Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hey! 31st August! Selamat Hari Kebangsaan yang ke 63 kepada semua. Dan tarikh ni juga merupakan tarikh sepatutnya habis dah PKP kita tapi malangnya disambung lagi sampai 31 Disember. Tak apa lah, semoga kita berjaya melawan covid ni dan negara bebas daripada penyakit ini. Aamiinn.
Jadi, tajuk hari ini adalah mengenai lelaki. Tapi bukanlah aku nak cakap pasal jodoh ke apa. Aku nak cakap pasal pengalaman dan perasaan sendiri. Aku membesar dengan rasa takut terhadap lelaki. Dari kecil dah kena kacau dengan lelaki yang tak layak digelar cikgu, dengan lelaki yang tidak dikenali, dengan lelaki yang dikenali, lelaki yang lagi besar daripada aku, lelaki yang mulutnya lantang dengan caci maki.
Bukanlah aku tak pernah bercinta dengan lelaki tapi pengalaman itu pun membuatkan aku tak suka lelaki. Lepas break, tipulah tak ada lelaki yang aku suka tetapi hanyalah crush semata mata. Aku sendiri memang tak bercakap sangat dengan lelaki melainkan keperluan kerja. And I'm fine with that. Dari dulu, aku tak sabar nak tengok adik lelaki aku cepat besar supaya dia boleh jadi bodyguard aku. Alhamdulillah, besar sungguh dah sekarang.
Kalau nak cakap pasal kena kacau dengan lelaki ni, tengok sajalah di twitter. Rata rata perempuan pernah dikacau diganggu dengan macam macam cara. Aku malas nak cerita detail pasal benda ni tapi aku pun salah satu perempuan itu. Benda ni membuatkan aku rasa tak suka lelaki, benci lelaki. Aku tak suka kalau ada lelaki nak try ke apa ke. Sampai satu tahap, aku tak rasa nak kahwin. Yang rapat dengan aku tahu lah macam mana aku masa tu.
Aku tak ada nak suka orang. Setakat pandang pandang tengok tengok macam tu je lah, tak lebih. Walaupun kadang kadang jealous juga tengok orang lain bercinta tapi masa tu sungguh betullah tak suka lelaki.
Kawan aku selalu nasihatkan;
Tak boleh nak pukul rata kata semua lelaki tu sama.
Kalau dulu, ya, memang aku pukul rata. Sebab dah pernah kena. Dan aku taknak kena lagi. Tapi, bila aku tengok balik, ada je lelaki yang baik. Dan untuk sekarang, aku ada satu lelaki yang baik dengan aku. Walaupun aku selalu cari pasal, entahlah apahal dia ni taknak gaduh dengan aku. Dan, kawan aku ingatkan lagi;
Mana lagi nak jumpa lelaki yang boleh tahan dengan awak macam ni.
Betullah tu. Aku taknak cakap bukan bukan. Aku harap semuanya baik sahaja untuk sekarang, dan di masa depan.
Tapi kejadian semalam buatkan rasa takut aku dengan lelaki datang balik. Kita ni sebagai manusia, memang kena buat baik dengan orang. Tapi kalau aku dah tak selesa dengan orang tu, aku tak rasa aku kena layan baik. Dan aku memang tak layan. Bila kena kacau balik semalam, aku nangis. Aku takut. Aku teringat balik semua benda yang jadi dekat aku. Aku jadi tak suka balik dekat lelaki. Dan malangnya, rasa tu aku lepaskan dekat encik dia. Tak pasal pasal dia jadi punching bag, sampai lah pagi tadi. Padan muka dan terima kasih.
Dan kita ni sebagai manusia, kenalah terima dan sedar. Tak semua orang suka kita. Dan aku kalau tak suka, aku tak suka sungguh. Janganlah datangkan balik rasa benci aku dekat lelaki. Dari elok aku rasa nak kahwin, terus aku taknak dekat lelaki, kan dah satu hal nanti.
Aku tak nak ada rasa dendam dekat orang yang pernah buat jahat dekat aku tapi satu je aku minta, jangan datang balik. Aku tak nak. You live your life. Aku tak nak ambik tahu. Biarlah aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, dengan orang yang perlukan aku sekarang. Aku tak nak fikir lebih lebih.
Semoga perempuan di luar sana bertemu dengan lelaki yang baik baik dan masa yang sama kita perbaiki diri kita untuk jadi baik; untuk diri sendiri dan Lillahita'ala.
0 comment:
Post a Comment