Coretan diri sendiri daripada diri sendiri buat diri sendiri.

06 February 2018

Sukipt, 2018.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai seorang aman, tak pernah sangka lah akan terlibat dengan salah satu benda besar yang ada dekat Malaysia ni. Besar lah ni, sampai masuk berita haha. Sukipt; Sukan IPT. Universiti serata Malaysia terlibat untuk menjayakan aktiviti sukan ni. Universiti luar negara pun ada. Nampak lah juga muka muka foreigner.

Walaupun dari dulu kalau cakap je petanque;

Sukan apa tu?
Oh, macam main guli je kan?
Baling baling je.
Hamboiii macam tu ya. Aku pun sebelum aku kenal petanque ni aku tertanya juga macam mana main dia. Janganlah pandang rendah sesuatu sukan tu please. Kalau setakat baling baling, try lah lawan, mesti dapat emas. Tak ada sukan yang mudah. Sama je macam pelajaran. Tak ada subjek yang mudah. Stop discriminating lah. HAHA okay sis emo.

Walaupun semua duk fikir macam tu, aku tetap setia dengan petanque aku. Well, sebab lainnya aku tak reti sukan lain. Plus stamina aku tak hebat mana hehe.

Okay berbalik kepada sukipt. Bila dah habis sukem haritu, ada pemilihan. Dan dua belas orang terpilih. Bila awal awal jumpa, semua awkward kecuali yang dah kenal. HAHA semua diammm je. Cakap pun macam segan segan lagi. Tapi bila dah selalu training sesama, makan sekali, borak sekali, tetap bising juga lah.

Yang uniknya cara kitoang berkenalan, bukan masa makan sangat pun. Kan kalau nak training macam bebas nak training dengan siapa. Ha masa tu lah duk berkenalan. Tanya asal mana, fakulti apa, umur berapa. Duk gelak gelak macam tu je lah. Daripada enam perempuan; seorang je '97, yang lain semua '98. Daripada enam lelaki; 2 orang '96, 3 orang '97, seorang '98. HAHA abang abang lah kiranya semua yang join ni.

Seronok sebab masa macam ni je lah dapat jumpa orang lain kolej, lain fakulti. Kalau tidak, aku duk mengadap muka budak kolej sendiri, fakulti sendiri. Circle of friends tu tak berapa nak berkembang. Kawan aku semua FEP, FPI dan FSSK. Ini dapat lah juga budak FST, FTSM. Borak pun tak adalah asyik benda yang sama je. Masing masing ada cerita sendiri.

Masa sukipt ni jugalah aku dapat jumpa orang orang yang hebat. Buat aku terpegun lah dengan cara diorang main. Kenapalah aku terer hahaha. Tapi faktor sebab sendiri malas. HAHA pastu aku selalu juga bagi alasan tangan aku sakit apa semua. Macam mana lah nak bertambah kemahirannya kalau asyik mengeluh je, kan.

Masa opening sukipt haritu, meriah. Dan tanpa segan silu team kitorang duduk depan sekali HAHA suka hati je. Ada STACY hahaha. Enjoy lah opening haritu. Bunga api macam masuk tahun baru je haha. Bila lagi nak acah acah atlet, jalan dekat track, lambai lambai hahaha. Tunggu sukem akan datang mungkin? Hehe.

Walaupun aku tak lepas pusingan satu, masuk sukipt ni pun dah cukup bermakna. Dapat tambah kawan, pengalaman, duit, eh hahaha. Dapat elaun you know, masyuk. Dapat baju lagi. Walaupun baju ukm bagi besar, adalah kenangan dia hahaha. Tengok atlet sukan lain dan dari universiti lain. First time juga lah aku tengok volleyball. Dapat jumpa orang baru tu paling best lah bagi aku. Aku ni dahlah jenis yang susah nak berkawan so bila dapat kawan baru, orang yang boleh terima aku, takkan tak terharu kan.

Anyway,

Nurin, Suhailah, Najibah, Athirah, Jun, Fikri, Naim, Asyraf, Fauzan, Izzat, Bad, dan Encik Isma.

Semoga aku tak lupa nama nama diorang ni. Aku ni ada masalah sikit nak ingat nama orang, muka tu insyaAllah tersemat di hati. Semoga aku pun tak dilupakan haha.

Sekian, majulah sukan untuk negara.
Amanina Mohd Tarmizi -my life-

0 comment: