Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ini baru habis kelas citra, terus balik bilik, terus buka laptop. Sebab hari ini, sentap masa dalam kelas haha. Ada dua situasi:
1- Ahmad ada pasangan, Aminah. Masa cuti, dia minta izin mak Aminah nak bawa Aminah pergi kursus kahwin. Mak Aminah pun berterima kasih sebab sudi bawakan sebab mak dia pun tak mampu nak bawa. Maka, pergilah mereka.
2- Samad ada pasangan, Salbiah. Masa cuti, dia minta izin mak Salbiah nak bawa Salbiah pergi kursus kahwin. Mak Salbiah tak bagi. Maka, pergilah Samad sendiri.
Mana satu yang lagi elok? Fikir dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Well, I was thinking the first one is okay. Why not kan lelaki tu tolong bawa sebab mak si perempuan tak mampu. But no! The first one LOOKS like okay, sebab itu dah menjadi norma kehidupan kita. Tak ada masalah pun kalau lelaki dengan perempuan keluar berdua, siang atau malam. Ibu bapa pun bagi lepas macam tu je.
The reason why I'm interested to talk about this topic is sebab baru je semalam, aku cakap macam ni dekat kawan aku;
Tak boleh ke aku jalan berdua dengan lelaki? Asal jalan je mula nak kata macam macam. Kawan je pun. Orang lain boleh je. Tak ada orang cakap apa apa.
I think I wanted to be part of this norma. Tapi kata kata dr dalam kelas pagi tadi buat aku fikir balik, kenapa aku nak kena timbulkan fitnah. Dahlah zaman sekarang ni memang macam macam fitnah muncul. Ada hikmah rupanya kenapa aku terfikir pasal benda tu semalam, terus dapat jawapan hari ni.
To make myself clear, bukannya aku nak sangat jalan dengan lelaki. Tapi kalau dah ada benda nak dibualkan, dibincang, atau ada benda lain, takkan aku nak elak. Bukannya suka suka. Tapi aku rasa, benda ni akan buat aku berfikir banyak kali lah kalau nak jumpa dengan lelaki. Tbh, aku memang jenis yang susah nak cakap lelaki tapi kalau aku dah selesa, aku anggap dia macam kawan perempuan aku yang lain lah.
Memang pada pandangan mata kita, kita tak buat apa apa. Dan ada je yang guna konsep peduli apa orang nak kata kan. Tapi zaman sekarang ni, banyak benda kita kena ambil peduli. Kadang kata kata orang tu ada betulnya. Kalau benda tu boleh buat kita jadi lebih baik, apa salahnya kita dengar.
Sebagai seorang perempuan, cubalah jaga maruah diri kita. Aku tak kata berkawan tu salah. Aku pun berkawan juga dengan lelaki, makin ramai pula tu bila masuk universiti haha. Tapi, try to have your own girls circle. Kalau asyik berkepit dengan lelaki, janganlah marah bila orang kata macam macam. Mulut orang, tangan orang, susah kita nak halang.
Sebagai seorang lelaki, tolong jaga diri juga. Jaga perempuan juga. Tapi tak payah jaga 24/7 kay HAHA kalau nak, lepas kahwin boleh. Jangan galak sangat ajak anak dara keluar.
Aku pun tak reti sangat nak cakap tapi kita semua tahu lah kan, kita kena jaga diri kita sendiri. Ada effort dulu. Cegah lagi bagus dari rawat kan. So, better elak dari awal daripada nak betulkan kesilapan. Harapnya ada lah yang faham apa yang aku cuba sampaikan. Sebab kadang kadang benda ni tak boleh dipaksa.
Bak kata dr;
Kalau dia sedar sendiri kesilapan dia bila ditegur, daripada dimarah, itu lagi bagus.
Sekian.
*post ni petang sebab pagi tadi bila tengah taip, baru teringat kena pergi resume clinic, itu yang lambat post.
0 comment:
Post a Comment