Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
I have been on semester break for these past three months. My semester will starts next Tuesday, kembali ke kolej terchenta. Sepanjang cuti ni, macam macam kejadian jadi. Yang happy banyak, yang sedih banyak, yang geram banyak. But I will focus on certain things je lah.
Ada satu hari, aku balik kampung dengan ayah. Then masa otw balik, ayah tiba tiba masuk topik buah hati kahkah. Ayah tanya pasal angah, then abang, dan sampailah kepada diri sendiri. Aku cakap lah yang aku ni bukan reti cakap dengan lelaki. Then ayah cakap;
Tak apa, tunggu kerja nanti.
I have been liking the same guy for like maybe almost five years. And last year I confessed. Tapi jawapan dia tergantung. Itu yang duk sangkut dengan lagu Tergantung Sepi. Dan tahun ni, segalanya berakhir. Sebab? Sebab dia tak wish birthday je. Nampak simple tapi aku faham lah maksudnya. Kalau dah tahu tak suka, kenapa tak cakap je dari dulu? Main gantung gantung pula. Okay tak apa, cerita tu tamat dah.
Sejak tu lah aku cakap aku tak nak kahwin. HAHA extreme kan. Ayah kata tunggu kerja. Macam jauh lagi je. Sebab? Aku belajar empat tahun. Habis degree, aku nak ambil diploma. Maybe dalam dua tahun. Lepastu mesti lah aku nak sedap kerja dulu. Then? Ingat senang senang je masa tu ada lelaki yang nak dekat aku? HAHA HAHA.
Yang geram? Mostly banyak dekat diri sendiri. Aku banyak sangat salahkan orang lain tanpa cermin diri dulu. Bila aku habiskan baca satu novel hari ni, ada moral yang aku dapat dalam buku tu. Mungkin aku banyak pandang orang dengan rasa tak puas hati. Padahal orang tu tak rasa macam tu pun. I reflected on myself. Aku sedar salah aku. Dan mungkin, dengan cara aku tak rapat dengan dia je adalah jawapan untuk tak sakitkan dia dah.
Aku tak nak lah sebab aku perangai sensitif, mengada, membawa susah orang lain. Aku rasa aku ni banyak menyusahkan. Jadi nak elakkan benda tu, aku yang kena walk away dari hidup orang. Mungkin lagi senang kalau aku fikir macam tu. Last last, aku just ada family aku. The only place yang aku selamat bila balik.
Yang happy? Aku enjoy dengan drama, musik, novel, jalan jalan sepanjang cuti ni. Aku rasa aku dapat nikmati betul betul cuti aku kali ni. Dan aku kena tebus balik semua kegembiraan ni dengan bersusah payah untuk semester akan datang. Dah sedap cuti, kenalah hadap balik kesusahan kan.
Dan kalau aku nak happy happy in the future, aku kena susah dulu. Kata nak dekan. Kata nak sambung belajar lagi. Kata nak jadi cikgu. Kata nak ada rumah besar. Kata nak ada driver. Kena lah gila sekarang kan. Dan disebabkan kakak abang aku dah set line ((diorang dapat first grad masa degree)), aku kena lagi gila. Gila belajar.
Tapi sepanjang aku menjalani kehidupan aku, yang paling penting adalah buat segala galanya kerana Allah. Parents, dan kepuasan diri sendiri. Yang penting, aku tak lupa untuk pentingkan diri sendiri. Aku dah lama sangat sayang orang yang tak sayang aku. Kalau bukan aku yang nak sayang aku, siapa lagi?
And people might find it lame bila aku layan korea semua tu. Actually I found something yang buat kan aku kuat. Aku mampu senyum balik. And I love them for that. Walaupun diorang tak kenal aku siapa, diorang mampu buat aku happy. And I just hope I can really love myself for being me. My precious, me and myself.
Kalau bukan aku yang sayang aku, siapa?
0 comment:
Post a Comment