Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

24 January 2018

Berat Mata Memandang..

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekarang tengah cuti semester tapi tak bermakna cuti itu benar benarrr cuti. Whatsapp tak pernah senyap dengan notification group group yang ada, suruh buat kerja untuk program. Dan, sekarang memang cuti tapi tak bermakna saya berada di rumah. Haaaa saya di ukm HAHA

1; Aku join program baksis, anjuran fakulti. Makanya ada lah kerja masa cuti ni, nak kena cari sponsor untuk program tu. Programnya awal bulan tiga nanti, di Sungai Petani. Fuh, tak boleh jauh lagi tu hahaha. Ayah kata pergi ukm ni tak payah lah bawa laptop. First, saya bosan kalau tak ada drama. Second, saya ada kerja haha. Drama didahulukan, kerja diutamakan.

2; Aku join program pentas, anjuran kolej. Tapi aku macam tak ada kerja. Bukan apa, aku kadang kesian dekat ketua tapi aku pun tak tau nak tolong macam mana. Bila dalam group ada orang atasan, faham tak rasa takut nak bincang. Ada je aku whatsapp ketua tapi macam dia buat kerja seorang. Faham tak rasa bersalah tu macam mana.

3; Ultimate reason aku ada dekat ukm, SUKIPT 2018. Alhamdulillah aku terpilih. Walaupun cuti aku pendek tapi duduk sini pun bosan juga. Malam memang aku mengadap laptop je. Sampaikan stock drama aku dah nak habissss. Amagad what to do, need to download another dramas faster hehe. Yang takutnya sukipt ni, sebab aku main single. I've never done that. Tak ada orang nak bincang.. Nak tenangkan aku... Ayooo, harapnya semua berjalan lancar.

Aku sebenarnya nak cakap pasal tanggungjawab. Untuk program 1 tu, aku join sebab ikut kawan tapi aku seorang je yang terpilih. Dan disebabkan aku dah join program ni, aku tak join program lain yang fakulti ada. Sebab aku takut aku tak reti nak balance kan. Aku join program 2 sebab nak tolong rumet, tapi end up macam tak ada apa nak tolong. Rasa bersalah sebab macam kitorang lepaskan tanggungjawab semua dekat ketua. Tapi..... hm.

Yang 3 tu, berat weh tanggungjawab bawa nama universiti sendiri. Nak jumpa orang satu negara. Seram. Semua orang mengharapkan kejayaan kita untuk menaikkan nama universiti, ceh acah. Dulu aku dah pernah bawa nama sekolah. Bila dah menang sekali, ada je yang pandang tinggi pasukan dari sekolah kan, sebab pernah menang. Jadi bila kalah tu, malu lah. Makanya kali ni, aku sendiri tak boleh nak expect apa apa. Sebab aku tak pernah main single, so aku tak pernah nampak kejayaan peribadi.

Banyak lagi tanggungjawab yang kita ada sebagai anak, pelajar, kakak/abang/adik, kawan. Aku, seorang yang takut akan tanggungjawab. Sebab aku takut aku tak mampu nak capai sasaran, lagi lagi bila ada orang 'pandang'. Rasa terbeban. Tapi kadang kadang beban tu yang mampu beri dorongan, ikut orang lah.

Tapi tanggungjawab ni, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jangan ingat senang senang je nak jadi ketua. Kalau orang angkat seseorang tu jadi ketua, sebab dia ada kredibiliti. Nama nampak gah, tapi tugas dia berat. Aku sebagai followers sejati, akan sentiasa ikut cakap ketua hahaha. Aku lagi suka jadi pengikut, daripada jadi ketua. Setakat nak bagi idea, adalah sikit sikit. Tapi nak lead something, ikut bidang lah.

Sekian bebelan aman di saat latihan dibatalkan kerana hujan.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

0 comment: