Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni, kali ni, post ni, betul betul luahan perasaan diri sendiri. Bukan apa, dah lama sebenarnya tak luahkan perasaan. Sebab dah lama tak layan perasaan. Bukan tak nak cerita dekat orang tapi sekarang rasa nak menaip. Sebab dah lama tak menaip dan menulis. Kalau dulu, dah tulis dah dekat diari. Zaman kanak kanak dulu. Entah berapa banyak diari entah ada. In the end, semua diari tu dah buang. Well, aku ni bukan tak sayang diari tu. Mestilah ada sentimental value. Tapi, buat apa nak ingat benda yang tak sepatutnya diingat. Buang je jauh jauh. Nak kasi hilang betul betul, bakar je. Tapi kalau jual, dapat lah duit sikit. Okay.
Aku duk cakap dekat abang and adik benda ni.
Jangan lah hidup dalam fantasi, kembali ke realiti.
Sebab diorang tengah main Fantasy Football. Okay,benda tu bukannya game sangat pun. Tapi game sebenarnya. Entahlah. Bab bola bola ni bukannya aku tahu sangat. Pagi pagi duk tanya "manchester berapa? arsenal? siapa yang gol kan?" Aku sememangnya tak ambil peduli.
Tapi aku rasa, statement yang aku bagi dekat diorang tu, aku kena cakap dekat diri sendiri depan cermin. Bagi sedar sikit diri ni. Ni pun rasa nak tampar tampar pipi bagi betul betul sedar supaya lupakan fantasi, back to reality. Apa benda lah aku ni. Umur dah nak masuk 18 tahun dah tapi perangai macam budak lapan tahun. Benda kecil pun tak boleh nak handle. Tapi, hati dan perasaan memang susah nak kawal sebenarnya.
Ha benda tu lah sebenarnya yang aku duk risaukan. Duk perasan sana, perasan sini. Suka sana, suka sini. Eh bukan lah tahap suka ramai orang. No no. Suka ni boleh dekat banyak benda. Tapi kalau nak cerita pasal suka ni, lain kali je lah. Aku ni jenis cepat perasan sikit. Pagi ni punya perasan sampai duk tanya diri sendiri.
Aku yang perasan ke? Atau dia yang perasan? Atau dua dua perasan? Dia ingat aku indirect dekat dia ke? Atau aku yang perasan ingat dia reply aku punya indirect? Persoalannya, aku indirect dekat dia ke? Obvious? Atau itu cuma mainan perasaan?Benda ni yang aku fikir pagi tadi sampai membuatkan aku tak tidur balik lepas subuh. Okay tak bagus sebenarnya tidur balik. Jadi persoalan ni berjaya membuatkan aku terus sedar. Sampai mak pun tak percaya kenapa cepat sangat aku bangun. Okay, abaikan.
Jadi sekarang ni, aku kena hidup dalam realiti. Yang betul betul. Kena bagi sedar diri ni. Kena lupakan angan angan. Ex-puh-ta-tion tu kena bagi kurang sekurang kurangnya supaya hati tak sakit. Jangan merana kemudian hari. Dah kena stop layan perasaan banyak sangat. Punya lah tak boleh tidur sampai kakak tanya "Feeling apa pagi pagi ni?" Nak cerita tapi dia kerja so next time.
Dari dulu aku ni jenis senang suka orang tapi susah nak lupakan orang. Ehh suka kawan perempuan tu pun termasuk dalam kategori suka tau. Aku sampai sekarang ingat lagi kawan tadika dekat Johor tu tapi dah tak contact. Segan, tak tahu nak cakap apa. Sejak azali segan, sampai kan orang lain kena jadi orang tengah masa kitorang nak borak bila jumpa setelah sekian lama tak jumpa. Bayangkan lah awkward nya macam mana. Macam pergi blind date.
Nampak tak berapa banyak fantasi aku ada sampaikan aku dah melalut. Conclusion nya di sini, aku kena hidup dalam realiti. Lupakan segala angan angan Mat Jenin aku tu. Tak payah berharap sangat supaya orang suka dekat aku. Walaupun aku tahu ramai sebenarnya yang tak suka dekat aku. Tapi itu tak penting. Okay penting juga supaya boleh perbaiki diri tapi tak berapa penting. Just teruskan kehidupan dengan keluarga, dengan kawan kawan yang sedia ada. Kawan baru tu nanti nanti fikir bila dah masuk kolej atau universiti. Hentikan segala perasaan yang buat hati sakit.
Yang paling penting, back to Allah. Haa itu patutnya ada dalam top list sehari hari. Macam orang kata lah kan, macam mana nak lupakan dia?
Macam mana kau lupakan Allah dulu, buat je lah macam tu untuk lupakan dia.Ha memang sentap tapi betul. And 'expect the unexpected' tu pun patutnya dah lama kena apply. Tapi duk sibuk dengan "medan magnet" and "cerminan diri". Benda tu umur dah 20++ baru kena fikir. Sekarang ni fikir lah pasal belajar ke, belajar ke, belajar ke. Okay sekarang ni memang waktu untuk belajar je. Masih dalam fasa pembelajaran lagi.
Lupakan segala fantasi yang boleh membuatkan kita terpesong. Hentikan berangan sepanjang masa. Lagi lagi benda yang tak patut. Hadapi realiti. Lagi baik luangkan masa dengan keluarga; gelak tepuk tampar sampai nangis tapi masih dalam realiti. Baik lepak dengan kawan; bercerita bergurau bersenda tapi masih dalam realiti. Baik baca buku; fikirkan pasal fantasi yang direka yang tak ada kena mengena dengan kehidupan sebenar tapi gunakan moral yang kita dapat untuk berdepan dengan realiti. Nak lagi senang, pergi kerja. Sibukkan diri. Tak ada lah masa nak berangan benda benda kecil yang akhirnya akan jadi besar dan lama lama sakitkan hati sendiri.
Jadi, diri sendiri pun dah puas dengan taip benda ni. Tak harap orang baca sebab kadang kadang aku ni memang invincible. Tak kisah, biasa dah, dari kecil, okay. Macam yang aku tulis dekat atas. Blog ni memang coretan diri sendiri daripada diri sendiri untuk diri sendiri. Tempat untuk aku tenangkan diri selain sejadah. Sebab aku jenis tak luahkan dekat mulut. Semua akan dipendam atau ditaip/ditulis. Kalau aku tak tulis, bertimbun lah benda dalam hati. Lama lama sakit. Okay, stop.
Aku harap future Aman tak akan rasa sakit macam sekarang. Bukan apa, bahaya bila dah besar masih sakit macam ni. Macam tak dapat lari lagi daripada fantasi. Tak hadapi realiti. Biarlah the present Aman yang rasa benda ni. Future Aman kena teruskan kehidupan dan hadapi realiti. Fighting! Ike!
0 comment:
Post a Comment