Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mesti ada yang pernah jumpa tweet atau post macam ni;
Kalau perempuan beza setahun pun nak dipanggil kakak.
Lelaki beza 10 tahun rileks je panggil aku kau.
Okay tweet dia sebenarnya dalam bentuk dialog tapi aku malas. Masa jumpa tweet tu mesti ada yang macam sokong sangat tweet tu. Mulalah nak bandingkan yang perempuan ni macam tak boleh nak chill langsung. Lelaki macam sempoi sangat cakap kau aku.
Meh sini aku nak cakap. Panggil kakak abang tu sebenarnya tanda kita hormat dekat orang yang lagi tua. Okay, mungkin memang kebanyakan lelaki lagi tua tu pun malas nak dipanggil abang. Itu cerita lain. Kita sebagai yang lagi muda kenalah ada rasa hormat. Kalau tak keluar perkataan penuh 'abang' tu pun, sebut 'bang' slow pun jadilah. Asalkan kita dah hormat dia.
Yang perempuan panggil kakak pun kenapa nak marah? Salah ke? Kan beradab namanya. Bukannya main panggil nama je. Memanglah dia kawan juga tapi tetap kena ada rasa hormat. Apa yang susah sangat nak letak 'kak' dekat nama dia? Tak kena bayar pun panggil orang kakak atau abang. Barulah ada sivik dan kewarganegaraan. Rindu sekolah pula.
Benda ni sebenarnya kena didik sejak kecil dalam keluarga. Kalau yang anak tunggal tu lain lah. Ini yang adik beradik ramai. Kalau dari kecil tak diajar suruh panggil abang kakak semua tu, diorang tak akan tahu cara nak hormat orang lagi tua. Kalau dengan adik beradik dah panggil kau aku, kenapa dia kena panggil kakak abang dekat orang lain kan? Macam tak kena je. Keluarga sendiri pun dah tak hormat, memang lah dia tak hormat orang lain.
Bagi keluarga aku, memang kitorang dah mula panggil kakak abang adik semua dari kecil. Kadang kadang kalau rasa malas nak panggil gelaran sendiri, kitorang borak saya awak. Tapi itu semua bila dah besar sekarang je. Dulu, gelaran tak boleh hilang. Adik bongsu aku ambil masa sikit nak panggil abang dia yang beza dua tahun tu abang sebab rapat. Tapi nak tak nak, kitorang paksa juga. Ini bukan nak menunjuk atau apa, tapi aku cuma nak tekankan yang benda ni kena dididik oleh ibu bapa. Kalau ibu bapa tak ambil peduli, anak anak tak akan tahu. Itu yang sampai cakap dengan cikgu pun kau aku. Mana hilang rasa hormat?
Bagi aku sendiri, aku memang tak suka orang yang lagi muda daripada aku, panggil aku dengan nama je. Melainkan aku yang suruh dia panggil nama. Masa pergi kem, aku sorang je wakil sekolah. Dapat kawan muda setahun. Malas nak fikir masa tu, panggil nama je. Itu lain sebab aku yang suruh. Bila masuk sekolah menengah, ada sorang ni panggil aku nama. Sakit hati juga tapi aku layan je sebab dia baik. Tapi, aku dah tak ingat siapa orang tu. Maap.
Jadi sekarang ni memang junior akan panggil kak aman. Tak ada nya berbelit lidah sebut 'kak' tu. Senang je. Sekali nafas. Aku pun memang akan panggil orang yang lagi tua kakak. Rasa macam kurang ajar kalau nak panggil nama je. Tapi bagi kes nak panggil orang lain abang tu masih awkward sikit. Selain abang kandung dan abang sepupu, susah sikit nak panggil abang. Kalau borak dengan kawan abang pun, aku seboleh boleh nya elak nak panggil. Jadi borak je lah. Tak ada kau aku, saya awak, abang saya. Safe.
Tapi berdasarkan apa yang aku perhati, memang kebanyakan lelaki ni jarang dipanggil abang. Memang lah orang kata macam lelaki tak kisah dipanggil abang tapi bukan semua lelaki. Ada je dua tiga orang yang aku kenal, sedih sebab diorang tak dipanggil abang. Yang sorang anak bongsu jadi dalam keluarga memang tak dapat lah gelaran abang tu. Bila pergi sekolah pun tak ada yang panggil abang. Yang sorang lagi ada adik tapi tetap tak dipanggil abang. Bila dah tingkatan lima, dapatlah juga dia orang panggil abang.
Jangan ingat pendapat lelaki diterima oleh semua lelaki dan jangan ingat pendapat perempuan diterima oleh semua perempuan. Masing-masing ada pendapat sendiri dan masing-masing ada cerita sendiri. Kalau jumpa orang yang nak dipanggil abang atau kakak, panggillah. Kita tak tahu mungkin dia crave for that title.
Kita hormat orang ni, tak kurang pun kehormatan diri kita. Tak habis pun air liur tu. Bagi yang dah memang panggil orang kakak abang, teruskan. Bagi yang belum, mulalah sekarang. Hormat orang lain sekiranya kita juga rasa hendak dihormati.
0 comment:
Post a Comment