Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Haritu ada cakap pasal masalah thumbprint kan. Jadi, hari ni nak cerita lah macam mana masalah itu diselesaikan. Bukan apa, I know I am not the only one yang ada masalah pasal cap jari ni. Bila search dekat internet, ramai je yang ada masalah ni. Sama ada orang itu memang sakit kulit (like me) atau kulit dia sensitif; macam selalu berpeluh atau kering. Tak salah rasanya nak share macam mana nak selesaikan masalah ni.
Tapi! Bukan nak cerita macam mana nak hilangkan sakit atau hilangkan sensitif kulit tu, cuma nak berkongsi macam mana kita nak buat urusan yang memerlukan pengesahan cap jari. Sebab sendiri pun sakit tak hilang lagi.
Biasa benda benda yang perlukan cap jari ni macam urusan bank lah kan; nak buka akaun bank, lesen memandu ke. Caranya, pergi ke ibu pejabat jabatan pendaftaran negara. Kalau dekat ibu negara ni, sama ada pergi ke JPN Jalan Dutamas (Kompleks Kementerian Dakam Negeri) atau Putrajaya. Tak boleh buat dekat cawangan, kena buat dekat ibu pejabat. For me, I went to Jalan Dutamas. Dekat lah juga walaupun masa first time pergi tu sesat selama tiga jam. Ha kau rasa HAHA. Tapi akhirnya sampai juga lah. Masuk je bangunan tu, carilah bahagian yang berurusan mengenai kad pengenalan.
Kalau rasa berani dan boleh selesai sendiri, pandai pandai lah tanya akak kaunter tu ya. Kalau tak reti, meh lah kita tolong. Kalau segan nak tanya, just tekan dekat monitor tu 'Proses MyKad'. Nanti dapat lah nombor giliran untuk urusan tu. Jadi, tunggu lah nombor dipanggil. Haritu dapat nombor 0347 dan nombor yang baru dipanggil ialah 0307. Jenuh menunggu jadi kami ke tempat makan, tapi kami minum je. Kami? Ha yelah siapa nak bawa kereta, takkan aku.
Lepas nombor dah dipanggil, nanti cakap lah dekat abang atau akak kaunter tu nak buat pengesahan cap jari. Kad pengenalan jangan lupa keluarkan. Lepastu nanti dia akan tanya beberapa soalan yang membuktikan awak ialah awak lah. Simple questions je. Kemudian, dia akan print maklumat dalam cip. Bayaran dia RM5. Dengan pakai kertas tu nanti insyaAllah urusan yang melibatkan cap jari akan berjalan lancar.
Okay kalau ada orang lama yang baca mesti dia akan kata pasal surat KP-12 tu. KP-12 ni surat pengesahan yang lama. Yang baru, JPN hanya akan cetak maklumat dalam cip. Itu sahaja. Kalau dulu kena bayar RM50 tapi sekarang kena bayar RM5 je. Mula mula tak percaya juga boleh pakai kertas A4 tu je tapi itulah yang JPN bagi. JPN memang tak akan keluarkan surat pengesahan yang lain. ITU SAHAJA.
Tersangat pasti sebab dah pergi JPN dua kali. Masa kali pertama tu dah cetak maklumat tu, rasa was was juga lah. Tapi esoknya pergi buat akaun bank. Tunjuk surat tu. Pihak bank macam marah sikit lah sebab kertas tu tak menunjukkan apa apa yang bagitahu kita ni sakit ke apa kan. Tapi alhamdulilah, dapat juga buat. Habis buat akaun bank, terus pergi JPN balik sebab nak inform pasal benda tu lah. Jawapan JPN, memang kertas maklumat tu sahaja yang akan dikeluarkan.
Jadi, itu sahaja lah langkah penyelesaiannya. Harap membantu lah. Because I know, I am not the only one. Kalau awak yang baca ni tak ada masalah ini tapi ada kawan atau ahli keluarga yang ada masalah ini, sekurang kurangnya awak dah tahu nak buat apa kan. Harap membantu lah. Semoga dipermudahkan segala. InsyaAllah. Sekian.
Edit:
Semalam, 24/7/17, aku pergi lagi sekali JPN. Haha semua sebab surat aku tu hilang. Entah manalah aku letak. So seret lah ayah pergi ((padahal ayah yang paksa hehe)). Dah sampai JPN, sekali! Huh dompet tak bawa. Alahai adudu betul seorang aman. Maka patah balik. Dan pergi balik.
So lalui proses yang sama. Cuma kali ni ayah kata tukar lah ic sekali, mana taknya, ic muka darjah enam kot haha. So cakap dengan orang tu, nak buat pengesahan cap jari dan nak tukar ic. Tapi orang tu kata, kalau orang yang ada masalah cap jari ni, ic baru boleh dapat dalam masa satu ke tiga bulan. And I was like whutttt. Tapi itulah soalan yang paling aku lupa nak tanya; Kenapa?
So aku bayar lah lagi sekali RM5 untuk surat pengesahan tu, campur RM2 sebab aku tukar alamat dalam cip. Hm, nampak gayanya masih lama lah aku guna muka darjah enam tu. Kalaulah aku pergi betul betul lepas habis matrik, mungkin sekarang dah ada ic baru. Tapi itulah; 'Kalau'.
Ada masa nanti aku upload gambar surat tu ya.
Sekian.
Edit:
Sebulan yang lepas, pergi lagi JPN sebab nak buat IC baru. Orang lain kalau buat IC baru, sehari dah siap. Tapi saya kena sebulan. Okay itu sahaja. Sekian.
p/s: Harini 5 Mac 2021. Kulit tangan dan kaki aku sangat lah cantik. Tak ada menggelupas. Aku tak tahu apa puncanya tapi rasa seronok. Macam, inikah rasanya nikmat dunia.
Another edit:
Harini 25/2/2022.
Hari aku rest day haritu, aku pergi buat ic baru sebab nak tukar alamat. Sampai jpn, aku cakap aku nak buat ic baru. Orang tu minta bawa bil air/bil api sebab nak tengok alamat dekat situ. Dan macam biasa kena ambil gambar baru sebab nak gambar kita yang paling latest dekat ic tu. Dah lah waktu tu aku tak bersiap pun sebab ingatkan boleh je tak payah ambil gambar. Cis. Haha.
Dah habis ambil gambar semua, dia pun nak sahkan cap jari apa semua. Jadinya disebabkan cap jari aku rosak, abang jpn tu kata mungkin akan ambil masa sampai tiga bulan. Aku macam.. takkan lah sampai tiga bulan lagi en. Explanation abang tu, masa yang diambil panjang sebab nak kena sahkan betul ke aku orang yang sama nak buat ic tu apa semua macam tu lah.
Long story short, abang tu kata tapi sekarang dah dipendekkan waktunya. So aku tanya lah boleh ke siap dalam masa sebulan. Abang tu kata, boleh. So aku macam lega sebab sebulan en, at least kuranglah daripada tiga bulan. Lepas dah siap bayar apa semua (RM10 sebab buat ic), abang tu kata dalam masa seminggu cuba check ic dah siap ke belum. Aku check lepas seminggu lebih, ic sudah sedia untuk diambil.
Aku pun pergilah jpn balik sebab nak ambik ic. Dah ambik ic tu, aku minta sekali nak renew surat cap jari tu. Bayarlah lagi RM5. Jadinya kesimpulan cerita baru ni, dah tak perlu tunggu tiga bulan untuk siap ic bagi orang yang ada masalah cap jari. Alhamdulillah dalam masa lebih kurang seminggu ic sudah sedia untuk diambil.
26 comment:
Hi! My mum is facing the same problem where her thumbprint can't be recognized.
My frenz applied the JPN-KP 12 form last week, he said need to pay for the RM50 processing fee.
I also email and private message JPN, they answered have to pay RM50 for the process.
May I know is it a piece of paper or card? May I see urs?
Thank you.
It is only a piece of A4 paper. I'm sorry I can't show you mine because I don't have a good internet here but it is only a paper. I'm sorry if I gave a wrong information but as far as I concern and know, I only got a piece of A4 paper and paid RM5 for it. Sorry.
Hello, so x payah tuakr IC baru la kan? Just minta pengesahan tu?
Kalau nak buat Passport macam mana pulak?
Tlg reply..
Thank you...
as far that i know, tak payah. sebab saya masih guna ic darjah 6. dah dapat pengesahan tu, bawa pengesahan tu sekali masa nak buat passport. saya sendiri tak pernah buat passport tapi takkan lah kita tak dibenarkan buat passport kan. yang penting, pengesahan. insyaAllah, semoga urusan dipermudahkan :)
Saya pun mempunyai masalah cap jari. Dulu pakai JPN.KP12 berharga rm5 tanpa sebarang catatan dalam surat mengatakan saya ada masalah cap jari sampai ada sesetengah bank kekadang x tau apa tujuan surat tu. tapi alhamdulillah diorng terima jugak. Tetapi pada 2016 saya membuat urusan di KWSP. diorang x mau pakai surat JPN.KP12 dan memberitahu kena pergi JPN beli surat baru berharga rm50 atau pergi JPN mintak pihak JPN printkan 'Maklumat Kandungan Cip'. So saya pergi ke JPN mintak 'Maklumat Kandungan Cip'. Saya tak ingat yang ni bayar atau tak. Tetapi yang pasti saya tak beli surat yang berharga RM50 tu. Cuma baru-baru ni ada tempat yang x mau pakai surat JPN.KP12 lama dan salinan Maklumat Kandungan Cip.
@Mell Terima kasih atas perkongsian. Saya rasa kertas saya pun Maklumat Kandungan Cip dan saya juga tak ingat sama ada dikenakan bayaran atau tidak. Berkaitan tempat yang tak terima semua jenis dokumen yang kita ada tu, saya rasa baik jika kita buat confirmation semula dengan pihak JPN sekiranya berkesempatan. Akan memudahkan kita dan juga orang lain. Terima kasih sekali lagi.
saya lg sedih da buat srt p bnk , bnk bgtau kne ad sign pengesahan jpn n cop jari sy.. aduh pnt nk ulang2 p jpn
saya faham perasaan tu. pernah rasa juga. jadinya, pergi jpn, buat pengesahan. bila dah dapat surat tu, boleh je fotostat banyak banyak surat tu. setakat ni saya pergi bank, semua terima. fighting!
Assalamualaikum.
saya Narin dari Balakong, Selangor.
nak tanya, lama tak nak buat urusan ni? ambil masa 1 hari ke?
saya call UTC plaza rakyat, katanya, hanya JPN Putrajaya je yang boleh buat surat pengesahan cap jari ni.
waalaikumussalam Narin. prosesnya sangat lah tak lama. melainkan ramai orang je masa tu. untuk buat pengesahan cap jari, memang kena pergi dekat pusat. dekat cawangan tak boleh. jadinya, JPN Putrajaya boleh.
Assalamualaikum
Boleh x p gi jpn buat surat pengesahan cap jari terus.. Walaupun kita belum ad ap2 urusan dekat bank.. Jpn akan tny ap2 solan ke?
Nak buat persedian siap2 utk ke bank nanti... Supya sya x perlu ulang alik ke bank gn jpn
Sya dah buat ic baru
Memang amik masa 3 bulan
Cap jari memeng x boleh baca
@Unknown
Waalaikumussalam. Boleh je terus pergi ke jpn, jpn tak akan tanya apa apa. Just bagitahu nak buat pengesahan cap jari, nanti mereka akan bantu. Disarankan untuk pergi jpn dulu kalau tak nak ulang alik sebab kalau pergi bank, mereka akan minta surat pengesahan.
Brapa rm surat cap jari sekarang ni ye
@Unknown hai! harganya masih sama, RM5.
Terimakasih byk²...artikel ni sgt mbantu
Hi just nk tnya..borang ni boleh guna untuk puspakom tak?
2 tahun lepas tak silap sya , diorang dah mintak rm50 taw .
@Anonymous
Hai! Saya rasa boleh je guna dekat mana mana sebab memang ini surat yang dikeluarkan oleh JPN. Should be no problem.
To Lee & Co: Saya tak pasti awak pergi cawangan mana tapi setakat saya buat semua tak perlu bayar sampai RM50.
Hai. Nak tanya. Saya baru je buat surat utk masalah cap jari kat JPN minggu lepas dan terbagi yg ori surat tu tak sempat fotostet. Boleh ke kalau saya pergi JPN utk buat surat kali kedua?
@Anonymous
Hai! boleh je :) saya pun dah buat dua kali sebab dah buat ic baru so kena update juga surat tu. tak sure pegawai tu akan tanya ke tak tapi rasanya boleh je pergi minta lagi.
Okayy. Terima kasih awak. :-)
Nice info..kakak saya alami masalah ni..tak bole baca cap jari..dan JPN dah keluarkan surat..so far kebanyakan urusan melibatkan cap jari,tunjuk je surat JPN tu setel termasuk bank..tapi harini nak jual kereta kakak di CARSOME,sedih surat tu tak bole digunakan..kesian kakak saya kena pakai hand sanitizer,losyen,gincu,tapi masih tak bole..nak marah staf carsome tak bole,dorg cuma membantu..tengokla nak cuba buat IC baru kot dgn cap jari yg baru
@Muaz amagad, so sorry for her. mesti dia stress time staff tu suruh cuba again and again. hopefully lebih banyak tempat yang memahami kes orang yang tak ada cap jari ni supaya lagi cepat urusan.
hai, nak tanya. macam mana nak check yang ic kita tu dah boleh ambil? terima kasih :)
Saya pun ada masalah tump print hari HAHA malu x terkata lah kan . Aku pun Tatau pulak nak settle masalah ni kena pi tump print . X pasal ini kena tunda tarikh untuk ambil lesen memandu huhu
Post a Comment