Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Just a short entry, maybe. Bila balik kelas tadi, tetiba fikir pula. Aku dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai lah dah masuk kolej, aku masih kekal dengan bilangan kawan yang sama. Okay, memang aku ada gang sendiri dekat kolej. Tapi, feel dia tak sama dengan kawan yang lain. Bukan bermakna aku tak suka diorang, tidak! Cuma setiap kawan tu ada cara masing masing untuk berkawan.
Kawan yang betul betul dari sekolah rendah sampai sekarang, boleh dikira guna jari tangan. Kawan yang dari sekolah menengah pun sama. Nak dijadikan cerita, deskmate aku masa form 1 merangkap gang bas rapid dan best friend aku sendiri, masuk kolej yang sama dengan aku. Siap dapat blok yang sama pula tu. Bezanya aku tingkat satu, dia ground floor.
Jumaat lepas, semua boleh balik bermalam sebenarnya tapi aku dengan kawan aku tu, Asyiqin, tak balik. Sebab? New Year balik lagi nanti. Leceh lah ulang alik banyak kali. Rumet aku yang lain semua balik. Maka Asyiqin duduk lah dekat bilik aku. Aku tak taulah kenapa tapi mungkin faktor dah lima tahun berkawan, aku lebih selesa tinggal satu bilik dengan dia. Mungkin juga sebab kitorang aliran yang sama, so boleh buat kerja sama sama. Kalau dengan rumet, tak ada seorang pun yang sama aliran. Cukuplah 4 modul dalam bilik.
Kalau aku ada masalah pun, aku ada beberapa orang yang aku akan cari untuk cerita masalah tu. Dua orang dari sekolah rendah, tiga orang dari sekolah menengah. Nampak tak? Tak nampak lagi kan point entry ni. Aku saja nak cakap, yang sebenarnya aku tak jumpa lagi orang yang aku boleh cerita segala benda dekat kolej ni. Memang ada gang, tapi besar sangat. Aku ni jenis yang berkawan dua tiga orang, tak pun berdua je. So circle aku kecil je.
Gang ada lapan orang tapi tak ada yang aku betul betul rapat, boleh luahkan segala. Ke aku je yang fikir macam tu? Ha, berbalik kepada diri sendiri juga. Aku rasa aku sendiri yang tak boleh nak buka diri sendiri ni dekat diorang. Ataupun aku terasa diabaikan? Entahlah, aku ni kadang kadang emo tak bertempat. So, kalau ada masalah, aku masih akan cerita dekat orang yang sama. Aku susah nak keluar dari comfort zone sendiri. Aku susah nak buat kawan.
////Tapi itulah, kawan kawan yang ada pun masing masing dah terbang serata Malaysia. Aku tak bolehlah nak fikir yang diorang sentiasa kena ada untuk aku. Aku tak bolehlah nak gedik gedik mengharapkan diorang layan aku sentiasa. Diorang pun ada life diorang juga. Aku tak bolehlah asyik nak emo kalau diorang tak layan aku, palau aku. Entahlah, kalau aku dah tak ada nanti baru nak perasan kot yang aku ni sentiasa tunggu diorang :)////
Sebab definisi kawan yang sangat kawan terlebih kawan tu adalah aku boleh duduk berdua dengan orang tu, bincang segala pasal benda, gelak sesama sedih sesama. Bukan jadikan aku cuma tempat tanya soalan akaun je. Aku nak juga cakap pasal benda lain. Aku nak juga cakap 'kau aku'. Aku sendiri tak tahu kenapa ramai orang suka cakap dengan aku guna nama atau saya awak. Bukan tak suka, tapi tak prefer sangat. Sampai sekarang, kalau orang kata aku baik, aku tak tau nak anggap benda tu pujian atau perlian. Sebab lama lama, rasa macam kena pijak pun ada.
Tapi dari dulu lagi diorang dah kata;
Jangan jadi baik sangat lah!
Ha, banyak dah dapat ayat tu. Ini bukan berlagak tapi susah lah nak jadi jahat. Jahat aku tu sampai dalam hati je. Tapi kalau aku dah tunjuk depan depan yang aku tak suka, ha maknanya aku tak boleh nak berdepan dah. Itu betul betul tak suka. Sampaikan cara orang tu tekan kalkulator pun aku tak suka, ha gitu. Bukan selalu aman kejam.
Okay, berbalik kepada comfort zone. Aku risau yang aku tak boleh keluar dari zon aku sendiri even masuk uni nanti. Sebab? Sebab aku dengan Asyiqin target nak masuk universiti yang sama. Ha! Walaupun aliran lain, tapi still satu uni. Aku takut aku teruskan dengan pemikiran aku yang aku dah ada kawan, tak payah buat kawan dah. Itu yang aku tak suka and aku nak elakkan.
Harapnya dapatlah aku keluar dari comfort zone aku sendiri. Diri sendiri pun kena ada effort nak buat kawan kan. Tapi aku nak cakap kau aku, ish! Hahaha. Okay, kata je pendek tapi panjang pula. Hm kalau dah rant macam ni lah. Okay, sekian luahan perasaan hasil melayan perasaan.
p/s: Esok result pspm 1 keluar!! Doakan aku dan rakan rakan dapat keputusan yang cemerlang. Kami nak result yang terbang dengan warna warni, Aamiinnnnn.
0 comment:
Post a Comment