Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
It's already March!! Okay dah lama dah tapi saja nak cakap juga hehe. Semester dua ni rasa macam laju betul. Macam tak belajar apa apa, eh tiba tiba dah nak cuti midsem. Kerja tu ada je tapi macam tak ada. Yang itu tak tahu apa kes lah haha salah sendiri kot. Lepak bilik macam tak ada kerja sungguh kahkah.
Menulis? Ya, aku suka menulis. Sebab bagi orang yang tak ada suara macam aku ni, dengan menulis lah aku luahkan banyak benda. Bukan nya bisu. Aku selalu fikir yang bila aku nak bercerita, tak akan ada orang nak dengar. Jadi, lagi baik aku tulis. At least, perasaan tu dah terluah dan aku tak perlu fikir orang dengar ke tak. Siapa je suka bila kita tengah bercerita tapi orang tu tak fokus dekat kita kan.
Aku dulu pernah lah juga ada diari. Diari tu pula macam macam jenis. Dulu aku pernah ada diari untuk lirik lagu yang aku buat sendiri HAHA siap aku buat tarian tau untuk lagu aku tu. Itu masa sekolah rendah. Ada juga diari untuk aktiviti seharian. Merepek lah, macam biasa. Dengan tulisan yang bukanlah lawa mana.
Masa sekolah menengah pula, aku ada diari untuk kisah percintaan aku. Amagad geli geli sungguh. Tapi buku tu dah buang rasanya. Itu kalau dapat orang baca, aku rasa baik aku pindah negara lain haha memalukan betul. Tak apa, benda dah lepas. Layak kena bakar sebenarnya buku tu.
Tapi aman dan diari? Memang tak ngam langsung. Aku tak consistent. End up nanti aku tinggalkan je buku tu. Even planner yang aku beli untuk tahun ni pun aku dah kurang sentuh. Nak kata aku cepat bosan, erm, mungkin? Tapi aku kurang sikitlah bab menulis dekat buku ni. Sebab itu lah, blog ni hidup. Sebab aku rasa menaip lagi seronok daripada menulis kot haha.
Macam ada yang tahu, aku start buat short story dekat insta story masa semester satu matrikulasi. Aku teruskan buat untuk semester dua juga. Masuk ukm pun, aku buat juga untuk semester satu. Alhamdulillah, ada respond yang baik. Awal awal dulu, aku rasa macam menyemak bila aku buat story banyak banyak. Rasa kesian dekat orang. Tapi aku rasa itu perasaan aku je. Self confidence tu kurang sangat.
Apa masalahnya share story? Orang lain buat juga.
Sebab aku terlalu fikir kot apa yang orang fikir pasal aku. Aku serious kena kurangkan fikir macam tu. Well, pandangan orang tu penting tapi kalau setiap masa fikir orang, satu benda pun tak tercapai. Dulu aku risau juga, kalau aku buat cerita ni, ada ke orang nak baca? Sampai lah i come across with these;
Teruskan menulis. Setiap penulisan akan ada pembacanya sendiri.
Terkesan juga lah di hati. Jadi, aku akan terus menulis. Tak kisah lah dekat blog ke, dekat insta ke. Aku cuba tulis benda benda yang ada manfaat, tak pun menghiburkan tapi tak menyakitkan. Tapi macam biasa lah, kalau nak tulis cerita ni, bukannya boleh main tulis je. Kena ada idea, jalan cerita kena cantik.
Jadi untuk cerita semester dua ni aku masih tak ada idea. Bak kata orang, writer's block kot. Eceh acah je. Hm, harapnya dapatlah idea sebelum study week nanti. Eh, ada ke study week? Itu pun masih meragukan. Wahai idea, pls come to me. Kalau menulis dekat blog, kena ada idea je nak tulis apa. Tapi bila nak buat story dekat insta, aku kena ambil gambar sekali. Baru lah ada kelainan sikit kan ((walaupun dekat insta sekarang boleh tulis juga hehe.))
Anyway, kalau sesiapa ada idea atau nak share story, silakan. Amagad ada ke yang baca ni huhu. Kalau ada, I will really appreciate it. Nanti saya bagi kredit hehe. Sekian.
0 comment:
Post a Comment