Assalamualaikum wbt.
Pernah tak rancang sesuatu benda tapi tak jadi? Macam rancang baik punya nak lepak, jumpa kawan yang berkurun berzaman berabad tak jumpa, last minute cancel. Last minute nya tu pula, betul betul sebelum waktu yang ditetapkan nak keluar. Nak jumpa pukul 2, pukul 150 bagitahu plan cancel. Wah itu bukan setakat menyirap, mengoren menganggur dan macam macam lagi. Sakitnya tu bukan sebab plan cancel, tapi sakit rindu yang tak dapat dilepaskan. Patutnya lepas dah perasaan rindu tapi tersimpan lagi. Itu yang pedih sangat tu.
Okay, yang expectednya, sepatutnya hari tu kan jumpa kawan kawan. Yang unexpectednya plan tak jadi. Sepatutnya awal awal dah kena fikir yang ada kemungkinan plan tu tak jadi. Jadi, bila ada pemikiran macam tu, tak ada lah hati ni ranap macam bumbung rumah kena langgar puting beliung. Rasa sedih tu memang lah akan ada, memang tidak dapat dinafikan tapi sekurang-kurangnya tak adalah teruk sangat rasanya tu. Sebab? Dah expect the unexpected.
Nak dijadikan cerita, aku dah banyak kali kena. Sekali dua tak kisah lah sis, tapi dah banyak kali. Sentap? Masa benda tu jadi takkan lah tak ada sentap langsung. Perasaan dia sama je macam bila jumpa wifi sekali ada password. Sama je. Frust yang tertonggeng tonggeng. Disebabkan dah banyak kali kena, lama lama dah keras dah hati. Setiap kali ada plan nak hang, aku mesti get ready plan lain. Manalah tahu plan nak keluar tak jadi. Punyalah dah siap lawa lawa ni macam nak jumpa bakal mak mertua, sekali cancel. Rasa dia? Macam tak jadi kahwin.
Tapi itulah, kalau nak cakap pasal perancangan ni, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Tak gitu? Bukan semua perancangan kita tu, bagus untuk diri kita. Allah menentukan sesuatu yang baik untuk diri kita. Jangan sedih kalau perancangan tak jadi. Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita. Mungkin benda yang kita nak tu, bukan benda yang baik buat diri kita. Jadi, jangan sedih sedih sangat.
"Alan, aku dah sampai ni. Dah setengah jam dah. Kau kat mana? Bukan setakat batang hidung, bayang kau pun aku tak nampak. Tak nak datang ke?"
"Alamak, sorry Mir. Aku rasa aku tak dapat datang lah. Ada egermency. Eh, emergency. Serious sorry. Next time kay? Aku janji"
"Oh tak apa lah, Alan. Leklok okay!"
Wah, simple betul ayat Mir tu kan. Tapi, apa yang dia cakap tu tak cukup membayangkan apa yang dia rasa. Sakitnya tu di sini, wah macam perah limau dekat luka yang sedia ada. Walaubagaimanapun, macam mana sakit hatinya kita tu, maafkan lah kawan kita tu. Mungkin betul betul dia ada kecemasan, siapa tahu kan? Janganlah berdendam. Apa pun, dia masih kawan kita. Apa jadi kalau kita dekat tempat kawan kita tu? Kita betul betul ada kecemasan tapi dia tak percaya. Lepastu duk ungkit pasal plan yang tak jadi tu. Sakitkan? Jadi, be positive (ceh).
Cerita ni bukan spesifik ditujukan dekat sesiapa. Lagipun benda ni, siapa yang tak pernah rasa kan? At least mesti pernah sekali. Persahabatan ni, bukan terletak pada berapa kali jumpa, berapa kerap jumpa. Persahabatan ni, lagi tinggi nilai dia kalau ingat masing-masing dalam doa masing-masing. Tak gitu? Barulah manis sweet sweet gitu. InsyaAllah, kekal lama persahabatan tu.
Konklusinya (dah macam karangan respon terbuka), rancang sesuatu di sebalik perancangan. Benda ni bagus untuk legakan hati sendiri. Dan juga, dapat buat kita berfikiran jauh. Tak adalah stick to one plan only kan. Tak lupa juga, jangan berdendam and be positive.
Jangan sebab satu benda buruk yang kawan kita buat, semua kebaikan yang dia buat selama ni, kita lupakan macam angin yang datang satu kali. Jangan.Last but not least, serahkan semuanya pada Allah setiap kali kita merancang, Sekian, mari menuju ke syurga *wink*!
0 comment:
Post a Comment