Assalamualaikum wbt.
Kenapa ada rancangan Wanita Hari Ini tapi tak ada Lelaki Hari Ini?
Sebab wanita hari ini lain, esok pun lain, lusa lain. Cepat berubah.Credit: twitter
Bila baca tweet tu, adanya betul juga. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Tapi, dah sememangnya semua perempuan tu dilahirkan macam tu. Perasaan berubah-ubah. Awal-awal gembira macam pelangi, tiba-tiba muram macam guruh, berubah marah macam petir, sedih macam hujan, dan tak pelik untuk dia kembali menjadi pelangi. Pelik, unik tapi comel, kan?
"Yang paling utama, kalau pun anda terpaksa menelusuri jalan ini seorang diri, ketahuilah, Allah kan ada....? Haa..."Ha kalau sendiri pun Allah masih jaga. Jadi jangan risau.
Kalau nak cakap pasal perangai perempuan, sampai 3 hari malam pun tak habis. Sebab kami ni pelik. Tapi jangan underestimate perempuan ni. Sememangnya perempuan ni kaum yang lemah sekiranya kita tengok dari luarannya, tapi hati perempuan ni kuat. Lebih kuat berbanding lelaki, walaupun zahirnya nampak perempuan lebih banyak menangis berbanding lelaki. Yang encik lelaki yang tak menangis tu bukan kuat mana pun sebenarnya, ego je lebih. Tak ada masalah pun bagi encik lelaki nak nangis. Segan je, kan?
Perempuan ni kuat. Bukti? Wanita yang dimadukan. Kenapa? Siapa je yang sanggup berkongsi sebenarnya kan. Nak nak pula suami sendiri. Kalau dia sendiri yang suruh suami dia kahwin lain, itu cerita lain. Ini cerita yang suami dia sibuk nak pasang lain. Mestilah sakit hati bila dimadukan, tapi apa boleh dia buat? Lelaki boleh kahwin empat.
Cuba kalau situasi diterbalikkan. Perempuan tu
Cerita pasal kahwin macam aku dah tahu semua benda. Tidak. Cuma nak kongsi pendapat pasal apa yang aku tahu. Benda-benda yang dekat atas tu? Oho minta dijauhkan lah daripada kita semua ya. Berbalik kepada perangai perempuan. Jangan marah kalau perangai perempuan ni berubah-ubah sebab kitorang sendiri tak tau kenapa! Perempuan kan ada mood dia sendiri. Kalaulah perempuan ni ada mood meter, silap silap meter tu rosak. Sebab kejap naik kejap turun.
Jadi, kesimpulannya, perempuan ni istimewa. Tu je hehe.
Sekian, mari bersama menuju ke syurga! :)
0 comment:
Post a Comment