Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

10 January 2018

Hey, New Year!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dah masuk 2018! Maaflah, baru berkesempatan nak update. Dah 10hb dah haha. Mana taknya, masuk 2018 masih tetap kena hadap exam yang tak habis lagi; 2hb & 4hb. Habis je exam haritu, terus berlaku tragedi. Ha, disebabkan dah jauh sikit masuk tahun baru ni, okay juga cerita apa jadi haha sebelum tulis summary 2017 hehe.

31/12/2017; aku keluar dengan kawan kawan baru aku. Ceh, geng baru kiranya. Niat asalnya nak pergi tengok wayang dengan makan makan je. Sekali ada yang ajak pergi Light, dekat Putrajaya. Semua on, aku on. Lepas maghrib kitorang gerak sana. Sampai sana, awal lagi so kitorang tengok lah apa persembahan yang ada. Makan lah sementara tunggu ambang. Lama ui, dari pukul 9 nak tunggu. Sampai nak tertidur dah.

Sampai lah ke detik 12 tengah malam, bunga api! Dan welcome to tahun baru. Habis je bunga api, memang terus niat nak balik. Tapi apakan daya, demand grab dan uber tinggi sangat kot, mahal gila tambang. So kitorang tunggu lama sikit, nak bagi tambang kurang, kitorang pergi ambil gambar dulu. Tapi tambang masih mahal, nasib baik ada hamba Allah yang baik nak tolong ambik. Jadi tunggu lah dia datang.

Bila dia dah sampai, semua bangun lah pastu check ada tak barang yang tertinggal. Nak dijadikan cerita, wallet kawan aku hilang. Allahu, tragedi tahun baru. Masa tu dah pukul dua pagi. Cari punya cari, tak jumpa. Jadi buat keputusan pergi buat report, dah dekat pukul tiga pagi. Tak senonohnya, first day 2018 dah pergi balai polis. Sampai kolej, dekat pukul empat pagi. HAHA aduhai apa nak jadi. Lepastu dan dan kata nak pergi ambang lagi tahun depan. Ey, takkan asyik sambut ambang dengan orang yang sama xD

4hb; aku habis last paper, Mikroekonomi yang susah gila yang terbeliak biji mata jawab soalan. Nasib baik last paper, tapi tetap takut lah. Habis je paper, dapat whatsapp kata jiran nak pergi pusat kesihatan sebab dia muntah muntah. Kitorang pun pergi. Then aku dengan jiran lain pun rasa sakit perut. Balik bilik, kitorang muntah dengan cirit juga. Weh, sakit gila.

Masa 3hb, kitorang pergi makan dekat kolej lain. Kitorang rasa kitorang keracunan makanan. Memang teruk lah muntahnya. Sakit kepala dia rasa teruk gila. Aku tak pernah keracunan makanan dan serious, janganlah kena lagi. Tak seronok pun. Petang tu aku dah rasa teruk sangat lepas bangun tidur, lepas dah muntah sekali. Aku pula pergi pusat kesihatan, ambil ubat. Nasib baik aku dah siap kemas barang nak hantar balik.

Tapi dalam maghrib tu, badan aku dah rasa kebas. Sejuk satu badan sampaikan kipas aku pasang nombor satu je, itupun sejuk lagi. Aku memang tak larat. Nak jalan aku kena membongkok je. Kakak aku datang dalam isyak. Dia lah yang tolong angkat segala barang, rasa bersalah gila. Yelah, ayah aku tak boleh masuk blok. Dalam kereta pun aku baring je. Makan bubur pun beberapa suap je. Jadinya balik malam tu dan seharian esoknya, aku rehat je.

Itu demam paling teruk lah pernah aku kena. Dengan sakit kepala yang melampau. Fuh, serious taknak rasa lagi. Aku ni pula cuti bukan lama. 20hb aku nak kena balik ukm dah sebab training nak mula! Wah, tak sangka aku dapat wakil ukm masuk sukipt. Satu pencapaian lah untuk diri sendiri. Tapi yang seramnya, aku main single. Ini for the first time in forever lah aku tak main dalam group, paling paling pun double. Tak seronok main single sebab tak boleh bincang dengan orang. Kena buat keputusan sendiri.

Jadinya cuti yang dua minggu lebih sikit ni, aku nak manfaatkan betul betul. Aku nak tengok balik segala cerita yang dah rekod dekat tv, nak baca buku yang aku tangguh. HAHA banyak gila. Buku dahlah ada yang baru beli, jenuh nak baca. Drama pula banyak lagi yang belum tengok; yang dah download, yang dah tayang, yang tengah tayang, yang belum download. Macam cuti lama sangat je. Masuk semester baru tak lama lagi dah.

Masalahnya, cuti ni nak jumpa orang. Nak keluar. Tapi;

SEMUA TAK HABIS EXAM LAGI. AKU MASUK UKM BALIK BARULAH SEMUA HABIS ISH.
Ha, sis geram haha. Aku dah masuk training balik nanti barulah semua balik kl. Dah tu, aku nak keluar dengan siapa. Aku nak lah juga jumpa orang. Kalau tak kena tunggu habis semester dua pula. Ui, lama lagi tu. Tapi itulah, kenalah berkorban kan. Dah jadi wakil universiti, ingat senang ke nak dipilih. Sakit otak aku sepanjang pemilihan tu haha.

 Habis semester satu ni pun menakutkan juga. Sebab keputusan semester satu yang menentukan sama ada aku lepas ke tak nak masuk jurusan perakaunan. Aku harap sangat dapat. Nervous mak ai. Setakat ini, itu je jalan yang aku nampak yang aku nak pilih. Masuk akaun, belajar 4 tahun, lepastu sambung diploma. Eh? Ha pelik kan jalan yang aku nak ambil. Tak apa, itu belakang cerita. Bila dah sampai masanya baru aku cerita.

Uish, panjangnya cerita, baru berapa hari tahun baru.

2017; aku belajar banyak benda. Aku lalui banyak benda. Awal tahun sampai dekat tengah tahun, aku habiskan dunia matrikulasi aku. Aku masuk kelas jahitan, dapatlah satu baju kurung buat sendiri. Dan, aku langgar kereta orang. Lama juga lah lepastu aku tak bawa kereta.. Aku pergi bercuti ke melaka dengan classmate matrikulasi. Aku pergi beraya rumah kawan kawan. Aku confess dekat crush aku. Masuk ukm, jumpa jiran baru. Jumpa kawan baru, classmate baru. Alhamdulillah, setakat ni aku jumpa kawan yang baik sepanjang semester satu. Tapi ada juga yang menyakitkan hati. Yang itu aku dah pangkah dah dalam hidup aku. Kalau nak aku bercakap balik boleh je tapi nak mesra macam dulu? Boleh bawa carutlah benda tu aha aha jahatnya aku.

Tak nak buka buku ke dengan dia? Tahun baru ni.
Aku boleh buka buku baru tapi bukan dengan dia. 

Entah apa apa lah aman, tahun baru je dah jadi makin jahat. Aku bukan apa. Aku tak berdendam tapi aku terkesan. Siapa je yang tak terasa hati kalau dah kena sembur depan depan. Bak kata orang;

Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.
Jadi, aku berpada lah ni. Buat jahat tu serious jangan sekali sebab bila dah sekali, rasa nak lagi HAHA. Siapa yang pernah buat tahulah perasaan itu hihi. Apa pun, jangan putus harapan. Tahun baru baru masuk beberapa hari. Banyak lagi masa untuk kita jadikan 2018 ni salah satu tahun yang terbaik dalam hidup kita. Semoga kita semua dipanjangkan usia untuk beribadah kepada Allah, teruskan berjihad ke jalan Allah dengan cara masing masing, insyaAllah. Semoga yang buruk dijauhkan daripada kita. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menempuh segala yang bakal berlaku, aamiinn.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

0 comment: