Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tamatlah semester pertama di kolej matrikulasi selangor pada 17hb November, beberapa hari yang lepas. Sedar tak sedar, dah habis satu semester. Kalau dulu asyik fikir bila nak exam, bila nak habis, bila nak habis matriks, bila nak balik rumah. HAHA sebulan lebih tak balik, padahal Kuala Lumpur dengan Banting tidak lah jauh mana. Satu jam lah paling kurang.
As the typical aman, aku akan seperti biasa throwback segala yang terjadi sepanjang satu tempoh sesuatu benda berlaku. Bila dekat sana, bila tak ada internet, bila nak belajar, mesti banyak gila idea nak update apa. Idea melimpah ruah ibarat kuah maggi yang dituang dari kuali ke dalam mangkuk. Kes baru makan maggi beginilah.
To be honest, aku tak percaya aku jadi malas gila bila sampai study week. Aku tak tahu lah kenapa. Tangan ni gatal je nak buka laptop. Gatal je nak tengok drama. Maka aku terpaksa melangkah ke perpustakaan untuk mengelakkan tangan aku daripada membuat perkara yang tak sepatutnya. Tapi tak sangka pula bila naik tingkat atas, bising. Weh, perpustakaan kottt.
Maka aku pun terpaksalah belajar sambil memakai earphone/headphone dan dengar instrumental. Kalau tak, boleh mental agaknya aku. Dan sepanjang study week, macam macam pula jadi. Sakit hati sana, sakit hati sini. Sakit dengan rumet, sakit dengan classmate. Okay aku mengaku aku emo terlebih masa tu tapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang sampai bilik boleh bau sawit kan.
Dan sekali lagi sebagai typical aman, aku terpaksa buat buat macam aku tak marah pun. I can't even tell anyone pasal apa aku sakit hati, dengan siapa aku marah. Sebab macam tak logik langsung kalau nak terasa dengan diorang. Sebab? Kata rapat. Kata tak ada masalah. Kata baik. Kata sayang. Bukan nak kata baik tapi dari dulu lagi, sememangnya aku banyak bersabar dengan manusia keliling aku. Nak di marah, tak sampai hati. Atas dasar? Persahabatan.
Biasalah, dalam jalan menuju kejayaan atau kebahagiaan ni, banyak sangat duri dan paku atas jalan yang menghalang kita mendapatkan perkara-perkara tersebut semudah petik jari. Kalau perkara begitu mudah sangat untuk didapatkan, tiada yang akan berusaha untuk mendapatkannya. Tiada yang akan bersusah payah dan bertungkus lumus untuk pastikan perkata tersebut berada dalam genggamannya. Tiada yang akan menangis kegembiraan apabila sampai ke penamatnya.
Nabi Muhammad saw masa nak menyampaikan dakwah pun bukan semudah itu sahaja. Bukan sampaikan satu ayat, semua umat manusia boleh terima. Selepas bertahun tahun pun, masih ramai yang tak dapat nak menerima Islam itu sendiri. Even bapa saudara nabi sendiri tidak menerima Islam. Bahkan dia sendiri yang menentang agama tersebut daripada disebarkan. Betapa tabah, sabar dan kuatnya nabi.
Dan aku sentiasa berpegang kepada ayat ni, aku tak ingat sangat ayat yang tepat tapi lebih kurang lah.
Allah tak akan berikan sesuatu ujian yang hambaNya tidak mampu menghadapinya.
Sebab itulah, kalau aku sakit hati ke, nangis masa belajar, aku sentiasa ingat. Ujian ni Allah beri sebab Allah tahu aku mampu tempuh. Nak kejar kemanisan bukan terus dapat. Kena rasa pahit dulu. Barulah kita tahu erti syukur di penghujungnya nanti.
Jadi, untuk rasa kemanisan 4.0 masa dapat tahu keputusan nanti, aku dah rasa pahitnya masa study week. ((Walaupun aku tahu yang usaha aku masih tak cukup.. Banyak main weh, aman was being aman)) Usaha = hasil. Maka, aku tunggu sajalah buah apa yang aku dapat nanti. Harapnya manislah buahnya nanti. Oh ya, mak ada pesan.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Jadi diri sendiri. Buat mana yang diri mampu.
And for the last time, aman is being aman. Sentiasa melalut. Harapnya dapatlah aku update blog ni betul betul masa aku ada idea yang melimpah macam air terjun Niagara. Sekian.
0 comment:
Post a Comment