekat orang tu, orang tu akan lagi sakit hati dan tak nak maafkan kita. Apa kata cuba minta maaf atas segala perkara. Mengaku yang kita ni pernah buat salah dekat dia. Hidup kita ni, tak akan pernah tenang selagi kita tak minta maaf dekat orang yang kita buat salah. InsyaAllah, dipermudahkan. Kalau lah orang tu tak nak maafkan kita juga, serahkan semua dekat Allah. Doa banyak banyak agar dibuka pintu hati dia untuk maafkan kita. Walaupun masa tu kita yang tengah sakit hati.
Tapi dalam hidup ni, kita tak boleh juga jadi terlalu sensitif. Aku sendiri pun mengaku yang aku ni memang sensitif. Kalau dalam keluarga, aku lah yang selalu kena marah sebab cepat sangat nangis. Sikit sikit nak nangis. Orang buat sikit mulalah sentap. Dan aku masih macam tu. Sensitif ni pun ada baik buruknya. Kalau kita ni sensitif, orang yang nak cakap dengan kita pun akan berhati hati jaga percakapan dia. Sekurang kurangnya kita tolong dia supaya tak mencarut dan cakap benda benda yang tak elok. Sensitif ni buruknya, orang penat nak layan kita.
Kalau semua benda nak terasa, tak boleh juga. Kalau kita sekarang ni memang kuat sensitif, percayalah, satu hari nanti, kita akan jumpa orang yang lagi sensitif daripada diri kita. Masa tu lah, kita akan sedar yang betapa susahnya nak layan orang yang sensitif ni. Masa tu lah sebenarnya, kita dah cermin diri sendiri. Aku dulu sensitif juga, dan aku dah pun jumpa orang yang lagi sensitif daripada aku. Ya, sangat lah menyampah layan orang macam aku haha.
Sekarang ni, aku dah jadi makin sensitif. Sebab nya, aku sendiri pun tak tahu. Tapi sekarang ni, aku terlalu jaga hati orang lain. Orang datang lambat, orang cancel plan, orang tak nak dengar cakap, orang yang lupa kawan, macam macam lagi lah. Semua benda ni, aku tak marah depan orang tu. Kenapa? Tak kan hanya kerana satu kesalahan yang kawan kita buat, kita nak lupakan segala kebaikan yang dia pernah buat dekat kita. Ya, aku mengaku aku ada terasa dengan kawan kawan aku. Aku fikir yang diorang lupakan aku, lupakan aku, lupakan aku.. Tapi aku cuba fikir balik. Dalam hidup ni, aku bukan ada satu kawan je. Jadi, tak kan lah kawan aku tak boleh berkawan dengan orang lain.
Aku pun keluar dengan kawan aku yang lain. Tak kan kawan aku tak boleh keluar dengan kawan dia. Masing masing ada hidup masing masing. Kalau kita fikir positif pasal semua benda ni, hidup tak akan jadi masalah. Jangan sensitif sangat, nanti orang pun tak larat nak layan kita. Jangan terlalu melayan, nanti kita pula yang sakit hati. Jangan mudah cepat terasa, mungkin kita ada buat kawan kita terasa dengan kita sebelum ni.
Kalau dah ada rasa nak berubah, nak jadi lagi baik, teruskan. Tapi kalau dekat pertengahan jalan nak jadi baik tu ada macam macam halangan, ujian, dugaan: jangan mengalah. Sememangnya nak jadi baik ni macam macam dugaannya. Yang penting, kita istiqamah. Jangan rasa nak jatuh kemudian patah balik ke jalan yang salah. Sikap mudah berputus asa tu tersangat lah bahaya. Terutamanya bila ada kaitan dengan masa hadapan.
Kawan tu pun salah satu masa hadapann kita juga. Jangan sebab benda yang berlaku sekarang, kita hilang kawan yang sangat yang kita sayang di masa hadapan. Jangan. Sebab kita nak masuk syurga bukan setakat dengan keluarga je. Kita nak masuk dengan kawan kawan sekali. Dan kawan tu akan bawa kawan dia yang lain. Tak kan lah kita nak masuk syurga sorang sorang kan? Sebab tu lah kita kena saling membantu, saling menjaga. Kalau gaduh pasal benda kecil, selesaikan cepat, sebelum benda tu jadi besar. Api lighter tak ada lah bahaya sangat kan? Tapi kalau kita letak api tu dekat kertas yang bertimbun, dalam rumah, dekat dengan gas, bahaya kan?
Think twice or thrice, and wisely. Do not make a decision which you will regret in the future. Throw away all your ego, and say sorry. Yourself is important, so does friendship.
0 comment:
Post a Comment