Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

26 July 2020

A Thing I Miss.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sihat ke tu semua? Tak sangka last update masa PKP, sekarang dah masuk PKPP dan mungkin PKPD bakal muncul kembali kalau masing masing tak jaga diri. Mana taknya, sekarang kes makin meningkat semula, semua keluar tanpa mask macam cik corona tu dah lenyap secara keseluruhan. Geram tahu. Apa pun, jaga diri masing masing, pakai face mask, sanitize tangan selalu dan tak perlu keluar rumah kalau tak ada perkara yang penting.

Anyway, hari ni rasa nak throwback sikit zaman sekolah sebab kisahnya malam tadi mimpi sekolah. Mimpi kena masuk dewan untuk perhimpunan tapi tak bawa student planner. Lepastu pergi kelas nak ambil, eh, kelas kunci. Dah lah penat berlari lari pergi kelas, tak boleh ambil pula haha. Tapi mimpi tu buat rasa rindu sekolah. Tapi A Thing I Miss yang aku nak cerita bukan pasal sekolah tapi pasal berjalan.

Aku dulu balik sekolah sama ada naik bas atau jalan kaki. Kalau naik bas, yang lamanya menunggu bas tu sampai lah. Kira macam nasib lah kalau bas tu sampai as soon as keluar sekolah tapi benda tu boleh dikira lah berapa kali je jadi. Makanya, kalau aku rasa malas nak menunggu, aku terus balik jalan kaki. Sendiri. Tak ada teman. Lagipun jarak ke rumah kalau jalan kaki adalah dalam 30 minit. Itu kalau betul betul menikmati perjalanan tu lah.

Satu benda yang aku suka pasal jalan kaki ni adalah aku dapat bersenam. Kita kan digalakkan untuk berjalan 10,000 langkah sehari. Tapi sejak PKP ni, makin susah lah kan nak buat. Tapi kalau ada masa tu, jalan je lah keliling rumah haha. Bila aku berjalan, aku dapat bersenam, aku dapat tengok pemandangan, aku dapat tengok orang. Tapi aku tak suka sangat jalan dengan orang. Sebab nanti kena bercakap. Aku perlukan masa untuk aku bersendirian tapi masa yang sama aku boleh tengok gelagat orang.

Habis sekolah, masuk matrikulasi. Masa tu pun nasib baik ada kawan yang selalu nak turun, tengok orang, jogging. Aku suka. Tapi masa di matrikulasi, aku tak suka keluar sorang. Sebab? Mana mana mesti ada muka yang aku kenal atau yang kenal aku. Itu yang aku tak berapa nak suka. Masa sekolah, kalau aku jalan, orang tak kenal aku, aku tak kenal orang. Seronok.

Ingat lagi masa matrikulasi, kami ada buat explorace sempena apa entah. Aku antara yang lead kumpulan untuk lari sampai ke checkpoint dulu. Sampai groupmate aku tanya, "Memang suka lari eh?" HAHA aku tak ada lah suka sangat lari tapi dah ada kesempatan, aku manfaatkan. Aku suka rasa penat lepas berlari tu. I don't know.

Masuk universiti, aku tetap dapat berjalan masa tahun satu dan tahun dua. Sebab fakulti aku taklah jauh mana dari kolej. Jarak dia okay lagi lah untuk aku jalan. Oh lagi satu yang aku suka berjalan ni sebab dapat keluar peluh. Bayangkan, jalan tu dah keluar peluh gila gila, balik duduk kejap then mandi. Fuh, nikmat. Dulu masa tahun satu adalah juga jalan dengan orang. Orang tu, orang ni. Masa tahun dua, dah kurang sikit. Selalu jalan sorang.

Masuk tahun tiga, aku pindah kolej. Kolej tu pula memang hujung kampus. Jadinya, mustahil untuk aku jalan kaki balik kelas dari fakulti. Kalau buat tu, maksudnya mungkin aku tengah tak betul masa tu tapi setakat ni tak ada lagi lah. So, aku memang naik bas pergi balik. Aku lagi banyak termenung je lah. Sebab perjalanan balik kolej tu makan masa 30 minit juga lah. 

Perjalanan 30 minit jalan kaki dengan 30 minit naik bas sangatlah berbeza bagi aku. Sebab kalau naik bas, kita duduk je. Tengok orang. Aku kadang nak main phone pun tak boleh sangat, nanti pening kepala. So tengok je lah luar tingkap tu. Kalau jalan kaki, aku dapat penatkan diri, so aku tak perlu nak pergi bersenam lagi dah. 

Kita selalu rindu benda yang kita dah tak ada. Tapi masa kita ada, kita hargai tak? 

Sebab itulah, kita kena jaga dan sayang elok elok segala perkara yang kita masih mampu nak buat, masih boleh jaga. Bukankah, menyesal kemudian tiada guna. Di sebalik kerinduan aku terhadap berjalan, aku hilang nikmat aku untuk bersenam dengan cara yang aku suka. Itu pun suatu kehilangan.

Sekian luahan perasaan.
Ingat, pakai face mask, bawa hand sanitizer dan duduk rumah. 

Amanina Mohd Tarmizi -my life-

0 comment: