Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Finally, saya di minggu akhir semester satu di ukm! HAHA baru semester satu tapi dah rasa perit nak habiskan. Ini baru pentadbiran perniagaan, kata nak tukar akaun. Kena lah lagi sado kan. Tak apa, yang bakal datang kita biarkan dulu, kita cerita benda yang dah berlalu.
Jadi, nak menempuh sampai jumpa minggu 14 ni, macam macam benda jadi. Dengan kerja yang berlambak, assignment alhamdulillah tak teruk sangat, semester ni ada dua je presentation. Nampak macam ringan lah tapi sebab kerja kami asyik menangguh je haha makanya, sakit lah kepala kan bila esoknya kena hantar tapi malam ni baru nak buat. Benda biasa tu tapi kena pandai tahan lah.
Kalau setakat sakit kepala dengan proses pembelajaran je, aku boleh terima lagi. Tapi sebab hidup ni kan dikelilingi dengan manusia dan kita tak akan dapat lari dari masalah dengan manusia. Kalau tak nak ada masalah dengan manusia, gi duk hutan sana. Okay gurau haha. Nak nak lagi perempuan kan, memang banyakkkk sangat masalahnya.
Tapi tak apa lah, anggap lah itupun salah satu proses pembelajaran, pembelajaran seumur hidup haha. Manusia memang banyak ragamnya. Bak kata akak driver;
Manusia ni memang pelbagai ragam. Kalau semua sama saja, tak seronok pula.
Ya, sangatlah betul. Dari sekolah rendah sampai lah masuk universiti ni, macam macam jenis orang dah aku jumpa. Ada yang boleh masuk, ada yang tidak. Tapi kalau nak survive, kenalah pandai pilih. Memang berkawan dengan semua orang tapi takkan lah semua baik dengan kita kan. Eh aku merepek apa, nak cakap pasla week 14 hahaha.
Sebenarnya yang seksa week 13 dan 14. Minggu 13 tu lah dapat macam macam jenis kerja. Nak kena submit, nak kena present, mana nak buat slideshow, mana nak buat video. Biasalah, awal awal memang serabut kerja mana nak buat dulu apa semua. Tapi bila dah siap, ya Allah kenikmatannya tidak dapat digambarkan haha.
Nak dijadikan cerita, aku tengah nak berjinak masuk ke peringkat yang lebih tinggi. Sebelum ni nak wakil matrikulasi tak kesampaian sebab aku tarik diri. Jadi sekarang ni aku nak cuba wakil universiti pula. HAHA wow besar bunyi dia. Tapi belum tetap lagi lah. Esok baru pemilihan. Tapi hati aku tak tahu nak terpilih ke tidak. Kalau terpilih, seronok lah sebab pengalaman baru kan, dapat wakil universiti. Tapi, cuti pendek! Tengah bulan satu dah kena datang universiti balik hahaha.
Tapi kalau tak terpilih tak best juga kan. Rasa macam teruk pula, sebab tak terpilih. Tapi apa pun, terpulang lah nak jadi apa. DOA YANG BAIK BAIK. Itu je mampu cakap.
Tapi petanque ni pun antara punca serabut juga minggu akhir ni. Sebab dia panggil latihan masa hujung hujung ni. Aku dengan penatnya nak kena turun training bagai. Nak ke tempat berlatih pun jauh. Haritu naik basikal, belum start training dah semput hahahaha.
Semalam buat kerja dari pukul 11 sampai pukul 5, dah barai dah. Balik tu kena siap siap pula nak berbuka di masjid. Malam ada discussion. Wow aman so hectic. Tadi pagi, last kelas untuk akaun. Rasa bersalah tak buat kerja tu memang ada tapi memang dah tak larat dah nak siapkan. Tak mampu sangat nak berfikir. Dan baru je tadi kelas terakhir untuk mikroekonomi. Selamat juga lah presentationnya.
Esok kelas akhir untuk komunikasi lisan; berakhir dengan temuduga. Ya Allah nervousnya. Esok merupakan temuduga yang ketiga dalam tahun ni. Yang pertama sebab nak masuk ukm. Yang kedua sebab nak join program fep; BAKSIS. Yang ketiga, esok. Benda ni penilaian je tapi tetap seram lah. Nasib baik temuduganya sekejap je. Balik dari temuduga, nak siap untuk pemilihan pula.
Khamis pagi tak ada kelas sebab kelas pengantar dah habis. Yang itu pun selamat juga buat presentation. Harapnya markah tinggi lah. Biasanya khamis petang kelas pukul 2 tapi esok lecturer anjak masa pukul 430, oh my petang. Kalau tidak kelas habis pukul 5. HAHA tapi masih bersyukur lah sebab asalnya lecturer nak buat kelas esok, sama waktu dengan pemilihan. Habis serabut dah pagi tadi. Khamis malam pun ada kelas, kelas matematik.
Jumaat sepatutnya free! Sebab semester satu aku memang tak ada kelas hari jumaat tapi jumaat malam ni aku ada kelas matematik juga. Dan itulah kelas terakhir untuk semester ni sebelum berjumpa dengan study week. Tapi sebelum tu, sabtu pun nak keluar lagi. Nak enjoy satu hari. Pagi nak pergi big bad wolf, malam ada program malam gema cinta Rasul. Ahad? Balik!
Cukup kot membebel haha panjang pula taipnya. Kalau ikutkan nak sambung lagi tapi pernah ada kawan tanya;
Macam mana kau tulis panjang panjang?Haha kadang aku pun tak sedar aku cerita panjang panjang. Macam sekarang ni lah, patut dah boleh habis tapi membebel lagi hahaha. Okay, sekian semester satu di UKM Bangi. All the best kepada semua yang bakal menduduki exam final. Semoga kita diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menjawab soalan yang bakal diberikan, aamiinnnnn.
0 comment:
Post a Comment